Hairan Dan Pelik - Senarai Fakta Pelik Untuk Dibaca

Dunia ini penuh dengan keajaiban dan kepelikan yang dijadikan Tuhan Yang Maha Esa 
supaya umat manusia dapat memikir dan merendah diri keatas kekuasaan Nya. Tetapi 
ada jugak keajaiban dan kepelikan yang dijadikan oleh umat manusia yang agak susah 
untuk diterima akal yang amat menghairankan kita semua. Ambillah kenyataan 
tersebut dibawah dengan hati terbuka dan renungilah sejenak sambil kita mencari 
jawapannya bersama. Pada yang berkenaan, janganlah ambil personal, cuma sebagai 
iktibar dan teguran yang membina. 

Hairan sungguh.......... 

1. Bila kita ke EPF untuk menyemak caruman, dengan sekelip mata saja penyata dapat 
dikeluarkan melalui slip komputer, tetapi bila kita nak mengeluarkan simpanan, 
kena tunggu 5 hingga 6 bulan. 

2. Walaupun kerajaan sudah berkali-kali menasihatkan pengguna jalanraya supaya 
berhati-hati ketika memandu, tetapi kes-kes kemalangan makin meningkat. 

3. Bila kerjaan menetapkan hadlaju lebuhraya setakat 110km sejam sahaja, tetapi 
maseh membenarkan penjualan kenderaan yang mampu melepasi hadlaju tersebut 
sehingga dua kali ganda. 

4. Bilamana kakitangan kerajaan yang dibayar gaji dari hasil dan pendapatan rakyat 
berlagak sombong bilamasa berurusan dengan orang ramai. 

5. Bilamana harga roti canai dinaikkan 10 sen sekeping ketika kerajaan menaikkan 
harga tepung 10sen sekilo. 

6. Bila mengenangkan harga kereta Proton lebih murah diluar negara daripada di 
negara sendiri. 

7. Bilamasa sesuatu skandal didalam Jabatan kerajaan hanya diketahui setelah 
bertahun-tahun lamanya. 

8. Walaupun berpuluh-puluh filem bollywood ditayangkan dengan hanya tajuk berbeza, 
tapi dengan plot yang sama, rentak tarian yang seiras dan pelakon-pelakon yang 
serupa, maseh ramai jugak yang berpusu-pusu untuk menontonnya. 

9. Bilamana perempuan ditinggalkan oleh lelaki, lelaki dituduh tidak setia, tetapi 
bilamana perempuan meninggalkan lelaki, lelaki pulak dikatakan tidak memenuhi 
citarasa. 

10. Bilamana mengenangkan ada orang yang boleh berjanji pada kita untuk hadhir 
pada sekian-sekian masa, dia akan menjelma sejam kemudian, setiap kali. 

11. Bilamasa kita menanyakan status berkenaan sesuatu permohonan kepada Jabatan- 
Jabatan Kerajaan, jawapannya semua serupa....DALAM PROSES! 

12. Bilamasa kita nak ke Sabah dan Sarawak bagi tujuan integrasi, kita kena pakai 
passport, tetapi tidak bagi orang Sabah dan Sarawak pulak bila datang ke 
Semenanjung. 

13. Bilamasa mengenangkan adat sopan santun kita untuk tidak menghabiskan juadah 
makanan yang dihidangkan oleh tuan rumah bila kita mengunjung walhal dari segi 
agama mengatakan jangan membazir!

14. Bilamasa kita terlambat untuk membayar pinjaman bank, kita akan dikenakan 
faedah keatas bayran tersebut, tetapi bila bank terlebih potong, kita kena tunggu 
sampai 4-5 bulan walaupun untuk mendapat 5 sen balik...tanpa faedah!. 

15. Bilamasa kita terlambat untuk sampai ke lapangan terbang untuk check -in, kita 
akan didenda 25% dari tambang kapalterbang, tetapi bila penerbangan dibatalkan 
atau terlambat, satu benda pun kita tak dapat melainkan penat menunggu! 

16. Bila setiap kali pasukan sukan negara kita tewas dalam sesuatu pertandingan, 
kita akan segera membuat "post-mortem" tanpa membuat "post-mortem" keatas pegawai 
yang membuat "post-mortem" tu sendiri, sebab dia tak pernah tahu punca kegagalan 
kita. 

17. Kenapa pemilik teksi Bandaraya mengenakan tambang 50% selepas tengah malam 
sedangkan dibandaraya selalunya bercahaya terang (macam siang) dan kurang traffic 
jam pulak tu....mungkin takut kena rompak...tapi nak buat apa caj lebih pun kalau 
lepas tu kena rompak? 

18. Bilamasa kita makan di restoran-restoran makanan segera kita dikenakan caj 10% 
cukai kerajaan dan 5% cukai perkhidmatan sedangkan cukai kerajaan itu adalah 
diatas untung syarikat dan cukai perkhidmatan tak pernah ada sebab semuanya layan 
sendiri? 

19. Bilamana kerajaan menyarankan penggunaan ilmu IT kepada masyarakat sedangkan 
kakitangan kerajaan sendiri pulak tak tahu nak menggunakan e-mail ataupun 
komputer. 

20. Bilamasa telah berkali-kali pegulas sukan kita telah ditegur caranya yang 
penuh sentimen bila mengulas sesuatu acara sukan, tapi makin menjadi-jadi pulak 
mengada-ngadanya. 

21. Bilamasa agensi-agensi Kerajaan dan Jabatan berkanun menganggap seolah-olah 
semua orang tahu bagaimana nak isi borang mereka yang berkajang-kajang dan membawa 
dokumen yang "secukupnya" bila berurusan dengan mereka. 

22. Bilamasa rakyat yang belum mempunyai tanah tak pernah berjaya didalam 
permohonannya sedangkan orang lain yang mempunyai tanah dimerata-rata tempat 
dengan mudah mendapat lagi. 

23. Bilamasa skuad hoki negara kita sangat berpuas hati hanya dengan peningkatan 
permainan mereka walaupun tewas sedangkan pasukan lain berkejar-kejaran dan 
bermati-matian untuk mendapatkan pingat. 

24. Bila FAM kita berhempas pulas untuk menaikkan nama pasukan bolasepak negara 
dengan menukar-nukar pemain dan jurulatih sedangkan maseh mengekal pucuk pimpinan 
yang lama. 

25. Bila kita kenangkan bahawa kejadian UFO hanya berlaku di Amerika Syarikat dan 
negara-negara barat yang lain sahaja. 

26. Bila kita melihat di kaca televisyen bahawa pengacara-pengacara muzik semuanya 
beriras mat dan minah saleh dan muka-muka melayu biasa tak laku langsung. 

26. Bilamana telefon bimbit yang diusung kesana kemari, walaupun tak dipakai akan 
dicaj sekurang-kurangnya RM60 sebulan. 

27. Apabila kita mempunyai modem yang terpantas dan membayar caj sambungan 2.5 sen 
seminit untuk internet, tetapi menunggu berjam-jam hanya untuk melihat gambar 
terbaru Siti Norhaliza keluar sikit demi sikit diskrin monitor. 

28. Walaupun kita tahu bahawa rancangan gusti di tv itu hanyalah lakonan semata- 
mata, tapi kita masih bermaki hamun dan bersorak bagai nak rak sedangkan kita tahu 
kalah atau menang, kesemua pelakon-pelakon tersebut dapat duit banyak. 

29. Bila melihat sesetengah pemandu yang tak tahu untuk menggunakan lampu isyarat 
apabila hendak membelok. 

30. Bilamasa sesuatu "traffic jam" terjadi semasa hujan lebat hanya kerana pemandu 
memperlahankan kereta untuk melihat air yang berlalu deras didalam longkang. 

31. Bilamasa sesuatu "traffic jam" terjadi hanya kerana pemandu memperlahankan 
kereta untuk melihat motorsikal penjual roti terbalik ditepi jalan. 

32. Bila kita tengok orang boleh bercinta didalam internet walau sekali pun belum 
pernah berjumpa. 

33. Bila mendengar pengulas sukan kita boleh bersajak dan berpuitis ketika 
mengulas siaran langsung sesuatu acara sukan. 

34. Bila kita menanyakan kawan kita alamat rumahnya. dia menjawab 
"mamat@yahoo.com". 

35. Bila mengenangkan pada suatu masa dulu pemain bolasepak liga profesyenal boleh 
mendapat hingga RM10000 sebulan bermain bola macam budak sekolah sedangkan graduan 
universiti yang bertungkus lumus selama lapan belas tahun kat sekolah hingga pusat 
pengajian tinggi menerima gaji permulaan hanya RM1250.00 sebulan. 

36. Apabila orang ramai merungut semasa gaji kakitangan kerajaan dinaikkan kerana 
takut harga barangan pun meningkat, tetapi tidak menyoal pulak apabila harga 
barangan naik tetapi gaji kakitangan kerajaan maseh ditakuk lama. 

37. Apabila Jabatan Hasil Dalam Negeri memberi jaminan bahawa semua potongan 
lebihan akan dikembalikan kepada pembayar cukai, tetapi bila pembayar cukai 
memohon pengembalian, tiada jawapan langsung diterima dan lebihan tersebut 
diakrukan kedalam tafsiran tahun berikutnya. 

38. Apabila surat menyurat kepada Jabatan kerajaan hilang dalam perjalanan ataupun 
mengambil masa 4 bulan untuk dijawab. 

39. Bilamana budak-budak zaman sekarang sampai tak makan dan tak minum dok 
"chatting" dalam internet sedangkan bila suruh baca buku, terus terlena. 

40. Bilamasa melihat harga telefon bimbit sekarang lebih murah daripada sewa 
taliannya. 

41. Bila komputer canggih yang kita beli hari ini dah "out-of-date" selepas 
sebulan dan kita pun maseh belum habis pelajari kesemuanya fungsinya. 

42. Bila melihat harga baju kanak-kanak lebih mahal dari baju dewasa. 

43. Bila pos laju mengambil masa seminggu untuk sampai. 

44. Bilamana kenaikan pangkat didalam Jabatan Kerajaan bermakna tanggungjawab 
bertambah 4 kali ganda dan gaji dinaikkan setakuk dari dulu. 

45. Bilamana kita membayar RM1.20 untuk membeli surat khabar yang penuh cerita 
rogol, kes khalwat, serta kisah sensasi artis-artis. 

46. Bila kita membeli TV 29" tetapi hanya dapat menonton 20" sahaja bila 
selebihnya dilingkungi dek iklan. 

47. Bilamasa orang-orang yang menganggap dirinya intelektual serta berpengetahuan 
IT meletakkan sedutan-sedutan biadab serta ayat-ayat lucah didalam "Guestbook" 
sesuatu laman web. 

48. Bila orang boleh bermadu kaseh serta bersumpah setia hanya dengan berkenalan 
didalam "chat room". 

49. Bilamasa teknologi internet sekarang membolehkan seseorang membeli sayur segar 
menggunakan e-commerce sedangkan laman yang menawar khidmat itu terletak di 
California, USA. 

50. Bilamasa laman web yang menawarkan perkhidmatan percuma tetapi meminta anda 
mengisi maklumat kad kredit anda. 

51. Bilamasa kita demam dan ke klinik untuk berjumpa doktor, kita membayar RM30 
hanya untuk sepeket pil panadol sambil diberitahu doktor yang kita ni demam. 

52. Apabila kita kekedai komputer untuk mendapatkan maklumat sesuatu komponen, 
jurujual menjawab "sikit jam ah...saya mau tanya tauke". 

53. Bilamasa syarikat bas mengenakan tambang yang pelik seperti RM1.75 sambil 
menyuruh kita menyediakan duit secukupnya sebab lebihan tidak akan dipulangkan, 
walaupun kita tahu kita jarang sekali menggunakan duit 5 sen. 

54. Bilamana ada orang dapat menawarkan layanan seks dalam ruangan berkenalan 
sesuatu laman web. 

55. Bilamasa melihat eksekutif-eksekutif maseh memakai kot dan tali leher semasa 
makan tengahari kat warong tepi jalan walaupun cuaca panas terik. 

56. Bilamana penggemar-penggemar dan pemilik kereta bermegah dengan kereta mereka 
yang berkuasa besar walaupun sedar yang had laju jalanraya disini hanyalah 110km 
sejam. 

57. Bilamasa kita melihat format pertandingan liga bolasepak negara ditukar setiap 
musim walaupun sedar yang tahap permainan tetap menurun. 

58. Bilamasa F.A.M mencari punca terjadi pergaduhan didalam sesuatu perlawanan 
liga bolasepak negara sedangkan setiap pasukan diberi gelaran nama binatang. 

59. Bilamasa pemilik kenderaan terpaksa membayar cukai jalan setiap tahun tetapi 
jalanraya hanya dibaiki lima tahun sekali. 

60. Bilamasa artis sanggup menukarkan nama yang mak bapa berikan supaya lebih 
glamour. 

61. Bilamana mengenangkan manusia suka bergaduh tetapi Allah melarangnya. 

62. Bila pembunuh terlepas dari hukuman dan yang tak bersalah dihukum 
63. Bila pemandu tidak sanggup memberi peluang pemandu lain memotong, tetapi 
sanggup berhenti untuk mengajak pemandu lain bergaduh ditepi jalan. 

64. Bila seorang Pak Aji boleh memberikan komen terhadap kebesaran buah dada 
seseorang perempuan..........pelik sungguh bila melihat perempuan berjalan hanya 
matanya kat situ aje 

66. Bilamana setiap kali rancangan WWF disiarkan, lebih ramai orang perempuan yang 
menunggu untuk menontonnya, tetapi tidak pula pada orang lelaki yang sentiasa 
tertidur . 

67. Bilamana pelanggan di McDonald's membeli air "diet coke" sedangkan mereka juga 
membeli BigMac yang penuh lemak. 

68. Apabila TV kita rosak satu atau dua hari selepas tempoh jaminannya tamat. 

69. Bilamana pelanggan diherdik dan dimarahi apabila berurusan dengan Jabatan 
kerajaan kerana tidak tahu mengisi borang sedangkan Piagam Pelanggan mereka begitu 
putis sekali. 

70. Bilamana manusia lebih banyak suka menceritakan keburukan orang daripada 
kebaikan yang ada. 

71. Bilamana orang-orang muda sekarang cepat beruban. 

72. Bilamana ramai orang lebih suka membaca majalah hiburan dari buku-buku ugama. 

73. Semakin ramai mampu membeli kenderaan walaupun harganya makin meningkat. 

74. Bilamana orang yang tak pandai kerja tapi pandai mengampu boss mendapat gaji 
yang lebih tetapi bagi orang yang pandai kerja tapi tak pandai mengampu boss, gaji 
maseh ditakuk lama. 

75. Bilamana lebih ramai orang, masa kerja ponteng kehulu kehilir tapi bila lepas 
waktu kerja baru sibuk nak buat overtime. 

76. Bilamana ada orang yang ilmu tak seberapa, pengetahuan cuma sejengkal, tapi 
maseh mampu nak berlagak sombong. 

77. Bila lagu-lagu dulu yang kurang teknologi maseh sedap dan enak didengar 
berbanding lagu sekarang. 

78. Bilamana ramai orang yang mengaku diri mereka sibuk sedangkan satu kerja pun 
tak pernah siap tepat pada masa. 

79. Bilamana ramai yang memberi nasihat yang merosakkan dari nasihat yang baik. 

80. Bilamana disetiap rumah murah terdapat kereta yang harganya lebih mahal 

81. Bilamana ditanya apa yang dibentang dalam belanjawan hari ini cuma bab bonus 
sahaja yang hanya diingati 

82. Bilamana seseorang suami mendapat sesuatu dari isteri hanya setelah siisteri 
mendapat sesuatu darinya terlebih dahulu. 

83. Bilamana pokok nangka sudah bleh tumbuh diatas pokok pisang -kesahihan perlu 
dikaji 

84. Bilamana banyak kejadian rogol atau mencabul kehormatan berlaku, masih ada 
yang ke tempat kerja dengan pakaian yang seksi (banju tanpa lengan dan skirt 
pendek nampak peha).tigershow: 

85. Bilamana kerajaan mengagung-agungkan MSC maseh ramai rakyat buta IT, tak mampu 
nak membeli komputer, masih menggunakan Dail Up Modem yang terlalu lembab dan 
membiarkan bayaran langganan untuk ISD yang terlalu mahal. 

86. Bilamana ramai orang yang maseh menghisap rokok di luar KLIA, terutamanya 
kakitangan KLIA sendiri, sedangkan KLIA sendiri memaparkan amaran 'DILARANG 
MEROKOK' pada setiap pintu kaca di luar KLIA.

No comments:

Post a Comment