Kuat Seks!




Pengetahuan Umum
Nikah itu sunnah. Tapi kalau nafsu seks ni kuat sangat sehingga boleh memudaratkan diri sendiri atau memudaratkan orang, maka Nikah tu dah jadi wajib.

Nikahlah, Tapi Apa Jadinya?

Senario 1) Tahap Extreme
Mlm pertama

Alam Dewa Dalam Buddhisme




Di dalam Ajaran Buddha, Dewa adalah salah satu hidupan yang dalam Kitaran Hidupan selain Manusia, Asura, Haiwan, 
Hantu Lapar dan Naraka.

Hidupan ini mendiami suatu alam yang dipanggil Syurga disebabkan tahap Kesenangan di dalam Dewa amat berbeza dengan apa yang di alami di alam Manusia.

Definisi Syurga di dalam Ajaran Buddha berbeza dengan definisi Syurga di dalam Agama Abrahamic (Jew, Kristian dan Islam). Mana-mana hidupan yang berjaya lahir di Alam Dewa bergantung kepada Merit yang telah dilakukan pada masa hayat lepas.

Mahzab Andalusia



seperti yg kita ketahui wali songo(wali 9) terkenal di indonesia. 




bagaimanapun kebanyakan dari penganut ajaran mahzab andalusia gemar memohon restu dan doa di makam2 wali ini..sehingga lupa bahawa Allah swt itu Maha Mendengar dan Maha Melihat.

ciri2 mahzab andalusia ini: 

-mengaku mengikuti mahzab imam as syafie..tapi tidak sebenarnya. 

-hal perbomohan dan alam mistik memang no.1 .. mereka ini pantang mendengar org sakit..memang nak menghulur bantuan akan tetapi meminta pengeras berupa wang..katanya untuk disedekah kepada jin.. jin mana ada pakai wang?

-mengaku menghafal al quran dan hadis..sampai mengaku dirinya sheikh..pakar bahasa arab (sebenarnya tak hafal)

-mengaku melihat nabi muhamad saw dan jibril as, jin-jin (tidak sahih kerana rata2 mereka tidak menceritakan sifat fizikal nabi saw) 

-mengagung-agungkan wali songo dan saidina Ali ra, 
-mahir dalam persilatan..sehingga memohon dirinya dirasuk saidina ali ra atau para wali songo. tak lupa juga memohon bantuan jin untuk mendapat pengampul. 

-mempunyai seragam sendiri terdiri dari 3 cabang warna-merah-kuning-hitam. 

-bercakap besar tapi dia menyatakan bahawa dirinya tidak riak. 

-terlampau yakin pada ajarannya. barangsiapa yg mengamal ajarannya adalah ahli syurga. barangsiapa tidak adalah ahli neraka.

-bid'ah melampau-lampau dan aktif di indonesia. 

-menjadikan masjid di makam2 wali. 

-menggunakan ayat2 al quran diselangi jampi serapah dan menyebut nama2 para wali. 


sila betulkan jika saya salah..pendedahan akan diteruskan

Berikut adalah temu bual penulis bersama beberapa orang yg mengaku mengikuti mahzab andalusia ini. 

penulis ( Q ) dan beberapa orang yg ditemu bual adalah (A). 

Q : ayat kursi dari surah mana ya ,wak? 
A : huisshh...panjang surahnya 400 ayat..surah al baqarah ,itu pun ayat 300 lebih baru jumpa ayat kursi 


Q : Apakah itu Sunnah ? 
A : itu adalah 'tabiat'. bon.gok!!


Q : Pernah pergi ke masjidil haram (mekah) tak? 
A : oh sering pergi..org arab nggak bagus..jahat . 


Q : dimanakah bagus mencari ilmu? 
A : seperti riwayat hadis "carilah ilmu sampai ke Bogor (indonesia)." riwayat bukhari. 


Q : ada apa di Bogor wak? 
A : di sono eneng (di sana ada) gua. ada pintu ditulis 'sidratul muntaha' di dalam ada 9 wali masih hidup dan duduk . di sana juga ada yg memohon hajat dan restu. 


Q : ada pasien (pesakit) ,pak... 
A : aku bisa ngobatin. (sambil mengeluarkan besi kuning yg kecil .. keris 3 inci ) 


Q : surah an-nas itu ada disebutkan jin kan,wak ? 
A : mana ada ? surat al-jinn itu lah ! maka nya hafal al quran itu seperti saya!

Kuarters Putrajaya: alkisahnya

Dari luahan hati forumer sebuah forum

tahun ni genap sepuluh tahun aku tinggal di Putrajaya,Alhamdulillah krn aku antara org yg terawal tinggal kt putrajaya,aku dapat kuarters.
10 tahun lepas,aku hny sewa bilik single x berkongsi dgn hrg rm125 sebulan,bila keje dah stabil,aku apply kuarters dan dpt,mungkin time tu tak ramai pnduduk lgi kt putrajaya. so senang la dpt.zmn2 tu rumah sewa kt putra harmoni(flat hijau) dan putra damai, bwh rm600 pun bole dpt kalau pandai nego,namun skrg tahun 2015, nk cari rumah bwh rm900 sngt2 susah,bilik sewa single room berkongsi pun harga antara rm250 - 500 bergantung kpd apa yg ada dlm rumah tu.

Puncanya?

Drummer Cilik 11 Tahun Feat Senario



comel budak ni bila senyum

Sejarah tujuh peperangan yang pelik.

Mengapa dikatakan peperangan yang pelik? Apa tidaknya, kerana ada punca peperangan hanya disebabkan menembak seekor ****. Ada pula negara berperang disebabkan sukan bolasepak.

Ada peperangan hanya berlaku selama 40 minit sahaja, dan ada pula peperangan berlanjutan hingga ratusan tahun, tetapi tiada seorang pun yang terkorban. Baca lebih lanjut tentang sejarah 7 peperangan ini.

1: The Anglo-Zanzibar War: Perang Paling Singkat Dalam Sejarah, Hanya 40 Minit


The Anglo-Zanzibar War merupakan peperangan aneh antara British melawan Zanzibar pada 27 Ogos 1896, hanya berlangsung selama 40 minit. Ini merupakan perang terpendek dalam catatan sejarah. Penyebab perang ini adalah kematian pro-British, Sultan Hamad bin Thuwaini melawan penggantinya, Sultan Khalid bin Barghash.
Menurut perjanjian yang ditandatangani tahun 1886, pengganti Sultan harus mendapat persetujuan konsul British, namun Khalid melanggar perjanjian tersebut, tanpa persetujuan British Khalid naik takhta. British marah, dan memberi saranan untuk turun takhta, namun Khalid tidak mempedulikannya. Sebaliknya, merespon saranan British, Khalid mengerahkan angkatan bersenjatanya dan mempertahankan istananya dari serangan British.

Sikap menentang Khalid dijawab British dengan serangan pada pukul 9 pagi, 27 Ogos. British membedil istana Khalid dan mencerai beraikan pasukan yang menjaga istana. Sekurangnya 500 terkorban di pihak Khalid, sementara hanya seorang perajurit angkatan laut British yang cedera. Perang singkat itu hanya berlangsung selama 40 minit.

2: The Pig War: Terjadi Kerana Menembak Seekor ****


Pig War atau Perang **** adalah perang yang terjadi gara-gara tertembaknya seekor ****. Ia adalah konfrontasi pada tahun 1859 di antara pihak berkuasa Amerika dan British ke atas sempadan antara Amerika Syarikat dan Amerika Utara British. Kawasan tertentu yang dipertikaikan adalah San Juan Islands, yang terletak di antara Pulau Vancouver dan tanah besar Amerika Utara.
Perang ****, dipanggil sedemikian kerana ia telah dicetuskan oleh menembak seekor ****, juga dipanggil Episod ****, Perang **** dan Kentang, Sengketa Sempadan San Juan atau Sengketa Sempadan Northwestern. **** adalah satu-satunya 'mangsa' perang, menjadikan konflik itu pada dasarnya tanpa pertumpahan darah.

3: 335 Years War: Berlanjutan Selama 335 Tahun Tanpa Ada Korban
Peperangan 335 Tahun - Perang ini luar biasa lamanya iaitu 335 tahun (1651-1986), antara Belanda (Netherlands) menentang Kepulauan Scilly (perairan barat daya United Kingdom).
Namun peristiwa aneh ini tercatat sebagai perang terlama dalam catatan sejarah.

Setelah ratusan tahun, walaupun perang ini tidak menentu, akhirnya perdamaian ditandatangani pada tahun 1986.

4: Moldovan-Transdniestrian War - dimana pegawai-pegawai tentera kedua belah pihak akan minum bersama-sama pada waktu malam dan berperang pada siang hari

Setelah Soviet Union runtuh, dua pertiga dari Moldova mahu berhubung erat dengan Romania dan negara-negara jiran barat. Tetapi bahagian timur sungai Dniestr mahu tinggal berdekatan dengan Ukraine dan Russia. Perang pun meletus, dan timur berpecah untuk membentuk Transdniestria, yang masih tidak diiktiraf oleh dunia.
Apabila Moldova dan Transdniestria mula berjuang, ia adalah satu peperangan yang pelik. Tentera tempatan memanggilnya Drunken War (Perang Mabuk), dimana pegawai-pegawai tentera bertemu setiap malam untuk minum bersama-sama.

Mereka pergi pada waktu pagi dan melepaskan tembakan di antara satu sama lain. Pada waktu malam, mereka berkumpul sekali lagi untuk minum dengan orang-orang yang mereka telah bertemu pada malam sebelumnya dan yang mereka telah bunuh.

5: Emu War: Memalukan - Australia Kalah Perang Menentang Burung Emu
Emu War @ Perang Emu, juga dikenali sebagai The Great Emu War, satu operasi ketenteraan selama seminggu yang dijalankan di Australia pada bulan November 1932 untuk menangani kebimbangan orang ramai ke atas beberapa ekor emu yang dikatakan akan mengamuk di daerah Campion, barat Australia.
Burung-burung Emu itu telah bertindak balas kepada musim panas yang panjang, panas, yang menyebabkan kekurangan makanan dan air. Perang yang dijalankan di bawah pimpinan Major Meredith dari Royal Australian Artillery (Artileri Diraja Australia), memberi arahan kepada satu pasukan askar bersenjata dengan dua senapang mesin Lewis dan 10,000 pusingan peluru.
Tetapi menembak secara membuta tuli pada kumpulan burung yang boleh berlari sehingga 50 km/j (30 mph) tidak membawa hasil yang dijangkakan. Burung-burung itu dengan mudah melarikan diri walaupun selepas ditembak oleh pusingan mesingan.

Sepanjang seminggu atau lebih, hanya segelintir daripada 20,000 burung dianggarkan sebenarnya dibunuh. Major Meredith - komander Australia dalam 'Emu war' - hairan dan membandingkan emu dengan Zulu. Selepas beberapa hari, Menteri Pertahanan mengarahkan pembubaran. Dan dengan itu 'Emu War' berakhir dengan kekalahan ketenteraan Australia.

6: The Football War: Puncanya Bolasepak
Perang antara El Savador melawan Honduras tahun 1969 ini disebut Football War @ Perang Bolasepak (La guerra del fútbol - dalam bahasa Sepanyol), kerana berlangsungnya bertepatan dengan berlangsungnya babak kedua kelayakan Piala Dunia FIFA (FIFA World Cup) 14 Julai 1969, zon Amerika Utara. Perang ini berlangsung 100 jam atau perang lima hari. Pemicu konflik ini adalah masalah imigrasi dari El Salvador ke Honduras.
Puncaknya, El Salvador melancarkan serangan ke atas Honduras. Lalu, organisasi AS membuat rundingan gencatan senjata yang berkuat-kuasa pada 20 Julai. El Salvador akhirnya turut serta Piala Dunia tahun 1970, di mana mereka gagal untuk maju dari Peringkat Kumpulan.

7: War of 1812: Disebabkan Oleh Kerosakan Komunikasi Telegraf
War of 1812Juga dikenali sebagai Mr Madison's War @ Perang Mr Madison, dimana perang tahun 1812 itu adalah dalam banyak cara peperangan yang paling aneh dan pelik dalam sejarah Amerika Syarikat. Ia boleh dinamakan Perang Komunikasi Rosak. Dua hari sebelum perang diisytiharkan, kerajaan British menyatakan bahawa ia akan memansuhkan undang-undang yang menjadi penyebab utama pertelingkahan itu. Kalaulah ada komunikasi telegraf dengan Eropah, perang mungkin dapat dielakkan.
Ketua Amerika Syarikat membuat aduan terhadap pihak British yang telah campur tangan dengan perkapalan. Tetapi New England, seksyen perkapalan besar Amerika Syarikat, dengan keras menentang idea berperang. Permintaan untuk perang datang terutamanya dari Barat dan Selatan.

Di samping itu, perjanjian keamanan yang menghentikan perang tidak menyelesaikan isu-isu yang di mana ia telah kononnya berlaku. Akhir sekali, kedua-dua pihak mendakwa kemenangan dalam perang tahun 1812 itu, dan ia menjadi jelas bahawa seluruh perjuangan itu adalah percanggahan besar yang keliru.

|

Masjid kedekut duit tabung derma.

 kisah masjid kedekut duit tabung derma dengan gereja yang pemurah
🚨


Masjid banyak duit. Tetapi pengurusan masjid, buat duit masjid macam duit mereka sendiri. Kes curi RM2.00 dari tabung masjid, alih-alih kena penjara. Mungkin yang melidi duit tabung tu dalam kesempitan sangat.

Aku pernah masuk gereja dekat komplek Asia Jaya. Ada kotak transparent atas meja. Ada buku catitan sebelah kotak. Dalam kotak tak bertutup ada banyak duit macam² note.

Aku belek buku. Lima ruang utk diisi. Tarikh, Nama, no tel, jumlah, catitan.

Berbagai kaum punya nama ada dan memang aku mencari nama Melayu. Jumpa beberapa nama siap nombor talipon. Salah satu nama lelaki ambil rm50 utk beli susu anak.

Aku call no yg dicatat. Sembang bbrp minit. Baru kena berhenti kerja jaga masa tu.
"Dah jumpa pak imam masjid. Kena buat surat ke bendahari. Bendahari pula suruh gi pejabat zakat. Sampai pejabat zakat kena isi itu ini. Entah bila pula nak dapat. Kawan india suruh pi gereja. Boleh terus ambik kemudian baru tulis nama.
Saya pun pergi tempat tu dgn dia."

Kenapa encik ambik RM50 je. Bukan ada orang jaga pun?

"Entahlah. Tapi walaupun takde orang jaga tapi Allah nampak walaupun dalam gereja. Niat saya memang nak beli susu anak dan sikit untuk tambang pusing2 cari kerja."

Terdiam aku sekejap. Lepas tu encik?

"Saya terus pergi beli susu anak dan balik rumah dgn nasi bungkus makan lima beranak. Pagi esok gereja talipon dan lepas tu saya pun dapat kerja jadi jaga di gereja tu. Takpa la asal tak mencuri."

Aku langsung teringat pada sorang pakcik yg sedang ronda tempat parking masa tu.

Encik masih kerja di situ?

"Dak dah. Saya dah balik kampung ni. Gereja bagi modal. La ni saya meniaga gerai makan"


Masjid patut boleh buat lebih baik dari gereja. Jangan bangga dengan jumlah terkumpul RM ratusan ribu tp ahli qariah ada yg dapur tak berasap!

Renungkan:
1) kutipan setiap jumaat yg tercatat ratusan hingga ribuan RM.
2) kemana aliran kewangannya utk kebajikan ahli qariah?
3) tidak cukup hanya bendahari..siapa audit yg btauliah utk kewangan masjid?
4) adakah di masjid tersedia satu biro khas yg mengaudit ahli qariah fakir, miskin, ibu tunggal, dll??..memang benar data yg ada di majlis agama, pusat zakat dan pusat kebajikan masyarakat itu ada, tp data itu tlalu umum..sepatutnya masjid yg punya sumber sumbangan tetap tiap minggu perlu lebih prihatin dlm menjaga kebajikan ahli qariah.

Didoakn smg dgn adanya masjid² yg aktif dlm menjaga kebajikan ahli qariahnya smg hati masyarakat lebih dekat dgn masjid yg ad layanannya mesranya cukup lumayan.