Setahun sebelum emak berkahwin, atuk ajak berpindah ke daerah B.
Kerana kecewa saudara mara tidak mempedulikan anak-anak atuk yg tak beribu.
Sebelum berpindah, atuk tak mahu membawa orang dia.
"Kau tinggal sini, jaga rumah ni!" arah atuk.
Rumah tu sudah dijual kepada seorg org kampung.
Beberapa kali rumah itu berganti tuan.
Orang kampung mula bercerita, ada yang 'ditinggalkan' di rumah itu.
Cuma sejak beberapa tahun yang lalu,
Ada satu keluarga yg kekal duduk di rumah tu.
Dan semasa kami melawat atuk di daerah B,
Atuk katakan pada emak,
"ada org ke duduk rumah lama pak tu?"
Emak mengiyakan.
"pak tinggal 'orang' kat situ, dia dah datang cari pak kat sini" kata atuk.
Aku cuma nak tergelak mendengar,
Sebab atuk berkata dalam nada seperti mengadu.
Dan masa tu aku tak paham sangat pasal benda-benda ni.
Kisah 8 : ditindih.
Ini kisah aku. Tidak menyeramkan, Cuma menjadi tanda tanya.
Malam tu aku dan keluarga tidur di rumah atuk.
Selalu nya mak-mak sedara aku akan berkumpul sekali.
Tapi kerana rumah masing-masing dekat, malas nak tidur rumah atuk.
Aku memang dah tak sedap hati dr awal.
Sebab masa tu aku tengah kemuncak di hantui mimpi menakutkan,
Dan selalu ditindih.
Aku agak, ‘mesti malam ni aku kena’
Aku, emak dan abah tidur di ruang tamu.
Abah memang dah sedap berdengkur.
Dan aku perhatikan emak pun susah nak tidur.
Sayup-sayup aku dengar lolongan anjing.
“awuuuuuuuuuuuuuuuuuu” mendayu dayu.
Aku memang dah gabra.
‘habis lah aku habislahhh!’ terdetik di hati aku.
Dalam antara sedar tak sedar, tiba-tiba aku rasa sesak.
Memang masa tu aku dah tahu,
Memang aku dah terkena.
Aku ditindih. Aku tak boleh bergerak.
Aku pandang emak aku untuk meminta tolong.
Aku cuba menggerakkan jari.
Yang aku pelik, bila aku pandang emak aku..
Bukan emak yg aku nampak.
Seakan akan ada sesuatu di antara aku dan emak.
Aku cuba fokus, ‘siapa tu?’
Seperti ada bayangan yg baring antara aku dengan emak.
Yg menakutkan bayangan ni menampakkan wajahnya.
Wajahnya biasa, Cuma dia tersenyum penuh seram pd aku.
Aku cuba melepaskan diri dari ditindih.
Dah berulang-ulang kali aku membaca ayat kursi dalam hati,
Baru lah aku lepas.
Yang aku pelik, semasa aku ditindih tu..
Aku dengar suara atuk aku membaca Al-Quran.
Jelas aku dengar.
Memang lama jugak aku serik nak tidur rumah atuk.
Padahal sebelum tu elok je aku tidur situ.
Kisah 9 : Kakak tu garu adik!
Aku ada adik sedara, yani.
Yani baru 2 tahun lebih tapi petah berkata-kata.
Yani ni anak mak sedara aku, aku gelar “cik tam”
Yani mmg tak boleh tidur rumah atuk.
Asyik menangis malam-malam.
Suatu malam, atuk buat kenduri.
Cik tam mahu bermalam di rumah atuk,
Banyak barang belum berkemas katanya.
Nak tak nak Yani kena lah tidur rumah atuk.
Seperti biasa, Yani terjaga di tengah malam dan menangis.
Meraung raung.
Cik tam dah kelam kabut.
“kenapa adik menangis?”
“uuuuuuu akit! Kakak tu garu belakang adik!”
Cik tam melihat belakang Yani bercalar balar.
Dicakarnya belakang badan Yani.
Bila ditanya Yani, sama ada dia nampak rupa ‘kakak’ tu..
“kakak tu buruk! Heee. Dia garu adik”
p/s: mak Yani ni (cik tam) mmg pernah diganggu masa bujang. nnt aku cerita.
Kisah 10 : Dia goncang van pulak!
Masa ni aku sekolah lagi.
Tak ingat dah menengah, atau masih rendah.
Atuk buat kenduri, mak sedara aku kawen.
Macam biasalah bila kenduri,
Penuh rumah dengan anak beranak bercucu bercicit.
Anak atuk pun berbelas-belas.
Cucu berpuluh puluh.
Nak tidur dalam rumah memang tak muat.
Dengan barang pengantin, pelamin lagi.
Nak taknak pak sedara aku ajak ayah aku tidur dalam van dia.
Van dia ni letak bawah pohon merimbun depan rumah atuk.
Yg ayah aku ni, kalau tidur mmg susah nak sedar.
Bila subuh tu ayah aku tersedar,
Pak sedara aku dah takde kat sebelah.
Ayah aku pelik lah
Takkan ayah sedara aku bangun awal betul?
Bila ditanya pak sedara aku,
"Abang (ayah aku) tidur nyenyak sangat malam td.
Saya kejut abang tak sedar.
Benda tu goyang van saya.
Berdentum dia lompat, goyang kan van.
Punya kuat, tapi abang tak sedar pun.
Bila dah senyap, saya kejut abang lagi.
Bila abang tak sedar jugak,
Saya lari masuk rumah jela."
Lepas tu memang ayah aku tak berani tidur dalam kereta dah.
Walau bukan dia yang terkena.
Kisah 11 : Kisah cik tam (mak yani)
Layan korang ni mmg tak tertulis cerita lah aku.
Masa cik tam bujang dan masih belajar.
Cik tam ni anak pertama atuk yg belajar jauh.
Yg lain-lain kawen muda.
Aku sendiri ikut hantar cik tam belajar dulu.
Jauh nun di pantai timur. (bukan ganu, bukan pahang)
Atuk risau.
Anak dara dia, jauh pulak tu belajar.
Atuk ikut masa cik tam mendaftar.
Bermulalah hidup baru cik tam sebagai pelajar.
Tapi cik tam pelik,
Ada masanya cik tam seperti ternampak atuk.
Pergi kelas nampak atuk pergi library nampak atuk.
Cik tam fikir, "aku rindu pak sangat ke ni?"
Sampai semester 3/4 cik tam tiba-tiba sakit.
Asyik lemah badan, asyik demam.
Kawan-kawan dorg nampak muka cik tam mcm nenek tua.
Cik tam pelik, sampai kan terpaksa berehat satu semester.
Cik tam balik kampung, berubat cara kampung.
(yg ni aku nak gelak sbb cik tam berubat dgn org lain, bukan dengan atuk)
Orang yg nak tolong ubatkan cik tam namanya Pak Mus.
Pak Mus kata, "kau ni tam, sebelah kiri yg pak kau punya, sebelah kanan hantu raya"
Datang mana hantu raya ni? Dari jiran selang 3 4 rumah atuk.
Mak cik tu dah tak boleh bangun dari tempat permbaringan lagi dah.
Jd belaan dia ni merayau, suka kan cik tam. Mahu cik tam jaga dia.
Dengan keadaan cik tam yg lemah, lagi lah dia suka.
Teruk keadaan cik tam masa ni.
Kurus kering aku tengok.
Sepupu-sepupu yg tggal dengan atuk tak berani nak teman cik tam tidur.
Sebab tingkap, dinding rumah kayu atuk asyik dicakar malam-malam.
Kalau tak bercakar, dia main lari-lari atas atap zink.
Bunyi pasir ditabur lah.
Atuk pun tak terbuat apa-apa.
Yg paling menakutkan bila semua orang takde dirumah,
Cuma cik tam dirumah. Siang hari buta pulak tu.
Cik tam tengah menyapu di laman (tepi rumah)
"tam...tam....."
Ada yg memanggil dari depan rumah.
Bila cik tam toleh, mak cik yang membela hantu raya tu terpacak kat situ.
Tersenyum.
Lintang pukang lah cik tam masuk rumah.
Sebab dia tahu tu bukan mak cik tu.
Mak cik tu mana boleh bangun dah!
Apatah lagi tercegat depan rumah sorang-sorang.
Lepas lama berubat barulah cik tam sihat sedia kala.
No comments:
Post a Comment