pengguna mesin atm & fast food

Situasi Di Kaunter Fast Food

1) Bawak geng
Kalau pergi makan beramai-ramai tu, yang tukang ordernya sorang atau dua cukup la. Tak perlu kau and the gang beratur sama. Fikir space belakang tak cukup orang lain nak beratur juga.

2) Tak tau nak order apa
Rasanya fast food macam MCD & KFC tu dah cukup familiar kat Malaysia ni. Mesti korang tau nak makan apa & mungkin ada yang hafal harganya. Tapi kenapa sampai d kaunter kau baru fikir nak makan apa? Masa beratur tadi awat tak pikir. Pastu banyak songeh, tu tak nak, ni nak lebih, yang tu la yang ni la.

Situasi Di Mesin ATM

1) Terkebil mencari kad ATM
Dah tau kau nak keluarkan duit berjuta-juta dekat ATM tu, preparelah kad ATM siap-siap. Paling hangin menunggu orang mencari kad ATM dalam handbag, dompet, poket seluar tapi tak jumpa-jumpa sedangkan giliran dah sampai. Yang kau beratur depan aku sebelum ni korek hidung je buat apa.

2) Makcik yang paranoid
Dear makcik, aku tak curi-curi tengok kau masukkan nombor pin dan aku tak curi-curi tengok baki wang kau. Maka tolonglah cepat sikit membuat transaksi dan tak perlu nak toleh-toleh ke belakang ataupun jeling-jeling cermin kecil di sebelah mesin ATM tu untuk tengok apa yang aku lakukan. Seriously.

3) Tak ingat nombor pin
Betullah Tun Dr. Mahathir kata, Melayu ni mudah lupa. Perkara paling penting dalam upacara mencucuk wang adalah nombor pin kad ATM anda. Kau dengan bedak sejuk di muka dan berbaju kelawar nampak bra berjalan dengan penuh keyakinan di dada tetapi bila sampai je kat mesin kau akan pandang skrin terkebil-kebil cuba nak ingat nombor pin anda. Perkara sebegini tidak seharusnya berlaku kerana secara umumnya, kita hanya menggunakan nombor-nombor yang lazim dalam kehidupan kita. Jika saya mencuri kad Maybank anda sekarang dan pergi ke ATM untuk mengebas wang anda, kebarangkalian untuk saya berjaya login masuk adalah 50% jika saya memasukkan nombor kad pengenalan anda. Kalau tak nombor IC anda, mesti tarikh lahir anda. Benar bukan? Ada baiknya kalian pergi menukar no pin anda sekarang kerana saya sudah tahu.

4) Mr Never Give Up
Antara sifat mahmudah (terpuji) yang tiba-tiba muncul di dalam diri ketika anda mencucuk wang adalah sifat tidak mengenal erti putus asa. Contohnya, kau masukkan kad kau, tekan-tekan nombor pin lepastu tiba-tiba dia cakap kad tidak boleh diproses. Ok fine. Cuba lagi sekali. Masukkan kad lagi. TET TET kad tidak boleh diproses. Oooo mungkin ada habuk kot kat cip dia. Baiklahhh kita tiup sikit cip tu fuhh fuhhh. TET TET kad masih tidak boleh diproses. Ok ok bertenang bertenang. Pengguna-pengguna lain di belakang dah mula soksek soksek mengumpat tetapi kita tidak boleh menyerah sekarang. Dengan bacaan ayat hafazan PAFA sebagai penaung, anda pun menggosok-gosok cip kad anda dengan baju. AHAH! Berjaya! Lepas tu cek baki, eh gaji tak masuk lagi? What the whatt? Ok Rileks rileks mungkin dalam proses pemindahan wang. Batalkan transaksi, kemudian masukkan kad balik. Mana tahu dah masuk kan. Celaka memang tak mudah berputus asa dia ni. Sebab itulah panjang sekali barisannya.

5)tolong cucuk kad org lain sampai 3-4,5,6 kad.

6)dah cucuk xtau nak kuar duit berapa,terkebil2 kat situ

2 comments:

  1. Seriously penah buat 2-3 kali yg no 5 no 6 pernah jugak & paling menyampah no 2

    ReplyDelete
    Replies
    1. x hairan sbb yg selalu buat mcm tu pompuan

      Delete