Pekerja dedah courts mammoth perdayakan pelanggan





Saya sebagai bekas kakitangan Courts Mammoth berasa begitu kasihan dengan pelanggan yang terperdaya dengan marketing dan janji-janji manis kakitangan Courts Mammoth.

Sememangnya Courts Mammoth mempunyai banyak option interest rate. Tetapi ramai pelanggan yang tidak tahu kerana tidak dijelaskan oleh kakitangannya.

Interest ratenya mengikut bulan, bukan tahunan. Contohnya 1%, 1.39%, 1.69%, 1.99%, 2%, dan yang paling tinggi adalah 2.369% sebulan. Memang tinggi, gila **** tinggi. Siapa-siapa yang buat 60 bulan, memang habislah.

Nasihat saya sebelum beli, baik survey dulu option interest rate. Memang ada option, sama juga bila beli motor daripada AEON. Kita ada banyak option rate, tetapi banyak pelanggan tak faham mengenai rate tsb dan langsung tak mahu ambil tahu pun. Yang penting, janji bulan-bulan bayar setakat mampu.

Bila dah tiga tahun bayar, barulah dia terasa lama. Bila check 60 bulan, AMEKKAW!! 

Kadang-kadang pelanggan ghairah nak dapat barang, sampai sanggup tandatangan jer perjanjian itu ini. Kebanyakannya macam itulah.

Satu lagi kalau dapat kakitangan Courts Mammoth yang bangsat. Jenis yang memang tak kasihan pada pelanggan. Memang dia akan masukkan benda-benda mengarut dalam invoice.

Bayangkan kalau barang berharga RM200 masuk buat 60 bulan. Just tambah RM10 je sebulan. Pada pelanggan, RM10 itu tak nampak besar. Tetapi kalau kira balik dari RM200 jadi RM600, NONSENSE!! 

Lepas itu, barang pula dia kata package sekali dengan barang utama. Memang kena kelentonglah. Kakitangan Courts Mammoth pula dapat imbuhan lagi dalam RM5.00 Kakitangan Courts Mammoth ini pun satu hal, dikejar sangat RM5 sampai teraniaya pada pelanggan.

Itulah sebab kenapa saya berhenti kerja dari Courts Mammoth.

p/s: aku copy paste je ni.. SCHO tidak bekerja di CM

No comments:

Post a Comment