Ada Perbezaan Tak Kepekatan Susu Ibu?

 Ramai mengetahui susu ibu lebih berkhasiat berbanding susu formula. Malah, Ketua Jururawat Hospital KPJ, Yogeswary Arumugam mengatakan, pakar bahagian kanak-kanak memang menggalakkan si ibu memberi susu badan kepada bayi terutama pada lima hari pertama selepas bersalin.


“Kami memang menggalakkan si ibu memberi anak mereka susu walaupun setitis kerana banyak kandungan berkhasiat. Lebih-lebih lagi jika si kecil mempunyai masalah kesihatan, lagi kami menggalakkan memberi susu ibu,” jelasnya ketika berbincang di Kool Talk.





Manakala, bagi ibu pertama kali yang menyusu dan merasakan susu tidak keluar pada awal kelahiran bayi sebenarnya susu mereka keluar cuma mereka tidak perasan.

“Pada lima hari pertama, kandungan kolestrol dalam susu ibu sangat pekat sekaligus menyukarkan susu untuk keluar dari lubang puting dan perlu mengambil masa. Jadi, pegang bayi dalam cara yang betul supaya mereka boleh menghisap dengan betul,” terangnya.

Beliau turut menerangkan perbezaan kepekatan susu ibu. Menurutnya, pekat atau cair susu ibu sebenarnya tiada beza kerana kandungan susu ibu sama saja berkhasiat cuma beza keadaan tekstur susu ibu.

No comments:

Post a Comment