Seram:Pengalaman jumpa hantu raya

ok nak cerita pengalaman jumpa hantu raya:

aku ada 2 kali pengalaman jumpa hantu raya ni sebenarnya,dua2 bukan aku seru ok?first,masa aku berburu ayam hutan.nak cerita dari awal sampai akhir memang panjang,tapi aku cuba ringkaskan,lebih kurang 10 tahun lepas,masa aku aktif berburu di sebuah hutan di perak..

kebiasaannya bila aku dengan 2 member aku pergi berburu ayam hutan ni,selalu bawak balik paling tidak pun sekor sorang,tapi peliklah trip last tu cam tak menjadi,hairan jugaklah,bunyi,kelibat ayam hutan tak nampak langsung,aku masuk hutan dari pagi sampai petang,nak dijadikan cerita lepas cari2 tak nampak tanda sekor ayam hutan pun,kami berehat di tempat lapang,cerah jugak kawasan tu,tak lama pastu tiba2 rasa cam angin kuat datang tiba2,makin lama makin kuat,aku rasa tak sedap hati dah sebenarnya masa tu..



tapi leman(budak sekampung aku)cakap angin biasa je tu,lama kelamaan makin kuat sampaikan abis daun2 kering terbang,then aku pun ada baca 3 qul,baca ayat qursi,tak sempat abiskan tiba2 kawasan tu jadi gelap,ingatkan nak hujan dah,sekali tengok kat atas,tak nampak awan dah,gelap terus,yang nampak samar2 kangkang makhluk berkali-kali ganda,aku nak gambarkan pun tak reti,tapi besar sangat2..leman dah start cuit aku masa tu,aku pun dah faham sangat bila keadaan jadi camtu,ada benda nak menguji,yelah hutan faham2lah..

leman bisik kat aku,kalau tengok dari segi gaya,ni hantu raya,aku angguk faham je,dalam hati aku macam2 dah aku fikir sebenarnya,cuak gak aku first time berdepan dengan makhluk ni.pastu yang kelakarnya member yang sorang lagi tu,(aku dah tak ingat nama) boleh pulak dia sush!sush!halau macam halau kucing,aku dalam hati nak tergelak pun ada,takut pun ada,aku rasa member tu panik sangat,yelah budak muda,first time ikut berburu kat hutan..

leman ni yang paling terer kalau bab2 ilmu dan benda2 macamni,dulu aku ni selalu ikut dan banyak belajar dari dia,ok sambung balik pada cerita,'benda' tu mendengus kuat beberapa kali,macam berdehem pun ada,tapi kuatlah,aku rasa macam nafas dia kena atas badan,aku tak nampak jelas 'benda' ni sebab besor,tinggi dan gelap terus satu kawasan tu sebab ada 'dia'.yang aku ingat 'benda' ni banyak bulu,sebab lepas 'benda' ni berdehem tu leman ada baca ayat/mentera/ayat alquran(aku tak pasti tak berapa jelas)dia cabut bulu betis 'benda tu',pastu dengar benda tu jerit kesakitan,bergema molek hutan tu,lepas tu hilang gitu je,bulu betis tu leman bawa balik,dia cakap ada kegunaan.tamat kisah pertama.


cerita kedua hantu raya:

yang ni aku rasa hantu raya belaan orang,sebab orang nak dajalkan aku..satu malam tu,aku rasa seram sejuk je badan,tanya adik beradik aku takde nak sejuk pun..aku sorang jelah yang rasa,then aku tidolah,pagi tu aku duk rasa benda peluk aku kemas,kuat cengkam sampai takleh bernafas,bukak2 mata,ambik ko,'benda' tu,berbulu habis satu badan,tengah senyum menyindir kat aku,dengan mata merah,aku nak baca ayat alquran pun seolahnya kena kunci dah,lama2 bila dah abis tenaga,terlepas gitu je dan benda tu hilang,esok pagi nak mandi memang ada berbekas kat badan aku dan lebam2,aku tanya member2 aku,katanya tak lain tak bukan hantu raya,aku pun angguk jelah..sapa ada pengalaman dengan hantu raya leh kongsi dan sahkan dekat sini,cerita pertama dan kedua aku.


cerita ketiga(langsuir/pontianak)

yang ni berlaku lepas solat isyak,jalan kat kampung aku memang gelap,malam2 g ulang alik solat isyak(bukan selalu)macam biasa,memang aku lalu jalan yang sama,kena pulak lalu depan kubur,depan kubur tu ada pulak pokok besar,memang rasa meremang gaklah tengok pokok tu,rasanya kalau tak silap aku nama pokok tu pokok tembesu kot,ada member2 leh sahkan?kata orang pontianak ni memang suka bertenggek atas pokok ni..

ok aku jalan2,then sampai kat kawasan pokok tu,zass,tiba2 naik meremang bulu roma aku,aku cuba pikir positif je,sampai betul2 depan pokok tu,ada bunyi goyang2 kat atas,bunyi daun dan ranting gitu,aku pun dongak ke atas,sekali pontianak dah,dahlah tengok straight kat aku,serius aku cakap,pontianak ni memang sama macam yang dalam cerita seram melayu,kecuali yang aku tengok ni muka dia tak jelas,atau tak bermuka,yang aku nampak muka putih,tak nampak hidung,mata,rambut memang panjang sampai kekaki,pakai kain putih..aku rasa orang yang buat cerita hantu memang kaji dah,atau pernah alami pengalaman macam aku,sebab sama macam aku tengok,kecuali part muka je.

masa tu aku dah start dengar dia mengilai ngilai ketawa terkekeh kekeh,ngeri bila ingat balik,pastu terbang macam nak sambar aku,aku pun apalagi,bukak langkah seribulah,balik rumah,tak cakap apa,terus selimut badan aku,demam 3 hari.


pengalaman member CG

10 comments:

  1. makan cendawan hutang ke bro... mcm mabuk ja...

    ReplyDelete
  2. SESIAPA nak berkenalan dgn makhlok hitam ada rambut panjang dan mengilai panjang sila datang ke sungai Lansir Ulu Dungun.

    Mudah mudahan impian anda tercapai
    saya tak tahu apa makhlok jenis ini, satu masa dulu pernah beri selamat datang kpd saya di sana
    apabila saya usol kpd org kampong berhampiran, memang sah benda tu memang selalu beri selamat datang kpd mana mana org yg pertama kali masok ke sungai tsb

    kerana tak tahu situasi, saya cabut lari naik Lenroba trus leper
    apa tidak nya, tengkok dah meremang, kepala rasa lebih besar dari bakol dan kaki pun macam tak berapa pijak tanah bila dengar benda tu mengilai

    sesiapa nak cuba silalah ke Sungai Lansir Hulu Dungun

    ReplyDelete
  3. sungai lansir ke sungai langsuir?

    ReplyDelete
  4. Kat kampung aku..betul2 nampak hantu raya tgh berkebun di kebun tuan dia

    ReplyDelete
  5. ko copy paste cerita pak tua mahat ? alahai .. x lawan dengan ori

    ReplyDelete
  6. hahahaha aku pun pernah jumpa semasa aku umur 14 tahun aku balik dari ronda ronda kampung, sorang aku naik motor aku lalu satu tempat ni satu lorong sunyi waktu magrib nampak dia dari jauh tengah mencangkul badan dia besar apabila aku dah dekat dengan dia, dia hilang seram jugak aku

    ReplyDelete
  7. hantu tetek boleh hisap hisap

    ReplyDelete