Tip Jadi Cepat Jadi Kaya

Jika anda ada masalah kewangan, keluarga, kawan-kawan, hidup tak tenteram, tak tenang dan sedang mencari jalan keluar, saya ingin berkongsi tips yang dapat membantu anda (dengan izin Allah).

-Lakukan 8 perkara ini bermula hari ini.

-Bangun pagi ni , usap muka dan ucap terima kasih Allah. Usap seluruh badan dan bernafas dalam-dalam ucapkan syukur Allah kemudian senyum sendiri seorang-seorang.

-Cukup waktu, mulakan dengan solat sunat dhuha, buat 2 rakat kemudian 2 rakaat lagi. (4 rakaat) 

-Tanamkan dalam diri untuk tidak mahu bersembang dengan kawan-kawan pejabat tentang orang lain, tak mahu baca atau tulis yang bukan-bukan. Hanya mahu zikir dan sebut nama Allah saja. Sebut berulang kali dan dengan sepenuh perasaan. (anda boleh jadi sebak jika betul-betul mendalaminya) 

-Ketika pergi makan tengah hari jika ada makanan lebih, bungkus dan berikan kepada kucing jalanan. 

-Solat Zuhur, Asar, Maghrib, Isya’ di awal waktu, habis solat terus berdoa. Bersembang dan minta pada Allah agar nak kaya dunia dan juga akhirat. Minta dengan bersungguh-sungguh. Kemudian sebut terima kasih kepada Allah berkali-kali kerana menumpangkan kita dalam dunia ciptaan-Nya. 

-Bertekad jika ada sesiapa yang datang meminta sedekah, berikan tanpa banyak soal walaupun hanya 50 sen. 

-Telefon mak dan abah (jika masih ada), bersembang dan tanya khabar mereka walau hanya 5 minit.

-Bangun pukul 3.30pagi. Lakukan solat sunat tahajud 2 rakaat kemudian ambik masa termenung fikir salah diri, kenapa ujian datang kepada aku, mungkin aku pernah buat salah. Buang ego dan kaji sedalam-dalamnya apa salah dan silap kita. Kalau tak jumpa, mohon untuk Allah tunjukan.

-Ulang selama 3 hari berturut-turut. Insha Allah di hari ke 3 akan ada jalan keluar dan kita akan jadi kaya! Siapa berani sahut cabaran ni? Beritahu kepada kawan-kawan tips ni agar mereka juga boleh jadi kaya dalam masa 3 hari.(Salah satu teknik menjemput rezeki adalah dengan berkongsi peluang dan rezeki)

Penyelewengan Kitab Injil

Injil yang menjadi pegangan orang kristian sekarang ialah 4 kitab yang dikarang oleh mereka iaitu matta, marqash, luqa, dan yohana

injil matta (matteo)

dinisbahkan kepada seorang yang bernama matta iaitu salah seorang dari 12 hawariyyin ( sahabat nabi Isa ). 
sebelum mengikuti nabi Isa, beliau berkhidmat dengan kerajaan Rom sebagai pemungut cukai dan akhirnya menjadi pengikut yang setia.

ketika Allah mengangkat nabi Isa, matta telah mengembara bagi menyebarkan agama sehingga beliau menetap di Habsyah dan dibunuh oleh raja Habsyah antara tahun 62-70 masihi.

kebanyakan pendeta kristian berpendapat, matta menulis injil yg dinamakan dgn namanya dalam bahasa ibrani selepas 4 tahun ketiadaan nabi isa.

mereka bersepakat bahawa injil matta yg pertama dijumpai ialah terjemahannya dalam bahasa yunani. Manakala naskhah asalnya tidak dijumpai .

sehingga kini mereka tidak boleh membuktikan dimana naskhah asalnya dan siapa penterjemahnya.


Injil Luqa

Pengarangnya bernama Luqa, iaitu murid kepada Paul. Paul tidak pernah bertemu dengan Nabi Isa dan tidak pernah mendengar pengajaran daripadanya. Maka jauh sekali muridnya yang bernama Luqa ini untuk menerima riwayat yang sebenar dari Nabi Isa.

Paul merupakan seorang yahudi yang pernah menindas pengikut Nabi Isa. Kemudian mengubah cara dengan menganut agama kristian dan mendakwa menerima seruan ghaib.

Sebenarnya beliau seorang yang bertanggungjawab memesongkan agama Allah yang diwahyukan kepada Nabi Isa.

Pendeta kristian bersepakat mengatakan bahawa injil Luqa yang asal dalam bahasa Yunani ditulis oleh Luqa. Tetapi kedudukan beliau sebagai murid yang setia kepada seorang yang sesat iaitu Paul sudah cukup kuat bagi kita menolak kitab karangannya.


Injil Marqas

Nama asal pengarangnya ialah Yohana tetapi beliau digelar Marqas. Beliau bukan dari golongan Hawariyyin. Beliau merupakan seorang Yahudi, anak saudara kepada Barnaba yang merupakan salah seorang Hawariyyin. 

Beliau juga pengikut Paul yang dianggap mujahid agama kristian (sebenarnya seorang pengkhianat yang memesongkan ajaran Nabi Isa a.s. )

Marqas juga mengembara untuk menyebarkan agamanya. Beliau akhirnya menetap di mesir, kemudian dipenjara, diseksa dan akhirnya dibunuh.

Para pendeta bertelingkah bagi menentukan siapa penulis injil MArqas yang asal, iaitu dalam bahasa yunani. Ada yang mengatakan penulisnya ialah gurunya tetapi dinamakan dengan nama muridnya. Ada yang mengatakan marqas sendiri yang menulisnya selepas meninggalkan gurunya.


Injil Yohana

Yohana bin Zabdi merupakan seorang Hawariyyin yang amat dikasihi oleh Nabi Isa. Beliau telah dibuang negeri oleh kerajaan di zamannya, kemudian kembali ke Apyus dan meninggal dunia di sana kerana sakit tua.

Sebahagian besar pengkaji agama kristian di kalangan orang-orang kristian menafikan bahawa injil yang dinisbahkan kepada yohana itu dikarang oleh yohana bin zabdi. Penafian ini berlaku dikalangan pendeta abad kedua masihi. 

Salah seorang dari kalangan mereka yang bernama Istadln pernah menegaskan bahawa injil Yohana adalah hasil ciptaan para pelajar agama kristian di iskandariah.

Hasil kajian 500 pengkaji kristian, injil Yohana tiada kena mengena dengan Yohana bin Zabdi, sahabat nabi Isa tersebut.

Dalam injil yohana, terdapat penyelewengan akidah yang besar iaitu menganggap adanya sifat ketuhanan dalam diri Nabi Isa.


Injil Barnaba

Injil barnaba tidak diiktiraf oleh orang Kristian. Pope Klasius, ketua agama yang pertama dilantik dalam tahun 492 masihi telah mengeluarkan senarai kitab-kitab yang diharamkan. Antaranya ialah kitab Barnaba ini.

Injil Barnaba merupakan satu-satunya Injil yang hampir-hampir sama dengan kitab Injil yang asal. Terdapat tuduhan mengatakan kitab ini dicipta oleh orang Islam. Bagaimana ianya dicipta oleh orang Islam, padahal orang kristian mengisytihar kitab ini haram semasa Nabi Muhammad belum dilahirkan lagi. 

Menurut sejarah kristian, pernah diadakan persidangan kristian antarabangsa yang dianjurkan oleh kerajaan Rom, sebelum kelahiran NAbi Muhammad, yang dihadiri oleh 2048 orang wakil dari seluruh dunia. 

Dalam persidangan itu, berlaku perselisihan dalam kedudukan Nabi Isa. Ada yang mengatakan tuhan atau anak tuhan, dan ada yang mengatakan Isa hanyalah manusia biasa. Tetapi pendapat yang mengatakan Nabi Isa itu tuhan mendapat sokongan kerajaan Rom. Kitab-kitab yang sebenar diharamkan. Ulama-ulama yang soleh menjadi buruan kerajaan.



sumberdari 
Kitab beriman kepada Malaikat dan Kitab
Hj Abdul Hadi Awang

Aku Bukan GAY........






Kali ni kursus aku di johor,selalunya boleh pilih rakan sebilik tapi kali ni urusetia dah tetapkan rakan sebilik,
aku nengok senarai sape teman sebilik aku,'owh pakcik ni brador Joi 'aku dah memang biasa sebilik dengan org tua ni,aku pun check in amik card utk masuk bilik berehat,sesi kelas ptg lambat lagi boleh rehat jam masih awal,lepak punya lepak sambil mengelamun bilik aku diketuk dari luar,'sah org tua ni dah sampai'kata ku dlm hati,sekali aku bukak pintu ,aik kenapa lain rupa salah bilik ke mamat ni,aku sangkakan si brador Joi sekali org lain.

Cara atasi hibernate pada window


Pernah x korang alami masalah lappy atau desktop korg hibernating yg lama,
kalau tanye google dia suruh matikan fungsi hibernating dekat control panel tp masalahnya window pun x bukak dah berjam2 mcm ni je,akhirnya saya dpt 1 cara mudah,

-matikan komputer dengan cara menekan butang power
-cabut cable plug,kalau lappy cabut je bateri

bila lappy dah mati hidupkan kembali spt biasa hehehe

penyebabnye saye xtau lah,mungkin tutup x betul kot,x sempat lappy mati dah lipat moniter

Skodeng : Assembly

Assembly
Hari itu hari Isnin dan seperti biasa perhimpunan akan diadakan selepas kelas pada pukul 3.00 pm. Aku dan Siti, teman sebilik mula merancang sesuatu. Dalam kamus hidup kami jarang sekali ada aktiviti perhimpunan, apatah lagi ceramah. Bagi kami, daripada tidur di Dewan Besar, lebih baik kami tidur di dorm atau pun surau. Selesa sikit.

Upgrade STREAMYX






Ape citer menarik sal streamyx ni,sebenarnye aku teruja sbb tu aku nak citer skit ni mengenai langganan pakej streamyx bb 1mps yg beharga  rm116.60 ni,memula tu aku speed test selalu dpt dalam 0.80mb je paling tinggi pun 0.90 jerk ini bermakna  aku cuma dapat 90% dari langganan sepatutnye aku kena dapat 1.00mb kan,aku nengok terma dan syarat katanya pelanggan berhak dapat atas 70% dari kelajuan sepatutnye aku search kebanyakan pun dpt mcm tu jugak speedtest dalam 80% dari yg sepatutnya,
aku tanya kawan aku yang pakai stimik mcm aku dia ckp dia dpt jerk 1mbps aku pun tak puas hati jadi aku buat search kat tenet,ada org langgan pakej bb1mbps boleh dpt speed sampai 1.5mbps sebabnya diorg bukak port sampat 2mb,aku tak puas hati sbb aku tak dpt mcm tu aku pun call 100 ckp speedtest tak pernah dpt 1mb kurang jerk dpt,dlm 2 hari diorg setting kat sana akhirnya aku dpt la speedtest dalam 1.25mb lebih kurang bukan sentiasa kurang,sesiapa langgan stimik dapat kurang dari sepatutnya buat lah aduan call 100 suh diorg buat sampai dpt speed yg sepatutnya.

Selama 4 bulan langganan aku dpt panggilan offer upgrade ke 4mbps cuma tambah rm10 je dalam bil atau ke 8mbps tambah rm20 dalam bil dari pihak TM yg bernombor 03-2601-6400,no ni takleh call masuk cuma keluar je.

Tapi aku tak percaya ingatkan nak scam sekali aku baca forum mmg betul tu dari TM,aku cuba call balik no tu tapi x dpt sbb no tu boleh call keluar je,aku call la 100 nak mintak balik offer tu,aku cakap aku ada dpt offer tapi tak sempat nak kata setuju dah terputus,lepas aku ckp dengan operator tu akan buat laporan dan report utk dihantar ke bahagian promotion,dalam sejam no 03-2601-6400 ni call aku pastu ape lagi dlm promok dia tu aku terus setuju upgrade ke pakej 8mbps cuma tambah rm20 je menjadikan keseluruhan bill aku nanti termasuk gst rm37.80 mcm harga pakej bb2mbps .



Sementara tu dapat lagi  set top box HYPPTV dan dapat percuma semua saluran selama sebulan lepas sebulan semua saluran percuma tu tinggal la saluran yg sedia ada percuma utk pakej,nak tambah saluran yg best2 kena bayar add on atau amik pakej pukal rm30 ada rm50 ada.





Pakej 8mbps ni aku puas hati  sbb awal2 diorg dah bukakkan port sampai 10mbps jadi aku speedtest dapat la dalam 8mb tak pernah kurang,manakala siaran hypptv tak mengganggu pun speed internet ,aku speedtest masa nengok siaran hypptv dalam lingkungan 6.50mbps jadi xde masalah bab speed berkurang untuk main internet.


CUMA yang aku bengang dari memula aku langgan kenapa youtube mcm kena throttle jerk,waktu siang layan youtube speed moniter menunjukkan cuma bawah 50kbps kalau waktu malam dalam jam 1pagi baru dapat full HD,

Aku hantar email kat help@tm buat report,petang tu jugak org dari telekom call tanya mengenai report aku tu,
sembang punya sembang mmg betul diorg ada sekat kelajuan tapi kawan2 kat tempat lain 247 ok jerk youtube HD lg,katanya ade tempat2 tertentu je,kawasan yang x padat x banyak user diorg x sekat,tempat yg byk user dan padat diorg akan hadkan .
mcm tu pulak citer,aku bayar ni,dengan panas aku letak so skrg mcm mana boleh ke aku buat report kat SKMM atau KPDNKK mengenai masalah ni,paling x pun bagi la speed layan youtube 50% dari dilanggan pun dah ok.
sape ade masalah yg same mcm aku ape citer