Lady boss tu bini aku laa!




Ahmad kerja peon. tiap hari, dia akan keluar masuk bilik boss, anak dara beristilah andalusia, berumur, 37 tahun, bernama Ana. (bukan ana raffali, ya! atau pun ana sofiya, huhu!) 

okey, bila dah pagi petang, asyik keluar masuk bilik dan menatap wajah jelita ana, ahmad pun jadi jiwang gitu. ada bunga dalam taman hati. tapi, dia masih tak berani nak lebeyy.. okey! almaklumlah, si dia tu dia punya LADY BOSS!

MEMANG jodoh pertemuan di tangan Tuhan. ana pun kan, bila dah dalam 24 jam asyik tengok muka ahmad yang tenang, lembut dan sememangnya baik pekerti, mulalah jatuh hati. dan bila dia tunggu ahmad mulakan, ahmad macam takut-takut lalu, dia pun cakap pada ahmad yang dia nak pinang lelaki tu. belanja RM10 000. ahmad cuma perlu sediakan duit mas kahwin aje, tamo hutang hutang...tamo...

maka, berkahwinlah mereka. pada malam pertama tu, ahmad siap bagi warning sama ana.
ana, abang nak pesan satu perkara ni. ana dengar, ya! antara kita berdua akan berlaku 2 keadaan berbeza. di pejabat, ana boss abang. di rumah pula, ana isteri abang. abang janji, di pejabat, sebagai pekerja, abang boleh dimarah dan diherdik kalau ana x puas hati dengan kerja abang. tapi, kat dalam rumah ni, ana isteri. tanggungjawab isteri ialah mematuhi suami. jangan sekali-kali ana bawak perangai 'boss' dalam rumah kita ni. sebab, sebagai suami, abang tak mahu jadi dayus.
ramai yang menanti untuk melihat sejauh mana perkahwinan dua insan ini dapat bertahan kerana ana memang terkenal dengan sikap garangnya di pejabat. memang sesekali, ahmad 'kena' dengan dia. tapi, semua orangpun hairan kerana ahmad okey aje bila kena marah. 

ada juga yang cuba masuk jarum suruh ahmad melawan balik. jangan biarkan diri dimarah. tapi jawapan ahmad...
tak pe, dia bos aku di pejabat ni!
satu hari, ahmad dengan ana buat majlis kenduri di rumah, masa tu mereka dah ada anak sorang, dah. kawan-kawan ahmad hairan tengok ahmad yang relaks, goyang kaki. malah mereka semakin terkejut kerana ana sentiasa bertanya kepada ahmad....
okey ke, bang? apa lagi yang ana kena buat ni? cakaplah...
macam tak percaya tengok lady boss mintak pandangan dan pendapat ahmad, si peon. malah lagi pelik tengok ana cakap lembut-lembut, bergurau, malah turut menghulurkan makanan dan minuman untuk suami. 

"Mat, ilmu apa hang pakai sampai singa betina tu boleh tunduk dengan hang?" soalan nakal seorang teman. 

Ahmad hanya tersenyum. memandang isteri yang manis dan ayu berbaju kurung dan begitu menghormati setiap tamu yang datang, dia menjawab ringkas....
lady boss tu bini aku laaa... 
bagi yang mengerti, pasti akan terangguk-angguk kepala mereka. bagi yang tidak dan perlukan penjelasan, jawapannya mudah aje. 
perkahwinan yang dilandaskan kepada agama, tidak akan mengambil kira status isteri di mata masyarakat. 
kerana, isteri tetap seorang isteri, yang perlu menghormati suami meskipun di pejabat, suaminya bertaraf lebih rendah daripada dirinya. 

jika suami dan isteri mengikut lunas-lunas agama, tidak timbul masalah....

aku bos kau.... atau aku pekerja kau, kan?


No comments:

Post a Comment