Menuju alam rumah tangga


Kurangnya persediaan untuk menjadi pasangan yang bertanggungjawab menjadi punca utama sesebuah rumahtangga menghadapi masalah dan konflik. Oleh kerana itu pasangan yang ingin mendirikan rumahtangga disarankan supaya melengkapkan diri dengan asas-asas perkahwinan yang mantap. Memahami tujuan dan harapan perkahwinan serta mematuhi tatasusila pertunangan yang dapat menjamin rumahtangga yang bahagia dan berkekalan.

• Tingkatkan pemahaman dan penghayatan konsep perkahwinan dan kekeluargaan
• Mengenalpasti persediaan dan bimbingan sebelum berumahtangga
• Memupuk nilai murni dan memelihara adab tatasusila di alam pertunangan

Erti perkahwinan

• Perkongsian hidup yang disahkan oleh agama dan perundangan negara
• Suatu amanah yang disertai dengan tanggungjawab

Tujuan perkahwinan

• Memenuhi tuntutan agama
• Sebagai tanda komitmen terhadap pasangan
• Memenuhi keperluan biologi
• Mendapat zuriat yang sah dan mengelakkan tohmahan
• Mengelakkan maksiat

1. Persediaan Minda dan Kerohanian.

Pasangan yang ingin berkahwin perlu bersedia secara minda melalui dan juga memikul tanggungjawab sebagai suami/isteri.Setiap pasangan juga perlu bersifat matang. Banyakkan membaca dan berkongsi pengalaman dengan mereka yang telah melalui alam rumahtangga tentang cara-cara mengatasi masalah. Jangan cepat melenting. Ia mungkin membawa padah. Dan juga hendaklah mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam menguruskan hal ehwal rumahtangga. Soal hukum-hakam dan ilmu agama amatlah penting,begitu juga dengan kemahiran berkomunikasi,menguruskan sumber (masa,wang dan tenaga) dan kemahiran mengatasi tekanan.

• Bersedia untuk berumahtangga
• Bersedia memikul tanggungjawab
• Berkemahiran berkeluarga

2. Persediaan Fizikal

Bakal pasangan perlu bebas daripada sebarang penyakit berjangkit. Kesihatan yang baik akan membolehkan pasangan hidup bahagia dan dapat melaksanakan tanggungjawab dengan sempurna.Dan juga bakal pasangan hendaklah memiliki kemampuan seksual.Ia amat penting dalam menjamin kebahagiaan sesebuah rumahtangga.Ia juga merupakan faktor utama bagi membolehkan pasangan mendapatkan zuriat. Kematangan fizikal pula penting terutama bakal isteri yang inginkan anak sebaik sahaja berkahwin. Bagi seorang wanita,mengandung pada umur kurang 18 tahun adalah tidak digalakkan,kerana pada umur tersebut tubuh badan wanita itu sedang membesar dan belum bersedia untuk mengalami perubahan-perubahan fizikal dan fisiologikal semasa mengandung.Umur yang ideal bagi wanita untuk menjadi seorang ibu ialah antara 20-30 tahun.

• Umur yang sesuai
• Sihat fizikal
• Digalakkan pemeriksaan kesihatan
• Ketrampilan diri

3. Persediaan Kewangan

Tugas dan tanggungjawab utama suami ialah memberi nafkah kepada isteri mengikut kadar kemampuannya.Sebarang sumbangan daripada isteri berhubung dengan perbelanjaan rumahtangga adalah merupakan sedekah daripada isteri.

• Kemampuan kewangan
• Kemahiran pengurusan kewangan

4. Persediaan Sosial

Perkahwinan membawa kepada perubahan peranan ke atas kedua-dua pihak. Contohnya mereka yang berumahtangga kini mempunyai hubungan sosial dengan mertua dan saudara mara pasangan.Oleh itu bakal pasangan perlu memastikan diri masing-masing untuk menerima segala nasihat dan tunjuk ajar daripada mentua masing-masing. Ini termasuklah gaya hidup dan pergaulan.

• Penyesuaian dengan pasangan
• Penyesuaian dengan keluarga dan mertua
• Penyesuaian dengan jiran
• Penyesuaian dengan rakan-rakan

5. Persediaan Spiritual

• Pengetahuan agama
• Penghayatan agama
• Perubahan akhlak


No comments:

Post a Comment