Hampir 5 tahun penantian cahaya mata

Syukur akhirnya aku dikurniakan cahaya mata setelah pelbagai usaha dilakukan.
Dari mengurut,makan mcm2 ubat jamu jamuan,berubat cara gigit sirih dimulut ,mandi bunga bagai dan minum air jampi ,IUI di hospital semua sudah IVF  jer belum lagi.

Kalau kita ada masalah susah dpt anak xyah la guna bomoh2 bagai ni mengarut jerk,my wife pernah berubat dengan seorg bidan kononnye tahu mengubati masalah sukar dapat anak,urut punye urut bulan ke 2 berubat dia ckp dah ada isi sampai nangis2 terharu konon,tapi bila check upt xde ape2 pun,tunggu bulan ke 4 pun xde gak upt tapi perut buncit mcm org preg,cuba scan di klinik xde isi pun dlm rahim,akhirnya kami berhenti berubat dan urut di tempat lain,makcik urut yg kami jumpe kali ni ckp buncit lemak jerk bukan ade bayi,kami hanya diamkan aje padahal dan bengang bulat2 kena tipu dah beribu abis kat bidan indon tu.

Masa berubat dihospital kerajaan 2 tahun buang masa buat apoiment,iui 2 kali tapi x jadi gak last2 kami cadang nak pergi jumpe pakar kesuburan,selidik punye selidik kami menemui klinik yg memang khas untuk mereka yg sukar mendapatkan zuriat di bukit damansara.

Melalui pemeriksaan pakar diklinik tersebut doc telah mengenalpasti masalah isteri saya iaitu masalah hormon yang menyebabkan pembengkakan di bahagian ovari dengan itu menyebabkan ovari tidak menghasilkan telur jesteru period tidak datang sehingga berbulan2.

Setelah mendapat nasihat dan diberikan ubat kami menuruti segala arahan doc sehingga temujanji seterusnya,dalam hanya 2 bulan saya diberitakan oleh isteri yang beliau sudah hamil,alhamdulilah pertama kali lihat upt ada 2 garis merah.

Syukur sangat allah dengar doa kami dan izinkan kami punyai cahaya mata.


No comments:

Post a Comment