Bagi yang tak tahu pasal wiring Elektrik





kalau rumah baru siap tak ada masalah bagi penggunaan wire semasa wiring,
tapi bagi sesiapa yang buat ubah suai rumah. kebanyakkan akan mengambil indon yang buat renovation rumah anda, sebab mereka agak murah.
Betulkah?

Daripada pengalaman saya.
kebanyakkan customer panggil saya untuk untuk mencari masalah yang electrical di rumah mereka.
selepas bertanya sedikit sebanyak, selalunya owner akan bagi pada indo buat rumah itu juga untuk buat wiring, sebab owner rasa mudah tak perlu nak berurusan dengan banyak pihak.

tahukah anda warga indonesia tidak bertauliah untuk membuat wiring di malaysia. tanyalah sijil apa yang diorang ada.
selalunya diorang akan menyambung point dari point yang berdekatan.
ini agak merbahaya bagi owner apabila menggunakan socket secara serentak.

tahukah anda wiring setiap socket menggunakan wire 2.5mm,
penggunaan socket untuk penggunaan macam tv, astro unify boleh letak 4-6 socket, bagi 20A MCB.

kalau tuan inging menggunakan bagi penggunaan socket di bahagian dapur,
saya galakan tuan hangya meletakkan 2socket sahaja bagi setiap 20A MCB.
ini disebabkan penggunaan socket di bahagian dapur adalah barang yang menggunakan Amp yang tinggi.

penggunaan MCB 6Amp,9Amp dan wire 1.5mm adalah untuk lampu, boleh letak 5-8 lampu kalimantan setiap MCB,
bahagian lampu selalu tiada masalah.

tuan2 dan puan2, silalah ambil electrical yang bertauliah, dan menggunakan sais wire yang betul untuk memastikan tuan dan puan selamat berada di rumah.

ada banyak lagi nak karang, nanti ada masa saya sambung lagi.

No comments:

Post a Comment