Ibu yang bakal melahirkan perlu meyiapkan diri dengan pelbagai ilmu berkaitan bayi.
Sebenarnya masih ramai kuranh tahu kalau bayi baru lahir juga berkemungkinan untuk tumbuh gigi. Kejadian ini dipanggil sebagai 'neonatal teeth' dan pertumbuhannya boleh jadi dalam dua situasi sama ada kuat atau longgar.
Menurut Dr Izaza yang juga pakar pergigian, gigi susu bayi sebenarnya mula terbentuk sejak dalam rahim lagi iaitu sekitar enam hingga lapan minggu.
Jika gigi yang tumbuh longgar pada hari bayi berkenaan lahir, ia perlu dicabut bagi mengelak daripada tertelan. Tetapi, jika gigi itu kuat, boleh saja dibiarkan sekiranya tidak mengganggu ketika menyusu.
Menerusi perkongsian di TikTok, @ricis teruja merakam seorang bayi baru lahir yang dikatakannya ajaib kerana dua batang gigi bahagian bawahnya sudah tumbuh.
Menjengah ruangan komen, ramai terkejut dengan perkongsian itu selain menggambarkan rasa ngeri sekiranya tergigit ketika menyusu.
No comments:
Post a Comment