sambungan tadi..........
.
baru dapat update cerita ni..
mak tunang iza ada cerita kenapa ain(kakak airin) tak nak duk sekali ngan diorang. dulu masa awal2 airin kawin ngan suami dia, ain dan suami memang duk skali. lepas tu diorang pindah secara tiba-tiba . ada 1 malam tu ain ngan suami balik lambat sebab ada dinner company. diorang sampai rumah dalam pukul 2pagi. disebabkan dah penat sangat, diorang ambil keputusan nak tido kat ruang tamu rumah je. sebab dah malas sangat nak naik bilik atas. dalam pukul 4pg macam tu la, ain tersedar sebab dengar bunyi macam orang tengah nak masak kat dapur. so ain di pergi la jenguk dapur secara senyap. si airin ni tak perasan yang ain mengendap dia ngah masak.
masa tu ain tengah nasi dah masak dah sebab nampak airin tengah keluarkan periuk nasi dari rice cooker. so ain ni tak ada la syak apa-apa pun. tapi bila airin letak periuk nasik kat atas lantai, ain dah mula pelik dah. pastu ain nampak yang airin berdiri atas periuk nasi tu sambil baca something, bukan main terkejut lagi si ain ni. pastu dia g kejutkan suami dia slow2. tapi suami dia tak bangun juga. so dengan selumbernya ain ni berjalan ke dapur sambil buat-buat tak tahu apa yang airin dah buat. terkejut airin bila tengok kakak dia ni menuju ke dapur. pastu ain nampak macam airin buat-buat nak ambil barang jatuh atas lantai (airin ingat kakak dia tak nampak periuk bawah kain dia sebab dia labuhkan kain dia sampai lantai).
ain tanya kenapa awal sangat airin masak breakfast, airin cakap dia saje masak awal2 sebab nanti tak ada lah sibuk pagi-pagi nak pergi kerja. Pastu ain ni tak puas hati dengan airin, dia pergi kat airin dan angkat kain airin. bukan main terkejut lagi airin bila aktiviti dia diketahui ain. pastu terjadi la perang mulut antara diorang berdua sampaikan semua orang sedar dan turun dapur untuk tengok apa yang jadi.
ain cakap kat suami dia, mak chaq, pak chaq dan amar yang airin buat nasi kangkang kat amar. tapi airin tak mengaku dan tuduh ain nak jatuhkan dia siap buat menangis lagi. pastu dia cakap ain tak ada bukti nak tuduh dia buat nasi kangkang kat suami dia. Amar apa lagi mengamukla bila orang tuduh bini dia buat benda tak elok. mak chaq siap tampar ain lagi pastu halau ain keluar dari rumah tu serta merta.
apa lagi ain dan suami dia pun naik atas dan kemas-kemas diorang dan barang-barang diorang untuk keluar dari rumah tu. masa ain nak pergi ambil barang-barang dalam bilik stor, terserempak ngan airin kat tangga. airin bagi warning kat ain, kalau airin ni buat kacau kat dia dan suami, dia takkan teragak-agak nak guna ilmu hitam untuk musnahkan keluarga ain ni. ain cakap, selagi airin bertuhankan syaitan, rumah tangga dia dan suami takkan di redai ALLAH. yang sedihnya airin boleh gelak je.
masa ain nak keluar rumah, mak chaq tak ada pun nak hantar diorang ke pintu rumah. hanya pakchaq je yang hantar. tapi pakchaq pun tak cakap apa. hanya hantar dan salam je ngan anak menantu dia. ain datang rumah mak su dan ceritakan apa yang jadi. maksu pun hanya dapat dengar dan surun ain sabar. pastu maksu la yang tolong ain dan suami dapatkan rumah sewa sementara.
bila ain dah g umah maksu dan cerita apa yang jadi, maksu col la mak tunang iza. mak tunang iza terkejut sangat lepas dengar. masing-masing mengucap panjang. pastu esoknya bapa tunang iza col amar dan tanya rumah mak amar kat mana. bapa tunang iza bagi alasan nak berjalan-jalan sambil makan angin. so dengan senangnya amar bagi alamat. pastu bapa tunang iza tanya la amar tak nak balik kampung sama-sama ke. boleh lak si amar ni cakap dia dah tak ada kampung dah. memang terukkan penangan nasi kangkang ni??
seminggu lepas tu bapa dan mak tunang iza, maksu paksu dan ain pergila rumah mak amar ni. diorang pergi tanya khabar sambil nak minta tolong kalau-kalau mak amar boleh bantu anak dia ni. bila di tanya kat mak amar, rupa-rupanya amar dah tak balik kampung dekat 10tahun dah. banyangkan la apa perasaan mak bila anak tak balik. so bapa tunang iza ni bukanla satu-satu cerita apa yang jadi. nasib baik mak amar tak ada penyakit jantung. kalau tak, tak tahu la apa yang jadi. mak dia mengucap panjang bila dapat tahu apa yang jadi kat anak dia. bapa tunang iza ni mintak tolong mak amar untuk pujuk amar balik dan berubat.
so mak amar ni col la amar dan minta amar balik rumah walaupun 1 jam. alasan mak dia bagi, adik bongsu amar demam panas. tak ada siapa nak bawak pergi klinik. nak tak nak amar balik la rumah mak dia. bila sampai je rumah mak dia, mak dia suruh adik bongsu dia berlakon demam panas. bila amar pegi tengok adik dia dalam bilik, mak dia masuk dapur dan buatkan air untuk amar. tapi air amar ni special sikit la. air yang dah dibaca dengan ayat suci al quran. sebanrnya sebelum mak amar cola mar minta baliik, mak dia dah pegi jumpa sorang ustaz dan cerita apa jadi. so ustaz tu buat lah air tu. bila dia minum air tu, mak dia cakap nampak macam dia sedar sikit la. sebab malam tu dia tido rumah mak dia. dia cakap kat mak dia dah lama sangat dia tak balik rumah tu. yang si bini amar lak duk col-col sampaikan amar terpaksa offkan henset.
malam tu jugak mak dia panggilkan ustaz datang untuk berubat. iza tak tahula macam mana dia berubat sebab tak ada orang cerita cara-cara berubat tu dijalankan. hehhe.. yang iza tahu, lepas berubat tu, amar muntah banyak sangat-sangat, yang keluar masa muntah tu macam pasir hitam, pastu bau busuk. tapi ustaz tu cakap, amar kena berubat lagi lepas dua hari. dia kena balik rumah mak dia dua hari kemudian tapi dengan syarat, dia tak boleh makan atau minum kat rumah mak mertua dia tu. dia pun setuju dengan apa yang ustaz cakap dan janji akan balik rumah mak dia selepas dua hari.
lepas dua hari, mak amar tunggu kepulangan amar. tapi dia tak balik-balik juga. mak dia col amar suruh balik, tapi col tak angkat. pukull 9malam, mak amar col lagi henset amar. tapi si ain ni yang angkat. dia tanya kenapa mak col amar? mak amar cakap mak rindu amar sebab dah lama tak jumpa. mak nak cakap dengan amar. tapi ain bagitahu amar dah tido. pastu mak amar tanya kenapa ain sanggup buat anak dia macam tu. ain cakap dia tak ada buat apa-apa pun. mak amar cakap ain tak payah tipu sebab mak dah tahu semuanya. tapi ain tak mengaku sampai sudah. pastu mak amar pesan suruh amar col mak dia balik. tapi ain tak sampaikan pesan tukat amar. dan amar kembali kepada diri dia yang dulu.
sejak amar balik ke rumah mak mertua dia tu, sampai sekarangla dia tak balik dah rumah mak dia. iza rasa maybe ain ni buat benda-benda yang tak elok lagi kat suami dia kot. sampai sekarang kalau iza terserempak dengan abg amar pun, dia macam tunduk je. kesian kat abg amar. dia sendiri tak nak tolong diri dia, siapa lagi yang nak tolong kan??
No comments:
Post a Comment