cara nak kurangkan atau tak nak dikenakan cukai pendapatan (cara yg dibenarkan)

Sebagai seorang yang celik ilmu pengurusan kewangan, mahu tidak mahu anda perlu menguasai cara mengurangkan jumlah cukai pendapatan yang perlu dibayar dengan mengenalpasti pelepasan cukai yang diberikan oleh LHDN.


Antara perbelanjaan anda yang boleh mendapat pelepasan cukai ialah:


1. Zakat – Ini adalah kelebihan yang ada pada orang muslim. Anda boleh dapat pelepasan cukai sebanyak jumlah zakat yang ada bayar.

2. Pendidikan Anak – Pelepasan cukai maksimum sehingga RM3,000 sekiranya anda menyimpan melalui Skim Simpanan Pendidikan Nasional ( SSPN) iaitu skim simpanan yang direka khas oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi tujuan pendidikan tinggi.

3. Bantuan kebajikan – Sumbangan kepada organisasi yang mendapat kelulusan LHDN seperti MERCY dan MAKNA

4. Pembelian buku, journal, majalah – Pelepasan cukai maksimum sehingga RM1,000.

5. Melanjutkan pelajaran postgraduate – Pelepasan cukai maksimum RM5000 setahun. Sila semak syarat-syaratnya di laman web LHDN .

6. Pembelian barangan sukan – Pelepasan cukai maksimum RM300

7. Insuran hayat/takaful keluarga – Pelepasan cukai adalah RM6000 (dikongsi dgn caruman EPF).

8. Bayaran perubatan untuk ibu bapa – Pelepasan cukai maksimum RM5000.

9. Pembelian komputer - Pelepasan cukai RM3000 ( sekali sahaja dalam 3 tahun)

10. Full Medical Check Up. Maksimum RM500 seorang untuk full medical checkup dan RM 5000 untuk penyakit kritikal dan peralatan bantuan asas (basic supporting equipment)

  

Peringatan:

Pastikan anda menyimpan semua resit dan bukti untuk tujuan pelepasan cukai.

Lebih molek kalau anda sediakan satu fail khusus untuk Cukai Pendapatan Peribadi

anda Layari laman web LHDN untuk informasi dan maklumat yang lebih lanjut.
 

2 comments:

  1. beli kereta tiada pelepasan cukai ke ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harga keta mahal sbb cukai la sbb tu langsung x terlepas cukai

      Delete