Dilema mencari rezeki di negara asing (kisah benar)







KISAH PERTAMA
Kawan Aizat (bukan nama sebenar) mempunyai kedai telefon di Kuantan dan telah beroperasi kebih kurang 10 tahun. Die terpaksa mengambil stok telefon daripada pelbagai Dealer/Distributor bangsa B kerana takde sumber dari bangsa A. Dari dulu hingga sekarang, banyak masalah yg berlaku apabila berurusan dengan semua Dealer..

1) Senarai harga yang disediakan untuk bangsa A dan bangsa B/I adalah berbeza dan harga untuk bangsa A jauh lebih tinggi. Apabila ditanya, Dealer menjawab senarai harga special hanyalah untuk kedai2 lama. 10 tahun pun masih dikira baru?? dan senarai harga tersebut adalah untuk semua kedai bangsa A sahaja dan tiada istilah baru/lama untuk bangsa B/I.

2) Kedai2 bangsa B yang berhampiran menjual telefon kepada pelanggan lebih kurang perbezaan RM5 berbanding harga si Aizat beli daripada dealer. Jadi secara logik akal pun si Aizat terpaksal jual pada customer harga RM20-30 lebih daripada harga kedai bangsa B. Customer sudah tentu tak akan membeli dari si Aizat. acam mana si Aizat akan maju? dan Berapa sebenarnya harga special untuk Bangsa B/I sehingga perbezaan yang sangat ketara?

3) Jika anda perhatikan, kebanyakkan kedai telefon bangsa B/I penuh dengan telefon di rak kaca dan kedai bangsa M hanya mempunyai beberapa buah telefon sahaja, itupun yang murah2 dan yang hot sahaja. Ini disebabkan kedai telefon bangsa B tidak perlu mengeluarkan modal kerana Dealer bangsa B memberi consignment kepada kedai bangsa B. Ambik dulu, bila sudah dijual baru dibayar kepada Dealer. Kedai bangsa A pula terpaksa membeli dengan duit cash dan memang keberatan untuk si Aizat untuk menyimpan stok semua jenis model telefon yang ada di pasaran bernilai beratus-ratus ribu dengan risiko harga telefon semakin turun setiap minggu. Adakah ini strategi perniagaan untuk memonopoli dan mengelakkan bangsa A maju?

KISAH KEDUA

Saya membeli bateri kereta Mercury daripada bengkel seorang kawan berbangsa A pada harga RM285. Harga ini ialah harga special kerana saya sendiri melihat resit pembelian bateri ni oleh kawan tersebut pada harga RM270. Si kawan ni membeli bateri tersebut pada harga dealer daripada Dealer. Selepas dua hari,saya ke bengkel bangsa B untuk beli tayar dan sambil2 saya buat2 tanya harga bateri kat kedai tu. Kedai B tersebut jual kepada customer pada harga RM250 sahaja untuk bateri yang sama. Jadi persoalannya..

1) Kenapa kedai bangsa B dapat menjual kepada pelanggan pada harga yg jauh lebih murah berbanding harga bangsa A membeli daripada dealer. walhal bangsa B membeli bateri tersebut juga daripada dealer. Lebih baik si kawan ni beli stok terus daripada kedai bangsa B tersebut berbanding beli daripada Dealer.Berapa sebenarnya perbezaan harga barangan untuk penjual bangsa A dan penjual bangsa B daripada Dealer/ Distributor? 

2) Si kawan ni terpaksa jual kepada pelanggan pada harga yang jauh lebih tinggi berbanding bangsa B. Jadi dah tentu customer tak akan beli di kedai si kawan ni, jadi perniagaan si kawan ni semakin hari semakin tenat.

3) Adakah situasi ini berlaku untuk semua jenis barangan perniagaan sebab semua barangan di negara kita di kawal oleh bangsa B ? Jika ini berlaku di seluruh negara, maka sampai bila pun perniagaan Trading bangsa A takkan maju.

No comments:

Post a Comment