Ku sangka orang gila

Pagi tadi lebih kurang pukul 10.30 aku singgah sarapan di bazar batu buruk sementara menunggu interview di steten minyak kerana sudah tiada kerja di Terengganu yang menggunakan Ijazah aku ini. Sewaktu makan, mata ni terpandang seorang pakcik yang "lusuh " karekternya.. Bau busuk, baju koyak, pakai kain pelikat singkat, tak beralas kaki, tapi berkopiah.

Duduk bersandar di tiang bazar dekat dengan kerusi aku. Terdetik dalam hati, apa pakcik ni kelaparan. Orang gila pun lapar, masih tetap manusia. Aku pesan satu lagi nasi minyak. Pesanan aku sampai ke meja. Terus aku beri pada pakcik tadi. Tuan kedai terkejut dan mengangkat tangan melambai seolah2 memanggilku. Aku pun balas tunggu skejap.

Pakcik tadi tenung aku sambil berkata "pakcik dah makan nak.. terima kasih nak.." Dalam hati terdetik sungguh indah bahasa pakcik yang ku sangka gila tadi. Aku bangun dengan kecewa kerana pesanan aku tidak dijamah oleh pakcik. Lalu aku pergi kepada tuan kedai yang memanggil ku tadi.

Ada apa pakcik? Pakcik kedai balas: Jangan bagi dan suruh dia makan kat sini, nanti customer pakcik lari. Aku tersentap. Dan spontan aku membalas. "Jika orang ini ayah kandung pakcik, pakcik halau tak dia?" Pakcik tu diam. Takpe pakcik, saya akan bayar ansuran kalo pakcik rugi hari ni. Saya nak tanya, betul ke pakcik td tu sudah makan? Pakcik kedai jawab, tidak. Dari mula pakcik buka kedai pukul 6.30 tadi pakcik kopiah tu duduk kat tiang tu.

Dalam hati kecil ni cakap, tak pernah aku jumpa pakcik gila semulia ini. Tidak mengemis, tidak pula meminta. Aku pegi semula pada pakcik kopiah tu. "Pakcik, saya sunyi makan sorang2, pakcik teman saya makan jom." Pakcik tu akur dengan pelawaan aku kerana kesungguhan aku. Ramai yang beralih meja kerana bau pakcik tu, namun kerana ingin menjaga hati orang tua yang aku tak kenal, aku tahan bau itu.

Lega tengok pakcik tu makan dengan sangat sopan. Aku lontarkan beberapa soalan pada pakcik tu. Pakcik dari mana, tinggal dimana? Pakcik tu jawab. Pakcik merantau cari redha Allah. Aku terkejut. Dalam hati aku dah syak bukan2. Kot2 wali ke ni? Mana keluarga pakcik?
Pakcik dibuang oleh keluarga pakcik kerana sekeping geran tanah. Kenapa pakcik? Apa masalahnya? Pakcik sedekahkan geran itu untuk seseorang untuk dibangunkan pondok2 mengaji. Keluarga pakcik terus buang pakcik. Allah...

Pakcik tinggal dimana? Pakcik tu diam tak menjawab. Masa terlalu singkat untuk aku menyambung urusan kerja. Aku panggil pakcik kedai untuk kira. Semuanya berharga RM 11.60. Aku celup dompet aku, dan aku lupa yang aku hanya bawa RM 5.00. Aduh.... Pakcik tu nampak raut wajah muka aku seolah2 melihat masalah dalam dompetku. Pakcik tu mencelah. Nak, ambil duit ni, pakcik bayarkan.

Nak tau ape? pakcik keluarkan satu sampul surat sebagai dompet dia (macam dompet TGNA), dalam tu duit seratus setebal setengah inci, dan satu kad BSN dan i.c lama (pakcik tu bekas tentera laut).. Satu kedai dia bayarkan. Allah.. Satu kedai hairan apabila pakcik kedai tu announce yang makanan semua sudah dibayarkan oleh pakcik kopiah tadi. Masing2 semua pandang aku dan pakcik kopiah. Dengan tiba2 pakcik kopiah angkat tangan dan berdoa dengan suara yang agak sederhana kuat, aku pun turut angkat sama. Dan paling terharu apabila aku dengar suara "amin....." dengan suara yang ramai. Bila aku berpaling ke belakang, satu kedai mengangkat tangan bersama pakcik kopiah tu.. Ada yang bangun mendekati kami berdoa dekat2.

Terasa sangat gemuruh dan terharu dengan keperibadian orang yang ku sangka gila ini rupanya seorang guru agama!! Ada yang menangis kerana doa oleh sang guru itu sungguh merdu.. Kecoh seketika.. Selesai berdoa, aku bersalam dengan pakcik tadi dan ucap terima kasih dengan harapan dapat jumpa lagi. Aku terus berjalan ke motor aku. Aku berpaling ke belakang, semakin ramai yang berkerumun pada pakcik tadi. Aku senyum tanda puas bahawa orang sekeliling mula mendekati pakcik. Aku buka semula dompet aku kerana aku simpan kunci motor dalam tu.

Nak tau apa? Aku terkejut kerana ada 2 keping duit seratus dan satu nota kecil yang bertulis: "Ambil duit ni buat beli susu anak dan buah delima untuk orang rumah anak yang mengidam.." Aku terkaku, dan terus pandang ke arah tempat pakcik tadi. Beliau sudah tiada disitu. Aku terus pakai helmet dan tutup pemuka helmet. Aku menangis kerana terharu dan sangat bersyukur. Bagaimana dia tahu aku dalam kesusahan...
Ya Allah.. Kau peliharakanlah pakcik itu..


Sebarkan.. Seburuk mana pun luaran seseorang jangan sesekali menghina kerana siapa tahu dia lebih mulia dari kita di sisi Allah swt

Seksa otak tengok gambar ni..imbang dua garpu diatas dua batang pencungkil gigii..




Gambar eksident maut akibat dari titik buta (blindspot) sebuah minivan.

Fuhh..penumpang hadapan kereta yg dihimpit mati di lokasi kejadian,kedua dua driver kereta berada dlm keadaan kritikal dah pemandu minivan itu berjaya ditahan dan akan didakwa..



Sekeping gambar buat panduan betapa tingginya puncak everest dibanding dgn base camp.

Manarik sungguh gambar ni..gunung everest..saintis kata gunung everest ni naik 2.4 inci setahun..kos nak panjat lebih kurang $65 ribu dolar seorang termasuk training skali..Pada tahun 1995 seorang ibu dari british menjadi wanita pertama yg berjaya menakluki puncak gunung ini tanpa bantuan oksigent dan sherpa..ibu berusia 33 tahun itu bernama allison hargreaves..

Ada lebih kurang 200 mayat keras yg dijadikan landmark di atas gunung ini termasuk seorang lelaki yg berhenti berehat dan terus rehat terus menerus..jika dilakukan kira kira lebih kurang seorang akan mati dalam setiap 10 orang yg tiba di puncak..budak 13 tahun dari amerika,jordan romero menjadi manusia termuda sampai ke puncak..

Atas puncak tu ada line 3g yg dipasang oleh syarikat subsidi kerajaan nepal dari sweden,TeleSonera pada ketingiaan 5200 meter jadi kalau korang nak panjat jgn lupa bawa henpon 3g skali.



Gambar piramid giza yang jarang kita lihat.

Baru laa aku tahu dekat je rupanya piramid giza di mesir ni..selama ni aku ingat nak kena naik unta 3 empat hari ketengah padang pasir baru leh jumpa salah satu dari 7 world wonder ni..cehh pandai juga dorang buat marketing selama ni..bila tengok gambar dlm tv atau surat khabar mesti piramid ni nampak stand alone tgh padang pasir penuh dengan misteri..

Selama ni dorang kata hamba abdi yg bina piramid ni semua tapi pada tahun 2010 kerajaan mesir tunjukkan bukti apa yg mereka gelar tomb atau err kubur tempat pekerja ni dikebumikan..dalam kubu tu mereka jumpa arak dan sedikit makanan untuk simati santap dlm kehidupan selepas mati mereka..rangka tu pun ditanam elok elok..kalau hamba abdi dorang tak tanam mcm ni kata kerajaan mesir..

"No way would they have been buried so honorably if they were slaves," he said.

The tombs contained no gold or valuables, which safeguarded them from tomb-raiders throughout antiquity. The skeletons were found buried in a fetal position -- the head pointing to the West and the feet to the East according to ancient Egyptian beliefs, surrounded by the jars once filled with supplies for afterlife.

The men who built the last remaining wonder of the ancient world ate meat regularly and worked in three months shifts, said Hawass. It took 10,000 workers more than 30 years to build a single pyramid, Hawass said -- a tenth of the work force of 100,000 that Herodotus wrote of after visiting Egypt around 450 B.C.

Hawass said evidence from the site indicates that the approximately 10,000 laborers working on the pyramids ate 21 cattle and 23 sheep sent to them daily from farms.

Though they were not slaves, the pyramid builders led a life of hard labor, said Adel Okasha, supervisor of the excavation. Their skeletons have signs of arthritis, and their lower vertebrae point to a life passed in difficulty, he said.

Construction started: 2584 BC 
Height: 139 m
Opened: 2540 BC 
Architects: Khufu, Imhotep, Hemiunu 
Function: Tomb, Monument













(Gambar GIF) Bakterium di atas Diatom di atas Amphipod

cant help it
must share with all of you guys

HEBAT CIPTAAN ALLAH !