Di sini Saya tidak mahu menceritakan kelebihan dan kekurangan secara terperinci penggunaan rokok elektronik (elektrik) ini. Dan juga kami juga tidak berkongsi tutorial bagaimana menggunakan rokok elektronik (elektrik) di Malaysia ini. Cuma kami terpanggil di sini untuk menulis laporan mengenai dasar terbaru pihak kerajaan melalui Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) termasuk juga (DI SINI) dan juga sikap tidak mahu berterus-terang kepada rakyat di atas tindakan terbarunya ini……
.
Jual Rokok Elektronik (Eleketrik) @ E Rokok di Malaysia Haram!
BENTONG – Penjualan rokok e-elektronik bukan sahaja salah di sisi undang-undang, malah pengguna produk itu turut terdedah kepada pelbagai penyakit kronik. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, penjualan bahan dan produk itu adalah salah mengikut Akta Racun 1952 dan Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.“Mereka yang didapati bersalah menjual dan mengedar produk itu dan cecair nikoton untuk kegunaan rokok elektronik @ rokok elektrik boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-dua sekali,” katanya. [Sumber : Bernama]
Nampaknya kerajaan sedang cuba untuk
mengambil tindakan supaya penghisap rokok elektronik berbalik kepada
tembakau berjenama. Cuma kami tertanya-tanya rokok elektrinik tidak
dibenarkan jual di Malaysia disebabkan kemudaratannya. Tetapi rokok
tembakau masih lagi dibenarkan seperti ini? Adakah rokok tembakau tidak
mudarat kepada penggunanya? Atau…..
Adakah benar Kementerian Kesihatan malaysia (KKM) prihatin mengenai isu kesihatan rakyat malaysia atau yang sebenarnya berlakunya kemerosotan pungutan 300% cukai rokok disebabkan e rokok ini tidak dikenakan cukai rokok?
Agaknya bilakah Kementerian Kesihatan Malaysia akan mengatakan rokok elektronik ini selamat dan tidak haram di Malaysia? Adakah mungkin selepas British American Tobacco mengeluarkan e rokok mereka sendiri seperti laporan kenyataan British American Tobacco di bawah ini, pada masa itulah barulah mengatakan KKM rokok elektronik (elektrik) ini selamat, halal dijual?
Sumber : Britisih American TobaccoAdakah selepas rokok elektronik memerlukannya membayar cukai kepada kerajaan, barulah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan mengkaji balik dasar yang sekarang ini?
OK. Jadi di mana bahayanya?
- Berdasarkan apa yang kami perhatikan dan semakan yang telah kami lakukan, e rokok (rokok elektrik) sekarang bukan seperti jenis yang sebelum ini. Rokok elektronik sekarang menggunakan e-liquid atau e-juice. Dan ianya langsung tiada bahan-bahan seperti rokok biasa yang ada macam-macam bahan kimia, racun, nikotin yang berlebihan, tar dan sebagainya.
- e-liquid ini senang mahu difahami ialah bahan yang digunakan cuma GLYCERIN + PERASA (buah, kopi, coklat, vanilla, etc)
- GLYCERIN ini untuk pengetahuan anda semua juga digunakan dalam makanan untuk bagi kesan lembap. Bahan ini anda biasa makan sama ada sumber vegetable atau sintetik secara sedar atau tidak sedar.
- PERASA itu pun “concentrated flavor” yang biasa anda gunakan dalam makanan.
Jadi di mana bahayanya?
- Bahayanya terdapat di campuran kimia NIKOTINE (Nic). Dalam e-liquid ni dicampurkan Nic dalam kuantiti yang amat sedikit antara 6mg ke 50mg bergantung sebenarnya kepada tabiat perokok itu sendiri.
- Kepekatan Nic dalam e-liquid ini biasa perokok e rokok atau dalam industri ini digelar “Vapor” biasanya akan mula dengan tinggi kemudian semakin lama semakin berkurang sehingga yang akhirnya akan guna e-liquid yang ada hanya 0mg sahaja Nic. Maksudnya di sini, Vapor ini sudah tiada ketagihan Nic.
- Sama seperti perokok yang mahu berhenti rokok makan ubat Niquiton itu.
- Rokok elektronik atau rokok elektrik ini konsepnya seperti menghisap shisha yang pak arab hisap dalam botol isi air itu. Tetapi shisha pun bahaya
- Sebelum ini ada artikel daripada doktor kesihatan, e rokok ini adalah alternatif yang lebih baik dan selamat untuk perokok. Contohnya tar di peparu mereka semakin berkurang apabila membuat x ray.
- Malangnya “disebabkan tekanan pihak tertentu” doktor tersebut telah menukar kenyataannya
- Rokok elektronik ini masih lagi ada asapnya tetapi berasaskan wap air, wap sejuk dan tak mengandungi tar, racun-racun terlarang dan pembakaran terbuka seperti rokok-rokok tembakau. Ibarat anda melalui kawasan berkabus. Ada kesan atau tidak? adalam kabus tuh… ada effect tak…
Video Rokok Elektronik (Elektrik @ E Rokok. Apa Kata Pakar?
Laporan Berita TV9 pernah mengeluarkan laporan khas mengenai penggunaan rokok elektronik (elektrik) di Malaysia yang boleh anda tonton videonya seperti di bawah ini :
Saya bukanlah mahu mempromosikan supaya
perokok beralih arah kepada rokok elektronik. Tetapi bercakaplah yang
benar untuk sesuatu perkara. Semestinya berhenti merokok adalah yang
terbaik untuk kesihatan diri. Tetapi itu semua kami pulangkan semula
kepada kalangan pembaca Berita semasa yang merokok untuk membuat
keputusan yang terbaik untuk kesihatan diri sendiri.
P/S : Apa kata anda pula mengenai tindakan kerajaan yang mahu mengharamkan penjualan rokok elektronik (elektrik) di Malaysia?
No comments:
Post a Comment