ADIDAS vs PUMA





Adolf (sebelah kiri), Rudolf (sebelah kanan)  





Tahukah korang bahawa pengasas Adidas Adolf "Adi" Dassler dan pengasas Puma Rudolph "Rudi" Dassler bermusuh? Padahal dua2 mereka ni adalah adik beradik dan mempunyai kilang kasut Adik Beradik Dassler di Jerman pada 1924? Apakah sebabnya?

Pertelingkahan kedua mereka adalah disebabkan punca Rudolf ditahan oleh Tentera Bersekutu (kerana menyertai Parti National Socialist dan terlibat dengan Perang Dunia kedua) padahal, Adi pada ketika itu meneruskan perusahaan kasutnya di Jerman. Tentera Amerika mengesyaki Rudolf sahaja sebagai ahli SS (Angkatan Separa Tentera Hitler) namun pada masa itu Adolf juga adalah ahli Parti National Socialist juga seperti Rudolf. Oleh itu, Rudolf mengesyaki Adolf mengkhianatinya dengan memberitahu tentera bersekutu bahawa Rudolf ahli SS Nazi.

Pada tahun 1948, mereka berpisah dengan Adolf menubuhkan Adi Dassler (Adidas) dan Rudolf menamakan jenamanya sebagai Ruda, kemudian ditukar pula kepada Puma (bermaksud harimau bintang dalam bahasa jerman)

No comments:

Post a Comment