Besarkan 12 anak hingga ke uni tanpa biaya
Walaupun omputeh ni terlalu manjakan anak2, namun ada jugak omputeh bijak yang juga tahu mendidik dengan disiplin yang agak ketat.
Berikut, cara En. Thompson dan isterinya besarkan 12 anak2 mereka sehingga semuanya lulus universiti tanpa biaya ibu bapa...
.
.
.
.
Bagaimana saya pastikan semua 12 anak2 saya mampu biaya pelajaran universiti mereka sendiri
En Thompson dan isteri ada 12 anak.
Suaminya bekerja sebagai jurutera dengan gaji yang agak lumayan dan suami isteri mampu memberi anak2 apa yang mereka mahu, namun demikian, mereka tidak memilih cara itu.
Semua 12 anak kini lepasan universiti dan En Thompson tidak perlu membiayai pelajaran mereka. Ini yang dia kongsi:
Kerja Rumah
•Anak mereka disuruh buat kerja rumah dari umur 3 tahun. Seorang anak yang berumur 3 tahun mungkin tidak akan mencuci bilik air dengan betul, tetapi setelah umurnya 4 tahun, cuciannya akan bertambah baik.
•Mereka diberi wang saku bersangkutan dengan kerja rumah yang dilakukan sepanjang minggu.
•Pada umur 8 tahun mereka mencuci baju masing2.
•Bila mereka sudah boleh membaca mereka disuruh menyiapkan masakan dari buku2 resepi
•Semua anak2 diwajibkan tahu menjahit
Waktu belajar
•Waktu belajar anak2 mereka ialah dari 6pm to 8pm setiap hari. Tiada tv, computer, games, selama 2 jam tu. Kalau takde homework, baca buku. Untuk yang belum tahu baca, mereka akan dibacakan buku cerita sepanjang 2 jam tu
• Semua anak2 diwajibkan mengikuti kelas advanced (untuk pelajar2pintar). Kalau anak2 didapati tidak layak masuk, En Thompson dan isteri akan pergi ke sekolah dan merayu agar anak2 dapat masuk. Kemudian dia dan isterinya akan pastikan anak2 mereka punya kefahaman yang cukup untuk lulus kelas2 tersebut.
•Kalau anak2 mereka pulang mengatakan ada guru yang tidak adil atau membenci mereka, jawapan En Thompson ialah mereka harus cari jalan keluar untuk berdamai dengan guru, kerana dalam kehidupan sebenar akan ada bos yang tak akan suka dengan mereka . Mereka tidak benarkan anak2 menyalahkan guru kerana tidak dapat belajar, sebaliknya menetapkan tanggungjawab untuk belajar kembali kepada anak2.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment