Perlu ke lelaki pikul tanggungjawab didik bakal isteri?
Nak bincangkan satu topik, topik ni muncul bila org rumah aku suruh slow talk dgn adik lelaki dia yang umuq dah cecah 3 series,tapi tak kawin2 lagi,mcm2 cara dah dicuba,match making,perkenalkan perempuan2 yg kita rasa sesuai dgn dia,tak jalan jugak... sebabnya adik ipar aku ni jenis memilih..
memilih di sini bukan memilih dri segi rupa,harta,keturunan dsb,tp dri dia memilih dari segi sikap dan perangai. masalah bertambah2 bila contoh kita kenalkan dia dgn sorang awek ni,then dah knal 2-3 bulan,dia clash,awek tu dan family dia mcm nk bermusuh plak dgn family aku sbb sentap dgn adik ipar aku ni...
so smlm,aku ajak dia keluar minum,mlm minggu,bole borak pnjg lebar... aku tny,knp pas sorang2 ko rejek?kalau nk kata pihak pompuan yg rejek,takkan semua,lgpun dri apa yg aku tgk,adik ipar aku ni mmg layak sngt dah berkahwin,pendapatan pun ok,keta ada,rumah pun dah ada,rupa pun,Alhamdulillah,tuhan bagi sempurna...
then dia jawab,hampir semua pompuan yg dia jumpa/kenal dgn yg direkomenkan oleh family dan sedara mara smua x cukup muslimah...
ni lebih kurang skrip aku smlm:
AKU: x cukup muslimah mcm mana? aku tanya dia, aku tgk yg latest kak ngah ko kira ni, dah ckup muslimah dah,pakai tudung,x nmpk rambut,perangai pun ok, lemah lembut..
A.I.A: sy selidik fb dia bang,jumpa2 tgk ada gambar x pakai tudung duk bersosial dgan member2 dia,tgk tarikh baru lagi...ntah2 pkai tdung sbb nk suh kita nmpk dia baik... tu yg sya clash je,sya ckp sy x bersedia nk kawin..dah tu je..
AKU: laa... takat dia bersosial dgn member dia,member pompuan semua kan?ko tak bole mcm tu,asal nmpk kekurangan skit,ko dah rejek terus...ambik masa la didik dia jadi pompuan yg baik,jd muslimah sejati..
A.I.A: btol tu bang,benda ni sya dah ckp kt kak ngah,kak long semua,tp masing2 duk ckp,kalau saya berjaya didik bakal isteri saya atau isteri saya jd muslimah sejati,saya dapat pahala la,itu la,ini la,masing2 mcm nk paksa saya sbg lelaki pikul tanggungjwb untuk didik isteri jadi muslimah.saya takut saya tak terpikul tanggungjwab tu bang,bukan tanggungjwb je,dosa2 isteri pun saya kna tanggung,kalau kta saya kawin dulu dgn mana2 pompuan yg duk pakai ketat2,tak pakai tdung,tak jaga batas pergaulan,lepas dah kawin tu baru nak didik,kalau saya coform berjaya didik dia tak pe,kalau tak berjaya saya tanggung dosa.
lagipun pompuan2 yg diperkenalkan kat saya tu bukan budak2 sekolah atau budak2 muda umur belasan tahun,semua dah tua,patut kita sebagai umat Islam,Allah suruh pakai tudung,tutup aurat bukan bungkus,jaga batas pergaulan,kita kena buat,bukan buat2 tak tau,takkan nk tgu suami didik dulu baru nak buat semua tu,mcm abg td,abg defend pompuan tu bersosial,abg defend dia tak pakai tudung,lepas tu terus campak tanggungjwab nk didik dia kat bahu saya,mcm mana tu bang? kalau saya sanggup,x pe la,ni sy tak sanggup,saya tak yakin saya dpt didik di jadi muslimah sejati.. lgpun dah dekat suku abad dia hidup atas dunia ni,nk berubah tu susah kalau dah terbiasa jadi cara hidup mcm tu.
bang,saya lebih rela kawin dgn bekas pelacur yg dah berubah jadi muslimah dari kawin dgn gadis yg pakai ketat,tak pakai tudng,tak jaga batas pergaulan dan nak pikul tanggungjwb mendidik diog jd muslimah plak dah...
AKUTerdiam jgk aku,bg dia luah semua perasaan dia...)
saya bukan tak nak kawin,siang mlm berdoa pd Allah minta dipertemukan yg terbaik untuk saya,tp yg jumpa semua ada yg tak kena. ni sya senarai satu2
yg kwn tmpt keje tu,semua ok,pakai tudung,solat pun nmpk gak ada berluang alik ke surau,tp kdg2 nmpk pakaian dia bungkus aurat,nmpk abis perut2 belipat...
pastu kawn akak yg kata pegawai gred tinggi tu kononnya,pakaian dah ok,tp sya perati,duk bertepuk bertampar dgn staf lelaki kat tempat keje dia..pstu duk kehulu kehilir dgn sorang staf lelaki,sya stalker dia hari tu,selidik2,lelaki tu dah laki orang,kalau dah syok kat lelaki tu,jgn duk terima reccomendations org lain lagi
yg keje gomen jgk tu pun problem jgk,mentang2 duk guna produk kecantikan,asyik duk jaja muka kt dlm FB je.nk tunjuk dia dah lawa dah skrg,lg lawa dari dulu,semua jasa produk2 yg dia pkai..naik muak saya tgk asyik muke dia je tersengih dlm wall FB, terus saya block dan clash..
(AKU SKIP LA SNARAI2 YG LAIN SBB PNJG SNGT)
Actually pong pang pong pang duk berborak,aku agak sentap jgk,sbb org rumah aku(kakak dia jgk) ni kdg2 kalau kluar2 mkn pun bungkus aurat,pakai tudung,tp pkai jeans ketat,mnampkkn bentuk tubuh dsb.nk tegur,aku rasa kang ada yg tersinggung,dah rumah tangga yg aman jdi perang dingin lak,isu2 mcm ni masing2 ambik mudah sbb dah majoriti dlm adik beradik dia semua mcm ni,mujur yg lelaki sorang ni lain skit...
Pendapatan warga2 CG mcm mana? wajarkan tanggungjwb mendidik pompuan tu jadi muslimah diletakkan ke atas bakal suaminya? kalau ada hujah2 atau hadis2 sahih tentang isu2 seumpama ini harap boleh share,aku pun nak tau jugak...
Noted: Sebenarnya perbualan aku dgn dia pjg lagi,tp aku nak taip tak larat la,so aku ringkaskan kpd poin2 penting shj. Takut ramai yg salah paham ingatkan persoalan ni dlm bentuk general, summary aku ialah, sebenarnya dia tak nak kawin lagi sebab dia tak yakin diri dia mampu mendidik calon2 isteri yg direkomen kpd dia yg tidak menutup aurat dengan sempurna dan tidak menjaga batas pergaulan kerana dia masih tak cukup ilmu pengetahuan agama dan psikologi,jd dia memilih untuk tidak berkawin lagi dan belajar lebih lagi apa2 ilmu yg perlu sblm berumah tangga.Dia tak nak gamble dengan beristeri dengan bakal isteri yg tidak menutup aurat dengan sempurna dan tidak menjaga batas pergaulan lepas kawin barulah nk didik,ilmu pun x cukup,atau lepas kawin baru nak belajar,walhal sah ja jd suami isteri,dia dah start tanggung dosa isteri,dan tempoh nak belajar ambik masa,tempoh nk mendidik pun ambik masa,dan dlm tempoh masa itu dia dah tanggung dosa2 isteri.tetapi berbeza pendapat dgn family especially kakak2nya yg lain yg menekankan dia perlu memikul tanggungjwab mendidik isteri jadi muslimah walaupun dia masih tak cukup ilmu. so dia buat pilihan,kalau nak dia kawin dlm tempoh masa sekarang,dia kena cari wanita yg betul2 muslimah,kira mcm short cut la,tp dia tak jumpa wanita2 mcm tu,so bila direkomenkan calon2 yg tidak menepati keadaan diri dia skrg,dia tolak. Dri situ timbulnya persoalan ni, nak taip sbg tajuk panjg sngat. soalan dia mcm ni la,
perlu ke seorng lelaki yg masih kurang ilmu pengetahuan dlm agama dan psikologi mengambil risiko mengahwini wanita yg tidak menutup aurat dengan sempurna dan tidak menjaga batas pergaulan menjadi isteri dengan harapan nak didik isteri jadi muslimah lepas kahwin walhal tak tahu lagi samaada isteri dia berjaya dididik atau tak dan dalam tempoh tu,dia dah tanggung dosa2 isteri dia.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment