Zakar Pendek: Adakah Silap Tok Mudim Potong Kulit Terlebih Punca Jadi Pendek

aku tercari2 info kenapa org melayu kbnyknya pendek2 sekitar 6-7 inci walaupun dia punya besar.lalu terjumpa info ni. Soalan aku benarkah jika tok mudim potong kulit terlebih jadi pendek dan tak panjang..




KESAN TIDUR PAKAI SELUAR DALAM
Soalan

ADAKAH tidur dengan memakai seluar dalam memberi kesan negatif kepada saiz zakar? Hal ini kerana saiz zakar saya sangat kecil jika dibandingkan dengan rakan seusia dengan saya.

JOE
Selayang

Jawapan

Tidak ada sebab kenapa dengan memakai seluar dalam ketika tidur boleh menyebabkan zakar kecil. Lainlah jika buah zakar dan zakar ditambat dan dibungkus.

Cara ini pun tidak akan mengecilkan payu dara. Ketumbesaran anggota sulit itu mengikut baka. Jadi saiz zakar anda datang daripada baka ayah anda kerana jarang zakar kecil secara spontan. Kadangkala zakar kelihatan kecil ketika tegang kerana ketika berkhatan kulit penghujung zakar terpotong lebih daripada sepatutnya, oleh itu otot zakar tidak dapat 'keluar' akibat kulit zakar terlalu pendek.

Lelaki yang mengalami masalah ini akan mempunyai zakar yang padat ketika ereksi dan pangkal zakar yang keras dan kadangkala menyakitkan. Banyak lelaki tidak tahu hal ini dan ada juga yang berumur menjalani berkhatan beberapa kali kerana kononnya kulit zakar mereka gelebeh.

Ini berlaku kerana kulit hilang elastiknya. Jadi jika dipotong kulit yang gelebeh itu akan menyebabkan zakar menjadi pendek. Saya pernah tengok kes macam ini di Terengganu dan Kelantan. Lelaki yang berumur di sana suka sangat berkhatan beberapa kali kononnya untuk mencuci dan menghilangkan angin, tetapi selepas itu merana kerana pangkal zakar sakit dan zakar pendek pula.

Cuba Jangan Baca Artikel Ini!!!!!





Hakikat laut menurut al-Quran






SEJAK kehilangan dan misteri pesawat MH370 yang dinyatakan berakhir di selatan Lautan Hindi, para penyelidik antarabangsa menumpukan perhatian ke lokasi koridor tersebut.

Berikut kita merungkaikan mengenai tragedi itu menurut perspektif al-Quran serta kajian saintis berkenaan dengan misteri dan hakikat laut serta pendapat para ulama Islam.

Informasi terkini dalam ilmu kelautan: Satu, laut terbahagi dua bahagian besar iaitu permukaan yang tercampur dengan energi dan sinar matahari; dan laut dalam di mana energi dan sinar matahari tidak lenyap. Dua, laut permukaan dan laut dalam berbeza dari segi suhu, massa, tekanan dan tingkatan cahaya matahari serta biota-biota yang hidup di dalamnya. Kedua-dua laut ini dipisahkan dengan gelombang dalam.

Tiga, gelombang dalam (internal wave) menutupi laut dalam dan merupakan garis pemisah antara laut dalam dan laut permukaan.

Sebagaimana arus permukaan itu menutupi permukaan laut dan menjadi pemisah antara air dan udara. Gelombang dalam ini tidak ditemukan kecuali pada tahun 1904. Panjang gelombang dalam berkisar antara puluhan hingga ratusan kilometer.
Sedangkan tinggi gelombang dalam berkisar antara 10 hingga 100 meter.

Empat, kegelapan di lautan dalam semakin bertambah seiring kedalaman lautan hingga didominasi kegelapan pekat yang dimulai dari kedalaman + 200 meter.

Pada kedalaman ini dimulai penurunan suhu yang memisahkan antara air permukaan yang hangat dan air kedalaman yang dingin. Selain itu, pada kedalaman ini terdapat gelombang dalam yang menutupi air dingin di kedalaman lautan. Lalu cahaya tidak ada sama sekali pada kedalaman + 1,000 meter.

Alat paling sederhana untuk mengukur kedalaman tembusan cahaya di perairan samudera adalah The Secchi Disk. Kemudian alat pengukuran cahaya mengalami perkembangan dengan menggunakan sel-sel elektrolight pada tahun 30-an, seterusnya setelah manusia berjaya mencipta alat yang memungkinkan mereka untuk menyelam hingga kedalaman, bahkan ke dasar laut.

Kegelapan pekat yang dimulai dari 50 hingga 1,000 meter terjadi akibat berlapis-lapisnya kegelapan, dan ini timbul kerana dua sebab utama.

Pertama, kegelapan kedalaman. Cahaya matahari terdiri dari tujuh warna (merah, jingga, kuning, hijau, nila dan ultraviolet serta biru). Masing-masing warna memiliki panjang gelombang tersendiri. Kemampuan cahaya untuk menembus air tergantung pada panjang gelombangnya. Semakin pendek gelombang cahaya, maka semakin besar kekuatannya untuk menembus air.

Kerana itu, cahaya warna merah akan terserap pada kedalaman + 20 meter, dan setelah itu keberadaannya tersembunyi. Dari sinilah muncul kegelapan warna merah.

Hakikat dan misteri laut ini sejak sekian lama telah digambarkan oleh al-Quran. ALLAH SWT berfirman yang bermaksud : “Atau seperti gelap-gelita di lautan yang dalam, yang diliputi oleh ombak, yang di atasnya ombak (pula), di atasnya (lagi) awan, gelap-gelita yang tindih-bertindih, apabila dia mengeluarkan tangannya, tiadalah dia dapat melihatnya, dan barang siapa yang tiada diberi cahaya (petunjuk) oleh ALLAH, tiadalah dia mempunyai cahaya sedikitpun.” (An-Nuur : 40).

Al-Quran memastikan keberadaan beberapa kegelapan di lautan yang dalam. Al-Quran menjelaskan dengan kata ‘lujjiyyin’ (sangat dalam) agar pembaca tahu bahawa kegelapan-kegelapan tersebut tidak ada kecuali di laut yang dalam. Ahli bahasa dan mufassirin menjelaskan kata tersebut. Qatadah dan penulis tafsir Al-Jalalain mengatakan bahawa kata lujjiyyin bererti ‘dalam’.

Az-Zamakhasyari mengatakan ertinya adalah dalam lagi banyak airnya. At-Tabari mengatakan: “Kata laut disifatkan dengan kata ‘lujjiyyin’ yang bererti dalam dan banyak air.

Sementara al-Busyiri mengatakan bahawa maksudnya adalah laut yang tidak diketahui dasarnya. Kata tersebut terambil daripada kata ‘lujjah’ yang bererti banyak air. Kata ‘iltajja’ al-bahru bererti laut itu saling berhentaman ombak-ombaknya.

Al-Quran menetapkan peranan ketiga tabir dalam membentuk kegelapan-kegelapan di laut yang dalam, dan bahawa kegelapan tersebut bertindih-tindih. Ayat tersebut juga mengandungi penjelasan tentang tujuh kegelapan di kedalaman pada bahagian awal, dan tiga kegelapan tabir di bahagian akhir. Wallahu’alam. 

Kemajuan Korea Selatan dan kaitanya dengan Malaysia

Sejarah telah membuktikan...korea pada tahun 1965 sama mundur seperti Malaysia...tetapi sesuatu yang mereka lihat di Malaysia telah menjadi inspirasi orang Korea untuk berubah.

kuala lumpur 1965



Seoul 1965


>Pada tahun 1965,Presiden Korea Selatan,Park Chong Hee telah datang ke Malaysia berjumpa dengan Allahyarham Tun Abdul Razak (ayahanda kepada PM Malaysia sekarang DS Mohd Najib Tun Abd Razak).Waktu itu Tun Abd Razak menjadi menteri Pembangunan Negara dan Luar Bandar,Presiden Park Chong Hee pergi ke bilik gerakan kementerian.

>Di papan taklimat yang pertama di bilik gerakan ada ayat Al-Quran yang bermaksud "Allah tidak akan merubah nasib sesuatu kaum,sehingga kaum itu sendiri merubah nasib mereka" (13:11)

> Park Chong Hee meminta pada Tun Abd Razak dua orang pegawai kerajaan untuk meniru Rancangan Luar Bandar Malaysia.RANCANGAN BUKU HIJAU.

> Park Chong Hee balik ke Korea,dua pegawai kanan Malaysia pergi ke Korea,orang MELAYU beri kursus pada orang Korea,sikit punya hebat orang Melayu.

> Setelah 20 tahun kemudian selepas dari tarikh tersebut,kita lihat Korea maju dan mencapai kejayaan.

> Waktu Presiden Park Chong Hee melancarkan program SAMUAL UNDUNG,program gerakan tempatan di Korea,dalam ucapan sulungnya beliau berkata "The Religion of Muhammad has commanded that God shall not change the fate of man until they change themselves".

> Korea dulu pun belajar dari orang Melayu yang beragama Islam.Sebab sepotong ayat Al-Quran yang terpampang di bilik gerakan kementerian Pembangunan Luar Bandar pimpinan Tun Abd Razak ketika itu.

> Presiden Park Chong Hee faham tentang maksud sebenar satu ayat itu saja.....Korea jadi maju! 

> Malangnya orang Melayu baca Al-Quran tentang ayat tersebut sampai berbuih mulut tapi kerja tak jadi juga....tak maju sangat pun walaupun dah setengah abad....tak habis berpolitik sana-sini,habuk pun tarak!!!!!

> Sifat yang menjadi pegangan orang Korea adalah....BERANI,SANGGUP BERKORBAN,BEKERJA KUAT dan AMANAH.

Adakah Dubuk halal dimakan??




Dubuk adalah sejenis haiwan berwajah bengis seakan-akan anjing dan serigala. Dalam bahasa arab, Dubuk dipanggil Dubu’.

Hukum Memakan Dubuk

Ulama’ telah berselisih pendapat mengenai hukum memakan dubuk kepada dua pendapat:

1. Harus memakan dubuk bagi pendapat Imam Syafie, Hanabilah, Zohiriyyah dan jumhur fuqaha’.

Pendapat ini berdasarkan kepada hadis Abdul Rahman Bin Abi Umar. Beliau telah bertanya kepada Jabir bin Abdullah r.a berkenaan dubuk. Katanya: Adakah engkau makan? Berkata Jabir: Ya. Kata Abdul Rahman: Adakah engkau memburunya? Kata Jabir: Ya. Beliau berkata: Adakah engkau mendengarnya dari Rasulullah SAW? Kata Jabir: Ya. (Dikeluarkan oleh Abu Daud dalam sunannya)

2.Tidak boleh makan dubuk bagi mazhab Abi Hanafiah, Abi Yusof Muhammad Ibn Hassan dan pendapat mahsyur dari Imam Malik.

Ini berdasarkan hujjah umum dari kata-kata baginda SAW: “Memakan setiap binatang bertaring daripada binatang buas adalah haram.” Dan Dubuk ini adalah haiwan buas.

Berkata Al-Auza’ei: Sesungguhnya Ulama’ Syam tidak makan binatang buas dan makruh kita memakannya.

Dalam masalah ini, ulama’ telah mengeluarkan pelbagai pendapat samaada dari kalangan yang mengharuskan makan atau pun tidak. Namun begitu, di sana wujud pendapat rajih yang mengatakan bahawa harus memakan haiwan Dubuk mengikut pendapat yang pertama. Manakala pendapat yang kedua adalah dalil umum dan telah dikhususkan oleh dalil yang pertama.

Pendapat peribadi aku kalau darurat Harus tapi kalo byk makanan lain x perlu

Siapakah Dajjal

Dajjal VS al-Mahdi
Dari sudut bahasa, Dajjal ertinya pendusta agama atau penipu agama yang kerjanya menyesatkan manusia diatas jalan akidah agama dengan berbagai watak menurut masyarakat semasa dan setempat.

Menurut huraian Ulama' Rahimahumullah, Dajjal kecil telah lama muncul sejak dari lahirnya Nabi Muhammad SAW, bahkan telah wujud zahir pada zaman nabi-nabi dan rasul terdahulu (istilah lain dari bahasa Arab) dengan kehebatan tersendiri dari perkara-perkara aneh hingga mistik? dan telah berjaya menyebabkan huru-hara serta kerosakan dalam masyarakat.

Rahsianya Alam Ghaib dan Hidupnya Zikrullah


1.Terkadang kita biasa mendengar orang-orang yang mempercayai kepercayaan karut dan khurafat yang boleh menggugat aqidahnya sebagai seorang muslim. Umpamanya orang-orang yang mempercayai bahawa jin mengetahui masa hadapan atau mengetahui apa yang terselindung di dalam hari seseorang. Di dalam al-Quran, terdapat satu peristiwa penting yang memberi pengajaran buat kita di dalam hal ini.

2.Perlu di ingat manusia dan jin mempunyai tujuan yang sama iaitu beribadah kepada Allah SWT dan dari segi alam kediaman adalah amat berbeza...mereka ada dengan alamnya tersendiri dan kita dengan alam kita sendiri..dan terdapat sempadan diantaranya..

3.Anai-anai adalah pengesan zikrullah...tujuan menghuraikan benda mati terutama yang berasaskan kayu..Zikrullah salah satu yang menghidupkan keadaan rumah yang terbina dari bahan asas kayu...tongkat Nabi Sulaiman tidak dimakan setahun selepas amalan zikrullah tidak kedengaran oleh anai-anai selepas itu barulah anai-anai memakan tongkat Nabi Sulaiman..

Allah SWT berfirman:

فَلَمَّا قَضَيۡنَا عَلَيۡهِ ٱلۡمَوۡتَ مَا دَلَّهُمۡ عَلَىٰ مَوۡتِهِۦۤ إِلَّا دَآبَّةُ ٱلۡأَرۡضِ تَأۡڪُلُ مِنسَأَتَهُۖ ۥ فَلَمَّا خَرَّ تَبَيَّنَتِ ٱلۡجِنُّ أَن لَّوۡ كَانُواْ يَعۡلَمُونَ ٱلۡغَيۡبَ مَا لَبِثُواْ فِى ٱلۡعَذَابِ ٱلۡمُهِينِ
Maksudnya: "Maka ketika Kami telah menetapkan kematian atasnya (Sulaiman), tidak ada yang menunjukkan kepada mereka kematiannya itu kecuali anai-anai yang memakan tongkatnya. Maka ketika itu dia telah tersungkur, tahulah jin itu bahawa sekiranya mereka mengetahui yang ghaib tentu mereka tidak tetap dalam seksa yang menghinakan."
(Surah Saba' 34:14)

Ayat di atas menceritakan perihal para jin yang sedang bekerja untuk Nabi Sulaiman a.s. Mereka menyangka Nabi Sulaiman masih beribadah di dalam tempat ibadahnya sedangkan Nabi Sulaiman sudah lama wafat. Para jin tersebut hanya mengetahui setelah terlihat Nabi Sulaiman tersungkur akibat tongkatnya yang dimakan anai-anai.

Peristiwa ini menjadi hujah kepada mereka yang mengangkat para jin kerana kononnya mengetahui hal ghaib. Ketahuilah bahawa jin, dukun, tukang sihir atau sesiapa pun sahaja tidak memiliki kemampuan mengetahui hal-hal ghaib. Jauhilah khurafat serta syirik!

TIADA SEORANGPUN YANG MENGETAHUI PERKARA YANG GHAIB

Firman Allah SWT di dalam surah An-Naml, ayat 65:

قُل لَّا يَعۡلَمُ مَن فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضِ ٱلۡغَيۡبَ إِلَّا ٱللَّهُ*
Maksudnya: "Katakanlah: "Tidak ada seorangpun di langit dan di bumi yang mengetahui perkara yang ghaib, kecuali Allah."

Bersandarkan kepada ayat ini juga, Syaikh Muhammad bin Shalih Al-Utsaimin berkata: "Hukum orang yang mengaku mengetahui ilmu yang ghaib adalah kafir, kerana ia mendustakan Allah SWT."

Akibat terkena santau


PETANDA TERKENA SANTAU

1.Tapak tangan sentiasa berpeluh -Batuk yang berpanjangan
2.Bisa-bisa sendi badan
3.Kerap bermimpi seram/menakutkan
4.Muntah darah -Berat badan makin berkurangan
5.Kerap muntah semasa makan
6.Tekak kerap terasa panas/gatal/berpasir
7.Badan/dada teras panas menjelang maghrib
8.Kerap gatal
9.Gatal badan bila waktu malam

Sekiranya anda mengalami simptom-simptom seperti diatas silalah dapatkan rawatan segera sebelum menjadi lebih parah.

PANTANG LARANG PESAKIT SANTAU

-Makanan yang pedas
-Makanan yang ada unsur cuka
-Segala jenis air limau
-Rebung
-Keladi
-Nenas

Pesakit perlu berpantang makanan/minuman diatas selama 3 bulan,pesakit juga disyorkan minum 2 sudu madu setiap pagi dalam keadaan perut kosong bagi memulihkan luka-luka dalaman akibat serangan santau.



Syirik gantung potret tokoh buat pelaris



Kangar: Tindakan segelintir peniaga terutama orang Islam menggantung imej atau potret tokoh tertentu sebagai pelaris perniagaan dihukum sebagai haram kerana dikategorikan syirik.

Mufti Perlis Datuk Dr Juanda Jaya berkata, keputusan berkenan dibuat berdasarkan mesyuarat Jawatankuasa Fatwa negeri serta Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat negeri yang bersidang pada 14 dan 15 Jun 2008 apabila sebulat suara bersetuju mengenai perkara itu. 

Katanya, antara kandungan keputusan berkenaan ialah tindakan menggantung gambar seseorang tokoh dengan percaya boleh membawa tuah atau menolak **** adalah syirik dan dijatuhi hukum sebagai haram. 

“Berikutan itu, semua pihak terutama pemilik premis terutama perniagaan diminta agar mematuhi fatwa berkenaan demi memelihara kesucian akidah.

“Sebagai umat Islam, kita perlu peka dengan perkara seumpama itu kerana tiada istilah menggantung potret (tokoh tertentu) sebagai pelaris jualan,” katanya di sini, semalam.


Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tindakan segelintir peniaga di negeri ini yang masih menggantung potret tokoh tertentu yang sudah meninggal dunia bagi tujuan pelaris. 

Tinjauan Harian Metro di beberapa premis terutama kedai makan mendapati ada peniaga yang menggantung potret tertentu antaranya Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Syah yang juga Sultan Kedah ke-25. 

Kebanyakan premis menggantung potret almarhum adalah premis kedai makan dimiliki orang Islam, manakala peniaga bukan Islam menggantungnya di kedai runcit masing-masing. 

Rahsia pesawat yang anda perlu tahu






Apa yang membuatkan kita gembira atau Feel Good? Semestinya menaiki pesawat ke destinasi percutian!

Namun setiap kali menaiki pesawat, pernahkah anda tertanya apa fungsi atau sebab utama perlu matikan telefon bimbit apabila menaiki pesawat? Bagaimana ini boleh mempengaruhi penerbangan anda? Ataupun pernahkah anda tertanya cara termudah dan termurah untuk naik taraf penerbangan anda ke kelas pertama?

Kini tersenarai semua rahsia yang anda wajar tahu untuk penerbangan anda yang seterusnya!

Anda boleh cuba penerbangan First Class

Tetapi tidak perlu bayar tiket penerbangan kelas pertama. Menurut krew kabin, ini bisa dilakukan, terutamanya jika kawasan kabin kelas pertama tidak ramai, anda berpakaian kemas macam Victoria Beckham, ibu yang mengandung, jika anda tinggi dan kacak atau kawan kepada krew kabin. Ini menurut seorang pramugari yang tidak ingin berkongsi nama beliau. Bukan selalu mereka lakukan perkara ini, terutamanya kerana terpaksa menerangkan mengapa penumpang dipindahkan ke kelas pertama.

Boleh buka pintu bilik air dari luar

Jaga-jaga, pintu bilik air dalam pesawat boleh dibuka dari luar, semua untuk tujuan keselamatan.

Topeng oksigen berikan anda 15 minit oksigen

Jangan berlengah apabila keluar topeng oksigen. Ini kerana anda mempunyai hanya 15 minit untuk memakai topeng tersebut, dan 15 minit untuk juruterbang bawa pesawat ke altitude lebih rendah agar anda boleh bernafas dengan normal.

Jangan minum air pesawat

Air dalam botol mineral tidak mengapa. Tetapi jangan sentuh air yang tidak datang dari botol bersih dan tertutup. Ini kerana ia tidak bersih.

Juruterbang dihidang dua makanan berbeza

Sekiranya satu hidangan buatkan seseorang sakit perut, ada makanan berbeza.

Banduan 27 tahun jadi ‘atuk’ paling muda di Britain

London: Seorang banduan berusia 27 tahun yang dipenjara kerana membunuh akan menjadi datuk paling muda di Britain selepas anaknya berusia 13 tahun hamil.

Selepas menyiarkan gambar dalam Facebooknya, bapanya yang dipenjara ketika dia masih berusia dua tahun kerana menikam seorang lelaki hingga mati, mendesaknya menggugurkan kandungan itu.

Bagaimanapun, rakannya memberi kata semangat kepada gadis itu yang hamil hasil hubungan dengan seorang budak lelaki sama usia dengannya.


Namun, tak semua rakannya menyokongnya. Ada yang menyifatkan keadaannya sebagai ‘amat memalukan.


“Memalukan. Ibu saya sudah pasti membunuh saya jika saya hamil pada usia ini,” tulis rakannya itu.


Identiti bapa dan anak tidak boleh didedahkan atas alasan undang-undang, Akhbar tempatan berkata, gadis itu sudah diberhentikan dari sekolah aliran perdana untuk ditempatkan di unit khas pendidikan yang ditubuhkan khusus untuk wanita muda yang hamil.

Dia tinggal di rumah yang disediakan kerajaan bersama ibunya yang sudah mempunyai teman baru.

Datuk paling muda di Britain sebelum ini ialah Shem Davies, 29, dari Bridgend, selatan Wales selepas anaknya Tia melahirkan anak pada usia 14 tahun.

Davies ketika itu berkata: “Saya sungguh marah. Anak saya lahir ketika saya berumur 14 tahun. Dan kini, pada usia sama, dia pula akan melahirkan anak. “Saya tahu begitu sukar bagi ibu bapa remaja membesarkan anak dan kini dia pula akan melalui nasib sama,

Suami lacur isteri paksa layan 5 lelaki sekaligus

Kuala Lipis: Tempoh lima hari tinggal di dalam ‘neraka buatan suami’ cukup menyeksakan bagi seorang suri rumah apabila dia disuruh menghisap syabu sebelum dipaksa melayan nafsu lima lelaki dengan bayaran RM100 hingga RM120 setiap seorang.

Dalam kejadian pada 26 Mac lalu, wanita berusia 25 tahun berkenaan dibawa suaminya berusia 30 tahun ke sebuah rumah sewa di Benta, dekat sini, sebelum bertemu dengan lima lelaki berusia lingkungan 20 hingga 30 tahun yang menunggu untuk menjamah tubuh mangsa.


Difahamkan, mangsa dipercayai dilacurkan suaminya sejak awal 2013 di Raub bagi menyara kehidupan termasuk menggunakan hasil pendapatan haram itu untuk membeli syabu.

Bagaimanapun, suaminya terpaksa beralih lokasi di daerah ini untuk meneruskan kegiatan haram itu berikutan lelaki berkenaan masih tidak mempunyai pekerjaan untuk menyara keluarga.

Ketua Polis Daerah Kuala Lipis Superintendan Abdul Razak Hassan berkata, selama lima hari berada di rumah berkenaan, mangsa terpaksa melayan nafsu lima lelaki terbabit selepas mereka semua membuat pembayaran.


Menurutnya, pada masa sama, ketika mangsa ‘disajikan’ kepada lima lelaki terbabit suaminya menjadi penonton tanpa menghiraukan rayuan dan belas kasihan wanita itu yang meminta dilepaskan.

Katanya, bagaimanapun, pada 30 Mac lalu, mangsa akhirnya nekad melarikan diri, namun cubaannya gagal kerana seorang daripada suspek terbabit dikatakan menyedari tindakan wanita berkenaan.

“Mangsa merayu kepada suspek terbabit yang dikenali sebagai Gemuk supaya melepaskannya, namun lelaki itu bersetuju untuk berbuat demikian, tetapi dengan satu syarat iaitu melayani nafsunya.








“Mangsa yang sudah buntu mencari jalan untuk menyelamatkan diri terpaksa mengikut arahan suspek sebelum lelaki itu menidurinya secara percuma tanpa pengetahuan suami mangsa,” katanya.

Menurutnya, selepas melayani nafsu lelaki itu, wanita berkenaan kemudian dibawa keluar dari rumah terbabit tanpa disedari suspek lain termasuk suami mangsa sebelum dia dihantar ke Stesen Bas Bandar Katanya, selepas ditinggalkan seorang diri, mangsa kemudian menghubungi Balai Polis Kuala Lipis, di sini, untuk meminta bantuan sebelum dia membuat laporan berhubung kejadian itu, petang kelmarin.

Abdul Razak berkata, susulan laporan dibuat mangsa, sepasukan anggota polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Lipis menahan empat lelaki terbabit termasuk suami mangsa di sebuah rumah seorang daripada suspek di Benta, petang kelmarin.

“Siasatan awal mendapati mangsa mendakwa dilacurkan suaminya sejak awal 2013 di Raub dan wang yang diperoleh secara haram itu digunakan untuk menyara kehidupan termasuk membeli syabu,” katanya.

Katanya, siasatan turut mendapati sebelum ini wanita itu pernah merayu tidak lagi dilacurkan, namun suaminya berang sebelum memukul dan menerajang mangsa tanpa belas kasihan.

Menurutnya, mangsa kemudian dihantar ke Hospital Kuala Lipis (HKL), di sini, untuk mendapatkan rawatan, manakala anak perempuannya yang berusia lima tahun kini dijaga ibu mentuanya.

Abdul Razak berkata, polis masih menjalankan siasatan berhubung kejadian itu dan akan bertemu dengan keluarga mangsa serta mentuanya.


RUMAH yang dijadikan tempat lelaki melacurkan isteri sendiri.

Pelajar jurusan Usuluddin kelentong perempuan dalam bilik hotel adik sendiri

Alor Setar: Helah seorang pelajar lelaki kononnya menyewa bilik di sebuah hotel murah di Jalan Lencong Barat, di sini, bersama adik ‘kandungnya’ tidak menjadi apabila mereka dicekup kerana disyaki berkhalwat, malam kelmarin.

Pelajar tahun akhir jurusan Usuluddin sebuah institusi pengajian tinggi itu dikatakan menyewa bilik hotel murah berkenaan bersama pasangannya sebelum dicekup oleh anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK) dalam operasi kira-kira jam 11.30 malam. 

Difahamkan, pelajar lelaki itu berusia 23 tahun, manakala pasangannya berusia 19 tahun bekerja sebagai warden asrama sebuah sekolah di bandar raya ini dan kedua-duanya berasal dari Kulim. 

Penolong Pengarah Penguat Kuasa Undang-Undang JAIK Syeikh Mohd Roshidi Mahmud berkata, sepasukan anggota penguat kuasa membuat pemeriksaan di bilik hotel dan mendapati ia tertutup rapat selain berkunci dari dalam.


Beliau berkata, anggotanya menunggu hampir 15 minit selepas mengetuk pintu sebelum ia dibuka seorang lelaki hanya berseluar panjang tanpa baju.

“Hasil pemeriksaan menemui seorang wanita berpakaian lengkap tanpa tudung bersembunyi ketakutan di tepi almari. Pada mulanya mereka memberi alasan menyewa di situ kerana mempunyai pertalian adik beradik kandung. 

“Bagaimanapun, ketika anggota kami meminta ditunjukkan kad pengenalan masing-masing, mereka panik dan berpura-pura memberitahu MyKad dalam kereta di tingkat bawah hotel berkenaan. 

Ibu, anak parah dibaham anjing pit bull






Texas: Seorang kanak-kanak berusia dua tahun dan ibunya parah diserang anjing baka pit bull milik teman lelaki wanita berkenaan.

Kejadian berlaku Isnin lalu di sebuah apartmen di League City. 

Ketika polis tiba di tempat kejadian, anjing itu dilihat sedang membaham kanak-kanak berkenaan, manakala ibu mangsa berusaha menghalangnya. 

Sehubungan itu, polis terpaksa menembak mati anjing berkenaan sebelum kanak-kanak itu dibawa ke hospital menggunakan helikopter.

Jurucakap Jabatan Polis League City berkata, ibu mangsa turut dibawa ke hospital dengan kecederaan teruk pada tangan serta lengan.

Tahun lalu, seorang wanita di California maut dibaham beberapa ekor pit bull ketika berjalan berhampiran rumahnya.