Ibu, anak parah dibaham anjing pit bull






Texas: Seorang kanak-kanak berusia dua tahun dan ibunya parah diserang anjing baka pit bull milik teman lelaki wanita berkenaan.

Kejadian berlaku Isnin lalu di sebuah apartmen di League City. 

Ketika polis tiba di tempat kejadian, anjing itu dilihat sedang membaham kanak-kanak berkenaan, manakala ibu mangsa berusaha menghalangnya. 

Sehubungan itu, polis terpaksa menembak mati anjing berkenaan sebelum kanak-kanak itu dibawa ke hospital menggunakan helikopter.

Jurucakap Jabatan Polis League City berkata, ibu mangsa turut dibawa ke hospital dengan kecederaan teruk pada tangan serta lengan.

Tahun lalu, seorang wanita di California maut dibaham beberapa ekor pit bull ketika berjalan berhampiran rumahnya. 

No comments:

Post a Comment