fenomena panas luar biasa landa Malaysia



KUALA LUMPUR – Fenomena cuaca kering dan panas terik yang melanda negara sejak Januari lalu mencapai kemuncak apabila merekodkan suhu tertinggi mencecah 38 darjah Celsius antara pukul 1 hingga 2 petang semalam.

Menariknya, keadaan panas dengan suhu 38 darjah Celsius itu mengatasi suhu yang dicatatkan di beberapa bandar di Asia Barat seperti Mekah, Arab Saudi dan Baghdad, Iraq yang hanya merekodkan 34 dan 29 darjah Celsius pada masa yang sama semalam.

Pengarah Bahagian Sains Atmosfera dan Pembenihan Awan Jabatan Meteorologi, Azhar Ishak berkata, suhu 38 darjah Celsius itu dicatatkan di kawasan Subang, Selangor dan Alor Setar, Kedah diikuti Lubok Merbau, Perak dengan suhu 37 darjah Celsius.

Katanya, suhu panas itu diramal akan semakin meningkat sehingga mencapai tahap ekstrem iaitu 40 darjah Celsius sekiranya hujan masih berkurangan.

“Jumlah hujan bagi Januari dan Februari pada tahun ini kurang berbanding tempoh yang sama pada tahun lalu.

“Berdasarkan rekod lepas, negara pernah dilanda suhu ekstrem iaitu 40.1 darjah celsius di Chuping, Perlis dan 39.1 darjah celsius di Alor Setar, Kedah pada bulan Mac tahun 1998,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Menurut Azhar, hujan pada tahun ini berkurangan dan fenomena cuaca kering dijangka hanya akan berakhir pada pertengahan Mac apabila berlakunya musim peralihan antara angin Monsun Timur Laut kepada Monsun Barat Daya.

Beliau bagaimanapun memberitahu, keadaan panas ketika ini masih belum mencapai tahap mudarat kerana masih mendapat hujan termasuk daripada proses pembenihan awan.

“Kita akan meneruskan operasi pembenihan awan sebanyak dua kali lagi bergantung kepada keadaan atmosfera dan awan towering cumulus,” jelasnya.

Mengulas lanjut, Azhar memberitahu, pada setiap tahun iaitu pada bulan Mac, kawasan utara Semenanjung seperti Kedah, Perak dan Perlis akan berdepan dengan cuaca kering serta panas pada suhu yang tinggi.

Sementara itu, pensyarah Pusat Pengajian Sains Fizik, Universiti Sains Malaysia, Profesor Madya Chong Hon Yew berkata, keadaan cuaca kering dan panas yang berlaku ketika ini agak luar biasa dan edaran cuaca disifatkan tidak menentu berbanding sebelum ini.

Menurut Hon Yew, keadaan cuaca panas dan kering yang dialami ketika ini adalah disebabkan perubahan tiupan arah angin dari timur ke barat.

“Kedudukan matahari yang tepat di kawasan tropika juga menyebabkan suhu menjadi panas pada hari yang tiada hujan.

“Biasanya bulan Mac, kawasan pantai Timur seperti Terengganu dan Kelantan akan hujan tetapi berlaku sebaliknya apabila kedua-dua negeri itu turut dilanda

:KOSMO

No comments:

Post a Comment