Kali pertama bersama, gadis kehilangan seliter darah akibat koyakan 3 cm
Seorang gadis muda yang masih dara, dikatakan telah hilang 1 liter darah selepas dia melakukan hubungan seks kali pertama dengan teman lelakinya, lapor Nanyang Siang Pau.
Xiao Yun, dari Wuhan, China, dilaporkan mengalami koyakan serius di bahagian serviks dan terpaksa dikejarkan ke hospital untuk rawatan.
Menurut laporan itu, dia dan teman lelakinya yang sudah berpacaran selama setahun membuat keputusan untuk melakukan hubungan seks bagi meraikan hari jadinya ke-21 bulan lepas.
Walau bagaimanapun, dia berasa sakit semasa bersama. Teman lelakinya, yang juga teruna, segera menghubungi polis sebelum kekasihnya dihantar ke hospital.
Dilaporkan bahawa doktor mendapati terdapat koyakan ganas sepanjang 3cm pada serviks dan darahnya sentiasa mengalir keluar dari arteri.
Akhbar itu juga memetik kenyataan seorang pakar bahawa kejadian seperti itu jarang berlaku dan kecederaan gadis itu disebabkan kurang nya pengalaman.
No comments:
Post a Comment