menjadikan malaysia sebuah negara islam..?





benarkah org2 melayu islam dimalaysia ini mahu menjadikan malaysia ini sebuah negara islam dan apakah org melayu benar2 paham apa itu negara islam..??

disini saya keluarkan pendapat saya dan apa yg saya paham apa itu negara islam, secara ringkas dan mudah faham "islam itu indah, islam itu adil, islam itu baik, islam itu menjaga hak org islam dan bukan islam disebabkan keadilannya, islam itu syumul" dan lain2. Apabila kita menyebut islam itu adil maka keadilan juga akan diberi pada semua baik yg islam atau yg bukan islam tanpa mengira bangsa agama dan darjat... tahukah anda apabila kita berkata sedemikian rupa maka vvip, vip, org kenamaan, bangsawan, raja2 sultan, menteri2, gang atau tak gang semua akan dilayan sama rata tanpa sebarang keistimewaan even hak istimewa org melayu pun akan hilang... inilah yg menjadi persoalan yg akan menghantui org melayu dan mereka2 yg mempunyai keistimewaan2 tertentu dimana mahukah mereka atau kita hapuskan perkara tersebut..??? bila berbicara tentang adil maka jgnlah bermimpi atau berangan utk menjadi seorang yg senget..... pastinya bila saya sentuh perkara2 tersebut mesti org melayu akan marah dan tidak berpuas hati tetapi sebaliknya bg kaum bukan melayu ini sgt adil dan bagus.... ya.. inilah pengorbanan yg org melayu akan dikenakan jika benar2 mahukan malaysia dijadikan sebuah negara islam yg benar islam... apabila ini berlaku tiada lagi negara tanah melayu... sila hadam dan fahamkan baik2 perkara yg saya nyatakan...

tapi apakah hnya org melayu shj kena korbankan hak istimewa mereka..?? org bukan islam mereka pun kena korban juga... iaitu mereka kena patuh dgn peraturan2 yg ditetapkan keatas mereka... hak org bukan islam akan dilindungi dan akan diberikan menurut islam tiada halangan utk beragama malah diwajibkan, belajar, peruntukan, perlindungan, tempat tinggal etc.. semua itu mereka akan dpt sama rata sebagaimana org islam tetapi mereka kena ikut undang islam itu yg sepatutnya... cara berpakaian, kebebasan bersosial yg terhad, arak dan judi yg terhad, aktiviti pelacuran yg tiada, diharamkan berzina etc... sebab apa..?? sebab itu semua nk menjaga keharmonian dan adab2 kita sebagai manusia... kalau mereka berbantah tnyakan kpd mereka apakah agama yg mereka anuti... apakah perbuatan2 yg mereka buat itu dibenarkan dan tertulis jelas dlm agama mereka..?? dan dari segi moral dan akhlak adakah ia baik utk peradaban manusia..??

ini adalah cth ringkas kefahaman dan penjelasan yg perlu disampaikan kpd semua jika benar2 mahu menjadikan malaysia sebuah negara islam yg benar2 islam.. diadakan perdebatan2 terbuka kpd semua baik dgn islam atau bukan islam.. perbincangan antara agama2.. dll bg kefahaman masyarakat ttg islam...

islam bukan hak milik bg org melayu tetapi ia adalah cahaya utk seluruh alam yg mana perlu disampaikan dan diajarkan kpd semua...

persoalanya adakah anda sanggup dgn pengorbanan tersebut..???

nanti dulu, sebelum berkata sanggup mampukah anda berlaku adil tanpa senget sebelah...? jgn hnya mentang2 apa yg dilhat tk kena pada btg idung (nmpak salah org) semuanya ok takde masaalah tapi bila terkena pada btg idung anda gagal utk berlaku adil.. cth mudah mcm sikap berkroni, utamakan diri sendiri atau keluarga dlm urusan tertentu walhal didpn mata dah ada yg layak... kalau anda mampu bersikap adil tnpa bias mana2 pihak hatta keluarga sendiri kesanggupan anda adalah jujur kalau tidak mampu anda hnyalah berbohong pada diri sendiri...

btw, tak perlulah nk laung2 negara islam kalau masih sygkan hak2 istimewa tu... unless perjuangan anda adalah negara melayu...

sekali lagi, ini semua adalah pendapatan aku dan anda ada hak utk menolaknya...

ps: maaflah kalau penulisan dan lenggok gaya bahasa tidak difahami tapi tak salah kalau bertanya...
__________________

seorang mukmin hatinya keras spt batu bahkan lagi keras dari itu jika imannya tercabar dan menjadi lembut spt sutera bahkan lebih dari itu jika kasih dan ihsannya teruji tetapi menjadi anjal spt getah mungkin lebih dari itu jika keadilannya dikehendaki


sumber:- http://carigold.com/portal/forums/showthread

No comments:

Post a Comment