Cara Memohon MyKad Secara Online

Kad pengenalan atau IC adalah barang yang paling penting sekali untuk kita bawa kemana-mana sahaja kita pergi. Hal ini kerana, apa sahaja urusan sama ada secara formal atau tidak, kad pengenalan diperlukan bagi mengesahkan identiti kita. Namun, malang tidak diduga apabila suatu hari nanti kad pengenalan anda tiba-tiba hilang!

Jangan panik, kini anda boleh mohon gantian mykad hilang secara online sahaja. Berikut merupakan langkah-langkah apa yang anda perlu lakukan.

CARA MOHON GANTIAN MYKAD HILANG SECARA ONLINE

Jika anda pertama kali kehilangan MyKad, anda boleh memohon kad pengenalan gantian secara online. Melalui penambahbaikan perkhidmatan sistem atas talian, Jabatan Pendaftaran Negara menawarkan perkhidmatan tersebut melalui pautan

https://gantianmykad.jpn.gov.my/

Hanya 4 jenis permohonan penggantian yang dibenarkan bagi sistem ini iaitu :

1) Gantian Kerosakan Fizikal Kad

2) Gantian Kerosakan Cip

3) Gantian Biasa

4) Gantian Hilang Kali Pertama (Kecuaian)

Cara Permohonan Gantian IC Hilang Online

Untuk memohon kad pengenalan baru secara online, sila rujuk langkah di bawah:

1.Semua pengguna yang baru pertama kali menggunakan sistem MyKadGanti mesti mendaftar terlebih dahulu sebelum dibenarkan untuk log masuk kepada sistem.

2.Bagi pendaftaran baru atau sedia ada, pada laman utama sila klik pautan “Daftar akaun sekarang” seperti yang dipaparkan (Maklumat pendaftaran akan ditunjukkan pada halaman yang seterusnya).

3.Pengguna baru perlu mengisi dengan lengkap dan tepat semua maklumat yang diperlukan bagi proses pendaftaran.

4.Pengguna baru akan menerima makluman pendaftaran yang akan dihantar ke emel yang didaftarkan.

5.Pemohon perlu klik pada pautan yang diberi sebagai pengesahan pendaftaran.

6.Setelah klik pada pengesahan pendaftaran yang diemelkan, pemohon akan dipaparkan ke halaman utama web, di sini pemohon perlu mencipta kata laluan, mengesahkan kata laluan dan teks pengesahan (CAPTCHA) bagi proses pengaktifan akaun pengguna.

7.Pemohon akan dipaparkan ke notifikasi pengaktifan kata laluan berjaya, di sini pemohon klik seterusnya untuk log masuk kali pertama.

8.Sebagai pengguna baru sistem, pengguna perlu memasukkan No MyKad atau emel dan kata laluan yang telah didaftarkan.

9.Setelah pengguna berjaya log masuk,di halaman utama, pengguna akan dipaparkan rekod permohonan MyKad yang pernah dipohon secara atas talian.

10.Bagi tujuan permohonan gantian. Sila klik pada Permohonan di menu utama atau pada pautan “Mohon di sini”.

11.Pengguna akan dipaparkan laman Akuan Penafian. Klik pada butang “Setuju” untuk meneruskan permohonan.

12.Bagi tujuan permohonan penggantian, pengguna perlu memasukkan semua butiran maklumat permohonan yang diperlukan.

13.Sekiranya permohonan gantian memerlukan perbayaran, pemohon/pengguna akan di redirect kan ke Payment Gateway.
Pengguna boleh samada untuk klik pada Menu “Rekod Transaksi “ atau klik pautan klik sini untuk melihat status kemaskini permohonan.

14.Sila cetak resit pembayaran dan bawa bersama untuk mengambil kad pengenalan baru anda di kaunter.

PERLUKAH BUAT LAPORAN POLIS JIKA MYKAD HILANG?

Anda disarankan agar bersegera ke balai polis untuk membuat laporan MyKad hilang. Salinan laporan polis itu boleh digunakan sementara anda belum membuat kad pengenalan baru dan perlu dikemukakan kepada JPN semasa permohonan kad pengenalan baru.

SEDIAKAN DOKUMEN UNTUK MEMOHON KAD PENGENALAN

Bagi kehilangan kad pengenalan akibat kecuaian atau kecurian, laporan polis dengan butiran penting kehilangan kad pengenalan sudah mencukupi. Dokumen lain juga perlu disediakan bergantung kepada golongan pemohon atau kehilangan akibat bencana alam seperti kad kebajikan untuk golongan orang kurang upaya atau miskin daif, atau surat pengesahan dari Jabatan Bomba dan Penyelamat atau Pejabat Daerah bagi kehilangan kad pengenalan akibat bencana alam.

KADAR DENDA IC HILANG / CAJ MEMBUAT KAD PENGENALAN BARU

Caj yang dikenakan bagi mengganti kad pengenalan bergantung kepada berapa kali permohonan telah dibuat. Buat kad pengenalan bagi kali pertama akan dikenakan bayaran RM 110.00, RM 310.00 untuk kali kedua dan RM 1010.00 bagi ketiga. JPN mengambil berat akan isu ini dan menggalakkan orang ramai untuk menjaga dokumen tersebut sebaik mungkin.

Waktu Operasi dan Temujanji untuk ke JPN

Pada waktu PKP ini, JPN beroperasi pada waktu yang sama namun dengan pematuhan SOP yang ketat. Anda boleh semak pejabat JPN yang beroperasi di pautan https://www.jpn.gov.my/.

Untuk makluman, sepanjang tempoh PKP ini, JPN hanya berurusan dengan pelanggan yang telah mempunyai janji temu sahaja. Permohonan janji temu boleh dilakukan melalui pautan https://mytemujanji.jpn.gov.my/ , scan QR code di bawah atau boleh emel kepada myjanjitemu@jpn.gov.my.

No comments:

Post a Comment