Pelajar jurusan Usuluddin kelentong perempuan dalam bilik hotel adik sendiri

Alor Setar: Helah seorang pelajar lelaki kononnya menyewa bilik di sebuah hotel murah di Jalan Lencong Barat, di sini, bersama adik ‘kandungnya’ tidak menjadi apabila mereka dicekup kerana disyaki berkhalwat, malam kelmarin.

Pelajar tahun akhir jurusan Usuluddin sebuah institusi pengajian tinggi itu dikatakan menyewa bilik hotel murah berkenaan bersama pasangannya sebelum dicekup oleh anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK) dalam operasi kira-kira jam 11.30 malam. 

Difahamkan, pelajar lelaki itu berusia 23 tahun, manakala pasangannya berusia 19 tahun bekerja sebagai warden asrama sebuah sekolah di bandar raya ini dan kedua-duanya berasal dari Kulim. 

Penolong Pengarah Penguat Kuasa Undang-Undang JAIK Syeikh Mohd Roshidi Mahmud berkata, sepasukan anggota penguat kuasa membuat pemeriksaan di bilik hotel dan mendapati ia tertutup rapat selain berkunci dari dalam.


Beliau berkata, anggotanya menunggu hampir 15 minit selepas mengetuk pintu sebelum ia dibuka seorang lelaki hanya berseluar panjang tanpa baju.

“Hasil pemeriksaan menemui seorang wanita berpakaian lengkap tanpa tudung bersembunyi ketakutan di tepi almari. Pada mulanya mereka memberi alasan menyewa di situ kerana mempunyai pertalian adik beradik kandung. 

“Bagaimanapun, ketika anggota kami meminta ditunjukkan kad pengenalan masing-masing, mereka panik dan berpura-pura memberitahu MyKad dalam kereta di tingkat bawah hotel berkenaan. 

No comments:

Post a Comment