Bayi Baru Lahir Dah Tumbuh Gigi, Ngeri Nak Bagi Menyusu!

 



Ibu yang bakal melahirkan perlu meyiapkan diri dengan pelbagai ilmu berkaitan bayi.


Sebenarnya masih ramai kuranh tahu kalau bayi baru lahir juga berkemungkinan untuk tumbuh gigi. Kejadian ini dipanggil sebagai 'neonatal teeth' dan pertumbuhannya boleh jadi dalam dua situasi sama ada kuat atau longgar.


Menurut Dr Izaza yang juga pakar pergigian, gigi susu bayi sebenarnya mula terbentuk sejak dalam rahim lagi iaitu sekitar enam hingga lapan minggu.



Jika gigi yang tumbuh longgar pada hari bayi berkenaan lahir, ia perlu dicabut bagi mengelak daripada tertelan. Tetapi, jika gigi itu kuat, boleh saja dibiarkan sekiranya tidak mengganggu ketika menyusu.


Menerusi perkongsian di TikTok, @ricis teruja merakam seorang bayi baru lahir yang dikatakannya ajaib kerana dua batang gigi bahagian bawahnya sudah tumbuh.


Menjengah ruangan komen, ramai terkejut dengan perkongsian itu selain menggambarkan rasa ngeri sekiranya tergigit ketika menyusu.

Ada Perbezaan Tak Kepekatan Susu Ibu?

 Ramai mengetahui susu ibu lebih berkhasiat berbanding susu formula. Malah, Ketua Jururawat Hospital KPJ, Yogeswary Arumugam mengatakan, pakar bahagian kanak-kanak memang menggalakkan si ibu memberi susu badan kepada bayi terutama pada lima hari pertama selepas bersalin.


“Kami memang menggalakkan si ibu memberi anak mereka susu walaupun setitis kerana banyak kandungan berkhasiat. Lebih-lebih lagi jika si kecil mempunyai masalah kesihatan, lagi kami menggalakkan memberi susu ibu,” jelasnya ketika berbincang di Kool Talk.





Manakala, bagi ibu pertama kali yang menyusu dan merasakan susu tidak keluar pada awal kelahiran bayi sebenarnya susu mereka keluar cuma mereka tidak perasan.

“Pada lima hari pertama, kandungan kolestrol dalam susu ibu sangat pekat sekaligus menyukarkan susu untuk keluar dari lubang puting dan perlu mengambil masa. Jadi, pegang bayi dalam cara yang betul supaya mereka boleh menghisap dengan betul,” terangnya.

Beliau turut menerangkan perbezaan kepekatan susu ibu. Menurutnya, pekat atau cair susu ibu sebenarnya tiada beza kerana kandungan susu ibu sama saja berkhasiat cuma beza keadaan tekstur susu ibu.

Pekebun rugi RM150,000 pajak kebun durian tak wujud

 Seorang pekebun kerugian RM150,000 selepas terpedaya memajak kebun durian yang tidak wujud di Tiang Dua, Mukim Ayer Molek di sini.


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) negeri, Superintendan E Sundra Rajan, berkata pada Oktober tahun lalu, mangsa yang berusia 55 tahun dan tinggal di Jementah, Segamat, berminat memajak kebun durian seluas 2.3 hektar di Mukim Tiang Dua yang ditawarkan suspek menerusi media sosial.

Katanya, mangsa yang datang ke Melaka berjumpa suspek dan dibawa ke kebun berkenaan.

"Selepas berbincang, mangsa bersetuju memajak tanah itu selama lima tahun dengan nilai pajakan RM150,000. Mangsa bersama suspek turut pergi ke pejabat Pesuruhjaya Sumpah di Jalan Panjang untuk menandatangani surat perjanjian dengan membuat bayaran tunai RM150,000.

"Namun, pada Selasa lalu, abang mangsa yang tinggal di Melaka memaklumkan tanah kebun berkenaan bukan kepunyaan suspek, sebaliknya milik orang lain. Menyedari ditipu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Bandar Hilir, semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana kesalahan menipu," katanya.

Susulan itu, Sundra berkata, bagi mengelak perkara seumpama itu berlaku, polis menasihati orang ramai sentiasa berhati -hati dengan tawaran pajakan tanah diiklankan di media sosial.

Katanya, orang ramai juga perlu membuat semakan nombor telefon yang meragukan di laman web http://ccid.rmp.gov.my/semakmule/ atau dengan memuat turun aplikasi "Check Scammer CCID" di Google Play Store untuk mengelak diri menjadi mangsa penipuan.

Penganut Kristian Sabah, Sarawak boleh guna kalimah Allah

 Selain ‘Allah’, penganut agama Kristian di negeri terbabit juga boleh menggunakan perkataan ‘Kaabah’, ‘Baitullah’ dan ‘solat’ dalam ajaran mereka.


Hakim Datuk Nor Bee Abdullah yang kini Hakim Mahkamah Rayuan memutuskan demikian dalam semakan kehakiman seorang wanita Melanau dari Sarawak, Jill Ireland
selepas mendapati notis larangan oleh Kementerian Dalam Negeri tidak sah dan terbatal.

Jill memfailkan semakan kehakiman pada 2008 memfailkan semakan kehakiman untuk menuntut semula lapan cakera padat mengandungi kalimah Allah dan relif hak perlembagaannya untuk mengamalkan agamanya dilanggar dengan menyekat atau melarang pengimportan bahan pendidikan.

Pada 2014, Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan Jill dan memerintahkan agar kesemua lapan cakera padat itu dipulangkan namun tidak membuat sebarang penghakiman mengenai relif-relif lain yang dimohon. -UTUSAN ONLINE

KERAJAAN PERTAMA DI MUKA BUMI

 KERAJAAN PERTAMA DI MUKA BUMI


Qabil setelah membunuh Habil telah melarikan diri ke Yaman bersama saudara kembarnya yg bernama Iqlima (sejarah menyebut Luluwa). Hasil perkongsian hidup, Qabil mendapat beberapa org anak lelaki bernama Akhnukh, Lamak, Atun, Ulaf, Tsaubal, Lezef dan Fuzab sementara yg perempuan bernama Seta, Awan (Asuana) dan Mahat.

Setelah Qabil mendapat anak pertama bernama Akhnukh, dia telah mendirikan sebuah kota yg diberi nama Kota Akhnukh sempena nama anaknya itu. Setelah meningkat dewasa, Akhnukh telah bernikah dgn dua org wanita bernama Niba binti Sam bin Adam dan seorg dr puak Nephilin.

Dari pernikahan dgn Niba, lahirlah anak bernama Irad (Erad), Qu'ith, Maddaf, Mu-lilith Nithotep dan Inanna-Heqete. Akhnukh juga telah menubuhkan sebuah kerajaan bernama Kerajaan Uruk dan menjadi raja pertamanya.

Irad mempunyai anak bernama Mahuyail yg merupakan org pertama yg membina dan memerintah Kota Eridu di Mesopotamia Kuno.

Mahuyail mempunyai anak bernama Lamak di mana menurut catatan sejarah, dia menjadi raja bagi Kerajaan Ur dgn gelaran Raja Akalem-Dug.

Lamak memepunyai anak bernama Tubal-cain yg menjadi raja Kerajaan Ur dgn gelaran Raja Mes-kalam-dug.

Kemudian Qabil juga telah membina sebuah kerajaan yg diberi nama Kerajaan Kish dan melantik dirinya sebagai raja yg pertama. Pada masa yg sama Qabil telah membina beberapa buah kota di antaranya bernama Kota Maole, Kota Shurrapak, Kota Nippur, Kota Bad Tibira, Kota Leed, Kota Gezeh, Kota Yeshbah, Kota Qeled dan Kota Yebab.

Anak Qabil yg bernama Lamak merupakan seorg yg buta dan dia mempunyai anak bernama Atun dan Genun.

Anak Qabil yg bernama Atun merupakan seorg lelaki yg gagah dan berani. Semenjak kecil, Atun dikatakan suka menggembala biri2 sehinggalah saat dia meningkat dewasa, dia dilantik menjadi raja bagi Kerajaan Kish menggantikan bapanya, Qabil.

Untuk melengkapkan dirinya sbg pemerintah, Atun telah mengahwini adiknya yg bernama Awan (Asuana) serta merekrut puak2 Nephilin menjadi tenteranya. Dari pernikahan tersebut, Atun mendpt anak bernama Balih yg kemudian menjadi raja Kerajaanq Kish. Di dalam pemerintahan Atun, dia pernah berperang dgn keturunan Nabi Syith a.s.

Menurut catatan sejarah, Balih mempunyai anak bernama Enmen-nunna yg kemudiannya menjadi bapa kepada Melam-Kish. Dari Melam-Kish lahirlah seorg anak bernama Bar-sal-nunna dan dari Bar-sal-nunna lahirlah Tiskar. Dari Tiskar lahirlah anak bernama Iku yg menjadi bapa kpd Ilta-sadum dan datuk kepada En-mabaragesi.

Raja En-mabaragrsi mempunyai anak bernama Aka. Kesemua merekaw dari Raja Atun hingga ke Raja Aka merupakan pemerintah Kerajaan Kish. Pertumbuhan dan perkembangan negara duniawi nampak dgn jelas dlm garis keturunan Qabil.

Dua reka bentuk cop mohor milik Sultan Ibrahim Shah Selangor




Dua reka bentuk cop mohor milik Sultan Ibrahim Shah Selangor.

Sebelah kiri dikatakan cop mohor Sultan Ibrahim Shah sebelum menjadi Sultan bertarikh 1177 Hijrah dan bertulis Raja Selangor Badaruddin. Kemungkinan Sultan Ibrahim ketika menjawat jawatan Raja Muda Selangor menggelarkan dirinya Badaruddin.

Sebelah kanan adalah cop mohor Sultan Ibrahim Shah yang bertulis Al Mutawakkil bi Al- Malik Al-Haq Al-Mubin al Sultan Ibrahim Huwa Ajdar Al-Muwarithin Ibn Almarhum al Sultan Salehuddin sanah 1196 Hijrah.
.

 

Rumah PPAM Ketumbar

 



Kalau ikut dari info awal dijangka siap pada tahun 2019,dan mendapat kunci pada tahun 2020,

Tapi sekarang dah 2021,dijangka akan mendapat kunci pada pertengahan tahun 2021..