cara hilangkan ketuat

((Cara Hilangkan Ketuat Yang Anda Boleh Buat Sendiri Di Rumah))

🌼 Kongsikan untuk kebaikkan semua 🌼

Saya pasti ramai yang mengalami masalah ketuat. Ada yang di kaki, ada yang di tangan. Macam mana pun, ketuat ni memang menyemak dan anda pasti lagi suka kalau ia hilang betul tak?

Apakah punca ketuat?

>>  Ketuat berpunca daripada virus HPV. Kebanyakan orang memang menjadi pembawa kepada virus ini. Tak semua orang akan mendapat ketuat, tetapi sesetengah orang yang badannya tak dapat memendam kegiatan virus ini akan mendapat ketuat.

Bagaimana nak hapuskan ketuat?

>> Ketuat mempunyai "akar" yang mana akar ini jika tidak dihapuskan, akan membolehkan ketuat tumbuh kembali. Kita perlu memusnahkan akar ketuat supaya ketuat tidak datang kembali.

[Bahan-bahan yang diperlukan untuk menghilangkan ketuat]:

Apple Cider Vinegar - Ini bahan aktif yang akan membunuh ketuat. Asid asetik dalam cuka sangat efektif untuk membunuh akar ketuat. Kalau tak ada Apple Cider Vinegar boleh guna cuka makan yang biasa tu. Balsamic vinegar pun boleh tapi mahal.

Kapas - Kapas akan menyerap dan menyimpan cuka. Gunakan kapas yang daya menyerapnya kuat. Facial cotton pun boleh digunakan.

Plaster atau Duck Tape - Plaster atau duck tape bertujuan untuk memegang kapas yang direndam dalam cuka. Gunakan tape yang kuat daya lekatnya.

Vaseline - Asid dalam cuka tidak kenal kulit sihat atau kulit ketuat. Dengan menyapukan vaseline pada kulit sihat, ia terlindung dari tindakbalas cuka.


Kita perlukan:
  1. Apple Cider Vinegar - Ini bahan aktif yang akan membunuh ketuat. Asid asetik dalam cuka sangat efektif untuk membunuh akar ketuat. Kalau tak ada Apple Cider Vinegar boleh guna cuka makan yang biasa tu. Balsamic vinegar pun boleh tapi mahal.
  2. Kapas - Kapas akan menyerap dan menyimpan cuka. Gunakan kapas yang daya menyerapnya kuat. Facial cotton pun boleh digunakan.
  3. Plaster atau Duck Tape - Plaster atau duck tape bertujuan untuk memegang kapas yang direndam dalam cuka. Gunakan tape yang kuat daya lekatnya.
  4. Vaseline - Asid dalam cuka tidak kenal kulit sihat atau kulit ketuat. Dengan menyapukan vaseline pada kulit sihat, ia terlindung dari tindakbalas cuka.



Contoh balutan ketuat pada jari.


Ketuat nampak pucat tapi masih keras.



Inilah akibatnya bila terlupa menyapukan vaseline pada kulit sekeliling ketuat. Kulit yang sihat pun mula mengecut akibat tindakbalas cuka.
Hari ketiga, cuka sudah menembusi lapisan kulit mati pada ketuat dan mula bertindak pada akar. Pada hari pertama dan kedua tiada rasa apa-apa sebab cuka memakan kulit mati. Pada hari ketiga bila akar sudah ditembusi mula terasa pedih.
Kelihatan akar ketuat menjadi hitam. Ini menandakan sel-sel ketuat mula mati dimakan asid.




Inilah saiz ketuat yang telah kering dan berjaya dikorek keluar.



Kawah bekas ketuat. Rawatan patut diteruskan untuk memastikan betul-betul ketuat dah hilang.



tara!!! Inilah rupa kulit jari setelah rawatan ketuat berlangsung dengan jayanya.v


Kesimpulan

Tak perlu pergi jumpa doktor dan bayar mahal-mahal di klinik untuk merawat ketuat. Rawatan boleh dilakukan di rumah dengan bahan-bahan yang sedia ada. Hanya perlu bersabar sedikit untuk menikmati hidup bebas dari ketuat.
Kaedah ini sangat efektif kerana ia membunuh ketuat dari akarnya, dan ketuat tidak akan boleh tumbuh kembali. Cubalah teknik ini, dan jika anda dapat manfaat tolong share dengan rakan dan keluarga.

sumber dari : http://mamalink.com.my