Bahaya berada di KL.Luahan pelancong asing


Pada hari Sabtu (5 Oktober 2013) kami dirompak berhampiran dengan Hard Rock Cafe. Kaedah rompakan ini adalah dengan meragut beg dan bila saya memusingkan badan, saya ditikam di dada dengan pisau. Ini adalah kaedah serangan dengan menikam dahulu kemudian baru merompak. Pada mulanya saya fikir saya telah ditumbuk, sahabat saya cuba mempertahankan beg beliau dan saya mula hendak membantu tetapi hanya untuk dikelar dengan pisau di lengan kanan saya - di saat itulah bila saya lihat darah memancut keluar dari dada saya, saya beritahu supaya beliau lepaskan begnya kerana kepala/leher beliau sangat hampir dengan pisau tersebut. Perompak tersebut melarikan diri dengan beg sahabat saya. Saya fikirkan kami mungkin telah menjadi sasaran kerana "orang tempatan yang ingin membantu" sebenarnya cuba menarik saya jauh.


Saya bersenam mengangkat besi 80kg dua kali seminggu, jadi otot dada saya telah mengurangkan penembusan pisau dan ia tidak melepasi pun sangkar rusuk saya. Saya rasa orang yang lebih kurus mungkin akan mengalami kebocoran paru-paru dan jika ia berlaku kepada sisi dada yang terletaknya jantung, lukanya pasti membunuh.

Untuk ke hospital mengambil masa selama 30 minit (HKL - sangat gembira dengan petugas di sana, kerja mereka bagus). Saya bertuah mampu berdiri di jalan untuk menahan teksi - beberapa mengelak bila melihatkan darah - dan akhirnya selepas ditolak (rejected) oleh sebuah hospital swasta akhirnya saya berjaya juga mendapatkan rawatan.

Pemerhatian :

Tiada polis di mana-mana di kawasan yang kelihatannya meragukan (saya rasa mereka mendapat habuan untuk menjauhkan diri), pengawal keselamatan di premis berdekatan tidak melakukan apa-apa... Sukar untuk mendapatkan bantuan orang ramai atau teksi. Serangan ini menilai nyawa manusia pada $1000, mangsa ditikam untuk dibunuh dahulu kemudian baru ragut.

Polis pelancong tidak menanyakan apa-apa tentang pelaku jenayah ini - ada tidak ada, apa yang mereka buat hanyalah mengeluarkan laporan untuk tuntutan insuran.... mereka tidak mempunyai niat untuk mencari penjenayah-penjenayah tersebut, langsung tiada menampakkan minat.

Seperti posting lain, pondok polis pelancong hanyalah tali sawat di mana mangsa masuk bertali arus. 

Saya perhatikan, sepasang pelancong Korea yang baru sahaja dirompak hanya 100 meter di luar pondok polis tersebut6 orang anggota polis yang sedang menghirup teh langsung tidak memberikan perhatian.

Seorang lelaki dari Kota New York (New York City, NYC) yang datang 10 minit kemudian, rantai emas di lehernya telah diragut - beliau telah tinggal di Kota New York selama 32 tahun dan di Kuala Lumpur inilah pertama kali dalam hidupnya beliau dirompak.

Ikhlas saya katakan, saya rasa polis di Kuala Lumpur lebih keji dari penjenayah kerana mereka tidak efektif, tidak hadir dan sangat-sangat mungkin menerima habuan. Ahli-ahli politik adalah majikan polis dan saya hairan bagaimana mereka membuat sangat banyak duit.

Malaysia Truly Asia (kepala jubow, ini adalah lubuk jenayah)
KL = Killed by Locals (Dibunuh orang tempatan)

Tempat ini perlu dielakkan, sangat-sangatnya. Saya dah mengembara ke Afrika, Yaman, Asia Tenggara selama hampir 30 tahun sebagai back packer dan pelancong mewah. Saya bukanlah lelaki lembik yang kuat mengeluh, tapi saya benar-benar rasa Kuala Lumpur adalah tempat yang PALING BERBAHAYA saya pernah pergi memandangkan bilangan insiden yang telah berlaku dan kekerapannya... ianya epidemik (seperti wabak yang merebak).

No comments:

Post a Comment