Jadi kaya dengan Memberi

Nak merasa jadi orang kaya ? Boleh try amalkan tips simple kat bawah ni :


1. Lepas makan kat restoran / gerai makan, tinggalkan shj duit balance yg seringgit dua/sen tu sebagai tips kpd mereka yg serve kita. Tak luak pon duit kat dalam poket. Jutawan pun belum tentu boleh buat.

2. Time isi minyak kereta, lepas attendan pam tlg kita cuci cermin atau isikan minyak, ringankan tangan bagi token. Tak kiralah apa bangsa sekalipun,kita tidak tahu doa yg mana akan makbul. Mereka yg berkereta mewah dan pakai driver, belum tentu ada peluang utk buat camtu.

3. Jika kita singgah solat kat mana2 surau atau masjid,jgn lupa lepas solat seluk poket carik note yang paling BESAR utk disedekahkah ke tabung masjid. Manalah tau, mungkin sumbangan terakhir kita. Hanya orang yg betul-betul kaya mampu berbuat demikian.


4. Cuba ubah tempat kita shopping barang keperluan harian. Selalunya kita ke pasaraya besar spt Tesco/Giant, cuba shopping kat pasar tani pulak kali ni. Sambil tolong penjual/petani. Tak perlu berkira sgt mintak tawar menawar sayur atau lauk mentah tu.

5. Time nak belikan mainan anak, bawak je diorang ke pasar malam. Bagi duit RM10, macam2 toys boleh beli kat sana. Sambil boleh bantu peniaga pasar malam. Daripada duk gi Toys r Us, RM10 buat bayar parking je.

6. Bila naik teksi, genapkan ajer tambang tu. Dengan niat utk sedekah. Jika mereka diberi peluang, mungkin mereka tak nak jadi pemandu teksi.Tak semua orang berpeluang naik teksi & jd penumpang.
7. Adakala kita tgh queue di kaunter bayaran mini market, jumpa budak2 merengek nak beli jajan or gula2, apa salahnya tolong amikkan dan bayarkan. Buat diorang tersenyum.


8. Time travel balik kampung, singgah di mana-mana RNR, liarkan pandangan kita. Tengok2 la orang sekeliling. Ada yg singgah dgn family ramai, naik kereta lama siap berhimpit anak ramai. Makan pon mcm kena kongsi. Apa salahnya belikan air atau bayarkan makan walaupun mereka mampu.


9. Masa kita minum di kedai kopi/kedai makan,sekali sekala tu apa kata kita cuba bayarkan makan atau minum utk meja sebelah. Usha dulu la meja, tengok yg mana yg patut dibayar. Tak perlu sebab dan alasan.


10. Jika ada peluang pi melawat org sakit kat wad, time nk belikan buah tangan, apa kata beli extra 1 pack. Pass kat jiran dia katil sebelah. Doakan ksejahteraan mereka.Besar nilainya bg org yg tgh sakit dpt ingatan sebegitu. Orang kenamaan shj biasanya ada peluang buat camtu.
Kita tidak memerlukan masa dan saat yg sesuai utk menjadi orang kaya. Kita juga tak perlu sebab dan alasan tertentu utk menjadi seperti orang kaya. Apa yang penting adalah KEIKHLASAN.

Cubalah, saya yakin insyaAllah anda akan menjadi seperti orang kaya dan usah khuatir kerana anda tidak akan menjadi seorang yang papa kalu buat perkara di atas. Hari ini mungkin tangan kita yg memberi, mana tahu esok lusa kita pula yg akan menerima!

3 tanda bila kucing datang kepada kita



Bila kita makan di kedai makan, tiba-tiba ada kucing datang minta makanan dengan kita. Kenapa tak pada orang lain? 

3 tanda apabila kucing datang kepada kita


Pertama

Allah sedang beritahu makanan kita, hak kita itu bukan semuanya rezeki kita. Sebahagiannya rezeki kucing itu. Sebab itu ia datang pada kita.

Kedua

Allah sedang beritahu apabila kita memberi makanan kepada kucing itu, rezeki lain akan Allah ganti yang lebih baik. Sebab satu kebaikan itu Allah balas sepuloh kebaikan atau pahala. Allah mampu bagi lebih dari itu.

Ketiga

Allah sedang bagi tahu apabila kita TAK memberi makanan kepada kucing itu, sebenarnya kita sedang menolak rezeki baru yang Allah nak bagi kepada kita. Rezeki itu luas, bukan hanya pada wang. Tetapi meliputi semua kehidupan. 

Ingin ikhlas memberi, berilah pada haiwan kerana haiwan tak pandai ucap terima kasih kepada kita. Ia hanya tahu minta dan makan.

wallahuallam.

Beli kereta, percuma kereta





Isu : Nak beli kereta Honda Civic harga RM165,000
Kita mampu sediakan downpayment : RM19,800

Cerita 1

Ah Chong nak beli kereta ni.
Ah Chong bayar downpayment. Yang lain, dia buat loan.
Katakan interest rate Ah Chong dapat

C-string: Lelaki suka, wanita kepit tak selesa



KINI tiada lagi G-string, fesyen terkini pakaian dalam wanita menampilkan C-string dengan rekaan yang 'teramat' ringkas.

Malah, jika diamati ia umpama cekak rambut untuk menutup bahagian sulit wanita di depan sahaja dan bagi pereka fesyen ia menyelesaikan masalah garisan seluar dalam yang kelihatan apabila mengenakan pakaian.

Kendall Jenner memakai C-string untuk menyesuaikan dengan pakaian yang diperagakan.


Ia mendapat sambutan hangat di kalangan kaum lelaki yang membelinya untuk isteri dan teman wanita.

Bagaimanapun, di kalangan wanita pula ada yang kurang berpuas hati dengan fesyen terkini ini kerana ia dikatakan tidak selesa dipakai terutama kerana fabrik yang dianggap pelik.

"Ia tak kekal di tempat yang sepatutnya, susah untuk memakainya walaupun untuk tempoh dua minit. Jadi jangan buang wang anda membelinya kerana produk ini tidak berbaloi," kata seorang wanita dalam forum berkaitan produk itu.

Pandangannya mendapat perhatian ramai termasuk kolumnis di seluruh dunia yang turut menilai fesyen terkini pakaian dalam wanita itu.

Malah, ada yang setuju dan melabelnya sebagai 'pakaian dalam wanita terburuk pernah dihasilkan."

Berbeza sekali dengan kaum lelaki apabila mereka tidak melihat sesuatu yang buruk mengenai C-string dan sentiasa memberi komen positif terhadap produk yang dianggap seksi ini.

Seorang suami menulis: "Isteri saya tidak sukakannya tetapi saya suka."

saya pun suka sebab senang nak tanggalkan,tp tu untuk isteri kat umah boleh lah kot yg gadis bujang tu jangan mangada2 nak pakai lagi2 yg pakai skirt atau mini skirt x pasal2 jatuh bawah terus terngaga dlm tu yg kat luar pun terngaga.

Yang jantan tu xyah nagada2 nak pakai ,kalau nak pakai jugak jenis bawah ni kot sesuai tapi nampak macam senak jerk ahakss

pengguna mesin atm & fast food

Situasi Di Kaunter Fast Food

1) Bawak geng
Kalau pergi makan beramai-ramai tu, yang tukang ordernya sorang atau dua cukup la. Tak perlu kau and the gang beratur sama. Fikir space belakang tak cukup orang lain nak beratur juga.

2) Tak tau nak order apa
Rasanya fast food macam MCD & KFC tu dah cukup familiar kat Malaysia ni. Mesti korang tau nak makan apa & mungkin ada yang hafal harganya. Tapi kenapa sampai d kaunter kau baru fikir nak makan apa? Masa beratur tadi awat tak pikir. Pastu banyak songeh, tu tak nak, ni nak lebih, yang tu la yang ni la.

Situasi Di Mesin ATM

1) Terkebil mencari kad ATM
Dah tau kau nak keluarkan duit berjuta-juta dekat ATM tu, preparelah kad ATM siap-siap. Paling hangin menunggu orang mencari kad ATM dalam handbag, dompet, poket seluar tapi tak jumpa-jumpa sedangkan giliran dah sampai. Yang kau beratur depan aku sebelum ni korek hidung je buat apa.

2) Makcik yang paranoid
Dear makcik, aku tak curi-curi tengok kau masukkan nombor pin dan aku tak curi-curi tengok baki wang kau. Maka tolonglah cepat sikit membuat transaksi dan tak perlu nak toleh-toleh ke belakang ataupun jeling-jeling cermin kecil di sebelah mesin ATM tu untuk tengok apa yang aku lakukan. Seriously.

3) Tak ingat nombor pin
Betullah Tun Dr. Mahathir kata, Melayu ni mudah lupa. Perkara paling penting dalam upacara mencucuk wang adalah nombor pin kad ATM anda. Kau dengan bedak sejuk di muka dan berbaju kelawar nampak bra berjalan dengan penuh keyakinan di dada tetapi bila sampai je kat mesin kau akan pandang skrin terkebil-kebil cuba nak ingat nombor pin anda. Perkara sebegini tidak seharusnya berlaku kerana secara umumnya, kita hanya menggunakan nombor-nombor yang lazim dalam kehidupan kita. Jika saya mencuri kad Maybank anda sekarang dan pergi ke ATM untuk mengebas wang anda, kebarangkalian untuk saya berjaya login masuk adalah 50% jika saya memasukkan nombor kad pengenalan anda. Kalau tak nombor IC anda, mesti tarikh lahir anda. Benar bukan? Ada baiknya kalian pergi menukar no pin anda sekarang kerana saya sudah tahu.

4) Mr Never Give Up
Antara sifat mahmudah (terpuji) yang tiba-tiba muncul di dalam diri ketika anda mencucuk wang adalah sifat tidak mengenal erti putus asa. Contohnya, kau masukkan kad kau, tekan-tekan nombor pin lepastu tiba-tiba dia cakap kad tidak boleh diproses. Ok fine. Cuba lagi sekali. Masukkan kad lagi. TET TET kad tidak boleh diproses. Oooo mungkin ada habuk kot kat cip dia. Baiklahhh kita tiup sikit cip tu fuhh fuhhh. TET TET kad masih tidak boleh diproses. Ok ok bertenang bertenang. Pengguna-pengguna lain di belakang dah mula soksek soksek mengumpat tetapi kita tidak boleh menyerah sekarang. Dengan bacaan ayat hafazan PAFA sebagai penaung, anda pun menggosok-gosok cip kad anda dengan baju. AHAH! Berjaya! Lepas tu cek baki, eh gaji tak masuk lagi? What the whatt? Ok Rileks rileks mungkin dalam proses pemindahan wang. Batalkan transaksi, kemudian masukkan kad balik. Mana tahu dah masuk kan. Celaka memang tak mudah berputus asa dia ni. Sebab itulah panjang sekali barisannya.

5)tolong cucuk kad org lain sampai 3-4,5,6 kad.

6)dah cucuk xtau nak kuar duit berapa,terkebil2 kat situ

Wahai para muslimah, izinkanlah suami anda berpoligami

Kisah ini telah diterbitkan di laman web KeluargaCinta.com, satu laman web dari negara seberang:



Inilah Yang Mengubahku Dari Anti Poligami Kepada Pro Poligami

Waktu itu usiaku masih 20-an tahun. Setiap kali mendengar ada lelaki yang menikah lagi, aku mendoakan kecelakaan atasnya.


“Seandainya aku yang jadi istri pertama, aku akan melemparnya sebagaimana ia telah melemparku,” demikian komentarku yang kemudian menimbulkan perdebatan dengan saudara dan pamanku.

Keduanya berusaha memahamkan bahwa poligami dibolehkan dalam Islam. Tetapi aku menjawab culas: “Mustahil aku bersama perempuan lain dalam memiliki suami!”

Tak cukup beromentar dan mendoakan, terkadang aku juga memprovokasi seorang wanita karena dia akan dimadu. Aku bakar semangat perlawanannya hingga kemarahannya tersulut dan akhirnya memberontak pada suami.

Tahun demi tahun berganti sementara aku menunggu seorang pemuda impian melamarku. Lama-lama aku merasakan penantian panjang yang kian menyesakkan dada. Usiaku hampir 30 tahun tapi tak kunjung ada lamaran yang datang.

Ya Salam… haruskah aku mencari suami sendiri? Tidak! Aku tidak mau disebut perempuan tak tahu malu.

Satu hari saat melewati kerumunan orang, tanpa sengaja aku mendengar mereka mengobrol. “Kasihan ya Fulanah kini menjadi perawan tua” Ya Allah, bukankah itu namaku. Jadi mereka membicarakan aku dan menyebut aku perawan tua. Aku hanya bisa mempercepat langkah. Aku tidak ingin air mata ini tumpah sebelum tiba di rumah.

Dik, tadi ada seorang laki-laki yang datang menanyakanmu. Ia ingin melamarmu,” kata kakakku beberapa waktu setelah berlalu peristiwa itu. Aku sangat senang mendengarnya, akhirnya jodohku akan tiba juga.

“Tapi aku menolaknya.” Kalimat lanjutan itu bagai petir di siang hari. “Mengapa kakak menolaknya?” tanyaku terbawa emosi.

“Sebab ia melamarmu untuk menjadi istri kedua. Tentu saja aku menolaknya karena aku tahu engkau anti-poligami”

Ya Allah, ingin rasanya aku menjerit. Aku sudah berubah sejak disebut perawan tua. Kini aku rela menjadi istri kedua, ketiga ataupun keempat. Aku pun rela seandainya aku dinikahi lalu suamiku menikah lagi.

Aku kini sadar bahwa yang paling dibutuhkan oleh wanita sepertiku adalah seorang suami. Aku tidak ingin hidup sendiri. Aku ingin memiliki imam. Aku ingin bisa berbagi suka dan duka. Terlalu berat hidup ini tanpa suami yang menemani.

Aku kini sadar mengapa Islam membolehkan, bahkan menurut sebagian ulama menganjurkan- poligami. Di Saudi ini, jumlah wanitanya lebih banyak daripada jumlah laki-laki. Jika laki-laki dilarang poligami, berarti saat ini banyak wanita sepertiku.

Karenanya melalui majalah ini kutulis seruanku, “Wahai para lelaki muslim, berpoligamilah dua, tiga atau empat. Asalkan engkau dapat berlaku adil sebagaimana firman Allah dalam surat An Nisa’ ayat 3.”

“Wahai para muslimah, bersyukurlah kalian yang telah menikah. Dan meskipun berat, ijinkanlah suami kalian berpoligami. Untuk menyelamatkan kami agar tidak menjadi perawan tua selamanya.

Juga untuk menyelamatkan janda-janda. Yang semakin lama, semakin sulit bagi mereka hidup sendiri. Jika kau mau berbagi, insya Allah pahala besar menanti.”