Coti skoloh stak doh...
Di Kelantan...musim cuti adalah musim pertarungan...
Anda terpaksa gi kedai utk beli makan pagi anda lebih awal dari kebiasaan..kalau lewat..habis akan dirembat rakus oleh perantau yang sekian lama memendam ghairah nasi kerabu, dagang, tumpang, kapit..juga laksam..
Selepas beli nasi, bersegeralah beli suratkhabar...jgn lewat..habis..
Makan tengahari???
Bersedialah merebut parking di setiap kedai nasi ulam...kesesakan ketika berebut ikan patin masak tempoyak, percik keli, kerutuk serati, gulai kambing akan meletihkan anda...tp amat berbaloi..lebih lebih lagi bila di 'up' dengan budu yang diperah asam limau dan lada burung..
Sebelum asar, sila berkerumun di gerai goreng pisang dan kepok gotel..jangan lambat boh..nanti tinggal kerak dgn colek dio jah..
Malam???
Jangan lewat..kalau boleh solat dekat restoran kegemaran anda. Para penggila sup belut, tomyam belut dan pelbagai jenis sup dan tomyam akan berpesta..juga maggi ketam..jangan sampai anda kehampaan..sup belut amat sukar dijumpai..kata perantau..hanya di kelantan..
Kota Bharu??
Nauzubillah kalau terpaksa ke Kota Bharu..kalau anda duduk kat kelantan..jangan gelenyar nak tambahkan kesesakan di kb..pergi sebelum atau selepas cuti..kb adala milik 'ore luar' masa cuti..gadis penjual semakin ayu dan sopan musim ni..
bahasa dan gaya mereka pun semakin ngada ngada..
Guest house???
Boh, bulan lepas lagi doh penuh..hatta di kampung yg terpencil pun...chalet chalet di pantai pun takdop kosong...pantai pun akan jadi macam pasar..pakcik aiskrim, pakcik lokcing dan pakcik jual wau bersyukur tanpa henti..
Saudara saudara saya para perantau...mari kita bertarung...
No comments:
Post a Comment