Misteri:Saka Datuk aku

cerita copy dari forum........


Datuk merupakan bekas tentera dari zaman jepun-komunis. Aku pernah melihat surat penyertaan tentera datuk iaitu pada8 Dis 1941. Masa tu kan Jepun baru mendarat di Tanah Melayu. Dan datukdipercayai memiliki ‘kawan’ yang tidak dapat dilihat. Datuk pernah menjadi ‘bomoh’,merawat orang.  Sejak 3 tahun yang lepasdatuk cuba untuk buang ‘benda’ tu tapi tak ada yang mampu membuang, bahkanbaru-baru ni orang yang ingin membuang ‘benda’ tu dah tak nak tolong lagi dah. Datukada ramai anak, cucu, dan cicit. Keluarga besar. Jadi akan aku ceritakan kisah-kisah yang pernah keluargabesar aku alami.


'Benda' yang atuk ada: 

(yang di dengar dari mak sedara)

Hantu tinggi.
Hantu 3 beranak (ganas ni pernah tampar atuk masa sebab atuk ada niat nak buang, taknak bg makan)
Hantu rimba.

yang lain tak ingat. Ada enam semuanya.

Kisah 1 : Siapa orang tua tu? 
(Lela, Mira bukan nama sebenar)

Masa ni atuk buat kenduri menyambut Ramadhan yang bakal tiba beberapa hari lagi.
Aku sendiri ada di rumah atuk masa tu, cuti hujung minggu.

Malam tu orang-orang masjid sedang bertahlil di rumah atuk.
Sepupu aku, Lela memulas perutnya.
Tandas pulak di luar rumah.
Jadi Lela mengajak Mira (adiknya) meneman ke tandas.
Tandas di belakang rumah, dan agak gelap kawasannya.
Baru saja Lela masuk ke tandas, Mira sudah bertanya.
“Lela, dah ke belum? Cepatlahhhhh”
Lela ni macam dah tahu dah, mesti Mira nampak ‘benda’ ni.
“Kau nampak eh?” tanya Lela.
(berani betul dia tanya mcm tu)
“Haa, cepatlah sikit”
Terus hilang sakit perut Lela, keluar dari tandas dan masing-masing bergegas masuk rumah.
Aku di ruang makan masa tu.
Makcik-makcik aku pun bertanya,
“cepat masuk? Nampak ‘benda’ ke?”


Menurut Mira, memang sebelum Lela masuk tandas lagi dia dah nampak.
Tapi dia abaikan sebab kakak dia sakit perut sangat.
Tapi bila kakak dia masuk tandas, rasa takut pulak duduk dalam gelap.
Apa yang dia nampak?
“Rupa dia macam atuk, tapi dah bongkok tiga. Tua sangat-sangat rupa dia”

Siapa orang tua tu?

Kisah 2 : Atuk, buanglah semua tu! Part I.

3 tahun yang lepas atuk terdetik nak buang 'benda' ni semua.
Kami ahli keluarga panggil 'benda' tu 'orang atuk'. 
Jadi kalau aku sebut 'orang atuk' tu, faham jela ye.

Masa tu aku belajar kat UiTM Jengka, nak final exam.
Atuk berubat dgn seorang pakcik ni.
Aku gelarkan pakcik Man jela. 
Syarat dia, anak-anak atuk mesti balik juga.
Supaya orang atuk tak pergi kepada anak-anak atuk,
sambil nak cek kot-kot org atuk dah pergi pd salah sorang anak.

Masa tu atuk dirawat kat rumah pakcik. 
Untuk mulakan rawatan, 
Hari pertama aku tak pasti mcm mana. 

Tiga malam rawatan tu, anak-anak atuk akan dirawat.
Anak-anak atuk dimandikan dengan air bunga (tujuh jenis) bercampur limau.
Lepas siap mandi bagi minum air limau. 
Kata pakcik Man, kalau minum air limau tak rasa masam (ada rasa lain),
makna nya mungkin dah ada lah tu yg dapat.

Hari pertama dan kedua ok lagi, tapi hari terakhir...

Rumah pakcik Man lebih kurang 45 minit dari rumah atuk.
Tapi malam tu lebat sangat-sangat hujan.
Sampaikan tak nampak jalan.

Entah apa ujian kami malam tu.
Masa tu kami beramai-ramai konvoi 4-5 kereta.
Atuk naik dengan anak bongsu dia.

Bila sampai rumah pakcik Man, masing-masing bukak cerita.

Mak lang aku kata kereta dia berat sangat.
Kebetulan rumah pakcik Man atas bukit. 
Tapi tahap kecerunan rendah je.

Tayar kereta dia berpusing laju tapi tak tergerak naik bukit tu. 
Gear rendah. Tapi lembab sangat-sangat.

Kata mak cik aku yang lain (kereta di belakang Mak Lang),
Dia nampak ada benda bertenggek atas tu.

Kereta yang atuk naik pulak.  
Tiba-tiba diketuk tingkap dari luar di tempat pemandu,
masa tu baru nak gerak dari rumah atuk. 
Menantu atuk buka lah tingkap nak tengok siapa, tapi takde siapa.
Bila sampai rumah pakcik Man, bonet belakang tetiba terbuka sendiri.
Atuk kata,

"orang atuk tumpang, dia nak ikut"

Kisah 2 : Atuk, buanglah semua tu! Part II.

Hari ketiga rawatan, hari terakhir mandi bunga.
Bila dah sampai rumah atuk dengan macam-macam halangan,
(walau halangannya sedikit)

Masa mula-mula sampai makcik-makcik terus bercerita pasal kesusahan dorg nak sampai rumah pakcik Man.
Padahal dah dua malam ulang alik, mesti lah pro dengan jalan dah, ye dak?
Masa tgah sedap bukak cerita, tiba-tiba letrik terputus.
Anak si perawat cek main box, katanya tak tertendang pun.
Yelah, hujan. Tak ada kilat tak ada guruh tiba-tiba terputus letrik. 
Yg lagi pelik rumah keliling rumah pakcik Man elok je terpasang lampu.
Mujur lampu jalan rumah pakcik Man ok.
Mandi bunga kat tengah-tengah lama rumah pakcik Man.
Mula-mula anak-anak lelaki.
Kemudian baru anak-anak perempuan.

Masa giliran mandikan anak-anak perempuan, 
pak-pak sedara aku ni tolong lah pakcik Man pegang baldi etc.
Tiba tiba sebatang pokok depan pakcik Man bergoyang kuat.
(depan pak sedara, pakcik Man - membelakangkan mak-mak sedara yg dimandikan)

Pakcik Man nampak ada benda duduk atas pokok tu dengan mata merah,
Marah. Digegar pokok. Pak-pak sedara pun nampak. Benda tu hitam je, mata je merah.
Pakcik Man terus baling limau sambil membaca surah-surah yg patut.

Hilang.

Dan selepas ketiga tiga malam tu, malam berikutnya pakcik Man datang ke rumah atuk.
Katanya nak memagar rumah. Sebab memang benda tu ada kat rumah atuk.
Semestinya lah kan.

Benda tu paling suka duduk belakang bilik air rumah atuk.
Mujur bilik air dalam rumah, cuma tandas diluar rumah.
Malam berikutnya pakcik Man suruh pak-pak sedara yang paling berani (4 org)
berdiri di setiap penjuru luar rumah, dan laungkan azan bila pakcik Man suruh. 
Dorang ikutkan aja. 
(masa ni masing-masing kena duduk sorg-sorg lah dalam gelap sambil azan)

Selepas azan, pakcik Man pergi kpd setiap pak sedara yg azan sambil membaca ayat-ayat suci.
Bila sampai kpd pak sedara di penjuru terakhir 
(kalau tak silap)
Pakcik Man cuma kata,

"apa-apa jadi, jangan lari. jangan pandang belakang"

Heee. Walau seberani mana pak sedara aku tu, dia tetap tak berani pandang belakang.
Bila dah selesai upacara tu, pakcik Man cuma kata,

"macam pontianak, duduk belakang kamu td"

Selepas tu rumah atuk tenang selama setahun dua sebelum semuanya kembali seperti dulu tahun lepas.
Sbnrnya orang atuk masih belum habis dibuang, dan atuk asyik melengah.
Mak kata atuk sayang orang-orang dia. Entahlah.

Pakcik Man pun dah mengalah skrg, tak mahu buatkan dah.
Dia kata orang atuk asyik mengacau. 
Tak larat.

Kisah 3 : Kisah Mak Andak.

Masa SUKMA Pahang tahun lepas. 
Mak Andak jd volunteer untuk SUKMA. 
Jadi malam-malam tidur rumah atuk. 
Yg ada di rumah atuk cuma atuk, wan, mak andak.
Mak andak tidur di ruang tengah, depan TV. 
Mak andak ni memang dah selalu nampak orang atuk ni.
Dan dia tak takut sangat, cuma kalau boleh nak ngelak lah dari ternampak.
Siapa nak tengok benda-benda mcm ni kan?

Ruang tengah ni di antara bilik atuk dan bilik anak atuk.
(ada pak sedara muda, belum kawen)
Memang luas ruang ni, boleh 2 3 keluarga tidur kalau balik rumah atuk.

Malam tu mak andak terjaga.
Depan bilik pak sedara ni, mak andak ternampak satu makhluk.
Makhluk tu mengadap bilik atuk.
Mencangkung, rambut panjang. Kedua-dua kepalanya berada di celah paha nya sendiri.

(cuba korang buat untuk faham mcm mana)

Hehe.

Mak Andak dah biasa kan?

'baik aku sambung tidur sebelum dia angkat kepala.'

Masa ni lah kami tahu orang atuk dah datang semula.

Fyi, skrg atuk dah ambik semula orang dia.
Jadi, skrg masih pada atuk.

Emak cuma cakap pada aku dan adik beradik aku,

"Kalau atuk ada bagi apa-apa, JANGAN ambik!"

Sebab mak takut atuk bagi dalam bentuk barang, tanpa disedari.
Atuk pernah tunjuk makanan yang dia bagi pada orang-orang tu.
Bentuk macam bertih, masa tu aku kecik lg. 
Sepupu aku selalu cerita masa aku kecik-kecik dlu.
Jd banyak cerita yg aku ingat-ingat lupa.
Kalau ingat akan aku tambah kemudia.

In Syaa Allah esok aku sambung.
Nak refresh memori.
Sambil mengumpul semangat balik.
Sebab aku pun takut-takut cerita pada korg.
Aku penakut orangnya. Hehe

Kisah 4 : Atuk! Eh, bukan atuk.

Masa ni atuk merawat orang.  Nak kata bomoh, biasa-biasa je.
Ku gelarkan atuk sebagai Pak Hadi.

Malam. 
Ali datang ke rumah atuk, tak pasti atas sebab rawatan apa.
Lewat malam tu selepas rawatan, Ali mintak izin untuk pulang.
Atuk kata, 
“tidurlah di rumah aku. esok je baliknya”
Ali menolak dengan sopan.

Kampung atuk kecil saja. 
Nak masuk kampung ni, jalannya sebesar lorong saja.
Kalau bertembung kereta mmg puas jugaklah nak lalu.

Ali jalan kaki ke jalan besar, 
Tak pasti mengapa.
Sampai di depan masjid, (bukan dalam kawasan masjid)
Ali terhenti.

“Eh Pak Hadi!” 
Ali mula-mula tersenyum. 
Kelihatan atuk di hadapannya.
Atuk cuma berdiri, datang dari arah bertentangan dari rumah.
Lama-lama Ali teringat.
‘bila masa orang tua ni jalan? Itupun dari arah bertentangan? Cepat betul jalan!’
Maka perlahan-lahan Ali mengundur, berlari anak ke rumah atuk.

“Pak Hadi, saya tidur rumah Pak Hadi lah malam ni!”
“Aku dah cakap dah tadi.” 
Kata atuk ringkas.


Kisah 5 : Ramainya atuk!

Wan tinggal dengan atuk dan anak bujang mereka.
Sebagai isteri, mesti lah wan tahu pasal saka atuk.
Kadang-kadang wan nampak atuk dalam bilik mereka, 
Bila wan keluar bilik, atuk ada di bilik air.

Wan berniaga kecil-kecilan.

Pernah sekali wan baru balik berniaga,
Hari dah gelap. 
Bilik wan dan atuk jauh dibelakang. (dapur)
Bila wan masuk rumah melalui ruang tamu,
Wan nampak atuk duduk atas kerusi.
Atuk cuma mendiamkan diri.
Wan malas nak menegur, takut 'tersalah' tegur.
Bila wan masuk bilik, 
Yaaaa atuk ada dalam bilik.

"baru balik?"

Tanya atuk.

p/s : aku tak pasti atuk ada hantu raya atau tidak. mak cakap takde. tapi kalau yg suka merupa tuan dia tu apa?

Atuk aku baik orangnya.
Kalau dengan cucu, tak pernah nak marah.
Aku dah 20+ tapi kadang-kadang dia suka menyakat aku macam aku ni budak kecik.
Jadi bila teringat yg atuk aku ada membela, aku jd kesal.
Kenapa buat mcm tu?

Yg aku tahu, emak pernah bercerita.
Dulu arwah nenek (atuk pernah banyak kali kawen-meninggal dunia)
Nenek ni mak kpd mak aku. Masa tu komunis kuat.
Keluarga tentera dicari, untuk dibunuh.
Masa ni atuk baru kawen dengan arwah nenek.
Mujur arwah nenek sempat menyembunyikan diri.
Mungkin sebab tu atuk membela.
Untuk melindungi keluarga.
Dan ada salah seorang kenalan atuk, mewariskan belaannya kpd atuk.
Maka disitu lah mula nya, atuk minat dengan benda-benda ni.

Aku sendiri pernah melihat makanan apa yg atuk beri,
Yg aku ingat cuma bertih jagung, kerana masa tu aku masih bersekolah rendah.
Baru-baru ni atuk aku tunjukkan makanan orang dia pd ayah aku.
Aku tanya ayah aku, apa yg atuk tunjuk?

"kaki kijang, bertih jagung" 

Lebih kurang lah dengan apa yg aku pernah tengok dulu.
Setakat ni atuk tak mahu buang orang dia lagi,
Itu yang merisaukan kami sekeluarga.

Kisah 6 : Semasa emak kecil.

Aku tinggal di daerah A, atuk di daerah B. 
Jarak rumah kami cuma sejam perjalanan.

Lebih kurang tahun 60-an. 
Masa emak masih kecil. 
Tapi masa ni arwah nenek dah meninggal dunia, 
Atuk menduda seketika.

Emak ada 3 orang adik lelaki.
Emak anak sulung.
Arwah nenek meninggal dunia masa emak umur 9 tahun.
Besar tanggungjawab emak, menjaga adik-adiknya.
Masa ni atuk dah bersara dari tentera,
Dah cukup 21 tahun berkhidmat.

Masa ni atuk sekeluarga duduk di daerah aku ni (daerah A)
Atuk suka keluar malam masa tu.
Tinggal lah emak dan adik-adik nya.

Pada suatu malam, jiran atuk nampak seseorang seperti mengendap rumah atuk.
Disangkanya pencuri. Terus di cari atuk.
Atuk tanya jiran, “macam mana rupanya?”

“entah, gelap. hitam je. “

Atuk sekadar tersenyum.
“tak ada apa-apalah” kata atuk.

Orang atuk lah tu.
Sebab tu atuk tak takut tinggalkan anak-anak dia yg masih kecil dirumah.

Menurut emak aku, beliau tak pernah melihat/ternampak walau sekali pun orang atuk.
Sepanjang hayat emak. Sampai sekarang memang tak nampak.
Mak kata “mak pun tak nak tengok!”

2 comments: