BETAPA PAYAHNYA MALAIKAT-MALAIKAT MEMINTA TANAH DARI BUMI
Pada suatu ketika, Allah SubhanAllah Wa Taala menitahkan kepada malaikat
Jibril supaya turun ke bumi untuk mengambil sebahagian
tanahnya untuk mencipta Adam, Akan tetapi apabila beliau
sampai ke bumi , bumi enggan membenarkan tanahnya
diambil untuk dijadikan Adam, kerana bumi khuatir Adam
jadi maksiat kepada Allah. Lalu Jibril kembali ke hadrat Tuhan,
ia tidak dapat berbuat apa-apa, mendengar sumpah bumi.
Begitulah seterusnya, Allah memerintah malaikat Mikail,
jawapan bumi masih sama dan selepas itu Allah
memerintahkan malaikat Israfil, tetapi malangnya
jawapan bumi masih tidak berganjak, dan masing-masing
kembali dengan tangan yang hampa.
Lalu yang terakhir, Allah menyuruh malaikat Izrail
turun ke bumi. Kata Allah: " Hai Izrail engkaulah kini yang'
Aku tugaskan mengambil tanah. Meskipun bumi
bersumpah-sumpah dengan ucapan bagaimanapun
jangan engkau mundur. Katakan bahawa kerjakan
atas perintah dan atas namaKu.
Apabila Izrail turun ke bumi dan menyampaikan perintah
Allah kepada bumi, maka akhirnya barulah bumi
mengizinkan akan tanahnya itu diambil. Setelah Izrail
mengambil beberapa jenis tanah, kembalilah dia ke
hadrat Allah.Lalu Allah berfirman :"Ya Izrail,
pertama engkau
yang Ku-tugaskan mengambil tanah, dan kemudian
di belakang hari kelak akan kutugaskan engkau
mencabut roh manusia.Maka khuatirlah Izrail kerana
bimbang dibenci oleh umat manusia.
Lalu Allah berfirman lagi: "Tidak, mereka tidak
akan memusuhi kamu, Aku yang mengaturnya, dan
Aku jadikan kematian mereka itu bersebab, terbunuh,
terbakar, sakit dan sebagainya.
TANAH YANG BAGAIMANA DIJADIKAN?
1. Tanah tempat bakal berdirinya Baitul Muqaddis
2. Tanah Bukit Tursina
3. Tanah Iraq
4. Tanah Aden
5. Tanah Al-Kautsar
6. Tanah tempat bakal berdirinya Baitullah
7. Tanah Paris
8. Tanah Khurasan
9. Tanah (Babylon)
10. Tanah India
11. Tanah Syurga
12. Tanah Tha'if
Kata Ibnu Abbas :
1. Kepala Adam dari tanah Baitul-Muqaddis,
kerana di situlah
berada otak manusia, dan disitulah tempatnya akal.
2. Telinganya dari tanah Bukit Thursina, kerana dia alat
pendengar dan tempat menerima nasihat.
3. Dahinya dari tanah Iraq, kerana disitu tempat
sujud kepada Allah.
4. Mukanya dari tanah Aden, kerana disitu tempat
berhias dan tempat kecantikan.
5. Matanya dari tanah telaga Al-Kautsar, tempat
menarik perhatian.
6. Giginya dari tanah Al-Kautsar, tempat memanis-manis.
7. Tangan kanannya dari tanah Kaabah,
untuk mencari nafkah dan kerjasama, sesama manusia.
8. Tangan kirinya dari tanah Paris, tempat beristinjak.
9. Perutnya dari tanah Babylon.Disitulah
tempat seks(berahi) dan tipudaya syaitan
untuk menjerumuskan manusia ke lembah dosa.
10. Tulangnya dari tanah Bukit Thursina, alat peneguh
tubuh manusia.
11. Dua kakinya dari tanah India, tempat berdiri dan jalan.
12. Hatinya dari tanah syurga Firdaus, kerana di situlah
iman, keyakinan, ilmu, kemahuan dan sebagainya.
13. Lidahnya dari tanah Tha'if, tempat
mengucap Syahadat,
bersyukur dan mendoakan kepada Tuhan.
Bagaimanakah prosesnya :
1. Ketika Allah akan jadikan Adam, tanah itu
dicampuri air tawar, air masin, air hanyir, angin, api.
Kemudian Allah resapkan Nur kebenaran dalam
diri Adam dengan berbagai macam "sifat".
2. Lalu tubuh Adam itu digenggam dengan genggaman
"Jabarut" kemudian diletakkan didalam "Alam Malakut".
3. Sesungguhnya tanah yang akan dijadikan "tubuh Adam"
adalah tanah pilihan.Maka sebelum dijadikan patung,
tanah itu dicampurkan dengan rempah-rempah ,
wangi-wangian
dari sifat Nur Sifat Allah, dan dirasmi dengan air hujan
"Barul Uluhiyah".
4. Kemudian tubuh itu dibenamkan didalam air
"Kudral-Izzah-Nya" iaitu sifat "Jalan dan Jammal".
Lalu diciptakan menjadi tubuh Adam yang sempurna.
5. Demikian pula roh, ketika itu diperintah masuk
kedalam tubuh Adam, ia pula merasa malas dan enggan,
malah ia berputar-putar, mengelilingi patung Adam yang terlantar.Kemudian Allah menyuruh malaikat Izrail untuk
memaksa roh itu masuk, akhirnya mahu tidak mahu roh
itupun masuk dan menyerah kepada Izrail.
Menurut riwayat ketika Adam masih berada di syurga,
sangat baik sekali kulitnya. Tidak seperti warna kulit
kita sekarang ini. Kerana Adam telah diturunkan ke dunia,
terjadilah perubahan pada warna kulitnya.
Sebagai peringatan:
yang masih tertinggal warnanya hanyalah pada
kuku manusia.
Hal ini kita biasa lihat meskipun orang kulitnya hitam,
tetapi warna kukunya adalah sama, ialah putih
kemerah-merahan. Dijadikan pada tubuh Adam ada
sembilan rongga atau liang.Tujuh buah liang di kepala,
dan dua buah liang dibawah badan letaknya.
Tujuh buah letaknya di kepala : dua liang mata,
dua liang telinga, dua liang hidung dan sebuah liang mulut.
Yang dua macam di bawah : sebuah liang kemaluan dan
liang dubur.
Dijadikan pula lima buah pancaindera :
1. Mata alat penglihatan
2. Hidung alat penciuman
3. Telinga alat pendengaran
4. Mulut alat perasa manis, masin dan sebagainya.
5. Anggota tubuh lainya seperti kulit, telapak tangan,
untuk perasa halus, kasar dan sebagainya.
Setelah Roh masuk ke dalam tubuh Adam : Lalu roh itu
masuk perlahan-lahan sehingga ke kepalanya yang
mengambil masa 200 tahun. Demikianlah Allah memberi
kekuatan pada Izrail untuk memasukkan roh ke dalam tubuh Adam.Dahulu Izrail ditugaskan mengambil tanah untuk Adam,
dan kini dia pula ditugaskan untuk mencabut
nyawa umat manusia.
Setelah itu meresap ke kepala Adam, maka
terjadilah otak dan tersusunlah urat-urat sarafnya
dengan sempurna.
Kemudian terjadilah matanya seketika itu matanya
terus terbuka melihat dan melirik kekiri dan ke kanan.
Dan juga melihat ke bawah di mana bahagian badannya
masih merupakan tanah keras.Dilihatnya kiri dan kanan
para malaikat yang sedang menyaksikan kejadian dia.
Ketika itu Adam telah dapat mendengar para malaikat
mengucapkan tasbih dengan suara merdu dan mengasyikkan.
Kemudian ketika roh sampai kehidungnya lalu ia bersin,
serta mulutnya terbuka. Ketika itulah Allah ajarkan
padanya mengucap Alhamdulillah. Itulah ucapan Adam
pertama kalinya kehadrat Allah.
Lalu Allah berkata: "Yarkhamukallah" yang ertinya:
"semoga engkau diberi rahmat Allah" Oleh kerana itu
jika orang bersin menjadi ikutan sunat mengucap
"Alhamdulillah" dan orang yang mendengarnya sunat mengucapkan "Yarkhamukallah".
Kemudian ketika roh sampai pada dadanya, tiba-tiba
saja ia mahu bangun. Padahal bahagian badannya
kebawah masih menjadi tanah keras.
Di sini menunjukkan
sifat manusia yang suka tergesa-gesa (tidak sabar).
Sebagaimana firman Allah SubhanAllah Wa Taala bermaksud :
"Dan adalah manusia itu, suka tergesa-gesa".(Al-Israk:II)
Maka ketika roh itu sampai di bahagian perutnya,
maka terjadilah susunan isi perut dengan sempurna.
Maka seketika itu terasalah lapar. Kemudian terus roh
itu meresap sampai ke seluruh tubuh Adam, tangan,
kaki lalu terjadi darah daging dan tulang, urat-urat,
berkulit dengan sempurna, yang mana kulit itu kian
lama kian bagus dan halus. Begitulah proses
kejadian-kejadian
tubuh Adam.
Setelah kejadian Adam sempurna sebagai manusia baru,
maka dialah merupakan jenis makhluk manusia
yang pertama.
Wajahnya cukup cantik, semua malaikat berasa kagum
lihat Adam yang begitu menawan. Kemudian Adam diarak
oleh malaikat-malaikat selama 100 tahun lalu diperkenalkan
kepada seluruh penghuni langit pertama hinggalah yang ketujuh
sebelum dibawa ke syurga tempat mula-mula Adam dijadikan.
No comments:
Post a Comment