Tipu Daya Bisnes Online

Sama ada penjual atau pembeli, pasti akan ada taktik untuk menipu semata-mata mahu dapatkan wang segera. Jika sebelum ini penjual sering dikaitkan sebagai penipu, namun trend itu kini bertukar apabila pembeli pula dikesan menipu di laman web jualan barangan dalam talian.

Pembeli menipu

Penyangak dalam talian ini dilihat semakin berani apabila mereka menggunakan pendekatan yang lebih mesra iaitu berurusan secara langsung dengan peniaga melalui telefon, menjadikan peniaga yang diumpan lebih yakin dengan mereka. Objektifnya cukup mudah iaitu dengan menghubungi mana-mana individu yang mengiklankan barangan ingin dijual dalam talian dan berpura-pura menjadi pembeli yang kononnya berminat dengan barangan terbabit.

Bagi memastikan mangsa lebih cepat masuk ke perangkap dipasang, penyangak sanggup menawarkan bayaran yang lebih tinggi daripada harga asal. Taktik popular dengan memberitahu wang pembelian sudah dimasukkan dan pembayaran itu ‘sangkut’ atas alasan tertentu. Hakikatnya, wang belum dimasukkan dan e-mel bank diterima juga palsu.

Pekerja dedah courts mammoth perdayakan pelanggan





Saya sebagai bekas kakitangan Courts Mammoth berasa begitu kasihan dengan pelanggan yang terperdaya dengan marketing dan janji-janji manis kakitangan Courts Mammoth.

Sememangnya Courts Mammoth mempunyai banyak option interest rate. Tetapi ramai pelanggan yang tidak tahu kerana tidak dijelaskan oleh kakitangannya.

Interest ratenya mengikut bulan, bukan tahunan. Contohnya 1%, 1.39%, 1.69%, 1.99%, 2%, dan yang paling tinggi adalah 2.369% sebulan. Memang tinggi, gila **** tinggi. Siapa-siapa yang buat 60 bulan, memang habislah.

Nasihat saya sebelum beli, baik survey dulu option interest rate. Memang ada option, sama juga bila beli motor daripada AEON. Kita ada banyak option rate, tetapi banyak pelanggan tak faham mengenai rate tsb dan langsung tak mahu ambil tahu pun. Yang penting, janji bulan-bulan bayar setakat mampu.

Bila dah tiga tahun bayar, barulah dia terasa lama. Bila check 60 bulan, AMEKKAW!! 

Kadang-kadang pelanggan ghairah nak dapat barang, sampai sanggup tandatangan jer perjanjian itu ini. Kebanyakannya macam itulah.

Satu lagi kalau dapat kakitangan Courts Mammoth yang bangsat. Jenis yang memang tak kasihan pada pelanggan. Memang dia akan masukkan benda-benda mengarut dalam invoice.

Bayangkan kalau barang berharga RM200 masuk buat 60 bulan. Just tambah RM10 je sebulan. Pada pelanggan, RM10 itu tak nampak besar. Tetapi kalau kira balik dari RM200 jadi RM600, NONSENSE!! 

Lepas itu, barang pula dia kata package sekali dengan barang utama. Memang kena kelentonglah. Kakitangan Courts Mammoth pula dapat imbuhan lagi dalam RM5.00 Kakitangan Courts Mammoth ini pun satu hal, dikejar sangat RM5 sampai teraniaya pada pelanggan.

Itulah sebab kenapa saya berhenti kerja dari Courts Mammoth.

p/s: aku copy paste je ni.. SCHO tidak bekerja di CM

Brigade Al Qassam


Jika Britain mempunyai British Special Air Service (SAS), Amerika Syarikat dengan Navy Sealsnya dan Israel dengan Shayetet 13, Palestin turut berada di dalam kelas tersendiri dengan barisan tentera penggempurnya yang berani mati, Briged Izzuddin al-Qassam atau lebih dikenali sebagai al- Qassam; sebuah unit elit yang amat digeruni oleh rejim Zionis. 

Al-Qassam, sebuah sayap tentera Hamas, dipelopori penubuhannya oleh pejuang Palestin seperti Syeikh Ahmed Yasin, Dr. Ibrahim Al-Maqadema dan Syeikh Salah Shehada pada tahun 1984. 

Nama al-Qassam diberi bersempena nama seorang pejuang ulama' yang syahid berdekatan Jenin pada tahun 1935, Syeikh Izzuddin al-Qassam. 

Baru-baru ini, penulis yang berada di Gaza atas tujuan rakaman siri dokumentari telah dijemput oleh kerajaan pemerintah Gaza, Hamas untuk mengunjungi pusat latihan Al-Qassam bagi menyaksikan satu demonstrasi latihan taktikal serangan briged itu. Difahamkan peluang sebegitu jarang sekali dibuka kepada rakyat Palestin; apatah lagi kepada orang luar. 

Penulis diberi taklimat oleh komander yang tidak mahu dikenali atas tujuan keselamatan. Beliau berkata, briged elit itu dianggotai oleh pemuda yang berusia 30 tahun dan ke bawah sahaja. 

"Objektif utama penubuhan al-Qassam adalah untuk mempertahankan tanah suci Palestin daripada penjajahan Zionis yang zalim, membebaskan tanah Palestin dan seluruh tanahnya yang dirampas di Tebing Barat serta memantapkan semangat jihad dalam kalangan orang Palestin," katanya. 

Apabila ditanya jumlah tentera al-Qassam pada masa ini, komander tersebut yang pada mulanya enggan menjawab memberitahu, bilangannya dalam lingkungan 25,000 orang. 


Syarat Keanggotaan Brigade Al Qassam
SYARAT UTAMA KEANGGOTAAN SEBELUM DIPILIH 

[1] Mesti menjaga solat 5 waktu secara berjemaah.
[2] Kuat mengamalkan sunnah Rasulullah SAW.
[3] Gigih berpegang dengan ajaran Islam.
[4] Mengimani perjuangan pembebasan al-Aqsa dan Palestin.
[5] Berdisiplin dan mentaati amir.
[6] Mencintai dan bersedia untuk syahid.

Sudah menjadi perkara biasa apabila kedengaran letupan dan bunyi tembakan di Gaza, bukan kerana serangan tentera Israel tetapi sebaliknya ia merupakan sesi latihan tentera al-Qassam yang dijalankan.

Briged ini juga terkenal dengan roket al-Qassam, roket artileri buatan sendiri yang dikeluarkan dalam tiga model sepanjang tahun 2001 hingga 2011. Roket itu ditembak dari Gaza dan sering membawa kemusnahan yang dahsyat sehinggakan media Israel menggelarkan setiap roket yang memasuki Semenanjung Barat sebagai Qassam. 

Penulis juga dibawa berjumpa dengan beberapa anggota elit al-Qassam sebelum mereka bergegas untuk menunaikan solat Asar. Namun penulis diberitahu rakaman gambar tidak dibenarkan sama sekali kerana ingin merahsiakan identiti setiap anggota mereka. Penulis sungguh terkejut apabila mereka membuka topeng hitam mereka, kesemuanya memiliki wajah yang berseri, muka bersih dan bersinar. 

Jelas nampak keikhlasan pada raut wajah mereka untuk menjadi tentera Islam yang tidak takut mati. 

Keimanan para anggota Briged al-Qassam ini cukup tinggi sehinggakan ada di antara mereka menyatakan bahawa mereka tak perlukan apa-apa bantuan, cuma cukuplah sekadar minta didoakan. Bukan doakan mereka selamat tetapi doakan agar mereka cepat menemui syahid! Inilah kunci kekuatan dan rahsia sebenar kehebatan mereka yang amat digeruni oleh 700,000 ribu tentera Israel di sana! 

Semoga Allah terus bantu dan hadirkan pertolongan buat pejuang Islam seperti mana yang Dia telah bantu dan beri pertolongan kepada umat-umat yang terdahulu dalam menentang golongan kuffar ini. Sesungguhnya tiadalah daya dan upaya kami melainkan dengan kekuasaan-Mu. Bantulah mereka....Ya Qahhar Ya Jabbar Ya Mutakabbir! 

via Dr. Zainur Rashid Zainuddin

Pemuda Perindu Syahid







Dugaan di Bulan Ramadhan : Penghinaan terhadap Nabi Muhammad S.A.W


Ketika Umat Islam menghadapi bulan puasa, terdapat golongan yang terlalu beremosi dalam perdebatan agama. Akhirnya membawa kepada statement serupa begini.
kalo debat ngn org kafir mcm tu la jadinye,diorg sendiri pun tolak kitab injil taurat pastu guna kitab sesat bible lagi nak kata pasal ayat2 al quran.
seriusly yg jenis kutuk2 org islam ni mmg x pernah campur dengan org islam sedalam2nye.
ade kes terjadi di amerika seorg mamat ni ahli black metal tahap kronik,utk membuktikan kesetiannya dan betapa dekatnya dia dengan syaitan dan neraka dia sanggup buktikan yg dia sanggup masuk islam(kebanyakan rakyat amerika percaya agama islam adalah agama syaitan sejati).
bila dia dah masuk islam lain jadi matlamatnye baru dia tau yg selama ini dianggap surga sebenarnya neraka dan yg dianggap neraka itulah syurga.
__________________

"Pilih lah hujan emas.." kata orang Malaysia duduk di UK

ada betulnya.dia duduk di sana dah tentu ada perbandingan yg dilihat dan dialami sendiri.
ada baik ada buruk.tp yg baik tu lah kita kene amik buat contoh.


Panduan Menukar Cat/Warna Pada Kenderaan Di JPJ


Mungkin ada dikalangan anda masih tidak tahu prosedur menukar warna kenderaan. Di sini admin kongsikan bagaimana cara untuk berurusan di JPJ.

1. Cat dahulu kenderaan.
2. Apabila siap cat, hadir ke Pejabat JPJ tapi pastikan jangan melebihi dari 2 warna, jika lebih dari satu warna, tidak lulus nanti.
3. Isi Borang JPJ K8 (pindaan butir-butir kenderaan) dan serah pada Pegawai bertugas
4. Pegawai bertugas akan melihat warna kenderaan.
5. Sekiranya lulus, Pegawai bertugas akan batal warna asal dalam geran (JPJ K2) & kemaskini dalam sistem komputer, serta tulis warna baru beserta cop lulus JPJ.

Tiada bayaran dikenakan.