Gadis hadiri temuduga 'fakeagent' bunuh diri malu dikecam lepas video dimuatnaik

Stillwater, Minnesota: Ini sebuah kisah yang mempunyai pengakhiran yang tidak dijangka mengenai apa yang terjadi apabila seorang remaja memasuki dunia yang tidak pernah dikenalinya.

Matlamat utamanya untuk menjadi terkenal, namun harapan menggunung itu hancur apabila dia menikmati ‘populariti keji.’ A**** bertuah memiliki paras amat cantik, malah lebih dari itu, dia pelajar yang memperoleh gred A dalam semua mata pelajaran.


Dia juga baru memasuki Universiti Wisconsin dengan membawa impian besar.


Pada satu hari dia menghadiri sesi temu duga syarikat Casting Couch Videos yang diharap dapat membawanya menjadi pelakon popular. Ketika ditemu duga tanpa sebarang prasangka A**** berkata, dia mengimpikan kerjaya sebagai pakar bius.

Namun, itu adalah detik awal kepada pengakhiran hidupnya.

Perbualan santai itu kemudian merebak menjadi aksi seks yang dirakam dengan pengetahuannya. 

“Saya ****, berusia 18 tahun dan tidak sabar untuk memulakan tugas ini,” katanya.

Selepas beberapa hari klip video itu mula dimuat naik di Internet dan A**** dihujani ribuan mesej Twitter dan Facebook - semuanya daripada bekas rakan sekelas di sekolahnya.


Antara mesej itu ialah: “Wow! Kamu seorang thot (bahasa slanga merujuk kepada pelacur). 

Adakah bapa kamu mengetahui perkara ini?” 

Mesej lain menyatakan: “Tiada sesuatu yang berjaya menyatukan seluruh pelajar sekolah seperti seorang bintang pornografi yang baru menamatkan pengajian tahun lalu. Kamu mungkin boleh berbangga kerana berita mengalir dengan pantas di Stillwater ini.” 

Dua minggu selepas video itu tersebar, A**** membeli sepucuk pistol, memandu ke kawasan pangkalan bot di Tasik Big Carnelia dan mengakhiri hidupnya. Dia baru berusia 19 tahun.

Namun, sebenarnya hidup A**** memang dikelilingi masalah. Bapa kandungnya mempunyai rekod jenayah. Ibu dan kekasih wanita itu ditangkap kerana mengedar dadah dan mengabaikan adik A****.


A**** tinggal bersama neneknya sejak kanak-kanak dan bergelut dengan masalah kewangan.


Sementara itu, polis Washington yang menyiasat kes itu berpendapat memuat naik mesej di media sosial sukar dibuktikan sebagai perbuatan jenayah.

No comments:

Post a Comment