Penanggal :Mitos & Lagenda ASEAN

Penanggal

Penanggalan merujuk kepada sejenis makhluk halus, kemungkinannya dari golongan jin/shaitan, yang dipelihara oleh seseorang, biasanya wanita, bagi tujuan memelihara harta dan memudaratkan musuh. Pemeliharaan makhluk halus ini dikenali sebagai saka. Hantu penanggalan dipercayai diberi makan darah daripada ibu yang mengandung / baru melahirkan anak oleh tuannya.




Hantu penanggalan dikatakan membolehkan tuannya mampu menjelma sebagai sejenis makhluk berkepala dengan urat perut yang bercahaya dan terbang mencari mangsa. Penanggalan akan terbang kerumah yang dikenal pasti mempunyai wanita yang baru bersalin dan kemudiannya akan mengambil peluang untuk menyerang dan menghisap darah mangsa apabila mangsa leka.

Cara menghalang gangguan Penanggalan dikatakan dengan cara meletakkan daun berduri, seperti daun mengkuang, di bawah rumah ibu yang baru bersalin. Ini dikatakan kerana hantu Penanggalan takut menghampiri rumah yang berduri kerana bimbangkan tali perut mereka tersangkut pada duri tersebut.



Mereka yang memelihara Penanggalan dikatakan mampu menanggalkan kepala dan urat perut mereka dan terbang mencari wanita bersalin bagi memberi makan kepada Penanggalan. Selepas mereka makan, dikatakan pengamal Penanggalan akan merendam urat perut mereka kedalam tempayan yang berisi cuka bagi mengecutkan perut sebelum masuk kembali kedalam badan asal mereka.

Salah satu cara yang dikatakan paling berkesan bagi mengenal pasti pemilik Penanggalan adalah dengan memusingkan jasad tanpa kepala yang ditinggalkan ketika mereka keluar mencari mangsa. Ini kerana apabila mereka kembali, kepala tersebut akan bercantum songsang dengan jasad mereka menyebabkan kepala mereka bercantum kearah kebelakang. Kepala menghadap kebelakang tubuh.

Matlamat


Penanggalan dikatakan akan dipelihara oleh wanita bagi tujuan memelihara harta benda dan, membinasa musuh atau orang yang dibenci pemiliknya.

Status

Penanggalan adalah sejenis makhluk halus yang dipelihara oleh manusia. Ia perlu diberi makanan menurut tempoh tertentu, biasanya dengan darah wanita yang baru bersalin. Selain itu hantu Penanggalan tersebut perlu diwariskan kepada seseorang penganti sebelum tuannya mati sebagai saka. Sekiranya tuannya mati sebelum sempat mencari pengganti, hantu Penanggalan akan hidup liar dan mengganggu penduduk berdekatan.

Kelemahan

Pengamal ilmu sihir atau ilmu sesat ini adalah satu perbuatan syirik dalam ugama Islam. Pembela Penanggalan dikatakan sukar mempunyai zuriat kerana ilmunya yang panas akan membunuh janin atau anak kecil yang berdamping dengannya, sekiranya tidak dijaga dengan baik.

Penelitian secara ilmiah

Penanggalan mungkin merupakan cara penduduk zaman dahulu menjelaskan kadar kematian ibu bersalin yang tinggi dikampung-kampung. Secara tidak langsung, ini menunjukkan bahawa, kadar kematian ketika bersalin amat tinggi pada suatu masa dahulu.


Penanggalan atau `Hantu Penanggal` adalah sebahagian daripada variasi mitos pontianak di Tanah Melayu, atau Balan-balan di Sabah. Mirip dengan Manananggal di Filipina. "Penanggal" atau "Penanggalan"' bererti "tanggal", "ditanggal", "menanggal". Terma Manananggal dan Penanggal berkemungkinan membawa maksud yang hampir serupa kerana jalinan bahasa Melayu & Tagalog.

Di Bali Indonesia ada juga makhluk yang hampir sama yang dipanggil "Leak". Makhluk Penanggalan juga terdapat di bahagian Indochina seperti Thailand, Laos & Kemboja. Krasue atau dieja Kra-Sue adalah makhluk penanggal yang terdapat di Thailand, Kemboja dan Laos. Ia dikenali di Thailand sebagai Krasue, di Kemboja sebagai Ap dan di Laos sebagai Phi-Kasu atau Kasu.

Mengikut kata org2 tua di Nusantara, Penanggalan ialah kepala wanita yang mampu berterbangan di waktu malam. Bila ia terbang, perut & usus tergantung2, dan organ2 ini bersinar2 bak serangga kunang2 tika Penanggalan melayang di waktu malam.

Oleh kerana Penanggal adalah kejadian hasil pengamalan ilmu hitam berterusan serta persekutuan dengan jin, ia tidak boleh diklasifikasi sebagai makhluk ghaib. Secara kesimpulan, ia adalah manusia yang hidup secara normal di siang hari & pada waktu lain sekiranya tidak berpisah daripada tubuh badannya.


Mengikut versi Malaysia, Penanggal samada perempuan cantik (tua atau muda) yang awet muda melalui jalan ilmu hitam, sihir, mistik, atau bersekutu dengan jin yang mana selalunya berbentuk syirik & khurafat. Selain itu, menjadi Penanggal dalam kisah mistik juga boleh disebabkan sumpahan yang kuat atau perlakuan kuasa2 jin syaitan, namun cara ini tidak meluas berbanding dengan cara bersekutu dengan jin & amalan ilmu hitam berterusan.

Penanggalan biasanya dikatakan diamalkan oleh mak bidan yang bersekutu dengan jin bagi mendapat kuasa ghaib. Dikatakan mak bidan telah melanggar pantang untuk tidak makan daging selama 40 hari, jika tidak, ia akan kekal menjadi makhluk pemakan darah. Mak bidan sering menyimpan tempayan cuka di rumah, & di waktu malam setelah menjadi penanggal akan merayau mencari darah. Ia setelah pulang akan merendam isi perutnya ke dalam cuka supaya kecut & senang memasuki tubuhnya kembali.

Salah satu versi cerita Penanggal ialah seorang gadis cantik atau rahib perempuan, yang melakukan mandi beradat di kolah berisi cuka. Sedang mandi & dalam keadaan pertapaan meditasi, seorang lelaki tiba2 memasuki ke bilik itu & mengejutkan ia. Perempuan itu terkejut sehinggakan bila dia mendongak tiba2 secara mengejut, telah memutuskan kepalanya daripada tubuh beserta dengan isi perutnya sekali. Terlalu marah, ia mengejar lelaki itu, sebagai penanggal. Maka Penanggal, dikatakan membawa bau cuka kemana sahaja ia terbang, & kembali ke tubuhnya pada siang hari, biasanya sebagai perempuan normal. Tetapi, untuk membezakan penuntut ilmu penanggal dengan perempuan biasa, mereka biasanya berbau cuka pada tubuh.


Mangsa Penanggalan biasanya perempuan hamil & anak2 kecil. Penanggalan bertenggek di bumbung / atap rumah perempuan yang sedang beranak, mengilai atau mendesir bila bayi dilahirkan. Penanggalan akan menjelirkan lidahnya yang ghaib untuk menghisap darah ibu muda malang itu. Bagi darahnya yang dihisap Penanggalan, kematian bakal menanti ibu muda itu. Apatah lagi, kalau Penanggalan tidak sempat makan darah, sesiapa yang terkena sentuhan isi perut penanggalan akan menderita luka-luka kudis yang tidak akan sembuh melainkan dengan bantuan bomoh.

Penanggal dikatakan makan darah / daging manusia tetapi kebanyakan versi menyatakan Penanggal lebih sukakan darah bayi baru lahir, darah ibu muda baru beranak serta uri bayi (placenta) dimana Penanggal gemar makan uri setelah uri itu ditanam. Penanggal melayang mencari sumber makanan & turun ke tanah untuk makan. Ada 1 versi menyatakan ia boleh menembusi dinding. Lebih mengerikan, Penanggal boleh keluar daripada rekahan lantai, naik ke dalam bilik dimana wanita baru beranak ketika bayi sedang tidur. Kadangkala ia akan merayap dengan menggunakan isi perutnya seperti sesungut sotong bergerak.

Pemakanan penanggal juga berbeza2 mengikut variasi lagenda atau mitos.

Ada penanggal dikatakan menggemari uri bayi. Ada penanggal suka makan darah ibu mengandung. Ada penanggal suka makan darah bayi baru lahir. Ada penanggal suka hisap darah saudara mara / anak isteri / adik beradik (ini versi saka). Ada penanggal suka menghisap darah sesiapa saja. Ada penanggal sukakan makan darah haiwan. Ada juga yang suka makan tanpa mengambil kira apa sahaja pun ada.

Apa yang pasti, versi mengatakan penanggal gemarkan uri bayi adalah disebabkan kononnya ada mak bidan yang gemar menyimpan uri bayi dari ibu yang baru melahirkan kerana ia bakal jadi sumber makanan yang mudah. Selain itu, orang2 tua dahulu selalu mengingatkan perempuan mengandung agar menyimpan benda2 tajam bersama mereka sepanjang tempoh kandungan bagi mengelakkan ancaman penanggal.

--------------------------------------------------------------------------------


Antara cara yang sering digunakan untuk menghindar Penanggal ialah dengan menabur atau menanam Mengkuang berduri yang akan memerangkap atau mencederakan paru2, isi perut & usus Penanggal yang terdedah semasa ia melayang mencari mangsa. Duri mengkuang juga boleh dililit atau mengkuang digantung sekeliling luar tingkap rumah bagi menjerat Penanggal. Taktik ini biasa dilakukan bila ada seorg wantia hendak beranak atau baru beranak. Tetapi taktik ini tidak dapat menyelamatkan si bayi kalau si Penanggal muncul dibalik rekahan lantai rumah. Ada sesetengah keluarga menanam nanas di bawah rumah beberapa bulan sebelum wanita itu melahirkan anak (rumah kampung orang Melayu zaman dulu bertiang), jadi buah nanas & daunnya yang berduri akan menghalang penyusupan penanggal daripada bawah rumah. Kalau terperangkap, Penanggalan akan dibunuh dengan parang serta golok. Sebagai tambahan keselamatan, perempuan mengandung sering menyimpan gunting & kacip pinang di bawah bantal kerana Penanggal amat takut dengan benda2 bertajam.

Satu cara lagi membunuh Penangggal adalah dengan kumpulan lelaki yang berani menyiasat Penanggal ini tika ia melayang pada waktu malam. Mak Bidan yang disyaki sebenarnya Penanggal adalah perempuan biasa di pagi hari, tapi mereka boleh dikenali dengan tanda2 sebagai Penanggal dengan cara memerhatikan tabiat mereka. Bila berjumpa orang, mereka akan menjauhkan pandangan mata, & bila menjalankan tugas pembidanan, mereka akan membasahkan bibir dengan lidah, seolah2 memikirkan tentang cara menghisap darah si ibu pada waktu malam nanti. Kumpulan lelaki ini akan menyiasat tempat tinggal si Penanggal, & setelah Penanggal meninggalkan tubuhnya di rumah & terbang melayang pada waktu malam, tubuhnya akan dimusnahkan serta merta oleh kumpulan lelaki tadi atau dicurahkan kaca2 yang dipecahkan, duri atau onak serta bahan tajam lain di ruang leher tubuh Penanggal yang ditinggalkan.


Sekiranya Penanggal memasuki tubuhnya kembali, ia akan mati terseksa akibat kecederaan organ2nya, atau si Penanggal akan mati bila tidak dapat masuk ke tubuhnya yang telah dimusnahkan (biasanya dibakar) sehingga waktu matahari terbit. Cara lain ialah dengan menghalang si Penanggal secara beramai2 daripada ia memasuki tubuhnya hingga waktu matahari terbit.

Cara lain adalah dengan menerbalikkan tubuh si Penanggal, jadi apabila ia masuk ke tubuhnya, kepalanya akan terbalik.


Jarang sekali orang mengkaji asal usul penanggal atau balan2 di Nusantara. Biasanya, orang Melayu dulu2 yang animis sering dipengaruhi budaya Hinduisme & amalan pemujaan daripada rantau Siam, Khmer & Kemboja.

Maka setelah menelusuri asal usul makhluk ini, dapatlah disimpulkan bahawa ilmu hitam penanggalan ini berasal daripada budaya Khmer / Siam / Hindu kuno yang di asimilasi, diwarisi oleh manusia2 bejat di alam Melayu.

Atas apa alasan sekali pun, bersekutu dengan jin adalah dosa syirik yang amat besar sekali kerana mempersekutukan Allah.

Semangat / saka / hantu Penanggal adalah spesis jin yg sering diguna manusia untuk melakukan kesyirikan di muka bumi ini, sama ada melalui perjanjian ilmu hitam, syarat menuntut ilmu ghaib atau melalui warisan (saka).

Menerima Penanggal memberikan si pembela (biasanya manusia) menjadi syaitan yang bertopengkan manusia, pagi menjadi orang, malam menjadi syaitan ..

Berdasarkan kajian asal usul penanggal, semua tertuju pada Krasue atau Ap di Thailand & Kemboja.

Masyarakat Khmer Kemboja dulukala mengamalkan ilmu pelik2 (berkemungkinan percampuran adat budaya animis tempatan dengan pengaruh versi Hindu, seperti nenek moyang orang Melayu zaman sebelum kedatangan Islam), menyembah patung Hindu, dicampur aduk dengan amalan mistik Buddha Hinayana Theravada (ala Siam) & pemujaan semangat.

Amalan menjadi Krasue turut diamalkan oleh golongan atasan (wanita bangsawan / putri2 Khmer) & bawahan (pawang atau bomoh perempuan).

Dapat dikenalpasti ilmu penanggalan dibawa ke tanah Siam menerusi Kemboja, berkemungkinan diamalkan perempuan2 sihir dll. Di Tanah Melayu dulukala, sekiranya ada yang ingin belajar ilmu2 ghaib, mereka akan mengembara sehingga merentasi ke tanah Siam berguru dengan bomoh2 atau dukun Siam (sekarang sama juga dimana ada yang mahukan minyak dagu sanggup menyeberang ke selatan Thailand).

Ada yang menuntut ilmu ini membuat perjanjian dengan jin, samada menjadi warisan (saka) atau bersekutu sehingga mati.

Dikatakan kaum wanita amat gemarkan ilmu ini, kerana jika diamalkan mereka akan awet muda belia, mendapat rahsia & ilmu alam mistik (untuk tujuan mengubat atau menyihir orang), makhluk ini menjaga sawah bendang, atau yang menjadi mak bidan untuk mendapatkan sumber makanan (uri bayi).

Dengan kesanggupan mereka bersekutu dengan jin ini akan menjadikan mereka itu syaitan bertopengkan manusia, mereka manusiawi di pagi hari, tiba waktu malam, hasil amalan membela jin, perempuan bejat ini bertukar menjadi syaitan ... mengubah bentuk fizikal yang Allah beri kepada bentuk yang melanggar hukum alam.


Lagenda Krasue (Thailand), Ap (Kemboja) dan Phi-Kasu (Laos)

Krasue atau dieja Kra-Sue adalah makhluk penanggal yang terdapat di Thailand, Kemboja dan Laos. Ia dikenali di Thailand sebagai Krasue, di Kemboja sebagai Ap dan di Laos sebagai Phi-Kasu atau Kasu.

Krasue atau Ap adalah makhluk ganas yang berterbangan di waktu malam. Ia menjelma menjadi wanita muda cantik jelita, dengan isi perut & organ tergantung di bawah leher kepalanya. Memandangkan ia tiada tubuh bawah, ia melayang layang tidak mencecah tanah. Organ yang tergantung termasuk usus yang berlumuran darah segar. Giginya pula adalah taring2 tajam.

Dipercayai asal-usul Krasue mengikut kepercayaan Thailand adalah perempuan kaya yang mengikat kain hitam melindungi kepala & lehernya daripada panas matahari. Hantu puaka merasuk perempuan ini yang menukar perempuan ini menjadi kepala yang terpisah daripada tubuh dengan organ dalaman bergentayangan.

Makhluk ini aktif pada waktu malam dimana ia memburu mencari darah atau daging mentah untuk dilahap. Krasue menjadikan perempuan mengandung di dalam rumah mereka samada sebelum atau setelah melahirkan anak. Ia menggunakan lidahnya yang panjang untnk mencuri janin atau uri dalam rahim si ibu & gigi taringnya untnk melahap makanannya. Dipercayai daripada amalan pemakanannya yang kotor ini, ramai perempuan mengandung mengalami banyak penyakit pelik2 ketika sepanjang kandungan mereka. Menyerang wanita mengandung merupakan elemen Krasue / Ap yang sama ciri2 dengan mitos penanggal di Nusantara serta salah 1 ciri yang dikongsi manananggal di Filipina.

Untuk melindungi ibu2 mengandung, ahli keluarga meletakkan dahan berduri di sekeliling rumah. Pagar beduri ini menghalang Krasue yang singgah untuk menghisap darah & membawa penderitaan kepada wanita mengandung di rumah itu.

Setelah melahirkan, saudara2 perempuan tadi segera akan menyembunyikan uri (placenta) jauh daripada rumah untuk ditanam sedalam2nya di dalam tanah bagi mengelakkan pengetahuan Krasue. Dipercayai kalau uri ditanam dalam tanah sedalam2nya, Krasue tidak dapat mencarinya.

Membinasakan atau menukar tubuh tidak berkepala (dalam bentuk berbaring atau duduk) milik Krasue yang ditinggalkan kaku membahayakan makhluk ini. Kepala yang terbang pulang setelah makan tapi masuk ke tubuh yang salah posisi kedudukannya akan menghadapi seksaan amat sangat sehingga mati. Makhluk Krasue juga akan mati jika isi perutnya yang bergentayangan dapat dipotong putus atau tubuhnya dimusnahkan atau disorok hingga matahari terbit dimana ia akan mati kerana tidak sempat bercantum dengan tubuhnya. Ada kepercayaan pula menyatakan Krasue dapat dimusnahkan dengan membakarnya hidup2.

Banyak kepercayaan animis serta Buddha & masyarakat setempat percaya Krasue boleh diwarisi daripada keturunan seseorang yang cuba belajar ilmu hitam mengikut acuan budaya Hindu yang melakukan kesilapan atau tersilap belajar ilmu ghaib. Hantu ini muncul didepan pengamal & memisahkan tubuh mereka dgn kepala. Dikatakan juga bagi mereka yang melakukan kesalahan dosa seperti membunuh atau menggugurkan kandungan akan menerima hukuman menjadi Krasue. Ada setengah cerita juga menyatakan seorang boleh mewarisi Krasue dengan memakan makanan atau minuman yang dicemari air liur atau daging Krasue terdahulu. Ini biasanya dilakukan oleh pawang perempuan pada anak perempuannya atau cucu perempuannya untuk mewariskan ilmu Krasue ini.

Dikatakan Krasue berasal daripada amalan Hinduisme dari India yang disebarkan ke kerajaan lama Kemboja, di mana lahirnya hantu Krasue hasil gabungan ilmu hitam & sumpahan pada ahli sihir wanita yang mengamalkannya. Amalan ini diteruskan & diwarisi sebagai sebahagian kepercayaan penduduk Khmer tempatan sekian lama hinggalah tercetus suatu peperangan yang mengakibatkan pelarian kerajaan purba Kemboja menyeberangi sempadan membawa bersama ilmu ini ke tanah Siam. Di Thailand, mitos Kra-Sue bermula pada tahun 1700an dimana zaman kejatuhan kerajaan Kemboja yang diserang pelbagai negeri (termasuk Siam), & seorg putri Khmer dari Kemboja menjadi Krasue yang pertama di bumi Siam.

Kisah ini kemudiannya difilemkan di Thailand dengan tajuk Krasue (Demonic Beauty), dimana seorg puteri Khmer Kemboja yang kerajaannya dikalahkan Raja Siam sekitar 1700an, telah ditangkap sebagai tawanan perang & Raja Siam berminat & mengahwininya. Tetapi, melihat puteri Khmer itu di pelukan lelaki lain, Raja Siam telah menghukum pancung si lelaki itu & menghukum Putri Khmer dibakar hidup2. Puteri Khmer sempat membaca mantera ilmu Krasuenya & sempat mendengar khabar berita tentang ada anak gadis yang baru mati di kampung berhampiran mirip paras rupanya, ketika putri dibakar rohnya bertukar menjadi Krasue & masuk ke dalam mayat si gadis. Si gadis hidup seperti biasa, tetapi tiba malam hari, kepalanya tertanggal dengan isi perut menjadi Krasue mencari darah.

Lagenda Leyak di Bali, Indonesia

Leyak adalah manusia yang melakukan upacara ilmu sihir & mempunyai tabiat seakan kanibal. Ketua mereka digelar 'Ratu Leyak', seorang perempuan sihir berstatus balu dipanggil 'Rangda' yang memainkan peranan penting dalam upacara ritual. Topeng Rangda disimpan di kuil kematian di desa & ketika perayaan kuil diadakan, topeng besar Rangda akan diarak & dipamerkan. Selain leyak, para iblis / jembalang juga merupakan pengikut Rangda.

Dalam kisah dongeng Bali, Leyak atau 'Leak' adalah makhluk halus berbentuk kepala berterbangan berjuraian dengan isi perutnya, Leyak dikatakan akan melayang mencari perempuan mengandung untuk menghisap darah bayi kandungannya atau bayi yang baru lahir. Ada 3 lagenda mengenai Leyak, 2 perempuan & 1 lelaki.

Orang Bali juga mengaitkan sesetengah penyakit atau kematian disebabkan oleh leyak, seorang balian (pawang / bomoh di Bali) akan melakukan upacara untuk mengesan ilmu sihir yang berkait dengan satu2 kematian. Dalam upacara berkenaan roh si mati akan secara langsung / tak langsung memberikan petunjuk kepada siapa yang bertanggungjawab (identiti si leyak). Biasanya, keluarga si mati akan dinasihatkan oleh balian agar jangan menuntut bela / membalas dendam pada orang yang disyaki sebagai leyak, sebaiknya diserahkan kepada balian yang akan menuntut bela secara halus.

Leyak sering berkeliaran di perkuburan, memakan mayat2, mampu berubah menjadi haiwan seperti khinzir, & mampu juga terbang. Dalam keadaan biasa, Leyak dikatakan mempunyai lidah yang panjang & bertaring. Di waktu siang, mereka seperti manusia lainnya, manakala pada malam hari, kepala & isiperutnya bercerai dari tubuh & berterbangan melayang. Patung & ukiran Leyak sering dijadikan hiasan dalaman rumah di Bali.

Leyak juga pernah difilemkan dalam filem Mystics in Bali di Indonesia pada tahun 1981 & pernah diharamkan oleh Kerajaan Indonesia.

Lagenda Mananggal di Filipina

Manananggal dari Filipina yang hampir sama dengan spesis Penanggal terdapat di wilayah barat Capiz, Iloilo, Antique. Manananggal biasanya manusia yang memisahkan tubuh bahagian atas abdomen menjadi makhluk pemakan manusia atau pesihir. Dipercayai berasal daripada mitos kaum Visaya, makhluk ini bencikan garam & bawang putih. Ia juga mengelakkan pisau badik (daggers), cahaya, cuka, rempah ratus serta ekor ikan pari yang boleh dijadikan tali cemeti.

Manananggal digambarkan sebagai perempuan berusia yang cantik lawa atau lelaki kacak gantang, mampu memisahkan tubuh atas abdomen (penanggal hanya menanggalkan kepala bersama isi perut) & terbang dengan 2 pasang sayap seperti kelawar. Ia akan terbang di waktu malam untuk mencari mangsa biasanya perempuan mengandung, dengan menggunakan lidah yang panjang ia akan menghisap hati janin atau darah si ibu yang tidur lena.

Bahagian bawah badan Manananggal yang ditinggalkan dalam keadaan berdiri & paling lemah. Dengan menaburkan garam atau abu ke bahagian bawah badan (perut ke bawah) yang berdiri itu adalah membahayakan makhluk itu. Sekiranya bahagian atas tubuh tidak dapat bercantum dengan bahagian bawah tubuh sehingga matahari terbit akan membunuh makhluk itu.

Manananggal berasal dari perkataan Tagalog yang mirip bahasa Melayu, iaitu tanggal (pemisahan). Manananggal bermaksud orang yang memisahkan tubuhnya pada dua bahagian (atas & bawah). Masyarakat Visaya Filipina (etnik ini ada juga di Sarawak, tapi ramai di Sabah -dikenali sebagai kaum Bisaya) yang masih hidup dalam kepercayaan karut ini masih menggantung bawang putih & merah di tingkap & pintu bagi menghalang makhluk ini.

Info Tambahan:

Tidak seperti Manananggal di Filipina, hampir semua Penanggal adalah perempuan dalam versi Melayu, & ada segelintir itu melibatkan Penanggal lelaki (rujuk balan2 di Sabah). Antara perbezaan Penanggal dan Manananggal ialah Penanggal hanya memisahkan kepalanya termasuk paru2, perut & ususnya bersambung di kepala bila meninggalkan tubuh & merendam organ2nya itu ke dalam larutan cuka sebelum masuk ke tubuhnya. Selain itu, tidak seperti Manananggal yang menggunakan lidah yang panjang terjelir2, Penanggalan biasanya ada taring samada dua taring seperti pontianak atau mempunyai jumlah taring yang cukup banyak.


Lagenda Nukenubi di Jepun

Nukekubi (bermaksud kepala mudah tertanggal) adalah makhluk mirip penanggal dalam mitos Jepun. Di waktu pagi, nukekubi adalah seperti manusia biasa. Pada waktu malam, keplanya terpisah dari tubuh & terbang mencari mangsa. Makhluk ini menyerang dengan menjerit hilai menakutkan si mangsa, & menghampiri & terus mengigit untuk menghisap darah.

Bila kepala & badan terpisah, tubuhnya akan kaku. Menurut lagenda, ini adalah salah satu kelemahan nukekubi, jika makhluk ini tidak sempat mencari semula & bercantum dengan tubuhnya sebelum matahari terbit, ia akan mati. Lagenda menyatakan dengan menyorok atau memusnahkan badan nukenubi akan membunuh makhluk ini yang panik mencari tubuhnya sehinggalah matahari terbit.

Nukenubi di waktu siang hari bercampur dengan masyarakat lainnya. Mereka kadangkala tinggal berkumpulan, selalu menyamar sebagai satu keluarga. Untuk membezakan nukenubi dari manusia biasa adalah dengan mengenalpasti garisan simbol merah di bawah tengkuk leher mereka dimana adalah kesan parut kepalanya akan terpisah dari tubuh. Nukenubi dalam bentuk manusia biasanya mudah menyorokkan garisan ini dengan pakaian atau hiasan di leher.


Lagenda Chonchon di Argentina & Chile

Chonchon adalah sejenis makhluk mirip penanggal berdasarkan mitos Mapuche & kisah rakyat Chile & selatan Argentina.

Chonchon merupakan hasil perubahan fizikal yang disebabkan perubahan magis oleh kalkus (pawang, ahli sihir) yang berkuasa kuat (contoh: penyihir kaum asli Mapuche di Amerika Selatan), mengetahui ilmu serta rahsia ilmu Kalkus untuk menjadi makhluk yang ditakuti ini. Kalku atau ahli sihir akan melakukan perubahan menjadi Chonchon dengan menyapu krim magis di tekak yang akan memisahkan kepalanya dari tubuhnya, & kepala ini menjadi Chonchon.

Chonchon berbentuk kepala manusia dengan berbulu pelepah seperti burung dengan cakar tajam mirip burung helang, telinganya pula menjadi besar menjadi sayap. Chonchon sering terbang pada malam suram tanpa cahaya bulan.

Hanya kalku sahaja yang mampu melihat makhluk ini yang dianggap berkuasa magis, serta oleh ahli sihir yang mahukan kuasa magis Chonchon itu.

Chonchon dikenali menerusi hilaian 'tue tue tue' ketika terbang & dikenali sebagai makhluk mitos yang membawa berita malang. Dengan bertukar sebagai Chonchon, si Kalku atau tukang sihir mudah melakukan kegiatan sihir mereka. Kalku yang berubah sebagai Chonchon juga gemar minum darah orang yang sedang tidur.

Info Tambahan:

Sebenarnya, spesis makhluk ini sekiranya dikaji secara akademik atau ilmiah, banyak persamaan & ada sedikit perbezaan.

Yang banyak menyerang ibu2 mengandung & bayi2 kecil kebanyakannya spesis asal Kemboja, Laos, Siam, Malaysia, Mananggal Filipina & spesis di Bali. Tapi majoriti versi baka Melayu Nusantara dipercayai lebih menggemari mangsa2 ibu mengandung & bayi kecil. Ini mungkin disebabkan syarat tuntutan ilmu yang salah berkenaan atau spesis jin penanggal yang menghuni / bersekutu dengan manusia tadi mempunyai selera tersendiri mereka kepada janin / darah ibu mengandung / uri bayi / darah bayi baru lahir.

Namun tidak semestinya ibu mengandung / bayi baru lahir dijadikan mangsa. Spesis ini juga memakan darah hidupan lain, seperti di Thailand / Kemboja, Krasue & Ap lebih ganas kerana mensasarkan serangan kepada orang biasa dan juga haiwan belaan atau ternakan.

Di Thailand pada zaman dahulu, jika ada haiwan peliharaan (lembu, kambing, ayam itik) mati hilang darah atau dibaham cara misteri (bukan dimakan harimau / buaya), biasanya masyarakat kampung akan menuduh bahawa ia perbuatan Krasue.

Info Tambahan:

Hantu Penanggalan atau juga dikenali sebagai hantu tengelong di negeri Kedah atau Balan-balan di Sabah, merujuk kepada seseorang, biasanya wanita, yang menuntut ilmu hitam bagi sesuatu kepentingan. Mereka yang menuntut ilmu ini mampu menceraikan kepala dengan badan mereka dan kepala mereka mampu terbang dengan tali perut terurai-urai. Darah yang menitik dari tali perut mereka dipercayai berbisa dan akan menyebabkan kudis kepada mereka yang terkena.

Mereka yang menuntut ilmu penangalan biasanya akan menyimpan setempayan cuka bagi memeram urat perut mereka agar kecut sebelum bercantum masuk kembali kedalam badan asal mereka. Dipercayai sekiranya tubuh mereka dijumpai orang dan diterbalikkan, kepala mereka akan bercantum secara terbalik, dengan itu rahsia mereka akan terbongkar.

Penangalan dipercayai suka darah perempuan yang bersalin, dan sekiranya mereka menghisap darah tersebut, wanita bersalin itu akan mati akibat tumpah darah. Oleh itu, biasanya disekeliling rumah wanita bersalin (masa dahulu, rumah dibina bertiang), diletakkan sejenis daun yang berduri. Dipercayai penanggalan takut hendak mendekati rumah tersebut kerana bimbangkan tali perutnya tersangkut kepada duri tersebut.

Ketika penanggalan terbang, ia dipercayai berupa cahaya putih berkilauan, dari urat perut mereka yang terburai itu.

Hantu Penanggalan dikatakan dituntut oleh seseorang wanita bagi membantunya mengekalkan kecantikannya, membunuh musuhnya, menjaga tanaman / peliharaan daripada pencuri dan lain-lain. Kini, penanggalan bukan sahaja dituntut ole wanita malahan lelaki juga tidak kurang hebatnya. Daerah Kota Belud amat terkenal dengan balan-balan. Sebenarnya penanggalan adalah sejenis penyakit keturunan, bagi pengamal-pengamal ilmu ini mereka akan menjangkitkan keturunan mereka melalui makanan. Itu kini ilmu ini disebut sebagai penyakit bagi zaman kini.

Hantu penanggalan adalah seseorang yang menuntut ilmu hitam. Dengan itu ilmu tersebut perlu diwariskan kepada seseorang penganti sebelum tuannya mati sebagai saka. Sekiranya tuannya mati sebelum sempat mencari pengganti, hantu penanggalan akan hidup liar dan mengganggu penduduk berdekatan. Ia juga gemar menghisap darah manusia yang akan atau mahu bersalin.

Penanggalan juga biasanya diwarisi dari ibu kepada anak secara turun-temurun.

(Maklumat asal dari entri Wikipedia BM 2010)

Kisah Balan2 (Bajau) dan Kumokodong (Kadazan) di Sabah

Menurut kepercayaan masyarakat Bajau Kota Belud, makhluk penanggalan ialah orang biasa yang masih hidup yang bertukar menjadi balan-balan apabila berlaku kelahiran dan / atau kematian. Balan-balan ini adalah dalam bentuk jasad manusia yang berjalan diwaktu malam / subuh apabila tercium bau kelahiran / kematian, untuk mencuri bayi yang baru lahir dan tali pusat belum dipotong, atau jasad orang yang meninggal. Balan-balan mencuri jasad dengan cara menjulurkan lidahnya dari bumbung atau bawah rumah, dan menggantikan jasad itu dengan batang pisang. Jasad yang dicuri akan dilenggang dalam perahu untuk ditukar menjadi ikan (ini versi kisah balan-balan daripada kaum Irranun, mungkin disebabkan mereka rata-ratanya berkerja sebagai nelayan). Balan-balan daripada kaum Bajau dan DusunTindal akan mencuri jasad dan memakan tali perutnya.

Untuk mengetahui samada balan-balan berada berdekatan ialah dengan mendengar hilai ketawanya umpama bunyi seperti kuda tetapi nyaring. Sekiranya bunyi hilai ketawanya kuat didengar, maknanya balan-balan itu berada jauh dari tempat orang yang mendengar, tetapi sekiranya bunyinya kedengaran sayup-sayup di kejauhan, bermakna balan-balan itu berada dalam kawasan berdekatan.

Balan-balan tidak tahan dan takut kepada air dan bau limau. Oleh itu, bila ada kelahiran atau kematian, tuan rumah akan meletakkan air di tempat tertentu dan meletakkan limau atau daun limau di bawah rumah (bagi rumah bertiang) atau disekitar jasad bayi atau mayat (bagi rumah tidak bertiang), dan api dipasang disekeliling rumah.

Kaum Kadazandusun memanggil balan2 yang dengan nama 'babalan' atau 'kumokodong'. "Kumokodong" bermaksud tertanggal atau terpisah dari kata-akar "kodong" yang bermaksud 'cabut' atau 'tanggal'. (* Maklumat tambahan dari forummer CARI - Ultrakasino)

Dipercayai balan2 atau "kumokodong" mula mempengaruhi kepercayaan kaum Kadazandusun setelah berlakunya penghijrahan etnik2 berasal dari Selatan Filipina & wilayah Indonesia ke wilayah Sabah yang dikuasai Kesultanan Brunei dan Kesultanan Sulu suatu ketika dulu. Kaum Kadazandusun juga diberitahu oleh mereka akan kelemahan ilmu balan2 bagi tujuan berjaga-jaga. (* Maklumat tambahan dari forummer CARI - Ultrakasino)

Kepercayaan Kadazan mengatakan jika seseorang ingin berjalan pada waktu malam dengan membawa daging atau sesuatu yang mempunyai darah, mereka akan berasa takut kerana walaupun beban daging yang dibawa tidak berat tetapi tiba2 akan terasa berat bagi pemikulnya. Ini disebabkan mereka percaya bahawa ada sesuatu yang menarik daging berkenaan seolah2 menghalang pembawa daging dari terus menjalankan perjalanan mereka. Untuk mengelakkannya, seseorang itu harus memberi (membuang) sedikit daging tersebut kepada 'makhluk' berkenaan.

Kumokodong dipercayai adalah hantu jadian dimana kepalanya akan tercabut bersama tali perutnya dari badan. Ia akan keluar apabila ada kelahiran atau kematian, juga dengan tujuan yang sama dengan balan-balan. Kumokodong amat menakuti kepada air dan bau limau, tetapi yang paling ditakutinya ialah 'garagai', iaitu ranting-ranting buluh yang sudah kering serta dahan pokok berduri.

4 comments: