Rahsianya Alam Ghaib dan Hidupnya Zikrullah


1.Terkadang kita biasa mendengar orang-orang yang mempercayai kepercayaan karut dan khurafat yang boleh menggugat aqidahnya sebagai seorang muslim. Umpamanya orang-orang yang mempercayai bahawa jin mengetahui masa hadapan atau mengetahui apa yang terselindung di dalam hari seseorang. Di dalam al-Quran, terdapat satu peristiwa penting yang memberi pengajaran buat kita di dalam hal ini.

2.Perlu di ingat manusia dan jin mempunyai tujuan yang sama iaitu beribadah kepada Allah SWT dan dari segi alam kediaman adalah amat berbeza...mereka ada dengan alamnya tersendiri dan kita dengan alam kita sendiri..dan terdapat sempadan diantaranya..

3.Anai-anai adalah pengesan zikrullah...tujuan menghuraikan benda mati terutama yang berasaskan kayu..Zikrullah salah satu yang menghidupkan keadaan rumah yang terbina dari bahan asas kayu...tongkat Nabi Sulaiman tidak dimakan setahun selepas amalan zikrullah tidak kedengaran oleh anai-anai selepas itu barulah anai-anai memakan tongkat Nabi Sulaiman..

Allah SWT berfirman:

فَلَمَّا قَضَيۡنَا عَلَيۡهِ ٱلۡمَوۡتَ مَا دَلَّهُمۡ عَلَىٰ مَوۡتِهِۦۤ إِلَّا دَآبَّةُ ٱلۡأَرۡضِ تَأۡڪُلُ مِنسَأَتَهُۖ ۥ فَلَمَّا خَرَّ تَبَيَّنَتِ ٱلۡجِنُّ أَن لَّوۡ كَانُواْ يَعۡلَمُونَ ٱلۡغَيۡبَ مَا لَبِثُواْ فِى ٱلۡعَذَابِ ٱلۡمُهِينِ
Maksudnya: "Maka ketika Kami telah menetapkan kematian atasnya (Sulaiman), tidak ada yang menunjukkan kepada mereka kematiannya itu kecuali anai-anai yang memakan tongkatnya. Maka ketika itu dia telah tersungkur, tahulah jin itu bahawa sekiranya mereka mengetahui yang ghaib tentu mereka tidak tetap dalam seksa yang menghinakan."
(Surah Saba' 34:14)

Ayat di atas menceritakan perihal para jin yang sedang bekerja untuk Nabi Sulaiman a.s. Mereka menyangka Nabi Sulaiman masih beribadah di dalam tempat ibadahnya sedangkan Nabi Sulaiman sudah lama wafat. Para jin tersebut hanya mengetahui setelah terlihat Nabi Sulaiman tersungkur akibat tongkatnya yang dimakan anai-anai.

Peristiwa ini menjadi hujah kepada mereka yang mengangkat para jin kerana kononnya mengetahui hal ghaib. Ketahuilah bahawa jin, dukun, tukang sihir atau sesiapa pun sahaja tidak memiliki kemampuan mengetahui hal-hal ghaib. Jauhilah khurafat serta syirik!

TIADA SEORANGPUN YANG MENGETAHUI PERKARA YANG GHAIB

Firman Allah SWT di dalam surah An-Naml, ayat 65:

قُل لَّا يَعۡلَمُ مَن فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضِ ٱلۡغَيۡبَ إِلَّا ٱللَّهُ*
Maksudnya: "Katakanlah: "Tidak ada seorangpun di langit dan di bumi yang mengetahui perkara yang ghaib, kecuali Allah."

Bersandarkan kepada ayat ini juga, Syaikh Muhammad bin Shalih Al-Utsaimin berkata: "Hukum orang yang mengaku mengetahui ilmu yang ghaib adalah kafir, kerana ia mendustakan Allah SWT."

No comments:

Post a Comment