Sikap typikal melayu

Tamak – Yg ni kita amik contoh MLM lah. 1 lot RM100 untung RM1000. 3 lot RM290 untung RM3000. 5 lot RM450 untung RM5000. Kalau jenis yang mmg tamak, terus beli 20 lot walaupun tahu risiko tinggi.

Suka Percaya Benda Tahyul
 – Kalau korang cerita fasal hantu. Kebanyakannya semua nak tahu rupa hantu tu mcm mana, kat mana lokasi kejadian (beriye-iye ni nak tahu citer hahaha). Sbb tu kalau korang perasan, banyak produser filem kat Malaysia suka buat filem hantu.

Tak Pandai Ambil Kesempatan/Tak suka amik tahu – Macam dulu aku jual simkad Happy. Aku promote dekat orang Melayu, majoriti akan cakap “tak pe lah”. Cina pula bila dengar aku promote terus beli. Lepas benda ni dah tersebar dalam 2-3 minggu, baru lah orang Melayu nak amik tahu. Sama lah macam David Teo buat filem "Ustaz.. Mu Tunggu Aku Datang".

Nak jadi kaya tapi malas – Berapa ramai orang Melayu yang akan terpedaya dengan promosi “tak perlu promote, cari orang, tiap-tiap bulan dapat duit”. Itu belum lagi yg percaya dengan email spam yg konon nak transfer duit kat akaun.

Berkira – ramai yg jenis mcm ni akan cakap (selalunya keluarga), “dulu kalau aku nak pakai motor, aku beli sendiri. Ko kalau nak, ko kerja nanti ko belilah”. Cuma skrg ramai gak yg aku tengok simpan ASB untuk masa depan anak. Ada yg buat loan, simpan letak atas nama anak. Cukup 18 tahun, keluarkan pokok. Dividen bagi kat anak untuk bisnes atau belanja universiti. (tak payah buat PTPTN) hehe …

Kedekut – Nak merokok tapi tak nak keluar duit. Setiap kali jumpa member pau sebatang. Member beli sekotak, separuh dia hisap, separuh tuan yg beli hisap.

Lebihkan orang luar dari keluarga sendiri – Kalau kawan nak datang umah, pagi-pagi dah bangun masak & kemas rumah tapi kalau mak/suami yg suruh, macam-macam alasan yang kuar.

Suka brand luar dari tempatan – Kita jangan citer Proton lah. Susah nak betah benda ni. Berapa ramai yg kalau gi kedai motor akan tengok Yamaha dulu baru Kriss. Tu pun kadang-kadang lepas Yamaha, tak mampu tengok Honda plak. 

Tak percaya pada bangsa sendiri – kalau nak pergi workshop ke repair barang elektrik. Mesti nak pergi kedai cina sbb alasan cina tu kalau buat bagus. Tu belum lagi majikan Melayu yang tak nak tolong Melayu amik kerja kat syarikat mereka. Bila fresh graduate, malas nak ajar katanya. Nak cari yg ada experience. Bila Melayu tu tak kerja, korang gak yang kutuk budak Melayu ni memilih kerja lah, apa lah.Tapi kalau bab pilihan raya, tahu plak nak undi Melayu. Hehe 

Tak boleh tengok orang lain senang/dengki – Mula lah akan keluar perkataan “alaaa… dia tu dulu susah. Tapi bila anak dia kawen ngan org tu. Tu yg jadi senang.” 

Lebihkan adat dari agama – Kalau kubur tu seboleh-boleh nak hias lawa-lawa. Kalau boleh bubuh paip air kat nisan, mesti lagi bangga nak siram pusara tu agaknya. Masa hidup tak nak plak bagi apa yg arwah tu inginkan. Bab kawen tak yah cakap lah kot. huhu

No comments:

Post a Comment