Cara ke alam BUNIAN


Kali ini aku akan ajarkan ilmu ....bukan ilmu, namun cara atau kita sebut petua mudah... untuk meneroka alam bunian atau alam lain..

ada 5 tempat menjadi pintu masuk ke alam bunian ini

Harga Motosikal Retro Pada tahun 1989




Adat berpatih NoGoRi 9

untuk sapa yg syok dan nak kahwin dengan awek nogori (adat perpatih)

Adat Perpatih berasal dari tanah Minangkabau, Sumatra, diasaskan oleh seorang pemimpin Minang bernama Sutan Balun yang bergelar Dato' Perpatih Nan Sebatang. Adat ini adalah amalan dan peraturan hidup yang ditentukan bagi masyarakat Minangkabau yang rata-ratanya adalah petani ketika itu. Tidak ada tarikh yang tepat dicatatkan bila adat ini diwujudkan. Tetapi Adat Perpatih telah dibawa ke Semenanjung Tanah Melayu (Semenanjung Malaysia) oleh perantau-perantau Minangkabau pada abad ke 14 Masihi.
Kat Malaysia, Adat Perpatih masih lagi wujud & diamalkan oleh masyarakat Melayu di Negeri Sembilan dan sebahagian dari Melaka terutamanya Masjid Tanah. Majoriti mereka adalah keturunan Melayu Minangkabau.


Yam Tuan Mohamed ibni Al-Marhum (tahun 1887)

Walau bagaimanapun, dari segi asal-usul adat ini, pada hari ini masyarakat N.Sembilan pada teorinya terpecah kepada 12 kumpulan yang dipanggil suku. Suku adalah merupakan kesatuan yang pada zaman awal berbentuk pengwilayahan yang diberi nama-nama tertentu iaitu:-

1. Suku Biduanda/Waris
2. Suku Batu Hampar
3. Suku Paya Kumbuh
4. Suku Mungkal
5. Suku Tiga Nenek
6. Suku Seri Melenggang
7. Suku Seri Lemak
8. Suku Batu Belang
9. Suku Tanah Datar
10. Suku Tiga Batu
11. Suku Anak Aceh
12. Suku Anak Melaka


Struktur Masyarakat Adat Perpatih
Masyarakat Adat Perpatih terbahagi kepada tiga kumpulan utama iaitu PerutSuku dan Luak. Perut adalah unit sosio-politik yang terkecil di mana anggota sesuatu perut itu adalah berasal daripada moyang (keturunan perempuan) yang sama. Mereka ini sangat rapat dan lazimnya tinggal di sesuatu perkampungan atau kawasan yang sama. Setiap perut mempunyai seorang ketua yang digelar Buapak.Buapak ini dipilih oleh anak-anak buah di dalam sesuatu perut berkenaan. Kumpulan yang kedua ialahsuku. Suku dibentuk oleh beberapa perut yang menjadikan keluarga berkenaan semakin besar. Suku diketuai oleh seorang ketua yang digelar Dato' Lembaga. Kumpulan ketiga ialah Luak. Luak adalah unit kawasan pentadbiran dari segi adat di mana ada empat luak utama iaitu Rembau, Sungai Ujung, Johol dan Jelebu. Setiap luak diketuai oleh seorang Undang. Selain daripada empat luak utama ini ada satu lagi luak yang kelima dipanggil Luak Tanah Mengandung. Luak Tanah Mengandung ini adalah terdiri daripada lima luak kecil di Seri Menanti iaitu Luak Inas, Luak Ulu Muar, Luak Gunung Pasir, Luak Terachi dan Luak Jempol. Setiap luak kecil ini ditadbirkan oleh seorang ketua yang bergelar Penghulu Luak.
Adat Perpatih ini diwariskan dari generasi ke generasi melalui kata-kata perbilangan. Ia merangkumi pelbagai aspek kehidupan masyarakat termasuk soal harta pusaka, perlantikan pemimpin, hukum nikah kahwin, amalan bermasyarakat, sistem menghukum mereka yang melanggar adat atau melakukan kesalahan dan pelbagai aspek lagi. Setiap peraturan atau adat itu ada perbilangannya dan setiap peraturan itu ada rasional atau sebab-sebab terjadinya hukum atau adat itu.
Perlantikan pemimpin, misalnya, banyak yang menyamakan sistem Adat Perpatih dengan amalan demokrasi. Contohnya ialah perlantikan Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan di mana bukannya melalui keturunan dari bapa ke anak tetapi adalah melalui pemilihan oleh Undang Luak yang empat iaitu Undang Rembau, Undang Sungai Ujung, Undang Johol dan Undang Jelebu. Empat undang ini akan bermesyuarat untuk melantik salah seorang keturunan dari raja Pagar Ruyung untuk menjadi Yang DiPertuan. Undang Luak pula dilantik oleh Dato'-Dato' Lembaga di luak (daerah) masing-masing. Dato' Lembaga ini pula adalah pemimpin-pemimpin yang dilantik secara muafakat oleh pemimpin-pemimpin keluarga yang digelar Buapak. Oleh itu secara keseluruhannya kuasa melantik pemimpin itu sebenarnya berada di tangan rakyat biasa.Inilah satu sistem Adat Perpatih yang ada persamaan dengan demokrasi.

Prinsip-prinsip Adat Perpatih

Adat Perpatih mempunyai lima prinsip utama.

1. Keturunan dikira melalui nasab ibu: Adat Perpatih memberi keistimewaan kepada perempuan yang dianggap bonda kandung iaitu ibu yang melahirkan anggota-anggota masyarakat. Seseorang individu itu adalah anggota suku ibunya dan bukan anggota suku bapanya.

2.Tempat Kediaman adalah di kawasan ibu isteri: Apabila berlangsungnya sesuatu perkahwinan, si lelaki akan meninggalkan kampung halamannya dan menetap di kawasan ibu isterinya sebagai orang semenda. Pada zaman dahulu si lelaki akan mengusahakan tanah keluarga isterinya.

3.Perempuan mewarisi pusaka, lelaki menyandang saka: Hanya lelaki sahaja yang berhak menyandang saka (jawatan-jawatan dalam adat) manakala perempuan adalah mewarisi harta pusaka keluarga ibunya.

4.Perkahwinan seperut atau sesuku adalah dilarang: Dalam sesuatu perut dan suku, hubungan adalah rapat dan si lelaki menganggap perempuan dalam perut atau sukunya adalah saudara perempuannya. Begitu juga sebaliknya. Oleh itulah perkawinan sesama suku ini adalah terlarang. Perempuan yang berkahwin sesama suku akan hilang haknya untuk mewarisi harta pusaka ibunya manakala lelaki pula akan hilang hak untuk menyandang sebarang jawatan dalam adat.

5. Orang luar boleh menjadi ahli sesuatu suku: Untuk tujuan perkahwinan atau waris mewarisi, dibenarkan orang luar untuk menjadi ahli sesuatu suku dengan cara melalui upacara berkedim. Dalam upacara ini seseorang itu akan bersumpah taat setia dan bersaudara dengan ahli-ahli suku yang akan disertainya.


Pembahagian harta (Selalu jadi kontroversi bahagian nih)
Selalu menjadi “hot” topic & kontroversi mengenai Adat Perpatih adalah mengenai pemberian harta pusaka yang memberikan kelebihan kepada perempuan. Ini adalah satu-satunya isu dalam Adat Perpatih yang selalu disalah ertikan. Sebenornya, pemberian pesaka yang dimaksudkan dalam adat ini ialah pemberian tanah adat. Tanah adat ini adalah tanah yang turun temurun daripada nenek moyang sesuatu keluarga. Sebabnya tanah adat ini diberikan kepada perempuan ialah semata-mata untuk menjaga kehormatan dan maruah kaum wanita Adat Perpatih. Maksudnya, seorang wanita Adat Perpatih walau betapa miskin dan papa pun, dia tidak akan merempat atau menjual maruahnya untuk hidup. Jika dia pulang ke kampungnya dia sudah ada tanah kampung dan sawah untuk dikerjakan sebagai penyambung rezeki. Manakala anak lelaki pula dianggap lebih teguh dan tahu untuk terus berusaha untuk hidup (survival). Akan harta atau tanah yang diperolehi sebagai harta sepencarian maka pembahagiannya adalah menurut hukum faraid (tidak ada kena mengena dengan tanah adat yang hanya untuk perempuan sahaja).

BERKENALAN DENGAN JIN !!!

PENDAHULUAN


A. Latar Belakang

Jin menurut bahasa (Arab) berasal dari kata ijtinan, secara harfiah berarti sesuatu yang berkonotasi “tersembunyi” atau “tidak terlihat”. Dalam Islam dan mitologi Arab pra-Islam, jin adalah salah satu ras mahluk yang tidak terlihat dan diciptakan dari api. Makhluk ciptaan Allah dapat dibedakan antara yang bernyawa dan tak bernyawa, di antara yang bernyawa adalah jin. Jadi jin menurut bahasa berarti sesuatu yang tersembunyi dan halus, sedangkan syetan ialah setiap yang durhaka dari golongan jin, manusia atau hewan.

Dinamakan jin, karena ia tersembunyi wujudnya dari pandangan mata manusia. Itulah sebabnya jin dalam wujud aslinya tidak dapat dilihat mata manusia. Kalau ada manusia yang dapat melihat jin, maka jin yang dilihatnya itu adalah jin yang sedang menjelma dalam wujud makhluk yang dapat dilihat mata manusia biasa. Tentang asal kejadian jin, Allah menjelaskan, kalau manusia pertama diciptakan dari tanah, maka jin diciptakan dari api yang sangat panas sesuai dengan ayat yang akan kami jelaskan di bawah.

B. Tujuan Penulisan


Tujuan penulisan dari makalah yang kami susun ini adalah sebagai berikut:

perjalanan kita ke syurga.....atau neraka?


Puasa Para Anbiya

Salam Ramadhan...
Malam ini kita masuk ke fasa kedua Ramadhan iaitu Fasa Keampunan dan demi itu saya ingin mengajak kita semua merenung kembali sejarah amalan berpuasa...
demi xpenatkan  semua membaca sy buatkan dlm bentuk point saja...

kenali sperma anda



Bahan-bahan yg terkandung di dalamnya:

Fungsi apendiks

Apendiks selalu dianggap sebagai satu-satunya organ didalam tubuh manusia yang tidak mempunyai sebarang fungsi. 
Namun setelah sekian lama mencari jawapan, sekumpulan saintis daripada Duke University Medical Centre akhirnya telah menemui apa yang dikatakan sebagai fungsi organ tersebut.

Menurut mereka, apendiks berfungsi sebagai tempat simpanan untuk bakteria baik yang digunakan untuk memperbaharui semula usus semasa jangkitan kolera atau jangkitan penghadaman yang lain. 
Semasa jangkitan kolera, bakteria penting untuk pencernaan akan dimusnahkan, disinilah apendiks memainkan peranan dengan mengeluarkan bakteria baik untuk menggantikan bakteria yang telah musnah tadi.

Namun begitu, idea ini bukan merupakan sesuatu yang baru. 
Ianya telah dipercayai sejak beberapa tahun lepas tetapi ahli-ahli sains pada masa itu tidak mempunyai bukti yang cukup untuk menyokongnya.

Laksa ikan sekor

Makan satu percuma 1.
NAMA gerai Laksa Ikan Sekoq di Jalan Gangsa, Alor Setar, Kedah sudah cukup unik untuk menarik perhatian pengunjung dan pengguna yang lalu-lalang. Aroma kuah laksa daripada periuk bersaiz besar di gerai itu yang menusuk hidung mampu membangkitkan selera.

Meskipun hidangannya ringkas, laksa di gerai Laksa Ikan Sekoq cukup berbeza. Selain disajikan dengan hirisan cili merah, bawang dan telur rebus, pelanggan berpeluang menikmati seekor ikan rebus tambahan dalam setiap hidangannya. Lebih istimewa, pengusahanya mempraktikkan konsep makan sepinggan, sepinggan laksa tambah adalah percuma.

"Ini bermakna jika pelanggan meminta sepinggan lagi laksa maka mereka tidak dikenakan caj tetapi pelanggan yang meminta seekor ikan kembung tambahan, saya hanya caj di antara 50 hingga 70 sen.

"Biasanya harga ikan bergantung pada harga pasaran. Harga sepinggan laksa kami jual pada harga RM3 tetapi ia akan meningkat RM3.50 jika harga ikan meningkat," jelas pemilik gerai Laksa Ikan Sekoq, Fauzi Man, 39, yang membeli bekalan ikan kembung dan ikan selayang gred A untuk sajian laksanya.

Membangkit selera

Ditanya mengapa beliau memilih konsep seekor ikan tambahan untuk hidangan laksa, jelas Fauzi : "Saya ingin membangkitkan selera pelanggan dan mencipta signatur. Maklumlah, di Alor Setar sahaja terdapat banyak kedai yang menjual laksa."

Fauzi, yang dibantu isterinya, Hasnah Hanafi, 35, mengakui pada mulanya orang ramai kurang gemar dan pelik dengan laksa yang dijualnya. Jadi, dia menggantikan laksa yang dihidangkan bersama telur rebus sahaja. Namun lama-kelamaan ramai pula yang bertanya tentang laksa ikan sekoq sehingga mendorong Fauzi tekad menjual semula laksa dengan tambahan seekor ikan.

Mengimbas titik memulakan perniagaan, semuanya disebabkan desakan isterinya yang beria-ria untuk berniaga laksa dan ingin memperoleh wang tambahan.

Justeru, pada tahun 1995 dengan bermodalkan RM50, Fauzi membeli bahan-bahan masakan dan peralatan gerai seperti sekaki payung, dua buah meja dan lapan buah kerusi. Masih segar dalam ingatan Fauzi pada hari pertama, hanya sebungkus laksa sahaja berjaya dijual. Namun, dia tidak berputus asa.
Bagaimanapun, selepas tempoh seminggu hasil jualannya mencecah 20 pinggan dan meningkat kepada 40 pinggan dalam tempoh sebulan.

"Bersyukur kerana pada hari ini sekurang-kurangnya kami mampu menjual 200 pinggan laksa sehari sehingga kami tidak menang tangan terutama pada waktu makan tengah hari dan musim cuti sekolah.

"Bagi memastikan para pelanggan berpuas hati dengan sajian laksa kami, isteri sentiasa menjaga kualiti kuah laksa. Lazimnya, pada pukul 9 malam isteri saya mula memasak kuah laksa bagi memastikan ikan dan bahan-bahan masakan sebati," terang Fauzi yang berpengalaman hampir 15 tahun berniaga laksa. Gerai laksa pertamanya berpangkalan di Jalan Kuala Kedah sebelum beroperasi di Jalan Gangsa pada hari ini.

Resipi peribadi
Menyentuh rahsia keenakan Laksa Ikan Sekoq sehingga ia popular dalam kalangan pelanggan hatta dari Kuala Lumpur, Perlis dan Perak, Hasnah berkata, dia tiada resipi rahsia.

Seperti orang lain menyediakan laksa menggunakan ikan yang dicampur asam keping, daun kesum dan bunga kantan, dia juga mempraktikkan teknik yang sama. Cuma, ibu kepada tiga anak itu akan memastikan kuah laksa dimasak dengan sempurna dan pekat.

Sementara itu, sebelum memasak, kesemua bahan mentah akan dicuci bersih. Ikan-ikan segar pula direndam dalam air perahan limau nipis yang dicampur bersama asam jawa bagi menghilangkan bau hanyir.

"Saya cukup menitikberatkan aspek kebersihan kerana ini merupakan perniagaan makanan. Sebab itu, saya sentiasa mengingatkan para pekerja menjaga kebersihan di kawasan memasak dan gerai seperti menyarungkan uniform dan apron.

"Lazimnya menjelang pukul 4 petang, laksa habis dijual. Seronok melihat pelanggan gembira dan berpuas hati menikmati hidangan di Laksa Ikan Sekoq," ujarnya yang memulakan perniagaan pada pukul 11.30 pagi pada hari Isnin hingga Sabtu

Laksa sekoq 

Sementara itu, penggemar laksa, Khairil Sarip, 28, mengakui sebelum ini dia jarang menikmati laksa utara memandangkan dia dilahirkan dan dibesarkan di Johor Bahru, Johor. Namun segala-galanya berubah selepas Kharil bertugas di Alor Setar.

Disebabkan kebanyakan masanya dihabiskan di Kedah, maka secara tidak langsung mendorong Khairil untuk mencuba masakan Utara.

"Pertama kali menikmati Laksa Ikan Sekoq ini, saya sudah terpikat. Ia antara laksa utara paling sedap yang pernah saya makan sehingga ada saja masa terluang saya mencuri peluang singgah ke gerai ini.

"Selain itu, saya sukapada layanan dan servis yang cekap serta staf yang ramah. Pemilik gerai jarang membiarkan pelanggan menunggu makanan dalam tempoh yang lama," terang Khairil.

Menyentuh mengenai lokasi gerai Laksa Ikan Sekoq, pelanggan setia, Mohd. Erie Husairrie Ismail, 28, atau mesra disapa Erie menyifatkan ia terletak di kawasan yang mudah dicari khususnya untuk pelanggan baharu.

"Walaupun gerai ini terletak di tepi jalan tetapi persekitarannya tidak sibuk kerana ia tidak terletak di jalan raya utama. Saya suka makan di gerai ini kerana suasananya tenang dan redup dek dikelilingi pokok-pokok hijau.

"Saya gemar ke gerai laksa ikan sekoq kerana kuah laksanya yang pekat dan sarat dengan isi ikan. Adunan bahan-bahannya sebati apatah lagi dicampur bersama limau kasturi, timun, bawang dan telur rebus," kata Erie yang bertugas di Jabatan Perhutanan Negeri Kedah ketika ditemui selepas menjamu sepinggan Laksa Ikan SekoqBagi Khairul Izuwan Adnan, 26, selain ikan kembung tambahan keistimewaan gerai Laksa Ikan Sekoq terletak pada menu sampingannya yang pelbagai.

Ia terdiri daripada air batu campur, cendol biasa, cendol pulut, rojak buah dan jagung bakar. Bicara pegawai polis yang berasal dari Rantau Panjang, Kelantan itu, setiap kali mengunjungi gerai Laksa Ikan Sekoq, dia tidak melepaskan peluang untuk menikmati pemanis mulut cendol pulut.

"Ia kombinasi yang sangat ideal menjamu selera laksa bersama cendol. Lebih-lebih lagi ketika cuaca panas terik. Boleh dikatakan empat kali seminggu saya akan makan tengah hari bersama rakan-rakan," kata Khairul Izuwan yang turut menggemari rojak buah.


Rupanya org MELAYU ISLAM : Jurulatih anjing nafi hina Islam dalam video

Individu yang melakonkan aksi sambutan hari raya bersama anjing dalam satu video kontroversi menafikan bahawa tindakannya itu merupakan satu penghinaan kepada Islam.

Maznah Mohd Yusof, 38, ketika dihubungi berkata beliau berasa sedih kerana video berkenaan disalah tafsir.


“Saya sayang agama saya. Saya fikir orang perlu belajar mengenai agama mereka dulu dan tidak membuat tafsiran salah mengenai video saya, yang dibuat tiga tahun lalu," katanya.

Jurulatih anjing tersebut berkata, beliau membersihkan dirinya dan anjing berkenaan dalam video berkenaan kerana agama Islam menurutnya menganjurkan kebersihan.

Maznah berkata, beliau juga sedih kerana imam masjid berhampiran kawasannya juga marah dengan video berkenaan.

“Sebagai seorang pemimpin agama, tidakkah dia tahu mengenai undang-undang Islam? Sepanjang pengetahuan saya, agama saya tidak menghalang saya daripada membela atau menjaga anjing,” katanya.

Maznah yang juga dikenali sebagai Chetz berkata jirannya yang beragama Islam kini tidak berpuas hati walau mereka sebelum ini tiada masalah dengan tindakannya membela anjing.

"Video ini dibuat tiga tahun lalu, kenapa jadikannya sebagai isu sekarang?

"Saya percaya ini berkaitan dengan kes blogger Alvin Tan dan Vivian Lee... sebab pada awalnya, mereka yang menonton video tersebut menyangka saya seorang Cina,” katanya.

Beliau merujuk kepada pasangan blogger seks yang didakwa ekoran satu video didakwa menghina Islam.

islam mengharuskan membela anjing utk tujuan membantu dlm pertanian,perburuan dan keselamatan bukan bela dalam rumah mcm kucing.
Kalo ye pun keje ngn anjing xkan la sampai nak ucap sambut raya pun mesti bersama2 anjing.

inilah padahnya bagi lagi betis kepada mereka

Ucapan kesedaran Tun Dr Mahathir yang diucap Dalam Sesi Tertutup pada 26 Julai 2013 lalu.

Apa yang Tun cakap itu adalah benar, jika diabaikan, nescaya harapan kita akan musnah!

1 - “Kerosakan UMNO bermula dari waktu Pak Lah menjadi pemimpin UMNO, dan kemudian DS Najib gagal memperbetulkan nya malah keadaan bertambah buruk”.

2 - “Akibat perpecahan perpecahan Melayu orang cina menjadi penentu kuasa malah kemungkinan kita akan dapat Perdana Menteri Melayu yang ikut telunjuk cina, ini sudah pun berlaku sekarang”.

3 - “Lihat sahaja isu EC yang di serah kepada Parlimen, ini semua tanda tunduk kepada desakan kerana kedudukan kita tidak begitu kuat begitu juga lah dengan ISA dan isu keselamatan, ini semua sebab pemimpin nak jaga hati lawan”

4 - “DS Najib nak jadi “BRAND” dan juga cogan “1Malaysia” kerana di fikirkan nama UMNO sudah tidak bagus lagi”

1Malayisa tidak dijelaskan dengan betul,ia bermaksud lain pada pihak lain pada orang cina ia bermaksud semua sudah sama melayu dan cina, pada orang melayu ia bermaksud tiada lagi sekolah cina dan sebagai nya

5 - “Keadaan bertambah buruk dengan memiliki penasihat yang tidak faham politik dan sensitivity, tapi malang nya mereka lah yang didengar oleh pemimpin”

6 - “Pemuda UMNO sekarang tidak semacam dulu” ujar Tun, ini amat ketara kerana Pemuda UMNO ada agenda dan kepentingan sendiri dan bukan pemankin kepada penentu kuasa orang melayu. 

“Nak kira 700 undi pun makan masa 8 jam” 

7 - Tun Mahathir juga berkata banyak pihak yang berjumpa dengan nya merasakan melayu tersisih kerana DS Najib terlalu tumpu mahu menarik perhatian pihak yang tidak menyokong nya terutama nya orang cina.Malah mereka ini sangat di layan dengan istemewa berbanding dengan orang Melayu yang menyokong nya.

Walaupun DS Najib naik atas tiket Melayu tapi amat malang dia masih menumpu kepada bukan melayu untuk di layan.

8 - Tentu sekali pemimpin UMNO bukan jenis yang berkata benar kepada DS Najib akan keadaan dibawah kerana mereka seperti di kata bukan lagi ahli yang berkualiti selain hanya mahu mengampu dan memberi kabaran baik sahaja.

9 - “Ada kah sebarang kontrak orang cina akan serah kepada Melayu?” ujar Tun Mahathir. “orang melayu yang dapat tender dan kontrek akhir nya akan sub kepada bukan melayu juga tapi malang nya apa yang dapat kepada orang cina tidak pernah dapat kepada orang melayu.

10 - “Orang Melayu undi Najib bukan kerana suka kepada nya, tapi kerana takut kepada Anwar dan Lim Kit Siang dan apa yang akan dibawa oleh kedua nya, lalu ketakutan mereka diterjemah kepada undi kepada UMNO dan DS Najib” 

11 - “BR1M akan menjadi masalah jika satu ketika nanti rakyat sudah terbiasa dengan pemberian sebegini, dan keadaan akan jadi buruk apa bila tidak lagi dapat memberi nya”

12 - “Saya Ultra Malay tapi orang cina tahu dan kenal cara saya dan mereka undi saya, ada cara nya untuk memikat hati mereka, pendekatan DS Najib tidak betul dengan sentiasa menghulur kan wang, mereka akan ambil tetapi belum tentu mengundi”

Akhir sekali Tun berkata “Saya akan terus bersuara untuk bumiputera dan melayu, jika mereka kata saya rasis Ya saya akan kata saya rasis”


1 hari di hari raya. Islam dihina lagi?



KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) diarah menggambil tindakan terhadap penyebaran satu lagi video dikatakan menghina Islam bertajuk '1 Hari Di Hari Raya' yang disiarkan dalam laman YouTube.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari berkata SKMM telah diarah menyegerakan siasatan terhadap pemilik video yang dianggap boleh mengganggu sensitiviti Islam itu.

"Saya menerima banyak pertanyaan mengenai hal ini walaupun SKMM belum menerima sebarang laporan mengenainya. Oleh itu, saya telah mengarahkan SKMM menggambil tindakan untuk menyiasat video itu," katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini hari ini.

Video itu menunjukkan seorang lelaki yang dikenali sebagai Chetz membawa tiga ekor anjingnya bersiar-siar dekat perkarangan masjid dengan suara latar Takbir Raya.


Rakaman berdurasi 1 minit 44 saat itu turut menunjukkan seorang lelaki memakai Baju Melayu hitam membasuh kaki anjingnya, kemudian seolah mengambil wuduk dengan membasuh kakinya pula dan mengelap anjingnya sebelum menyediakan kuih raya untuk tiga ekor anjing itu.


Video itu juga menyiarkan kata-kata "Raikanlah Aidilfitri bersama-sama, tanpa mengira spesies, warna dan asal-usul (dengan menunjukkan gambar tiga anjing itu).

Ia turut memuatkan ucapan "Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin dari Chetz sekeluarga" dengan gambar lelaki duduk bersama tiga ekor anjing di atas sofa.

Sebelum ini, pasangan Alvin Tan dan Vivian Lee telah didakwa di mahkamah kerana mempersenda Ramadan dan umat Islam dengan memuat naik gambar sedang makan hidangan daging ****, Bak Kut Teh, berserta kapsyen dan logo halal di laman Facebook, di bawah Akta Hasutan 1948.

Jangan salahkan polis kes tembak tinggi

PUTRAJAYA - Polis tidak boleh dipersalahkan dalam peningkatan kejadian pembunuhan menggunakan senjata api yang dilihat seolah-olah berleluasa sejak kebelakangan ini.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata sebaliknya semua pihak perlu memahami bahawa polis di Malaysia menghadapi kekurangan jumlah anggota dan peralatan berbanding negara maju.

"Sebagai contoh, di New York, Amerika Syarikat, seorang polis berkhidmat untuk 35 penduduk berbanding seorang polis di Malaysia berkhidmat untuk 700 penduduk untuk sesuatu kawasan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menerima kunjungan hormat Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Malaysia, Miles Kuppa di pejabatnya di sini hari ini, sebagai mengulas kejadian tembak yang sering dilapor sejak kebelakangan ini termasuk melibatkan individu berprofil tinggi.

Semalam Pengasas Arab Malaysian Bank, Hussain Ahmad Najadi maut manakala isterinya cedera ditembak dari jarak dekat di parkir kereta selepas keluar dari sebuah tokong Cina, Kuan Yin Temple, di Lorong Ceylon, di ibu negara.

Kejadian itu berlaku dua hari selepas aktivis antijenayah yang juga Pengerusi MyWatch R. Sri Sanjeevan cedera ditembak di persimpangan berdekatan Taman Awana Indah, Jempol, Negeri Sembilan.

Selain dua kes berprofil tinggi itu, satu lagi kes tembak dilaporkan semalam di Bukit Mertajam, Pulau Pinang menyebabkan seorang cedera dan pada Ahad malam pula seorang lelaki maut dan dua parah ditembak oleh lelaki yang menaiki sebuah kereta ketika ketiga-tiga mereka sedang minum di bahagian luar sebuah restoran di Kampung Simee di Ipoh.

Sambil mengakui bahawa antara faktor peningkatan kadar jenayah berpunca daripada pembebasan tahanan di Simpang Renggam, Ahmad Zahid berkata kementerian menerusi pelbagai agensinya akan mempertingkat kawalan keselamatan di sempadan negara yang menjadi lokasi untuk menyeludup senjata.

Kementerian juga akan mempertimbangkan pembelian peralatan baru untuk anggota polis dan menambah lebih banyak litar kamera tertutup (CCTV) bagi membanteras kejadian jenayah pada masa depan, katanya.

Mengenai penyebaran fahaman Syiah di Malaysia, Ahmad Zahid berkata kementerian akan bekerjasama dengan Majlis Fatwa Kebangsaan dan Majlis Hal Ehwal Agama Islam Negeri untuk mengekang fahaman itu. 



ABis tu nak salahkan penjenayah ke

Kementerian siasat kenyataan 'balik China, India'

Kementerian Pelajaran akan menyiasat dakwaan terkini seorang pengetua sekolah menengah yang dikatakan mengeluarkan kenyataan perkauman, kata timbalan menterinya P Kamalanathan.

Katanya, perkara itu sudah dibawa ke perhatian kementerian dan siasatan segera akan dilakukan.

"Kita tidak sesekali membiarkan perkara ini... Jika dakwaan ini benar, tindakan mesti diambil," katanya melalui SMS kepada Malaysiakini.

Beliau merujuk kepada Ketua MIC Shah Alam A Prakash Rao yang mendakwa ibu bapa mengadu kepadanya berhubung perkara itu.

Prakash mendakwa, pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Alam Megah memarahi pelajar India dan China dengan menyuruh mereka "balik India dan China".

Ibu bapa mendakwa, pengetua itu marah apabila pelajar membuat bising semasa ucapannya dalam perhimpunan sekolah.

Enggan layan panggilan telefon

Sebelum ini, naib presiden Gerakan A Kohilan Pillay menggesa pengetua itu dipecat jika siasatan mendedahkan dia benar-benar mengeluarkan kenyataan itu.

Katanya, kenyataan itu, jika benar, merupakan simptom "perkauman terang-terangan" di kalangan penjawat awam dan guru-guru, yang berbahaya jika dibiarkan tanpa disemak.

Insiden terbaru itu muncul selepas kontroversi "kantin bilik persalinan" di Sekolah Kebangsaan Seri Pristana.

Kakitangan SMK Alam Megah memberitahu Malaysiakini, pengetua itu tidak akan melayan soalan pemberita.

"(Pengetua) tidak akan menerima sebarang panggilan telefon kerana sekolah sudah putuskan tidak membuat sebarang kenyataan melalui telefon," katanya.

Menurutnya lagi, pengetua juga sebelum itu menghadiri mesyuarat di luar sekolah dan sekarang sedang menunggu "seorang pegawai" lain untuk satu lagi mesyuarat.

Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan sama ada pegawai itu dari kementerian.

Genting Malaysia Lancar Resort Baru Di Pulau Bahamas

GENTING Malaysia Bhd (Genting Malaysia) mengumumkan pelancaran Resort World Bimini di Bahamas, sebuah tambahan terbaru untuk jenama Resort World menerusi kerjasama bersama pemaju resort, RAV Bahamas Limited.

Pelancaran butik dan kasino terbaru di Bahamas itu merupakan langkah ke hadapan untuk Genting Malaysia sebagai salah satu perkembangan antarabangsa untuk ke Amerika.

Terletak kurang dari 50 batu nautika atau dua jam dari bandar Miami, resort mewah tepi pantai yang dibangunkan di atas tanah seluas 750 ekar terdiri daripada vila, penginapan, restoran, perkampungan nelayan dengan pelbagai pilihan tempat makan dan membeli belah serta marina terbesar di Bahamas.

Pengerusi dan Ketua Eksekutif Genting Malaysia, Tan Sri Lim Kok Thay berkata, pulau Bimini mempunyai bandar bersejarah yang unik dan antara destinasi terbaik di dunia untuk aktiviti menyelam.

Syarikat juga baru-baru ini melancarkan jenama baru Bimini Super Fast, sebuah kapal pelayaran 32,000 tan yang akan berlayar pergi dan balik di antara Miami dan Bimini dua hari sekali.

“Dengan kelajuan sehingga 30 knots, kapal binaan Jerman ini adalah salah satu kapal pelayaran terpantas di Amerika. Idea kami adalah untuk beri pelanggan pelayaran dan perkhidmatan terbaik serta kemudahan di atas kapal terbaru ini,” katanya.

Inilah belacan




Selamat Berbelacan!Belacan merupakan sejenis bahan perisa masakan yang diperbuat daripada udang kecil @ geragau yang dimampatkan dan tahan lama. Ia mempunyai bau yang agak kuat tetapi sedap dan di gemari ramai. Terdapat sesetengah orang yang gemar membakarnya sedikit sebelum digunakan kerana ini membangkitkan baunya. Orang mlayu jika tak tahu makan belacan sering kali di tertawakan sampai ada istilah mengejek mereka" cakap orang puteh muka belacan jugak"..he he..Begitulah sinonimnya belacan dalam kehidupan orang melayu.

Tetapi belacan kini telah di terima oleh semua peringkat usia dan bangsa di  Malaysia,malah pengeluar belacan yang mengeluarkan secara komersial dan besar-besaran juga bukan hanya terdiri dari bangsa melayu sahaja.Belacan kini digunakan dalam pelbagai resepi masakan pelbagai bangsa juga. Proses pembuatannya agak mudah tapi memerlukan kemahiran untuk menghasilkan mutu dan kualiti belacan agar tahan lama.
Pernahkah kita terfikir akan asal usul munculnya belacan dalam kalangan masyarakat Melayu terutamanya msyarakat Melayu Melaka yang begitu sinonim....

Belacan sememangnya bahan penambah perasa yang amat menyelerakan. Namun, masyarakat kini hanya menggunakannya sahaja dalam masakan tetapi tidak tahu menahu akan sejarah mengapa namanya "belacan", mengapa belacan hanya ada di asia tenggara, mengapa ia begitu menyedapkan masakan terutamanya dalam masakan sambal tumis atau sambal belacan....
CARA MEMBUAT BELACAN (Tradisional)



Bahan asas belacan ialah Udang Geragau dan Garam. Udang yang digunakan untuk diproses membuat belacan hendaklah terlebih dahulu dibersihkan daripada sebarang kotoran seperti tanah, pasir, habuk, kulat dan sebagainya. Garam yang digunakan pula ialah jenis garam halus. Jumlah garam yang digunakan biasanya ialah 10% daripada jumlah berat udang yang digunakan.

Bahan:
4 kg Udang Geragau
400 g Garam halus
Langkah 1:
Udang Geragau yang telah dibersihkan dicampur dengan garam halus dan digaul supaya garam halus tadi rata ke semua udang yang digunakan.
Langkah 2:
Tuang udang yang telah digarami ke dalam nyiru dan diratakan supaya menjadi tebalnya setebal 1.0 sm – 1.5 sm, kemudian dijemur sehingga udang menjadi separuh kering.
Langkah 3:
Udang yang bergaram yang telah dijemur separuh kering tadi dikisar supaya separuh hancur, dan ia dibungkus dengan kain dan dimasukkan ke dalam tong dan ditekan supaya menjadi padat; kemudian diperam selama seminggu.
Langkah 4:
Setelah diperam selama seminggu, keluarkan dan jika masih basah, terus dijemur lagi. Kemudian dikisar sekali lagi supaya adunan hancur menjadi halus; dan ia dibungkus semula dengan kain dan dimasukkan ke dalam tong dan ditekan supaya menjadi padat; kemudian diperam selama seminggu lagi
Langkah 5:
Ulang Langkah 4 sebanyak 3 kali lagi bagi menghasilkan belacan bermutu tinggi. Seterusnya hasil belacan itu dibiarkan menjadi matang selama 3 hingga 8 minggu.

Belacan juga merupakan salah satu bahan utama bagi menghasilkan sambal belacan, iaitu cili dan belacan yang ditumbuk dan antara makanan tradisi masyarakat melayu yang kini selesa di makan pelbagai bangsa di Malaysia. Belacan juga digunakan dalam masakan terkenal lain contohnya kangkung belacan.nasi goreng belacan dan pelbagai lagi.Tapi agak menyedihkan kebelakangan ini, kerana sambutan dari pelbagai bangsa terhadap belacan menjadikan permintaan terhadap belacan tinggi dan menguntungkan, sesetengah pengeluar belacan cuba mengambil jalan mudah tetapi merbahaya dalam tujuan melariskan produk mereka. Ini berikutan kenyataan yang di keluarkan oleh Persatuan Pengguna Islam Malaysia bahawa produk belacan sekarang banyak yang tercemar oleh bahan kimia pewarna Rhodamine B yang di gunakan sebagai pewarna mencantikkan belacan.Jadi buat suri rumah atau peniaga makanan di harap berhati-hati dalam membeli belacan untuk masakan anda. Sila dapatkan kepastian tahap kebersihan mahupun keaslian belacan yang di beli.Buat pengusaha restoran yang menggunakan belacan dalam jumlah yang banyak jangan hanya membeli belacan murah yang mungkin tercemar dengan bahan kimia Rhodamine B ini, kepentingan orang ramai juga perlu di ambil kira kerana masakan mereka di makan oleh ramai orang yang mungkin memudaratkan kesihatan ramai pihak dalam jangkamasa panjang .
Tetapi, jangan kita lupa, jika di Melaka ada belacan Melaka, di Terengganu ada Belacan Merchang yang mempunyai sangkut paut dengan sejaah Merchang itu sendiri...

Di Kedah juga, ada belacannya yang tersendiri. Belacan yang popular di Kedah dikatakan dihasilkan di sepanjang perkampungan tepi laut Tanjung Dawai hingga ke Sanglang. Namun, sekiranya ingin mencari belacan di Kedah, singgah saja di Pekan Rabu.

Di sabah pula Kg. Binsulok adalah daerah pengeluar belacan yang terbaik Sabah di wilayah Borneo Utara ini. Rata-rata kaum wanita Binsulok mahir membuat belacan.

Belacan Melaka pula sudah sinonim Pantai Klebang dalam kalangan pelancong tempatan mahupun asing sejak 20 tahun lalu. Belacan dan cencalok merupakan makanan tradisional Melaka yang terkenal. Lebih 16 buah gerai menjual pelbagai jenis makanan tradisional Melaka di sepanjang Klebang Besar hingga ke Tanjung Kling. Kebanyakan pengunjung menjadikan belacan sebagai bahan makanan yang "mesti beli" ketika berkunjung ke sana. Malah, sekiranya pegunjung yang berkunjung ke Melaka, tidak sah sekiranya tidak membeli Belacan di situ. Ada juga Belacan Papar yang popular di Sabah selain di Binsulok. Belacan yang dihasilkan menggunakan kaedah tradisional bagi menjaga kualiti serta keasliannya. Semakin lama belacan tersebut diperap atau disimpan maka hasilnya akan menjadi lebih baik. Belacan Papar boleh menjangkau jangka hayat sehingga 10 tahun. Belacan Papar diedarkan ke seluruh Sabah, Brunei dan sebahagian di Semenanjung Malaysia.

Petua untuk mendapatkan bekalan belacan yang asli adalah dengan membeli belacan buatan kampung dan bukannya belacan kilang. Belacan buatan kampung adalah diusahakan sendiri oleh orang kampung. Klu bagi mendapatkan bekalan belacan asli adalah membeli di gerai-gerai tepi jalan yang tergantung-gantung tuh...! Ataupun yang berwarna kelabu atau pudar-pudar. Kalau yang berwarna merah-merah tu, tau jingga, dah dicampur dengan pewarna. Boleh mangakibatkan barah