Kerjaya saya memerlukan saya membaca sangat banyak dokumen. Saya mengaplikasikan teknik speed reading, sejak di zaman sekolah lagi. Teknik speed reading yang saya amalkan:
1. Jangan sebut perkataan di dalam otak. Baca sahaja.
2. Jangan ulang perkataan.
3. Baca pada fixated points dalam muka surat yang saya perlu baca, bukannya perkataan demi perkataan
Dalam gambar di atas, cara tradisional ialah baca perkataan demi perkataan. Teknik speed reading ialah dengan melangkau perkataan.
Allah telah jadikan minda kita nampak perkataan di sebelah kiri dan kanan perkataan yang kita baca. (Imam Shafi'e nampak dan hadam ayat-ayat pada muka sebelah).
Tambahan:
Tengok gambar di bawah pula
Garisan merah menegak tu sebagai rujukan. Dalam setiap baris ayat, fokuskan mata/bacaan kita pada garis merah sahaja. Automatik, perkataan kiri dan kanan akan masuk otak juga.
Contoh lain:
Saya suka makan nasi dengan sambal belacan dan petai.
Cara biasa ialah baca sebiji-sebiji perkataan. Cara speed read adalah fokus mata kita pada perkataan makan dan sambal. Automatik otak akan dapat tangkap seluruh ayat.
In sha Allah bermanfaat.
Akibat mandul, abang benar adik senggama isteri hingga lahir 2 anak
Bimbang ditertawa dirinya mandul, seorang abang merelakan untuk adiknya mengadakan hubungan terlarang bersama isterinya demi untuk menimang cahaya mata.
Isterinya kemudian berjaya melahirkan dua cahaya mata perempuan pada 2002 dan 2004 selepas melakukan beberapa percubaan melalui pelbagai aksi dan posisi yang biasa anda lihat di laman-laman tersebut.
Namun setelah beberapa tahun, dia enggan lagi untuk menerima kehadiran dua anak hasil usaha titik peluh adiknya itu dan memutuskan untuk bercerai.
Dia juga menolak untuk membayar wang sara diri bulanan kepada 'anak'nya.
Kesakitan bersalin...Lelaki hanya boleh bertahan 30 saat shj
Hanya 30 saat. Itu tempoh paling lama lelaki boleh bertahan dengan kesakitan dialami oleh wanita ketika melahirkan anak. Bayangkan betapa wanita terpaksa mengalami kesakitan itu selama berjam-jam malah ada yang berhari-hari.
Kesakitan itu dialami oleh kaum lelaki di Nanchang yang mencabar diri mereka untuk merasai pengalaman wanita bersalin melalui sebuah mesin.
Program itu diadakan sempena Hari Ibu dan ramai kaum Adam dengan sukarelanya menawarkan diri untuk merasai keperitan itu.
Mesin itu meletakkan tahap kesakitan antara 50 hingga 500, namun tidak ada yang mampu sampai hingga paras 500.
Ia berfungsi dengan mengenakan kejutan elektrik di bahagian abdomen.
Nyata kaum Adam ini tidak dapat menahan kesakitan berkenaan termasuklah seorang penyanyi Britain, Iain Inglis, 31, yang menetap di China.
“Ia amat sakit dan saya tidak boleh menerimanya,’’ katanya .
Seorang lagi lelaki. Lee Hao pula akhirnya mengetahui kenapa isterinya meminta ubat ketika bersalin.
“Saya kini tahu kenapa isteri saya meminta ubat ketika mahu bersalin. Ia amat menakjubkan bagaimana dia boleh menghadapi kesakitan ini,’’ katanya.
Firman Allah SWT: “Dan Kami telah menasihati manusia supaya berlaku baik kepada kedua-dua orang tuanya ketika mana ibunya telah mengandungkannya dalam keadaan yang teramat berat keperitannya dan (mengarahnya) untuk memutuskan penyusuan setelah (bayi) berumur 2 tahun, maka syukurlah kamu kepada-Ku dan seterusnya kepada kedua ibu bapamu dan kepada-Ku kamu akan kembali.” (Surah Luqman, ayat 14)
9 Ukuran Kehebatan Suami
RAMAI para suami yang menganggap bahawa kehebatan seorang lelaki di ranjang bergantung hanya kepada beberapa faktor. Antaranya menurut mereka adalah kekerapan mengadakan seks, kebolehan bertahan dan juga teknik yang digunakan.
Namun mereka tidak tahu bahawa kayu pengukur kepada kehebatan seks suami terletak di tangan isteri sendiri. Sekiranya suami tertanya-tanya akan prestasi dirinya dalam urusan seks, perhatikan ciri-ciri berikut. Jika pasangan anda memenuhi satu saja dari ciri tersebut, tidak ragu lagi untuk menyatakan pada dirinya dialah jaguh sejati!
1 - Setia pada isteri
Suami yang hebat tidak akan memilih untuk ‘makan luar’ kerana setia pada isterinya. Dia akan memberikan perasaan selamat pada isteri bahawa dia tidak akan menduakannya. Sikap jujur tersebut akan membuatkan kepercayaan pada suami meningkat dan secara tidak langsung hubungan seksual dengan suami juga akan semakin intim dan sihat. Sikap setia ini juga akan mengelakkan isteri dari dijangkiti penyakit seksual yang berbahaya. Inilah jaguh yang menyelamatkan hidup anda.
2 - Tahu apa yang isteri mahu
Suami yang dikatakan hebat pastinya akan tahu apa yang dimahukan oleh isteri mereka. Mereka tahu bahagian mana yang ingin disentuh, berapa lama aksi pemanasan yang dimahukan dan juga posisi kesukaan isteri mereka.
3 - Bertanggungjawab untuk selamat
Ramai wanita yang terpaksa ‘berkorban’ sendirian menggunakan alat kontraseptif dan menanggung kesan wajah berjerawat, hormon tidak teratur dan sebagainya kerana suami enggan menggunakan kondom.
Tapi jika suami menganggap kehamilan adalah tanggungjawab bersama, seorang suami yang hebat pasti sanggup berkorban untuk isterinya. Selain mencegah kehamilan, kondom juga mampu mencegah penyakit seksual.
4 - Asli
Bukan hanya wanita saja yang berasa kurang yakin dengan ukuran payu daranya, lelaki juga turut merasai perkara yang sama terhadap ukuran alat sulit mereka. Namun suami yang hebat tidak akan terpengaruh dengan isu kecil atau besar. Dia tetap akan bangga dengan bahagian tubuh yang diciptakan untuknya.
Sang jaguh tidak akan mengubah ukuran S menjadi XL, sebaliknya akan berusaha menguasai posisi yang mampu membuatkan pasangannya puas tanpa mengira besar atau kecil ukuran alat sulitnya.
5 - Bersih
Suami sanggup membuang sikap lamanya yang kurang mementingkan kebersihan hanya untuk keselesaan sang isteri. Kalau dulu suami sanggup memakai seluar dalam yang sama selama tiga hari, kini dia sanggup berubah.
Tubuh dan rambutnya kemas, nafasnya harum pasti akan membuatkan isteri sanggup berlama-lamaan bersama suami. Tunjukkan penghargaan dan terima kasih atau usahanya untuk berubah.
6 - Belaian berterusan
Ramai para suami yang memilih untuk terus tidur setelah selesai hubungan intim bersama isteri. Isteri ditinggalkan termangu-mangu sendirian saat suami lena dibuai mimpi. Tapi jika selesai bersama, sami memilih untuk berehat dengan membiarkan diri anda dalam pelukannya sambil menghadiahkan ciuman tanpa berkata-kata, maka inilah bukti perhatian dan cinta sang suami.
7 - Hanya untuk anda
Bahasa tubuh tidak akan berbohong. Jika dia kelihatan selesa dan tenang bersama dengan anda sewaktu hubungan intim, terbukti bahawa fikiran dan cintanya hanta untuk anda. Selain itu, dia juga tidak berusaha membuktikan kehebatannya dengan menggunakan jamu kuat atau Viagra. Suami percaya pada kemampuan diri sendiri dan berjaya membuktikan pada anda, dia memang yang terbaik.
8 - Memahami dan tidak memaksa
Saling memahami adalah salah satu kunci untuk mendapatkan kenikmatan dan kepuasan seks. Tanpa ada keinginan untuk saling menghargai, hubungan yang berlangsung tidak akan bertahan lama.
Suami yang hebat tidak akan memaksa isteri melakukan posisi atau perkara yang tidak dimahukan oleh isteri melainkan dengan kerelaannya sendiri. Selain itu, suami yang dikatakan hero akan memahami jika heroinnya menolak untuk melakukan hubungan intim kerana terlalu penat.
9 - Yang tidak dijangka
Dia bukan saja tahu apa yang dimahukan oleh isteri tapi juga selalu melakukan perkara-perkara yang tidak dijangka isteri. Ciuman romantis sewaktu pulang dari kerja, hadiah jambangan bunga meskipun nampak ringkas namun cukup membuat isteri jatuh cinta buat kali kedua pada sang suami dan juga membakar ghairahnya.
Sejarah Plat Kenderaan Di Malaysia
ASAL USUL NOMBOR PLAT KENDERAAN DI NEGARA MALAYSIA
Sejarah pendaftaran kenderaan bermula selepas British datang ke Tanah Melayu menjelang Perang Dunia Pertama. Pemberian nombor plat A B C D dan lain-lain ditentukan berdasarkan kemampuan penduduk di sesebuah negeri untuk memiliki kenderaan.
Kenapa plat Perak bermula dengan A ?
Plat kenderaan di Perak bermula dengan huruf A kerana ketika itu, penduduk Perak merupakan orang pertama yang mampu untuk memakai kereta dan Perak juga mencatatkan jumlah pemilikan kenderaan paling tinggi ketika itu. Ketika itu, Perak lebih maju berbanding negeri-negeri lain kerana adanya bijih timah.
Kebanyakannya kereta yang dipakai di negeri ini bukanlah dari penduduk tanah melayu itu sendiri tetapi dipakai oleh pemerintah British bertugas di Perak.
Pada tahun 1914, jalan raya dibina menghubungkan ke Kinta membuatkan penggunaan kereta semakin meluas.
Berdasarkan penentuan sebegitu maka dapat dikatakan bahawa negeri kedua yang memiliki kereta ialah Selangor (Plat B) di ikuti oleh Pahang (Plat C) dan Kelantan (Plat D).Penentuan plat kenderaan selepas itu kemudiannya diubah berdasarkan huruf permulaan sesebuah negeri.
Plat lesen kenderaan di Malaysia bermula dengan huruf tertentu mengikut negeri/fungsi.
Permulaan Huruf Pendaftaran Kenderaan Mengikut Negeri :
A = Negeri Perak
B = Selangor
C = Pahang
D = Kelantan
E = Sabah-Sebelum tahun 1980-an
EJ: Jesselton (Sekarang Kota Kinabalu sejak 1968)
ES: Sandakan
ET: Tawau
ED: Lahad Datu
EU: Keningau
EK: Kudat
EL: Labuan
F = -tiada-
G = -tiada-
H = Teksi
I = -tiada-
J = Johor
K = Kedah
KV = Langkawi
L = Labuan
M = Melaka
N = Negeri Sembilan
O = -tiada-
P = Pulau Pinang
Q = Sarawak
QA dan QK: Kuching
QB: Sri Aman
QC: Samarahan
QL: Limbang
QM: Miri
QP: Kapit
QR: Sarikei
QS: Sibu
QT: Bintulu
R = Perlis
S = Sabah, dulu E
SA: Kota Kinabalu
SB: Beaufort
SD: Lahad Datu
SK: Kudat
SS: Sandakan
ST: Tawau
SU: Keningau
T = Terengganu
U = -tiada-
V = -tiada-
W = Kuala Lumpur
X = -tiada-
Y = -tiada-
Z = Tentera
Z: Pemerintah Tertinggi Tentera Malaysia
ZA ke ZD: Tentera
ZL: Tentera Laut Malaysia
ZU: Tentera Udara Malaysia
ZZ: Kegunaan staf Kementerian Pertahanan Malaysia
JMF: Askar Timbalan Setia Negeri Johor
Sejarah pendaftaran kenderaan bermula selepas British datang ke Tanah Melayu menjelang Perang Dunia Pertama. Pemberian nombor plat A B C D dan lain-lain ditentukan berdasarkan kemampuan penduduk di sesebuah negeri untuk memiliki kenderaan.
Kenapa plat Perak bermula dengan A ?
Plat kenderaan di Perak bermula dengan huruf A kerana ketika itu, penduduk Perak merupakan orang pertama yang mampu untuk memakai kereta dan Perak juga mencatatkan jumlah pemilikan kenderaan paling tinggi ketika itu. Ketika itu, Perak lebih maju berbanding negeri-negeri lain kerana adanya bijih timah.
Kebanyakannya kereta yang dipakai di negeri ini bukanlah dari penduduk tanah melayu itu sendiri tetapi dipakai oleh pemerintah British bertugas di Perak.
Pada tahun 1914, jalan raya dibina menghubungkan ke Kinta membuatkan penggunaan kereta semakin meluas.
Berdasarkan penentuan sebegitu maka dapat dikatakan bahawa negeri kedua yang memiliki kereta ialah Selangor (Plat B) di ikuti oleh Pahang (Plat C) dan Kelantan (Plat D).Penentuan plat kenderaan selepas itu kemudiannya diubah berdasarkan huruf permulaan sesebuah negeri.
Plat lesen kenderaan di Malaysia bermula dengan huruf tertentu mengikut negeri/fungsi.
Permulaan Huruf Pendaftaran Kenderaan Mengikut Negeri :
A = Negeri Perak
B = Selangor
C = Pahang
D = Kelantan
E = Sabah-Sebelum tahun 1980-an
EJ: Jesselton (Sekarang Kota Kinabalu sejak 1968)
ES: Sandakan
ET: Tawau
ED: Lahad Datu
EU: Keningau
EK: Kudat
EL: Labuan
F = -tiada-
G = -tiada-
H = Teksi
I = -tiada-
J = Johor
K = Kedah
KV = Langkawi
L = Labuan
M = Melaka
N = Negeri Sembilan
O = -tiada-
P = Pulau Pinang
Q = Sarawak
QA dan QK: Kuching
QB: Sri Aman
QC: Samarahan
QL: Limbang
QM: Miri
QP: Kapit
QR: Sarikei
QS: Sibu
QT: Bintulu
R = Perlis
S = Sabah, dulu E
SA: Kota Kinabalu
SB: Beaufort
SD: Lahad Datu
SK: Kudat
SS: Sandakan
ST: Tawau
SU: Keningau
T = Terengganu
U = -tiada-
V = -tiada-
W = Kuala Lumpur
X = -tiada-
Y = -tiada-
Z = Tentera
Z: Pemerintah Tertinggi Tentera Malaysia
ZA ke ZD: Tentera
ZL: Tentera Laut Malaysia
ZU: Tentera Udara Malaysia
ZZ: Kegunaan staf Kementerian Pertahanan Malaysia
JMF: Askar Timbalan Setia Negeri Johor
Subscribe to:
Posts (Atom)
