Kesakitan bersalin...Lelaki hanya boleh bertahan 30 saat shj



Hanya 30 saat. Itu tempoh paling lama lelaki boleh bertahan dengan kesakitan dialami oleh wanita ketika melahirkan anak. Bayangkan betapa wanita terpaksa mengalami kesakitan itu selama berjam-jam malah ada yang berhari-hari.

Kesakitan itu dialami oleh kaum lelaki di Nanchang yang mencabar diri mereka untuk merasai pengalaman wanita bersalin melalui sebuah mesin.

Program itu diadakan sempena Hari Ibu dan ramai kaum Adam dengan sukarelanya menawarkan diri untuk merasai keperitan itu.

Mesin itu meletakkan tahap kesakitan antara 50 hingga 500, namun tidak ada yang mampu sampai hingga paras 500.

Ia berfungsi dengan mengenakan kejutan elektrik di bahagian abdomen.

Nyata kaum Adam ini tidak dapat menahan kesakitan berkenaan termasuklah seorang penyanyi Britain, Iain Inglis, 31, yang menetap di China.

“Ia amat sakit dan saya tidak boleh menerimanya,’’ katanya .

Seorang lagi lelaki. Lee Hao pula akhirnya mengetahui kenapa isterinya meminta ubat ketika bersalin.

“Saya kini tahu kenapa isteri saya meminta ubat ketika mahu bersalin. Ia amat menakjubkan bagaimana dia boleh menghadapi kesakitan ini,’’ katanya.


Firman Allah SWT: “Dan Kami telah menasihati manusia supaya berlaku baik kepada kedua-dua orang tuanya ketika mana ibunya telah mengandungkannya dalam keadaan yang teramat berat keperitannya dan (mengarahnya) untuk memutuskan penyusuan setelah (bayi) berumur 2 tahun, maka syukurlah kamu kepada-Ku dan seterusnya kepada kedua ibu bapamu dan kepada-Ku kamu akan kembali.” (Surah Luqman, ayat 14)

1 comment: