tandas cangkung lebih baik dari tandas duduk








Di dalam islam adalah sunat untuk kencing dan berak secara mencangkung. Bagi lelaki seharusnya kencing sambil mencangkung dan selepas habis kencing harus berdehem-dehem sebanyak 3 kali. Berdehem 3 kali sambil kencing berdiri tidak menjamin semua air kencing habis dikeluarkan. Begitu juga perempuan amat sesuai dan semula jadi dengan kencing mencangkung dan sesudahnya mengurut sedikit bahagian dibawah perut (bawah pada pusat).

Berak atau membuang air besar juga dituntut untuk duduk secara mencangkung sama ada lelaki atau wanita. Mencangkung ini dapat memastikan najis keluar dengan lawas dan habis kesemuanya. 

Sebenarnya berak mencangkung ini mengikut sunnah nabi dan ada dinyatakan masa mencangkung tu, harus mengiring sedikit ke kiri atau tekan bawah perut sebelah kiri kalau rasa-rasa najis tu degil nak keluar. Mengiring ke kiri memudahkan najis itu keluar dengan lancar tanpa tersekat-sekat.

Dengan duduk mencangkung kita dapat dengan mudah untuk membersehkan dubur dan lubang anus serta memastikan istinja kita bersih mengikut syariat islam. Semasa duduk mencangkung dubur kita terbuka dengan maksima dan lubang anus akan juga terbuka dengan sendirinya tanpa ada kedutan di dindingnya, jadi dengan menggunakan air gosok tempat najis dengan menggunakan jari tengah tangan kiri. Kebersihan dapat dipastikan dengan hilangnya air najis, warna, rasa dan baunya (rasa di tangan). Jika sukar menghilangkan baunya atau warnanya selepas digosak dan dibasuh beberapa kali maka ianya dimaafkan. Bagi memastikan najis telah suci memadai bila merasai kesat pada kulit dubur lelaki dan licin bagi perempuan.

Sekiranya anda berak secara duduk ditandas mangkuk, kedua-dua peha anda tertutup rapat, bontot anda tidak terbuka sepenuhnya dan lubang dubur anda langsung tidak terbuka jadi adalah susah untuk membersihkan dengan betul terutama di bahagian kedutan-kedutan di dinding anus. Tidak mengherankan banyak pesakit-pesakit yang apabila saya pereksa anusnya maseh terdapat cebisan dan sisa-sisa najis di antara kedutan-kedutan dinding anusnya. Yang jelas nya sisa-sisa najis ini menyebabkan sembahyang kita dalam keadaan berhadas.

mandi wajib berdiri

Begitu juga ketika mandi wajib, kalau kita mandi menggunakan ‘shower’ dan hanya berdiri sahaja maka adalah di was waskan bahawa mandi wajid anda tidak sah. Ini kerana bahagian lubang anus anda tidak akan terkena air untuk dibersehkan jadi anda seharusnya duduk mencangkung untuk membuka celah punggong anda (terutama untuk orang yang gemuk) dan membuka lubang anus anda supaya air dapat sampai kesana dan membersehkannya, baru lah mandi hadas besar anda menyakinkan 

Tandas dan cara duduk berak juga memanikan peranan penting dalam kita beribadat dan juga memberikan manafaat kesihatan kepada kita , seharusnya kita semua kembali kepada cara semula jadi kita diciptakan dan tandas-tandas di tempat awam dan juga semua surau dan masjid harusnya dibena untuk duduk mencangkung dan cuma beberapa unit khas tandas mangkuk untuk kegunaan orang sakit lutut, gemuk dan yang kurang upaya. JAKIM harus memastikan tandas-tandas ini memenuhi syariat compliance bagi kemudahan umat islam beribadat.

Secara kesihatan, banyak penyakit-penyakit kronik yang sukar ataupun tiada rawatan nya yang kebanyakan nya berpunca dari berak duduk ditandas moden!!

Tujuh kelebihan tandas mencangkung:

1. Pembuangan najis lebih cepat, mudah dan lawas semuanya. Dapat mencegah "fecal stagnation," yang merupakan punca asas kepada 'colon cancer', 'appendicitis' dan 'inflammatory bowel disease'.

2. Mencegah rangkaian saraf yang mengawal 'prostate', 'bladder' dan 'uterus' daripada teregang dan rosak .

3. Mencangkung dapat menyokong dan menutup rapat injap ‘ileocecal’ yang terletak antara usus kecil dan kolon. Dalam situasi berak duduk ditandas mangkuk, injap ‘ileocaecal’ tidak disokong dan biasanya ia akan ada kebocoran semasa meneran untuk membuang air besar dan menyebabkan kontaminasi kepada usus kecil berlaku.

4. Merehatkan puborectalis muscle yang biasanya mencengkam rectum untuk menahan pengeluaran najis.

5. Dapat menggunakan bantuan kedua-dua belah peha untuk support kolon dan mengurangkan keperluan meneran. Meneran secara kronik semasa berak boleh menyebabkan terjadinya 'hernias', 'diverticulosis', dan 'pelvic organ prolapse'.

6. Salah satu kaedah yang amat berkesan dalam mengawal dan mencegah hemorrhoids, sebagaimana yang di buktikan dalam beberapa kajian klinikal yang di keluarkan dalam berbagai journal.

7. Untuk perempuan mengandung, mencangkung dapat mencegah tekanan kepada uterus semasa kencing dan berak. Malah amalan mencangkung yang dilakukan tiap hari dapat menyediakan untuk proses kelahiran yang natural. 

Sejarah 

Manusia adalah sama seperti primates lain nya yang akan mencangkung untuk membuang najisnya. Anak-anak kecil dari mana-mana masyarakatpun akan menggunakan kedudukan mencangkung ini secara semula jadi untuk bermain, berehat dan membuang air kecil ataupun membuang air besar. Walaupun rasanya aneh bagi sesetengah orang yang telah berpuloh tahun berak secara duduk ditandas, tetapi hakikatnya cara duduk mencangkung ini adalah cara badan kita direka untuk berfungsi secara normal. Mencangkung ini adalah cara datuk nenek kita dahulu membuanmg air besar sehinggalah pada pertengahan abad ke 19 baru di perkenalkan tandas berak secara duduk. Sebelum nya tandas duduk seperti kerusi hanya digunakan oleh raja-raja dan orang yang kurang upaya. 

Kebersihan yang mampu di tawarkan oleh tandas duduk menjadikan ianya begitu popular sejak diperkenalkan dibarat dan akhirnya diterima secara meluas ke Amerika, Australia dan Negara-negara timur tengah. ‘Indoor plumbing’ yang berkembang pada 1800 turut membantu mempromosi tandas duduk dan diterima sebagai kemajuan dan standard yang tinggi dalam kehidupan tanpa melihat kepada ‘internal cleanliness’ dan aspek kesihatan. 

Kebaikan sanitasi yang ditawarkan tandas duduk menyebabkan orang lupa kepada kesilapan ‘ergonomic’ yang besar dengan berak secara duduk menyebabkan sukar untuk membuang air besar dan tidak dapat dibuang dengan sepenuhnya dan menyebabkan orang terpaksa meneran untuk berak.

150 tahun dahulu tidak seorang pun yang menjangkakan bagaimana kesan ‘tandas duduk’ akan mempengaruhi kesihatan penduduk dunia. Pada hari ini, setelah lebih 150 tahun tandas duduk diperkenalkan ramai pakar-pakar perubatan menyalahkan kepada ‘tandas duduk moden’ yang menyebabkan tinggi nya kejadian berbagai penyakit yang berkait dengan usus besar. Negara-negara barat mempunyai kejadian tinggi penyakit-penyakit kolon dan ‘pelvic diseases’, seperti yang ditunjukkan dalam laporan ‘Israel Journal of Medical Science’:

The prevalences of bowel diseases (hemorrhoids, appendicitis, polyps, ulcerative colitis, irritable bowel syndrome, diverticular disease, and colon cancer) are similar in South African whites and in populations of prosperous western countries. Among rural South African blacks with a traditional life style, these diseases are very uncommon or almost unknown.

Kebersihan dan kesihatan kolon tergantung kepada kelancaran proses pembuangan najis setiap hari. Manusia telah diciptakan dengan baik untuk membuang najis setiap hari dalam kedudukan mencangkung supaya kolon berkedudukan lurus serta dapat ditekan dan di picit dengan kedua-dua belah peha bagi mengosongkan nya tanpa perlu meneran. Dalam waktu yang sama otot ‘puborectalis’ perlu relax dan injap ‘ileocecal’ dari usus kecil harus tertutup rapat. Tandas duduk tidak dapat menepati kesemua keperluan semula jadi ini menyebabkan adalah mustahil untuk mengosongkan kolon sepenuhnya.

Pembuangan yang tidak lengkap menyebabkan ada baki najis terkumpul dan mendap dibahagian bawah kolon. Dimendapan ini berbagai koloni kuman membiak dan boleh menyebabkan inflamasi kepada tisu-tisu usus di sekitarnya. Tergantung dibahagian mana dan jenis bacteria yang terlibat, inflamasi ini dipanggil dengan berbagai nama penyakit seperti Appendicitis, diverticulitis, ulcerative colitis, dan Crohn's Disease. 

Daripada anatomy dan kejadian ‘inflammatory bowel disease’ yang berkaitan dengan berak duduk dapat digunakan berak mencangkung bagi merawat dan mencegah penyakit-penyakit tersebut. Mr. Wallace Bowles, seorang pengkaji Australia telah menyatakan : 

I have received reports regarding several people, aged between 5 and 45 years, diagnosed with Crohn’s Disease. Inflammatory bowel conditions are shown to react most positively when the cumulative injury of seated elimination is relieved by squatting. People with IBD who have changed to the squat posture for bowel movements report significant improvement within a few weeks and, in time, have lost all symptoms of this horrendous condition.

KANSER KOLON

Kolon adalah tiub sepanjang 5 ke 6 kaki yang menampong pembuangan dari usus kecil dan bergerak ke rectum dengan kecutan otot yang rhythmic. Semasa berada di kolon kandung air terus diserap semula dan sekiranya pergerakan najis terganggu maka proses penyerapan air yang berterusan akan menyebabkan najis mengering dan melekat pada dinding kolon. 

Tandas duduk menghalang pengaliran najis, 
sebab ia mengabaikan 4 keperluan asas:

1. ‘Sigmoid colon’ (tempat paling kerap terjadi kanser kolon) perlukan support dan tekanan dari peha kiri untuk pembuangan najis yang lengkap. Tekanan dari Peha kiri membantu mengangkat ‘sigmoid colon’ dan membuka bengkokkan di tempat menyambung ke rectum.

2. ‘Cecum’ (tempat kedua kerap kanser kolon) perlukan tekanan dan himpitan dari peha kanan untuk menolak najis naik keatas dan memasuki ‘ascending colon’.

3. ‘Rectum’ (tempat ketiga kerap kanser kolon) sentiasa di cengkam oleh otot 'puborectalis' bagi menghalang atau mencegah kebocoran najis.

4. Keselurohan kolon perlu ditekan dengan injap 'ileocecal' tertutup rapat bagi mengujudkan suatu tekanan yang mencukupi di dalam kolon untuk membantu mengeluarkan najis

Tempot bengkokkan antara sambungan ‘sigmoid’ dan rektum, adalah mempunyai fungsi penting untuk mengawal pengeluaran najis. Ia berfungsi seumpama ‘brakes’ kepada aliran ‘peristalsis’ dan secara tak langsung mengurangkan bebanan fungsi otot puborectalis dalam mencekam kolon.

Untuk keselamatan, secara semula jadi telah diciptakan berbagai halangan atau system kawalan untuk pengeluaran najis dan bagi mencegah kebocoran. Kunci kepada utama kepada kawalan ini adalah ‘mencangkung’, dalam posisi berdiri atau duduk kolon akan berada dalam mod ‘cegah kebocoran’. Sebab itulah dalam kedudukan berak di tandas mangkuk kolon tidak ditekan oleh peha dan cengkaman otot puborectalis serta bengkokan sigmoid kolon dan rectum menghalang pengeluaran najis.

Halangan-halangan ini menyebabkan susah pembuangan najis, perlu meneran dengan kuat, mengambil masa yang lama dan tidak dapat dikeluarkan sepenuhnya. Keadaan ini seumpama kita memandu kereta tanpa melepas kan ‘hand brake’. Sisa najis yang tertinggal akan terus diserap air, menjadi kering, melekat ke dinding kolon, menyempitkan saluran kolon, memudaratkan sel-sel di permukaan kolon, pendedahan toksin yang lama dan akhirnya terjadi mutasi kanser.

Penerangan ini jelas dapat menkaitkan kanser kolon dengan sembelit yang kronik. Mengikut satu kajian tahun 1998 yang dilaporkan dalam journal Epidemiology, "orang yang mengalami sembelit akan 4x lebih tinggi daripada yang tidak mengalami sembelit untuk terjadi kanser kolon". Kajian tersebut juga mendapati orang yang sering menggunakan ubat laxatives mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat kanser kolon. 


Sembelit

Sembelit atau konstipasi yang kronik akan banyak memberikan kesan burok kepada kolon. Kolon akan sentiasa menyerap air daripada najis sehinggakan najis yang tidak dibuang sepenuhnya akan menjadi keras dan melekat kepada dinding kolon. 

Sembelit yang kronik menyebabkan peningkatan risiko kanser kolon dan juga sembelit dikaitkan dengan penyakit ‘diverticulosis’ dan ‘appendicitis’. Risiko kolon kanser juga meningkat dengan kesan pengambilan berbagai laxatives. 

Mencangkung dapat mencegah sembelit dengan 4 cara berikut:

cangkung0071. Najis dapat keluar mudah dengan tarikan gravity. Berat badan yang ditekan oleh kedua-dua belah peha secara semula jadi menghimpit kolon serta tekanan dari ‘diaphragm’ menambah tarikan gravity.

2. Injap ‘ileocecal’ yang tertutup rapat di antara usus kecil dan kolon menghasilkan tekanan penuh didalam kolon untuk menolak najis ke rectum. Dalam situasi berak duduk, injap ic tidak disupport dan biasanya berlaku kebocoran dan menyebabkan sukar untuk menghasilkan tekanan yang diperlukan didalam kolon. 

3. Mencangkung secara semula jadi otot ‘puborectalis’ akan relax dan melepaskan cengkaman kepada rectum yang sentisa dilakukannya untuk menghalang laluan najis keluar. 

4. Mencangkung dapat mengangkat ‘sigmoid colon’ untuk ‘unlock the "kink"’ pada bukaan kemasukan ke dalam rectum. Bengkokan antara sigmoid kolon dan rectum ini sebenarnya membantu mengurangi beban otot puborectalis menahan pengaliran najis keluar. 

Direngkaskan, kolon di lengkapkan dengan ‘inlet valve’ (injap ileocecal) dan ‘outlet valve’ (injap otot puborectalis). Duduk mencangkung dapat merangsang secara serentak penutupan ‘inlet valve’ untuk memastikan usus kecil bersih dan membuka ‘outlet valve’ bagi najis dapat keluar melalui nya. Duduk di tandas mangkuk menghalang fungsi kedua-dua injap tersebut dan menyebabkan pembuangan najis amat menyusahkan serta tidak dapat dikeluarkan sepenuhnya dan dalam waktu yang sama akan mengotorkan usus kecil.

Otot ‘sphincter’ adalah bertindak sebagai ‘outlet valve’ yang kedua, yang boleh dikawal oleh kita untuk sementara waktu sahaja. Kawalan sebenar kepada pengeluaran najis adalah oleh cenkaman berterusan oleh otot ‘puborectalis’. Dalam posisi duduk, cengkaman otot puborectalis tidak dilepaskan malah ia akan dipaksa terbuka sedikit dengan meneran dan hanya sebahagian najis saja dikeluarkan. Kesan meneran yang kuat dan berulang-ulang bertahun-tahun menyebabkan terjadinya hemorrhoids jadi ianya juga boleh diklassifikasikan sebagai ‘repetitive strain injury’.

Kesimpulan nya, 

Sudah sampai masa nya untuk manusia kembali semula kepada cara berak semula jadi yang amat bersesuai dengan asal kejadian nya dan meninggalkan pengalaman yang salah ini.

Kisah Suami Beristerikan Si Jelita.

Whatsapp dengan kawan lama. Lama tak tanya khabar. Malas sikit nak tegur dia ni sebab dia super kacak. Anti orang kacak ke apa aku ni. Hee

Aku: “Kau apa cerita sekarang?”

Member: “Dah kahwin. Dua tahun dah. Kau?”

Aku: “Aku masih membongak membujang. Koh koh koh.”

Member: “Nikah-nikahlah. Sian anak kau nanti, kau dah tua nak KO dia baru darjah satu. Kurang kasih sayang bapak nanti.”

Aku: “Best ke kahwin?”

Member: “Bergantung pada siapa yang kau pilihlah.”

Aku: “Err..maksud kau?”

Kisah Cari Kerja Semua Graduan Perlu Tahu





Seorang agen hartanah dan usahawan dalam bidang pembinaan, Hamizi Hamdan, menceritakan pengalamannya menemuduga calon-calon pekerja untuk syarikat beliau APS Project Planner Sdn Bhd. Dari 7 calon yang hadir, hanya 3 yang dipertimbangkan. Ikuti kisah di bawah untuk memahami apakah kriteria yang dilihat oleh seorang penemuduga.