Jika anda ada masalah kewangan, keluarga, kawan-kawan, hidup tak tenteram, tak tenang dan sedang mencari jalan keluar, saya ingin berkongsi tips yang dapat membantu anda (dengan izin Allah).
-Lakukan 8 perkara ini bermula hari ini.
-Bangun pagi ni , usap muka dan ucap terima kasih Allah. Usap seluruh badan dan bernafas dalam-dalam ucapkan syukur Allah kemudian senyum sendiri seorang-seorang.
-Cukup waktu, mulakan dengan solat sunat dhuha, buat 2 rakat kemudian 2 rakaat lagi. (4 rakaat)
-Tanamkan dalam diri untuk tidak mahu bersembang dengan kawan-kawan pejabat tentang orang lain, tak mahu baca atau tulis yang bukan-bukan. Hanya mahu zikir dan sebut nama Allah saja. Sebut berulang kali dan dengan sepenuh perasaan. (anda boleh jadi sebak jika betul-betul mendalaminya)
-Ketika pergi makan tengah hari jika ada makanan lebih, bungkus dan berikan kepada kucing jalanan.
-Solat Zuhur, Asar, Maghrib, Isya’ di awal waktu, habis solat terus berdoa. Bersembang dan minta pada Allah agar nak kaya dunia dan juga akhirat. Minta dengan bersungguh-sungguh. Kemudian sebut terima kasih kepada Allah berkali-kali kerana menumpangkan kita dalam dunia ciptaan-Nya.
-Bertekad jika ada sesiapa yang datang meminta sedekah, berikan tanpa banyak soal walaupun hanya 50 sen.
-Telefon mak dan abah (jika masih ada), bersembang dan tanya khabar mereka walau hanya 5 minit.
-Bangun pukul 3.30pagi. Lakukan solat sunat tahajud 2 rakaat kemudian ambik masa termenung fikir salah diri, kenapa ujian datang kepada aku, mungkin aku pernah buat salah. Buang ego dan kaji sedalam-dalamnya apa salah dan silap kita. Kalau tak jumpa, mohon untuk Allah tunjukan.
-Ulang selama 3 hari berturut-turut. Insha Allah di hari ke 3 akan ada jalan keluar dan kita akan jadi kaya! Siapa berani sahut cabaran ni? Beritahu kepada kawan-kawan tips ni agar mereka juga boleh jadi kaya dalam masa 3 hari.(Salah satu teknik menjemput rezeki adalah dengan berkongsi peluang dan rezeki)
No comments:
Post a Comment