Disini saya senaraikan 17 Cara Untuk Suami Membahagiakan Isteri diambil dari majalah wanita.
1. Membina Pertemuan yang Manis
Setiap kali pulang dari kerja pulanglah dengan muka yang manis bukannya membawa masalah di tempat kerja kerumah. Berilah salam sambil melemparkan senyuman kepada isteri ketika pulang bekerja. Isteri pula sambut le…nanti suami tersengih sorang-sorang orang ingat gila pulak.
2. Mengucapkan Kata-kata yang Baik
Setiap kali berbicara dengan isteri, pilihlah kata-kata yang baik yang boleh memberi kesan positif. Elakan menggunakan perkataan-perkataan yang negatif. Memberi perhatian kepada isteri ketika isteri ingin bercerita sesuatu. Ini akan membuatkan isteri akan terasa dihargai lebih-lebih lagi jika suami memanggil dengan nama panggilan mesra.
Bagaimanapun, kebanyakan suami biasanya akan buat-buat pekak apabila isteri mula bercerita mengenai nak langsir baru,kerusi baru,gelang baru dan baju baru. Kalau setahun sekali mungkin akan dengar kalau setiap kali gaji masuk…Mesti suami tiba-tiba jadi pekak.
3. Meluangkan Masa Bersama Isteri
Walaupun sibuk dengan urusan harian dan kerja. Teman hidup tidak boleh diabaikan. Kalau pada hari biasa sudah sibuk dengan urusan kerja apa salahnya pada hujung minggu untuk meluangkan masa bersama anak dan isteri.
Bukan tiap-tiap minggu nak main golf dengan Datuk-datuk??
4. Bergurau Senda
Jika sebelum kahwin “U ni klaka la…suka buat lawak…I like” apabila sudah kahwin. “Abang ni kelawar dah tak kelako!!!”. Hidupkan suasana ceria dirumah agar kehidupan rumah tangga kita lebih ceria.
Mungkin alasan yang biasa si suami untuk keluar melepak sampai 2,3 pagi “Bosan la duk umah”. Kalau suami bosan pastinya isteri pun bosan. Jangan pentingkan diri.
5. Bantu Isteri dalan Tugasan Harian
Bantu isteri dalam menguruskan rumah tangga. Basuh baju,masak, jaga anak dan apa sahaja berkaitan. Sebernarnya ini antara bahagian yang agak sukar untuk suami lakukan…ehem!!!
6. Sentiasa Berbincang
Setiap masalah suami perlu berbincang dengan isteri terutamanya berkaitan dengan masalah rumah tangga. Ini menunjukan pendapat isteri amat penting bagi suami dan isteri akan terasa dihargai. Jadi suami juga perlu mendengar pendapat isteri bukan menggunakan kuasa veto dalam membuat keputusan.
7. Menziarahi Sanak Saudara Kedua Belah Pihak
Suami tidak boleh mengabaikan pihak isteri. Jika sanak saudara kita selalu diziarahi maka begitu juga sanak saudara belah isteri.
8. Apabila Meninggalkan Isteri
Kadang kala suami mungkin perlu kerja luar (jangan makan luar yea). Jadi sebelum meninggalkan isteri ada beberapa perkara dicadangakan suami lakukan :
- Ucapkan selamat tinggal dengan mesra dan memberi nasihat yang baik kepada isteri
- Baca doa safar
- Berpesan kepad isteri untuk mendoakan kesejahteraan anda pergi dan pulang.
- Tinggalkan wang untuk keperluan secukupnya kepada isteri dan anak-anak
- Pulang secepat mungkin selepas selesai urusan
- Membawa pulang buah tangan kepada isteri dan anak-anak
- Kalau boleh elakan pulang pada waktu yang tidak sesuai seperti ketika isteri sedang nyenyak tidur pada waktu malam.
- Bawa isteri bersama jika diizinkan
9. Menyediakan Nafkah yang Mencukupi
Suami tidak boleh kedekut soal duit dengan isteri. Adalah disarankan si suami memberi wang kepada isteri sebelum diminta untuk menjaga perasaan isteri.
10. Sentiasa Harum dan Kemas
Jika suami tidak suka untuk melihat isteri dalam keadaan selekeh, isteri juga begitu. Mestilah si isteri mahu melihat suaminya sentiasa kemas dan hensem. Cukup bulu-bulu yang berserabut. Jangan pula simpan bulu ketiak sampai 1 meter baru nak cukur. Tidak salah untuk suami memakai wangian ketika dirumah bersama isteri walaupun tidak keluar kemana-mana.
11. Nafkah Batin
Untuk point ini saya tidak mampu untuk hurai lebih. Apa yang penting baca bismillah dan doa.
Bismillaahi, allahumma jannibnasy syaythaana wa jannibisy syaythaana maa razaqtanaa
Maksud : Dengan nama Allah, ya Allah; jauhkanlah kami dari gangguan syaitan dan jauhkanlah syaitan dari rezki (bayi) yang akan Engkau anugerahkan pada kami.
(HR. Bukhari)
12. Menjaga Rahsia Keluarga
Hal rumah tangga adalah rahsia peribadi. Jadi tidak elok untuk dijaja kepada orang lain terutamanya urusan bilik tidur kepada orang lain walaupun rakan karib anda sendiri.
13. Bantu Isteri Taat kepada Agama
Antara tugas utama suami adalah membimbing isteri. Mungkin anda pernah dengar kata-kata ini ” Jika dalam dunia ini semua lelaki baik maka tiada wanita jahat dalam dunia ini”. Ini kerana tugas lelaki untuk membimbing wanita.
14. Terapkan pengetahuan Agama dan Nasihat
Point ni lebih kurang dengan 13.
15. Cemburu bertempat
Cemburu merupakan fitrah dan lelaki harus cemburu kepada isterinya namun bukan lah cemburu buta. Mungkin isteri akan terasa diri kurang dihargai atau disayangi jika suami tidak langsung ada perasaan cemburu.
16. Sabar dan Lemah Lembut
Meninggikan suara ketika marah kepada isteri adalah perkara yang perlu dielak. Suami perlu mempunyai sifat sabar dan lemah lembut terutamanya ketika menasihati isteri. Jika meninggikan suara juga tidak bagus apatah lagi menggunakan anggota (pukul) untuk menasihati isteri.
Cara untuk menasihati isteri :
■Nasihat isteri secara bersendirian.
■Elak marah/nasihat depan anak-anak atau orang lain.
■Jangan harapkan hanya nasihat sekali sudah cukup untuk isteri berubah.
17. Maafkan Isteri
Suami perlu mempunyai sifat pemaaf dan tidak perlu berdendam. Kesalahan isteri yang lampau tidak perlu diungkit-ungkit.
No comments:
Post a Comment