Showing posts with label Santai Sana Sini. Show all posts
Showing posts with label Santai Sana Sini. Show all posts

Rumah PPAM Ketumbar

 



Kalau ikut dari info awal dijangka siap pada tahun 2019,dan mendapat kunci pada tahun 2020,

Tapi sekarang dah 2021,dijangka akan mendapat kunci pada pertengahan tahun 2021..



Aku Bukan GAY........






Kali ni kursus aku di johor,selalunya boleh pilih rakan sebilik tapi kali ni urusetia dah tetapkan rakan sebilik,
aku nengok senarai sape teman sebilik aku,'owh pakcik ni brador Joi 'aku dah memang biasa sebilik dengan org tua ni,aku pun check in amik card utk masuk bilik berehat,sesi kelas ptg lambat lagi boleh rehat jam masih awal,lepak punya lepak sambil mengelamun bilik aku diketuk dari luar,'sah org tua ni dah sampai'kata ku dlm hati,sekali aku bukak pintu ,aik kenapa lain rupa salah bilik ke mamat ni,aku sangkakan si brador Joi sekali org lain.

Upgrade STREAMYX






Ape citer menarik sal streamyx ni,sebenarnye aku teruja sbb tu aku nak citer skit ni mengenai langganan pakej streamyx bb 1mps yg beharga  rm116.60 ni,memula tu aku speed test selalu dpt dalam 0.80mb je paling tinggi pun 0.90 jerk ini bermakna  aku cuma dapat 90% dari langganan sepatutnye aku kena dapat 1.00mb kan,aku nengok terma dan syarat katanya pelanggan berhak dapat atas 70% dari kelajuan sepatutnye aku search kebanyakan pun dpt mcm tu jugak speedtest dalam 80% dari yg sepatutnya,
aku tanya kawan aku yang pakai stimik mcm aku dia ckp dia dpt jerk 1mbps aku pun tak puas hati jadi aku buat search kat tenet,ada org langgan pakej bb1mbps boleh dpt speed sampai 1.5mbps sebabnya diorg bukak port sampat 2mb,aku tak puas hati sbb aku tak dpt mcm tu aku pun call 100 ckp speedtest tak pernah dpt 1mb kurang jerk dpt,dlm 2 hari diorg setting kat sana akhirnya aku dpt la speedtest dalam 1.25mb lebih kurang bukan sentiasa kurang,sesiapa langgan stimik dapat kurang dari sepatutnya buat lah aduan call 100 suh diorg buat sampai dpt speed yg sepatutnya.

Selama 4 bulan langganan aku dpt panggilan offer upgrade ke 4mbps cuma tambah rm10 je dalam bil atau ke 8mbps tambah rm20 dalam bil dari pihak TM yg bernombor 03-2601-6400,no ni takleh call masuk cuma keluar je.

Tapi aku tak percaya ingatkan nak scam sekali aku baca forum mmg betul tu dari TM,aku cuba call balik no tu tapi x dpt sbb no tu boleh call keluar je,aku call la 100 nak mintak balik offer tu,aku cakap aku ada dpt offer tapi tak sempat nak kata setuju dah terputus,lepas aku ckp dengan operator tu akan buat laporan dan report utk dihantar ke bahagian promotion,dalam sejam no 03-2601-6400 ni call aku pastu ape lagi dlm promok dia tu aku terus setuju upgrade ke pakej 8mbps cuma tambah rm20 je menjadikan keseluruhan bill aku nanti termasuk gst rm37.80 mcm harga pakej bb2mbps .



Sementara tu dapat lagi  set top box HYPPTV dan dapat percuma semua saluran selama sebulan lepas sebulan semua saluran percuma tu tinggal la saluran yg sedia ada percuma utk pakej,nak tambah saluran yg best2 kena bayar add on atau amik pakej pukal rm30 ada rm50 ada.





Pakej 8mbps ni aku puas hati  sbb awal2 diorg dah bukakkan port sampai 10mbps jadi aku speedtest dapat la dalam 8mb tak pernah kurang,manakala siaran hypptv tak mengganggu pun speed internet ,aku speedtest masa nengok siaran hypptv dalam lingkungan 6.50mbps jadi xde masalah bab speed berkurang untuk main internet.


CUMA yang aku bengang dari memula aku langgan kenapa youtube mcm kena throttle jerk,waktu siang layan youtube speed moniter menunjukkan cuma bawah 50kbps kalau waktu malam dalam jam 1pagi baru dapat full HD,

Aku hantar email kat help@tm buat report,petang tu jugak org dari telekom call tanya mengenai report aku tu,
sembang punya sembang mmg betul diorg ada sekat kelajuan tapi kawan2 kat tempat lain 247 ok jerk youtube HD lg,katanya ade tempat2 tertentu je,kawasan yang x padat x banyak user diorg x sekat,tempat yg byk user dan padat diorg akan hadkan .
mcm tu pulak citer,aku bayar ni,dengan panas aku letak so skrg mcm mana boleh ke aku buat report kat SKMM atau KPDNKK mengenai masalah ni,paling x pun bagi la speed layan youtube 50% dari dilanggan pun dah ok.
sape ade masalah yg same mcm aku ape citer


Beli kereta, percuma kereta





Isu : Nak beli kereta Honda Civic harga RM165,000
Kita mampu sediakan downpayment : RM19,800

Cerita 1

Ah Chong nak beli kereta ni.
Ah Chong bayar downpayment. Yang lain, dia buat loan.
Katakan interest rate Ah Chong dapat

C-string: Lelaki suka, wanita kepit tak selesa



KINI tiada lagi G-string, fesyen terkini pakaian dalam wanita menampilkan C-string dengan rekaan yang 'teramat' ringkas.

Malah, jika diamati ia umpama cekak rambut untuk menutup bahagian sulit wanita di depan sahaja dan bagi pereka fesyen ia menyelesaikan masalah garisan seluar dalam yang kelihatan apabila mengenakan pakaian.

Kendall Jenner memakai C-string untuk menyesuaikan dengan pakaian yang diperagakan.


Ia mendapat sambutan hangat di kalangan kaum lelaki yang membelinya untuk isteri dan teman wanita.

Bagaimanapun, di kalangan wanita pula ada yang kurang berpuas hati dengan fesyen terkini ini kerana ia dikatakan tidak selesa dipakai terutama kerana fabrik yang dianggap pelik.

"Ia tak kekal di tempat yang sepatutnya, susah untuk memakainya walaupun untuk tempoh dua minit. Jadi jangan buang wang anda membelinya kerana produk ini tidak berbaloi," kata seorang wanita dalam forum berkaitan produk itu.

Pandangannya mendapat perhatian ramai termasuk kolumnis di seluruh dunia yang turut menilai fesyen terkini pakaian dalam wanita itu.

Malah, ada yang setuju dan melabelnya sebagai 'pakaian dalam wanita terburuk pernah dihasilkan."

Berbeza sekali dengan kaum lelaki apabila mereka tidak melihat sesuatu yang buruk mengenai C-string dan sentiasa memberi komen positif terhadap produk yang dianggap seksi ini.

Seorang suami menulis: "Isteri saya tidak sukakannya tetapi saya suka."

saya pun suka sebab senang nak tanggalkan,tp tu untuk isteri kat umah boleh lah kot yg gadis bujang tu jangan mangada2 nak pakai lagi2 yg pakai skirt atau mini skirt x pasal2 jatuh bawah terus terngaga dlm tu yg kat luar pun terngaga.

Yang jantan tu xyah nagada2 nak pakai ,kalau nak pakai jugak jenis bawah ni kot sesuai tapi nampak macam senak jerk ahakss

Alat Ganti Kereta Di Pusat Servis Agak Melampau Harganya...Apa Pendapat Anda?






ambe baru balik dari servis perodua myvi 1.3 auto di sebuah pusat servis perodua...semasa menunggu ada brother ni jugak servis kereta..seorang staff perodua servis menghampiri brother ni

Kisah Suami Beristerikan Si Jelita.

Whatsapp dengan kawan lama. Lama tak tanya khabar. Malas sikit nak tegur dia ni sebab dia super kacak. Anti orang kacak ke apa aku ni. Hee

Aku: “Kau apa cerita sekarang?”

Member: “Dah kahwin. Dua tahun dah. Kau?”

Aku: “Aku masih membongak membujang. Koh koh koh.”

Member: “Nikah-nikahlah. Sian anak kau nanti, kau dah tua nak KO dia baru darjah satu. Kurang kasih sayang bapak nanti.”

Aku: “Best ke kahwin?”

Member: “Bergantung pada siapa yang kau pilihlah.”

Aku: “Err..maksud kau?”

Misteri orang perempuan, sekali seluk dah jumpa

Misteri orang perempuan.

Lepas mandi, aku check dalam almari, nak cari baju pagoda, atau baju kungfu, atau baju panas ( T-shirt nipis warna putih) tapi nampaknya tiada stok dalam lipatan, aku ada 5 helai baju ni, bermakna mungkin berada dalam bakul baju sebelum di basuh, atau mungkin berada dalam mesin basuh, atau mungkin berada dalam bakul baju yang sudah dibasuh belum dijemur, atau mungkin ada di ampaian, atau mungkin ada dalam bakul baju yang baru di angkat.

Pekerja dedah courts mammoth perdayakan pelanggan





Saya sebagai bekas kakitangan Courts Mammoth berasa begitu kasihan dengan pelanggan yang terperdaya dengan marketing dan janji-janji manis kakitangan Courts Mammoth.

Sememangnya Courts Mammoth mempunyai banyak option interest rate. Tetapi ramai pelanggan yang tidak tahu kerana tidak dijelaskan oleh kakitangannya.

Interest ratenya mengikut bulan, bukan tahunan. Contohnya 1%, 1.39%, 1.69%, 1.99%, 2%, dan yang paling tinggi adalah 2.369% sebulan. Memang tinggi, gila **** tinggi. Siapa-siapa yang buat 60 bulan, memang habislah.

Nasihat saya sebelum beli, baik survey dulu option interest rate. Memang ada option, sama juga bila beli motor daripada AEON. Kita ada banyak option rate, tetapi banyak pelanggan tak faham mengenai rate tsb dan langsung tak mahu ambil tahu pun. Yang penting, janji bulan-bulan bayar setakat mampu.

Bila dah tiga tahun bayar, barulah dia terasa lama. Bila check 60 bulan, AMEKKAW!! 

Kadang-kadang pelanggan ghairah nak dapat barang, sampai sanggup tandatangan jer perjanjian itu ini. Kebanyakannya macam itulah.

Satu lagi kalau dapat kakitangan Courts Mammoth yang bangsat. Jenis yang memang tak kasihan pada pelanggan. Memang dia akan masukkan benda-benda mengarut dalam invoice.

Bayangkan kalau barang berharga RM200 masuk buat 60 bulan. Just tambah RM10 je sebulan. Pada pelanggan, RM10 itu tak nampak besar. Tetapi kalau kira balik dari RM200 jadi RM600, NONSENSE!! 

Lepas itu, barang pula dia kata package sekali dengan barang utama. Memang kena kelentonglah. Kakitangan Courts Mammoth pula dapat imbuhan lagi dalam RM5.00 Kakitangan Courts Mammoth ini pun satu hal, dikejar sangat RM5 sampai teraniaya pada pelanggan.

Itulah sebab kenapa saya berhenti kerja dari Courts Mammoth.

p/s: aku copy paste je ni.. SCHO tidak bekerja di CM

Bila dah start CUTI

Coti skoloh stak doh...
Di Kelantan...musim cuti adalah musim pertarungan...
Anda terpaksa gi kedai utk beli makan pagi anda lebih awal dari kebiasaan..kalau lewat..habis akan dirembat rakus oleh perantau yang sekian lama memendam ghairah nasi kerabu, dagang, tumpang, kapit..juga laksam..
Selepas beli nasi, bersegeralah beli suratkhabar...jgn lewat..habis..
Makan tengahari???
Bersedialah merebut parking di setiap kedai nasi ulam...kesesakan ketika berebut ikan patin masak tempoyak, percik keli, kerutuk serati, gulai kambing akan meletihkan anda...tp amat berbaloi..lebih lebih lagi bila di 'up' dengan budu yang diperah asam limau dan lada burung..
Sebelum asar, sila berkerumun di gerai goreng pisang dan kepok gotel..jangan lambat boh..nanti tinggal kerak dgn colek dio jah..
Malam???
Jangan lewat..kalau boleh solat dekat restoran kegemaran anda. Para penggila sup belut, tomyam belut dan pelbagai jenis sup dan tomyam akan berpesta..juga maggi ketam..jangan sampai anda kehampaan..sup belut amat sukar dijumpai..kata perantau..hanya di kelantan..
Kota Bharu??
Nauzubillah kalau terpaksa ke Kota Bharu..kalau anda duduk kat kelantan..jangan gelenyar nak tambahkan kesesakan di kb..pergi sebelum atau selepas cuti..kb adala milik 'ore luar' masa cuti..gadis penjual semakin ayu dan sopan musim ni..
bahasa dan gaya mereka pun semakin ngada ngada..
Guest house???
Boh, bulan lepas lagi doh penuh..hatta di kampung yg terpencil pun...chalet chalet di pantai pun takdop kosong...pantai pun akan jadi macam pasar..pakcik aiskrim, pakcik lokcing dan pakcik jual wau bersyukur tanpa henti..
Saudara saudara saya para perantau...mari kita bertarung...

cendol mari ...sedap tak

sekali garu garu bontot da ...

Ada duit, abang sayang - takde duit, abang melayang

ADA DUIT, ABANG SAYANG - TAKDE DUIT, ABANG MELAYANG 
Mesti korang pernah dengar ungkapan macam niekann..



TITIPAN KHAS BUAT PARA SUAMI


Orang tua-tua cakap, kalau seorang lelaki tu dah bersedia untuk bernikah, maka haruslah si suami itu bersedia MEMIKUL TANGGUNGJAWAB dan BEBAN KEWANGAN. Bagi yang berpendapatan besar tu, mungkin duit tidak menjadi masalah. Tetapi bagi para suami yang berpendapatan sekadar biasa-biasa sahaja, pasti sangat-sangat TERTEKAN.

Setiap suami sayangkan isterinya. Maka, tugas untuk MEMBAHAGIAKAN ISTERI haruslah di pandang SERIUS. Bukan setakat menjaga emosi isteri, memberikan kasih sayang sepenuh jiwa, tetapi suami harus memberi nafkah kepada isteri. Banyak kes penceraian di serata dunia adalah disebabkan MASALAH KEWANGAN. YESS !! MONEY IS NOT EVERYTHING, BUT EVERYTHING NEEDS MONEY.

Tiada masalah di dunia ini yang tiada jalan penyelesaian. Sebelum ini anda pasti pernah membuat kerja-kerja overtime ataupun kerja-kerja tambahan untuk MENAMBAH PENDAPATAN ISI RUMAH. Jangan terkejut jika ada suami yang berpangkat BESAR juga membuat kerja-kerja PART TIME, semata-mata untuk MEMBERIKAN YANG TERBAIK kepada ahli keluarganya.

Tips Untuk Membaca Dengan Laju - Speed Reading

Kerjaya saya memerlukan saya membaca sangat banyak dokumen. Saya mengaplikasikan teknik speed reading, sejak di zaman sekolah lagi. Teknik speed reading yang saya amalkan:

1. Jangan sebut perkataan di dalam otak. Baca sahaja.
2. Jangan ulang perkataan.
3. Baca pada fixated points dalam muka surat yang saya perlu baca, bukannya perkataan demi perkataan

Dalam gambar di atas, cara tradisional ialah baca perkataan demi perkataan. Teknik speed reading ialah dengan melangkau perkataan.

Allah telah jadikan minda kita nampak perkataan di sebelah kiri dan kanan perkataan yang kita baca. (Imam Shafi'e nampak dan hadam ayat-ayat pada muka sebelah).

Tambahan:
Tengok gambar di bawah pula



Garisan merah menegak tu sebagai rujukan. Dalam setiap baris ayat, fokuskan mata/bacaan kita pada garis merah sahaja. Automatik, perkataan kiri dan kanan akan masuk otak juga.

Contoh lain:

Saya suka makan nasi dengan sambal belacan dan petai.

Cara biasa ialah baca sebiji-sebiji perkataan. Cara speed read adalah fokus mata kita pada perkataan makan dan sambal. Automatik otak akan dapat tangkap seluruh ayat.

In sha Allah bermanfaat.

Antara Korang Sedar Atau Tak





Antara korang sedar atau tidak
Ini adalah perkara2 yg wujud yg tak pernah/jarang kita fikirkan masa berlaku sesuatu kejadian.. 
yg x betul tolong betulkan.. aku dapat pun dr sumber2 dan ada yg pernah aku praktik.. bukan copy paste dr mana2 blog. 


1. Kalau kereta korang rosak atau tayar pancit. Korang kena call PLUS utk tarik kereta korang keluar dari lebuhraya dan ianya FREE OF CHARGE. Dan kalau berlaku di luar lebuhraya, korang boleh call pihak insurance. cek polisi korang dan tgk apa insurance cover. contoh cam aku guna kurnia insuran tayar kereta pancit, bateri kereta kong sebab terbuka lampu.. semua tu aku x perlu susah payah tukar tayar sebab korang boleh suruh technician dari insuran korang datang buatkan tu semua.. tak deduct NCB pun dan FREE OF CHARGE. Termasuk kalau kereta korang rosak nk minta tow kereta korang ke workshop pilihan insuran atau workshop pilihan korang.. korang leh suruh insuran tow kereta korang.. cam insuran aku tow 30km FREE dan 1km = RM1 utk 30km berikutnya.. Tak payah korang kena tipu atau kena charge oleh lori2 tow yg cekik darah.. Insuran korang byr tetiap tahun tu bukan hanya cover eksident je.. so gunakanlah..

2. Memalam kat kawasan umah korang ada bebudak lepak? korang takut? jgn jadi sengal dgn duk diam je.. korang boleh call balai polis berhampiran, dan polis akan datang buat rondaan.. tak perlu korang keluar rumah halau budak2 tu. just call polis, polis akan datang.. korang duk diam dlm rumah xyah keluar.. bende ni aku slalu buat..

3. Anda nak pergi bank nak depositkan duit sales atau company tapi takut ada org ekor atau samun? tak perlu ramai2..korang boleh call polis eskort korang sampai ke bank dan perkhidmatan itu percuma.. dari korang maki hamun polis.. gunakan khidmat dia sebab diaorang dibayar gaji utk pastikan keselamatan korang. 

4. Kalau korang bergaduh.. pastikan musuh korang pukul korang dulu dan pastikan korang bawak saksi yg nampak musuh anda pukul anda dulu sebab walaupun musuh anda dibelasah oleh anda balik sampai separuh nyawa sekalipun.. korang boleh menang kes dengan alasan korang cuba mempertahankan diri sendiri. Member kawan aku keja lawyer tu yg bgtau... 

5. Ini sumber dari membe aku lawyer bgtau.. andainya korang terogol perempuan dan perempuan tu nak dakwa korang kat mahkamah. korang boleh guna lawyer untuk menang kes dengan alasan korang rogol sebab tak tahan tengok perempuan tu seksi. Jadi salah perempuan tu. Well nampak macam x betul tapi itulah fakta dan its true..

6. Kepada yg ada anak kecik. Korang da ambik insuran utk anak korang? Tahukah korang dengan boleh claim insuran wad @ elaun poket sehingga rm800 utk satu malam di hospital pakar? ini nampak cam iklan tapi sebab benda ni legal dan bukan scam jadi aku share kat korang.. leh cari DanielAriffin kat cg ni.. sbb aku da ambik.

7. 99.99% nahas udara kapal terbang tidak ada 1 penumpang pun selamat. Jadi jgn lupa mengucap dan niat yg baik2 semasa menaiki kapal terbang. Sad but true.

ini antara yg aku ingat stakat ni.. apa2 tambahan boleh post supaya kita sedar atau tidak perkara2 yg tak terlintas di fikiran kita semasa berlaku sesuatu.

Orang gila dan seketul emas

Geng,

Apa khabar semua...?? Lama aku tak menulis kat sini
Tadi gi melaka..then berhenti makan jap di rnr rembia..jalan lama melaka to alor gajah.
Parking keta..terus menuju ke gerai tepi parking.

Aku ambil nasi puteh..lauk asam pedas ikan kembong.. (tak sedap..)
Sambil makan aku perhatikan sorang pakcik yang dari tadi duk perhatikan aku..
Dia berdiri tepi longkang sebelah sana..mulutnya tak henti bercakap..tangan dia asyik tunjuk langit je..kadang2 tangan dia mcm marahkan seseorang..kompom orang giler ni..bisik hati aku..






Aku tak jemu memerhatikan tingkah laku pakcik tu..kesian dia..bercakap penuh semangat..mcm seorang guru sedang mengajar mathematik yg anak murid nya tak paham..
Hati aku mula runtun..kesian..bapak siapa ni ya..timbul hati nak ajak dia makan..mungkin pakcik tu lapar..tapi..ialah..siapa berani nak ajak org giler makan sama..kena pikir habis beb..

Aku masih melihat keletah pakcik tu..hinggalah satu ketika..aku tercekik tulang ikan kembong..smpai sekarang tulang tu duk melekat kat tekak aku ni..sakit telan air liur..

Ok..aku dah habis makan..nak bergerak balik dah..timbul dihati nak bagi pakcik tu duit..boleh lah pakcik tu makan nasi..kesian dia..mesti dia lapar..penat bercakap..

Aku masuk keta..aku gostan..dan aku berhenti betul betul sebelah dia..aku bagi dia duit..meloncat dia suka (wah..org gila pun kenal duit ya..)..sambil berulang kali ucapkan terima kasih kat aku..terima kasih tuan...terima kasih tuan..

Aku sempat bersembang jap dgn pakcik tu..tp aku kena beredar cpt coz belakang ada keta nak lalu..berikut ialah conversation aku dgn pakcik tu..

Aku : Pakcik cakap apa tadi..bercerita dengan penuh semangat tadi..
Pakcik : Tak de apa..macam ni..dunia ni banyak belang belang lah..
Aku: Apa yang belang belang tu pakcik..?
Pakcik : Tak tau lah..nampak mcm terang belang belang..sebenarnya kat sini byk emas..tapi ramai yg tak tau..nanti kalau tuan datang lagi..saya akan tunjukkan tempat tu..
Aku : Ya pakcik..? Betul ke byk emas tu..kat mana tmptnya..?
Pakcik : Memang banyak..ni saya dah ambil seketul (sambil dia seluk poket nak tunjuk kat aku..)
Aku : Nak pecah muka aku tahan gelak..dia tunjuk kat aku seketul batu grewel warna kuning..batu tepi jalan tu..
Pakcik : Emas ni bagus ni..ada banyak lagi yg tak sempat di kutip..baru dapat seketul je..
Aku : Ok pakcik..saya jalan dulu ya.. ( sbb keta belakang dah tunggu lama..)
Pakcik : Ok..ok..tkasih tuan..nanti datang lagi..saya tunjuk tempat emas tu ya..
Aku : Ok pakcik..terus berlalu pergi. .

Sekarang aku tak tau..nak gelak ke nak sedih..hati bercampur baur..kesian pakcik tu..dah jumpa emas seketul rupanya..patut le dia asyik bercakap je..

Dipertengahan jalan baru aku teringat..patut aku tanya pakcik tu mana MH370 sekarang..
mana lah tau kupasan dia lebih menarik..berbanding dengan sorang pakcik tu yang pakai suit bertali leher bagai. .duk atas tikar sambil pegang buah kelapa ngan dayung sampan..
Siapa lebih giler..? Pakcik ni atau orang giler terhormat tu..??

Hehe..dunia...dunia..

Jumpa lagi geng...adios..

Tulang rusuk lelaki serta qadak dan qadar


kepada lelaki2 dan wanita2 sekalian...
kita semua tahu kan yang wanita memang dijadikan dari sebatang tulang rusuk lelaki? tul tak?
tapi mcm mana pulak lelaki boleh kahwin lebih dari satu sedangkan tulang rusuk ada satu je?
ok mari saya explenkan pada anda semua secara teknikal nya bagaimana ianya boleh terjadi ye...

ok sebagai perumpaan, cuba ambil sehelai kertas yg panjangnya sejengkal dan lebarnya lebih kurang 4 jari (lebih kurang lah, kertas panjang dan lebarnya berapa2 pon boleh)...
imagine kertas itu adalah tulang rusuk lelaki...

kemudian, cuba lipat kertas tu dari atas ke bawah menjadi 2 bahagian...
haaa kan dah jadi 2 orang isteri tu...huhu
sebelum lipat tu maknanya ada sorang isteri je lah...
dah lipat 2 tu bermakna anda sudah dimadukan...hahaha
kemudian lipatlah lagi berapa banyak bahagian yg anda suka...
nak sampai 4 bahagian ke 5 ke 6 ke terpulang...

ada lagi, cuba pulak lipat kertas dari hujung ke hujung atau dalam bahasa lain dari kiri ke kanan...
haaaa yang ini pulak adalah berapa lama jodoh sorang lelaki dgn isteri dan isteri-isteri nya...
boleh jadi jodohnya panjang, boleh jadi pendek ataupon jodohnya sampai mati...
terpulang kepada ketentuan Ilahi...

ini semua qadak dan qadar...
kita order nasi kat kedai makan...
nasik pon sampai...
baru dua tiga suap tup tup tiba2 pinggan kena siku dgn kucing dan jatuh ke lantai...
jadi maknanya kat sini, nasik tu sebenarnya adalah qadak, manakala dua tiga suap tadi tu pula adalah qadarnya...

maka banyak2 kanlah bersyukur kepada Illahi...

moga bermanfaat...

Nurse yang mantap


1. Dulu aku pernah dengar isu doktor lelaki yang menjadi doktor pesakit wanita. Lagi2 bila bab dalam menyentuh alat kelamin/kemaluan dan lain2. Tapi doktor sakit puan masih lagi banyak lelaki. Bulan lepas aku masuk ward aku tgk byk doktor baru perempuan tapi kenapa doktor pakar banyak lelaki?
Ok tak pelah aku sambung cerita lain pula.

2. Sepanjang aku kat ward, aku nampak ada la nurse lelaki tetapi bila dalam bab nak sambungkan paip air kencing banyak nurse perempuan yang buatkan.
Pakcik sebelah katil aku naik malu bila nurse perempuan (comel + umur muda2 dalam 20lebih + org kata anak dara sunti) nak pasang kat angrybird pakcik tu. Sampai pakcik tu kata saya nak buat sendiri tapi nurse tu paksa jugak nak dia pasang.
Ada member aku cerita dengar dari katil sebelah (dah tutup tirai) nurse tu cakap "pak cik.. pak cik.. lembutkan sedikit lembutkan sedikit.. saya x dapat nk masuk ni".. huh? ni cerita betul bukan mengaibkan sebab mungkin akan berlaku kat aku, adik, abg, suami korang akan datang. Hospital swasta lagi la ramai nurse cute2 lagi la kalau hospital swasta lagi la jarang ada nurse lelaki.
Jika kat situ memang xde nurse lelaki aku boleh terima lagi alasan xde nurse lelaki.

3. Isu Tandas, kebanyakkan yang aku selalu jumpa.. kalau tandas perempuan. Pencuci lelaki terpaksa tunggu orang xde baru boleh masuk cuci. kekadang buka pintu pun takut2. Takut kena jerit atau komplen.
Tapi yang aku selalu jumpa pulak, tandas lelaki ni, biasa makcik2 cleaner ni main redah je masuk kekadang org lelaki tgh kencing kat tempat kencing berdiri tu, makcik tu selamba je mop lantai belakang dia.
kalau nak ikutkan, perempuan 'membuang' lebih tertutup sebab semua masuk dalam bilik tandas berbanding lelaki yang 'memancut' di tempat terbuka. Kekadang ada pakcik2 ni selamba je basuh 'angry bird' diorang kat tempat basuh tangan.

4. Isu agama, ingat tak isu seorang model yang mengaku minum arak dan meminta mahkamah menjatuhkan hukuman sebat kepadanya. (aku x nk bgtau siapa). Tiba2 isu tu jadi panas sangat. Sampai ahli politik (x nk bgtau siapa) masuk akbar, pertubuhan cam SIS dan lain2 membantah dan anggap sangat hukuman tu kejam untuk wanita. Akhirnya hukuman sebat tu bertukar jadi membuat kerja2 amal. Aku rasa kalau lelaki nk kena sebat lagi ke kutuk ada la..

dan pelbagai lagi cerita cuma aku da lupa.

Jadi aku kesalkan perkara2 ini seolah2 wanita boleh buat apa sahaja dan x jadi kesalahan. Malah dalam rumah-tangga atau sosial pun. 100% masyarakat akan percayakan cakap perempuan tu. Walaupun banyak kes yang isteri tu yg salah. Ada satu kes, perempuan tu curang (kes curang yang dasyat) dengan lelaki lain, lepas tu suami dapat tahu & kantoi. Bergaduh2. Isteri minta cerai. Kalau x ceraikan akan sambung curang. Bila dah cerai, duk canang semua orang yang suami dia ni tak bagi nafkah dan ada perempuan lain. Dan semua orang percaya..

Wallahualam..
Jangan terus menghentam saya. Berbincang lah sebaiknya sebab ini yang berlaku hari ini bukan saja nak reka benda yg tak da.

Bab lelaki memang betul lelaki pun ada banyak silap tapi sebaiknya hukumlah seadilnya. Dari segi peribadi, rumah tangga dan kerjaya.
__________________

Rancang Menaikkan Harga Rokok RM250 Sebungkus




Jika perancangan kenaikan harga rokok ini direalisasikan di Malaysia, pastinya golongan perokok tegar akan berusaha sedaya upaya untuk berhenti tabiat merokok mereka, tetapi hakikatnya perancangan ini hanya di New Zealand

no smoke rancang menaikkan harga rokok rm250 sebungkus
RANCANG NAIK HARGA ROKOK RM250 SEBUNGKUS

Pegawai Kementerian Kesihatan New Zealand mengkaji kemungkinan menaikkan harga rokok kepada NZ$100 (RM250) sebungkus, sebagai usaha untuk menghentikan sama sekali tabiat merokok
Satu cadangan menunjukkan, walaupun rokok dinaikkan sebanyak RM120 sebungkus menjelang 2025, bersama-sama cukai yang lain, matlamat itu tidak akan dicapai
Tetapi, sekiranya harga itu dinaikkan sehingga RM250 menjelang 2020 bersama-sama dengan kenaikan cukai lain, dasar itu akan berjaya.