cara cara nak organize & bersihkan peti sejuk anda

teman memang suke peti sejuk kelihatan tersusun dan bersih. tuan/puan CG yg rimas dengan barang2 tak tesusun bole cube method nih. 
Kalau anda rajin, organizenya setiap hari.
kalau anda malas sikit, organizenya setiap minggu.
kalau anda takde masa nak buat.. uhmm cubalah sebulan sekali.

Peti sejuk tempat kita simpan bahan2 makanan kita. Bahan2 makanan yang kita masak dan makan. Jadi kita kena pastikan yg sejuk bersih agar makanan kita segar & tidak tercemar. Jangan sampai peti sejuk berbau, baru kita nak organize. Jadikan rutin bersihkan peti sejuk sebagai rutin harian, jadi anda akan terbiasa dengannya.




Langkah 1:
Mula2 tutup suis peti sejuk. Kalau ikutkan arahan kat peti sejuk, kalau dah tutup suis, kena tunggu 5 minit baru ON semula.
Di internet, banyak yang mencadangkan, kita kurangkan suhu peti sejuk pun dah memadai berbanding "OFF" terus. Bersihkan peti sejuk ni akan melibatkan banyak kerja, pintu akan senantiasa buka & tutup.


Langkah 2 : 
Keluarkan semua barang-barang daripada peti ais. Jangan keluarkan barang2 bahagian freezer dulu. Setelkan bahagian sejuk dulu.


keluarkan barang2 sikit2






Langkah 3:
Bersihkan tray plastik/kaca dan semua bahagian dalam peti sejuk sebersih-bersihnya. Anda boleh mengelap atau boleh cuci semua tray dalam sinki. So keluarkan satu persatu tray dan basuh dengan air mengalir. Kemudian biarkan kering. 

Setiap bahagian peti sejuk kena bersihkan dengan kain. ada yg cadangkan menggunakan pembersih semulajadi dengan menggunakan 2 sudu teh baking soda campurkan dengan satu cawan air panas atau gunakan cuka berbanding pencuci kimia yang akan meninggalkan bau. Kalau takde baking soda, pakai air suam sahaja nak bersihkan bahagian-bahagian ni. Utk pengetahuan anda tiada kotoran yang susah nak tanggalkan dalam peti ais kalau kat bahagian ini.


Lap sampai bersih semua bahagian






Kalau ada design peti sejuk yang ada ruang kecil yang susah dicapai dengan kain, anda boleh bersihkan dengan berus gigi atau putik kapas/cotton bud. 




Langkah 4: 

Buang makanan/bahan-bahan yang sudah luput tarikhnya, tidak segar atau yg dok simpan punya la lama takde orang sentuh (cam buah-buahan2 yg dah kecot atau ditinggalkan separuh/suku bahagian je). Kalau ada ubat2 yang dah luput tarikhnya atau dah tak pakai buangkan juga ye. Lepas tu bersihkan juga bibir sos/kicap (kalau simpan benda2 ni kat dalam peti sejuk) dengan tisu atau kain yg dibasahkan. Juga bersihkan sekali badan botol.

Cek kalau ada makanan yang perlu ditukar bekasnya.Kadang2 masa kita masukkan awal2 dulu, kuantitinya banyak, tapi makin lama kerap dimakan, kuantiti dah makin kurang, tapi bekas plastiknya masih pakai yang besar, so ia akan menggunakan ruang yg besar. Tukarkan ia kepada bekas yg lebih kecil & sesuai. 

Tengok isi bekas yang perlu ditambah isinya. Untuk memudahkan anda masak, tak payah nak kalot nak cari stok kat mana. Kalau rajin anda juga boleh melabelkan mana2 barang yg anda terlepas pandang, senang nak cari padai kemudian hari. 




Langkah 5: 
Susun semula barang2 masuk ke dalam peti sejuk. Jika perlu ubah tray ikut ketinggian barang, sila berbuat demikian.

Rak pertama biasanya boleh letak buah-buahan, coklat atau kek utk mudah nak capai (abis diet aku). Rak yg atas ni paling senang nak nampak & perasan. Kalau letak tray bawah, mungkin tak perasan. 
Tray seterusnya anda boleh letak barang2 lain mengikut kesesuaian & utk memudahkan diri anda. 

Anda boleh letak butter, cheese dalam bekas khas. 

Lepas setel bahagian sejuk, baru mulakan bahagian frozen. Memandangkan suis dah ditutup, keluarkan semua makanan dan kemudian tutup pintunya, untuk kekalkan kesejukan freezer. Lepas tu baru check kalau ada barang2 dalam Tupperware atau bekas plastik yg perlu diganti/ dibuang atau dialihkan tempat. 

Macam tadi cucikan juga tray tu bersih2 kat siniki. kalau nak cepat tak nak tunggu tray kering, anda bole lap dengan kain microfiber. Selalunya ruang frozen tidak mengambil masa yang lama pasal ruangnya terhad berbanding bahagian sejuk. Kecuali peti sejuk anda mempunyai bahan makanan yg lama sangat sampai tertimbus oleh ais2. Kena tunggu cair jawabnya. 

Susun semula barang2 yg telah dikeluarkan tadi dengan teratur ye.
biasanya tempat frozen anda akan letak makanan seperti frozen karipap,samosa, roti canai, pau dan lain2 letak kat bahagian ini juga. Ayam, daging, ikan bole letak dalam bekas plastik utk memudahkan anda bila nak masak. 


Langkah 6: 
Nak wangikan peti sejuk? Caranya ialah dengan menggunakan vanilla esen untuk mewangikannya. Tapi yg senang dan mudah anda boleh gunakan lemon. Untuk serap bau lemon boleh diperah isinya dan bekukan air lemon tu. Kulitnya letak kat celah tray/drawer. Kulit lemon akan kering dalam masa seminggu & lepas tu boleh digantikan yg baru. 







Langkah 7: 
Bersihkan bahagian luar peti sejuk. Tengok jenis material peti sejuk anda ye.

Untuk enameled steel: Use a multisurface solution and paper towels. 

Untuk stainless steel: Dampen a microfiber cloth with distilled white vinegar and rub in the direction of the grain

Best kan kalu peti sejuk bersih dan segar. 

2 comments:

  1. Saya nak tanya kalau peti sejuk yang tidak di gunakan lagi adakah ia boleh di gunakan untuk menyimpan bekas2 kosong.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh aje janji kita kreatif dari terbiar mcm tu jerk.

      Delete