mungkin ade dikalangan anda yang merantau dari kampung tanpa sebarang modal,pengalam,pengetahuan, dsb tapi sekarang dah stabil dan semakin menaik.
kami akan kongsikan jadi pembakar semangat kepada yang rase diri macam nak lingkup & fail.
kisah bersama rakan sekampong:
teman dulu masa mula2 abis kolej, tinggal serumah dgn member sekampung di TTDI, sewa master bedroom 6 orang, 5 tanam anggur, sorang keja gaji RM450. satu bulan merempat takde keja, duit takde langsung, bangun pagi kitorang keluar cari keja sambil2 jln nampak puntung rokok yg berlebih, ambil share 5 orang satu pam sorang... ptg tunggu member balik kerja, dpt duit 2 ringgit, seringgit beli roti, rm1 lagi beli sardin (dulu Rm1 satu tin).
lepas sebulan baru dpt keja dan terpaksa tunggu lagi satu bulan utk dapat gaji pertama...
dipendekkan cerita dpt je gaji pertama terus kami pergi restoran makan ayam goreng! itu lah ayam goreng paling best pernah teman makan sepanjang hidup!
abis....
p/s: anak aku sampai dah bosan dengar cerita ni tapi tak faham2 jugak macamana susahnya dulu. (bab ganj* free bersepah dlm rumah tu teman tak cerita...hehe)

Diari Seorang System engineer
Aku dibesarkan dalam keluarga yang sederhana dan tersangat nakal masa di sekolah UPSR / PMR masih lagi boleh aku berbangga
dengan percapaian akademik diriku, bila start form 4 aku menjadi semakin nakal ponteng sekolah tak terkira banyaknya.
sampai malam SPM pun aku boleh pergi ke cybercafe dan merempit.. keluarnya result SPM hanya 3 subjek je yang credit lain semua failed.
zaman remaja sampai aku boleh berkata kepada guru aku "alaaa cikgu orang kerja kebun kerja kilang semua boleh kahwin ada anak ada kereta rumah bagai"...
sungguh hitam nya detik ketika remaja.. habis sekolah bekerja sebagai part time cashier di tesco, dapat diserapkan ke fulltime terus aku berhenti dengan alasan tak puas merempit dan enjoy bersama kawan-kawan
Aku dapat tawaran utk ke kem PLKN ohhh sangatlah ***** rasa kena PLKN.. tetapi disinilah segalanya bermula walaupun masih nakal..
aku dapat mendisiplinkan diri aku, dapat menghormati fasi & bapak (anggota komando). tamat latihan PLKN aku terus mencari kerja
dapatlah kerja di fast food selama 2tahun, dan kenal seorang gadis (baik budaknya boleh katakan tetiap sem dapat anugerah best student) terasa la herhina diri ni tapi dia tak pernah pun memandang aku semua tu..
sampai satu hari bapak aku sound... awek pandai-pandai ko kerja fast food je.. dan aku nekad untuk sambung belajar..
tetapi bukan la sesenang yang aku sangka dengan keputusan SPM aku yang macam hawau hanya kolej swasta je yang mampu menerima aku sebagai student dieorang..
dan aku tidak dapat membuat mana mana pinjaman PTPTN / MARA dan sebagai mana... kesian aku melihat bapak aku terpaksa membelanja simpanan KWSP dan meminjam sedara-mara sedih hati ini tuhan sahaja yang tahu atas kesilapan
dimasa remaja menyusahkan family aku..
Semasa dikolej untuk meringankan beban family aku bekerja part time di cybercafe (milik koperasi/pakcik sedara) dari cybercafe tu kosong sampai aku setup semuanya sampai la penuh setiap masa cc tu
perjanjian 60% (aku) 40% (koperasi/pakcik) tapi bila sales tetiap bulan maintain dan meraih keuntungan mereka menjadi tamak.. ditukarnya 40% (aku) 60% dieorang aku masih boleh bersabar lagi..
bila sampai masa untuk terima duit yang dapat tetiap bulan cuma RM400 (aku terpaksa bahagi dua RM400 ni sebab siang hari aku terpaksa ke kelas dan perlu upah seorang member untuk tolong sama diwaktu siang)
mungkin tak de rezeki aku.. sabar, pesan ibu takpe kerja je pakcik ko tu tak baik kalau nak marah-marah. ye bu.. anakmu ingat pesan ibu.
dalam masa yang sama si gadis itu pun dapat melanjutkan pelajaran peringkat ijazah sekali lagi aku rasa tercabar aku hanya mampu memiliki sijil tidak boleh keperingkat diploma
aku mula dingin terhadap dia sebab aku tak nak dia susah dikemudian hari kerna aku tiada apa-apa. dan kami pun berpisah.. apabila sidia melanjutkan pelajaran
dan aku redha jika benar jodoh dia dengan aku tak kan kemana.
Sungguh payahnya nak menghabiskan pelajaran disebabkan kesempitan wang aku hanya mampu selangkan (1 semester hadir 1 semester extend)
dan setelah bersusah payah akhirnya aku berjaya menamatkan diperingkat sijil, alhamdulillah dan aku juga diterima untuk bekerja sebagai technician..
walaupun tidak sebesar mana gaji seorang technician aku tetap bersyukur dapat membantu ibu bapa aku dan adik aku untuk menyambung pelajaran.
gembira sungguh aku bila dapat surat untuk konvo.. dari seorang yg tiada apa-apa di peringkat sekolah, aku berjaya tamatkan peringkat sijil dan sangat aktif semasa di kolej,
sayang seribu kali sayang... untuk membolehkan aku hadirkan diri ke konvo dan mendapatkan sijil aku perlu melangsaikan hutang aku dengan pihak kolej..
sekali lagi aku merasakan dunia ini sangat gelap dan kejam.. aku dah usaha untuk mendapatkan segulung sijil tapi tidak dapat dengan memakai jubah dihari konvo..
aku nekad untuk berhijrah ke kota metropolitan (KL), aku pun sendiri tak ingat aku apply kerja sebagai system engineer dari jobstreet / jobsmonster satu hari aku dapat panggilan dari india
untuk hadir ke temuduga, tetapi aku gagal untuk mendapatkan jawatan sebagai system engineer sebab english communication skill aku kurang. dieorang offer aku sebagai inventory executive
setelah difikir dan nekad untuk berhijrah aku terima itu jawatan. ikut kan sama je seperti kerja technician di negeri sendiri tapi aku yakin setiap pengorbanan pasti ada cahaya dikemudian hari..
Setahun mengikat perut berada dikota dan setahun juga aku menunjukkan minat dan melakukan kerja-kerja amal sebagai system engineer sebab aku tau aku boleh buat aku punyai technical skill yang tinggi
cuma yang tiada hanya diploma/ijazah/master dan english tahap tinggi dan tiada berkeyakinan untuk bercakap dalam bahasa english.. dan alhamdulillah kerja amal & pengorbanan selama ini berbalas dan syukur
kehadrat illahi aku akhirnya dapat juga jawatan sebagai system engineer yang pernah aku apply dan tawaran di malaysia tetapi di Singapura sehingga sekarang.. dan Kepada gadis yang pernah aku meninggalkan kerna kekurangan diriku
jika dikau masih lagi belum berpunya ketahuilah aku masih mencintaimu sehingga ke hari ini dan berilah aku jawapan untuk menjadikan isteriku yang sah walaupun kita telah terpisah selama 7tahun..
dan juga kepada ibu & bapak .. terima kasih kerana pengorbananmu..
USAHA, HIJRAH, TAWAKAL, DOA INSYALLAH PASTI BERJAYA
---------------------------------------------
kalau rasa PTPTN itu menyusahkan, aku adalah salah seorang yang memerlukan PTPTN / Mana-mana pinjaman untuk diberi pinjam untuk orang seperti aku untuk BERUBAH

No comments:
Post a Comment