Tips kewangan bebas hutant

BEZAKAN KEPERLUAN DENGAN KEINGINAN
bab ini banyak orang fail termasuk diri saya sendiri 
Contoh ? Kita perlukan telefon bimbit kerana memudahkan kita untuk berkomunikasi . Telefon bimbit dicipta untuk memudahkan kita berkomunikasi dalam bentuk SMS mahupun SUARA tetapi mengakah kita memerlukan telefon yang mempunyai kemudahan 3G ? WIFI ? KAMERA ? Bukankah telefon dicipta untuk kita mudah berkomunikasi ? Maka tanpa disedari , hawa nafsu kita telah mempesongkan tujuan asal telefon bimbit dicipta . Contoh mudah , kita boleh sahaja menggunakan telefon bimbit yang mempunyai fungsi asas seperti Nokia 3310 tetapi mengapa kita mahu telefon bimbit yang mempunyai skrin besar ? kamera ? 3g ? wifi seperti telefon bimbit jenama SAMSUNG ? BLACKBERRY ? Tapi ingat ! bukan menyalahkan sesiapa tapi jika kita tidak mengukur badan sendiri maka kita sanggup hidup berhutang demi kepuasaan hawa nafsu tetapi sekiranya kita mempunyai WANG LEBIHAN SELEPAS KITA KETEPIKAN SEGALA PERBELANJAAN ASAS kita jadi tidak mengapa tetapi janganlah tiap-tiap bulan kita tukar model telefon bimbit kita dengan alasan kita mampu . Itu dah tukar status KEPERLUAN menjadi KEINGINAN



SIMPANAN DI BANK HARUSLAH 30% DARIPADA GAJI ANDA SETIAP BULAN
-Ini penting bagi golongan muda kerana golongan muda khusunya selalu terbiasa dengan sikap BOROS jadi bagi untuk mengelakkan sikap terus berbelanja tanpa kawalan wajib ketepikan 30% daripada gaji . Contoh kalau gaji RM 2000 maka simpanlah RM 600 ke dalam akaun bank kedua atau akaun bank yang dikhaskan untuk kes kecemasan

MEMPUNYAI MATLAMAT KEWANGAN YANG JELAS
-Matlamat kewangan yang jelas ialah SEBAB APA KITA SIMPAN DUIT ? Sekiranya kita menyimpan duit untuk membeli IPAD , PS3 , kereta MEWAH atau secara mudahnya untuk memuaskan kepuasan HAWA NAFSU maka matlamat kewangan anda masih lagi tidak jelas dan kewangan anda berpotensi jatuh ke perangkap MUFLIS . Ubahlah matlamat kewangan anda daripada menyimpan membeli telefon kepada menyimpan untuk membuat pelaburan di ASB , EMAS atau pelaburan yang sah di sisi undang-undang .

BELAJAR HIDUP BERSEDERHANA
-Hal ini harus diteliti betul-betul oleh individu yang membaca dan tepuk dada tanya diri sendiri . Sebab diri sendiri adalah orang yang paling mengenali diri sendiri bukannya keluarga , kawan atau kawan kerja . Hidup bersederhana yang dapat digambarkan secara mudahnya jika kita bergaji RM2000 maka makan lah di tempat yang sesuai dengan gaji kita , berbelanjalah di tempat yang sesuai dengan gaji kita . Kalau gaji RM5000 maka makan lah di tempat yang sesuai dengan gaji RM5000 .

No comments:

Post a Comment